Utk tebus maruah, aku ajk M kawin. Tapi bersyarat. Bila hamil, aku takut. Saat terima balasan, aku trs jijik

Foto sekadar hiasan

Kifarah Perampas

Salam semua. First sekali saya minta maaf sangat sangat kalau apa yang saya luahkan ni boleh mengguris hati mana mana pihak.

Saya luah di sini sebab jujur saya tak ada kawan atau keluarga yang tahu pasal kisah ni.

Mengharap ada yang mampu nasihatkan, bagi kata kata semangat dan mohon jangan kecam atau keji saya. Saya dah penat sekarang. Maaf juga kalau tulisan ini panjang.

Saya Intan, umur 29 tahun. Baru berkahwin 3 bulan dengan M. Saat ni, saya sendirian di hotel, cuba untuk tenangkan diri. Saya dah cukup penat, bengkak mata menangis seharian.

Kisah bermula 11 tahun lepas, saat saya umur 18 tahun, dapat sambung belajar di KL. Waktu ni, saya berkenalan dengan M (umur 38 tahun waktu tu), dah berkahwin, anak 3 orang.

Kami berkenalan di aplikasi Wechat. Saya tahu dia suami orang tapi masih juga melayan. M datang pada saya dengan alasan dia sunyi, isteri asyik sibuk bekerja. Isteri juga jarang layan ‘kehendak’ dia sampaikan sebulan sekali saja. Semua tu dia ceritakan.

Saya rasa seronok dan terbuai dengan layanan dia. Biasalah perempuan kan, tambah pulak berdrah muda. Disebabkan terlampau asyik dengan layanan dia, kami terlanjur beberapa kali.

Tapi dia dah ingatkan awal awal ‘Kita kawan saja, no feeling feeling. Kita kawan sebab benda tu saja.’ Bdoh saya waktu tu, masih berkeras layan segala kemahuan dia.

Dan sedikit sebanyak saya mula rasa sayang pada dia. Tapi konfius, sayang saya masa tu ikhlas atau sekadar terbuai dengan layanan dia.

Lebih kurang 2 tahun berkawan dan bergelumang dosa. Sepanjang 2 tahun tu jugak, ada beberapa kali dia terkantoi dengan isteri, tapi tetap dia cari saya bila dia ‘nak’. Saya waktu tu tak kisah, sebab saya dah tersayang dia.

Kemudian dia makin menjauh, makin dingin dengan saya. Layan nak tak nak saja, dah tak macam dulu. Dan last sekali dia terus block saya dekat semua apps. Terkapai saya sorang sorang.

Waktu tu baru saya sedar dengan kata kata orang lelaki cuma nak kan badan perempuan. Bila dah dapat dibuang macam sampah.

Saya mula rasa diri saya kotor, jijik dan tak layak nak kawan dengan mana mana lelaki. Saya rasa level saya bawah sangat banding dengan kawan perempuan lain.

Dalam masa yang sama, saya alami stress yang teruk. Nasib bukan d3pression. Malam tak boleh tidur, nangis sampai bengkak mata, sleep paralysis (kalau baca ikut saintifik, jadi sebab stress).

Saya depend minum ubat batuk waktu malam sebab susah nak tidur. Banyak botol jugak. Semua sebab stress, asyik assume badan saya jijik, dah tak setanding perempuan lain.

Saya fikir lebih kurang 2 tahun jugak ambil masa untuk move on.

Tahun lepas, 2021. Saya 29 tahun, M 49 tahun. Kami berjumpa semula. Bagai mimpi, jumpa ketika selisih di jalan. Masih kenal walaupun pakai face mask.

Masing masing terkedu tapi tak bertegur dan saya berlalu dari situ. Jantung rasa berdebar, saya tak nak rasa sayang dulu terbit semula.

Kali kedua, jumpa tempat sama. Masing masing kaku. Saya lihat dia masih sama. Walaupun sedikit berusia tapi penampilan masih sama.

Dia datang tegur. Ajak lunch. Saya setuju.

Jujur waktu tu, saya ketar sangat. Macam pak turut. Sedar sedar dah sampai restoran. Sembang kerja mana, sihat ke tak. Saya beranikan diri tanya ‘tak ada orang marah ke kita lunch’. Dia diam. Habis di situ.

Kali ketiga, bertembung lagi tempat sama. Saya suka, sebab dapat tengok M. Dan kali ni dia beritahu isteri dan anak meninggal kemalangan setahun lalu.

Waktu ni dia beranikan diri minta number telefon. Saya bagi sebab saya fikir waktu tu saya bukan lagi perampas.

Alhamdulillah kali ni, saya menjaga batas. Seboleh mungkin saya tunjuk pada dia saya berubah. Tutup aurat, dan solat. Benda yang kami lepas pandang dulu.

Satu hari, saya beranikan diri ajak dia nikah. Dengan alasan saya nak tebus maruah saya. Saya tak pernah langsung cakap saya sayang dia.

Dan dia setuju, alasannya sebab dia sunyi. Sangat mudah setuju.

Saya letakkan syarat, saya taknak mengandung. Sebab masing masing tak pernah kata sayang. Jadi saya assume kami nikah dengan alasan sendiri bukan sebab sayang. Saya juga tak nak dia terikat dengan saya.

Kami nikah simple yang mungkin. Hidup macam biasa. Perasaan sayang sangat kuat pada dia, tapi saya tak berani nak luahkan.

Saya takut kalau dia kata ‘No feeling feeling. Kita nikah sebab sendiri’. Sungguh saya takut. Cuma saya kena berani dan sedia kalau bila bila saja dia nak lafaz cerrai.

M baik, layan makan pakai saya. Mungkin macam suami orang lain juga. Tapi tak pernah sebut atau luah sayang. Itu yang buat saya yakin tak nak terikat dengan dia.

Masuk bulan ketiga, saya disahkan hamil. Saya terkedu dan takut. Seolah olah saya buat jahat. Tak bersedia. M pulak diam saja. Tak bagi kata putus apa. Sungguh bukan itu yang saya nak. Masing masing diam. Tapi dia masih layan saya baik.

Sampai lah 2 hari lepas, waktu di meja makan, saya ternampak Whatsapp perempuan lain masuk. ‘Sayang jom keluar makan’ ayat dia. Cepat dia sembunyikan telefon.

Gigil tangan saya, rasa remuk terus hati saya. Saya paksa diri jangan nangis depan dia. Dan kenapa semua ni kena jadi waktu tengah makan.

Sungguh saya rasa Allah bagi balasan setimpal dekat saya. Saya fikir dia memang tak sayangkan saya. Mungkin selamanya dia hanya anggap saya peneman waktu dia sunyi, macam sebelum ni.

Dan sekali lagi saya rasa diri saya jijik, tak ubah macam placur. Cuma jadi tempat singgahan lelaki.

Dengan hamil tanpa saya rela. Saya rasa nak gugur ja sebab taknak terikat dengan M. Tak nak ada apa apa kaitan dengan M. Nak luahkan pada kawan atau keluarga tak boleh. Sebab semua balik pada aib saya sendiri.

Sekarang sendiri tenangkan diri dekat hotel. Tak tahu nak selesaikan macam mana. Asyik menangis. Kalau mandi memang saya gosok badan kuat kuat sebab rasa kotor.

Saya buntu tak tahu nak luah dekat sesiapa. Tak tahu nak buat apa. Saya penat.

Reaksi Warganet

Nasibah Jaffree –
Salah satu daripada pintu syurga nan Indah adalah pintu Taubat. Begitu lah hidup atas dunia, di saat cinta kepada manusia melebihi cinta pada Tuhan, akan datang lah ujian untuk Tuhan panggil kita kembali mencintaiNya.

Lepaskanlah urusan duniamu dik kepada Allah, Allah telah hadirkan peluang, ruang dan taubat, juga nyawa di dalam rahim, supaya adik mulakan langkah yang baru .

Fatinah Mohd Yusof –
Ni bukan salah TT tapi salah lelaki tu yang tak pernah rasa bersalah atas segala perbuatan dia pada TT.

Dah memang perangai buaya dia tu sampai ke tua tak boleh nak di ubah. Tak pernah rasa berdosa malah amik kesempatan pulak dekat perempuan lain. Lelaki macam ni memang tak layak di wat suami.

Bersabarlah TT banyakkan berdoa mintak dekat Allah berikan petunjuk dan hidayah. Semoga Allah permudahkan segala urusan TT.

Saya baca kisah TT ni pun rasa geram dekat lelaki tu. Rasa nak ketuk je kepala dia kuat kuat bagi sedar apa yang di wat tu salah.

Dah tua tua tak sedar diri. Mungkin memang habit dia bertukar tukar perempuan. Mudah mudahan Allah bagi kifarah dekat dia sebab menganiaya TT.

Junaida Abdul Jalal –
Kita merancang, Allah yang tentukan! Jadikan ini suatu pengajaran.

Niat asal menikah pun dah salah, terang terang declare tak nak anak, terus Allah bagi pregnant.

Kita kena ingat, benda yang kita nak/suka, belum tentu bagus untuk kita. Benda yang kita tak suka/tak mahu, itu yang terbaik untuk kita. Peringatan untuk diri sendiri jugak. Allahuakhbar!

Serai Wangi –
Move on je lah tt… Jaga kandungan baik baik. Bergantung dan berharap lah hanya dengan Allah.

Suami, anak-anak, harta dan dunia ini hanya lah pinjaman dan tidak kekal. Dunia ini langsung tak berharga untuk mereka yang mengharapkan kebahagiaan di akhirat.

Dunia ini pilihan. Pilih untuk bahagia dengan cara kita sendiri. Hugs

N-Ainul Hastika –
1st anak tak berdosa. Lahir dari ikatan sah. Anak sah taraf. Sayang la dia..

2nd suami dasar buaya darat, selama akan kekal disitu. Jangan harap dia berubah. Sis yang kena berubah.

Cari hal yang boleh happykn diri sis. Jangan carried away dengan perasaan sayang terhadap dia.

Whatever ill treatment he gave to you, it doesnt defind your self worth.

Sia dah berubah ke arah kebaikan, ada ganjarannya nanti.

Jaga diri baik baik. Jaga anak. Hugs from me

Sumber – Intan (Bukan nama sebenar) via IIUMC

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *