Lepas cancel kawen dengan Fateh, Abg Boss tiba2 melamar. Aku balik kg. Terjumpa diari, aku terkjut. Ini petunjukNya

Foto sekadar hiasan

Part 1, klik link dibawah

“Kalau dah jodoh”. Tgh q beli tiket bas, terpegun lihat mamat gigi dukung dkt kaunter. Cpt2 aku berdoa

‘Eh, Scha dah bertunang ke ? dengan sape ? tak tau pon’

‘Ouh, tak officially lagi pon, tapi dah ada orang yang datang jumpa family dekat kampung’

‘Lah yeke… ‘

Abang boss macam dia cuba sorokkan something. Aku macam dapat rasa yang dia tetiba macam sedih. tapi dia pura pura tanya macam macam pasal lelaki yang nk jadi tunang aku tu.

So aku pon story lah yang dia kenal laki tuh. Tapi sejak aku kenal Fateh, memang aku dah tak contact Abang Boss sangat dah. Kalau contact pon just pasal keje saja, sebab dia tengah pujuk aku untuk keje balik dengan dia after aku masuk sem last ni. Katanya aku nanti dah last sem,

So atleast biar lah dia ada memory indah dengan aku. Ehhh Tibberrrr …

Fateh cam tak stuju aku keje balik, sebab dia macam dapat rasa yang aku ada hati dekat Abang Boss. Tapi aku kata bila dia dah datang jumpa family aku dekat kampung, aku serious dengan dia sorang saja. So Fateh respect keputusan aku.

Masa sem last aku tolong Abang Boss, aku banyak mengelak. So Abang Boss macam try hard jugak nak attention dari aku, sebab dia rasa aku banyak ngelak dari dia. Yela dari satu sudut, aku taknak lukakan perasaan Ayu. Diorang memang ada feeling each other kan.

Abang Boss kejap kejap asik cakap.

‘Ye lahh, orang tu dah ada yang punya’

Dia keep ulang benda yang sama saja. Sampai aku pon jadi macam tak selesa.

Kalini kami contact memang betul betul soal kerja saja. Katanya aku macam berubah. Dah tak macam dulu. Asyik membantah saja ape yang dia cakap. Memang pon, aku banyak memberontak sebab dia sejenis yang memaksa. hahahahah.

Ada satu hari, bateri phone aku mati, aku taktau dia nak jumpa sebab ada urgent jualan tiket. Time tu pulak aku tertido. Memang tak perasan lah phone mati. Pastu lepas aku sedar, memang banyak giler miscalled dari Abang Boss. Hahahaha. Tak kurang jugak wasap dari dia.

Dia tuduh aku macam macam. Dia ni pulak memang style cakap lepas saja. Takde nak piker perasaan orang dah kalau time marah.

‘Kalau kau dah taknak keje, bagitau, tak payah nk tunjuk besar kepala nak off phone bagai, Aku boleh cari orang lain’

Aku macam sentap. Aku balas.

‘Next time kalau ada apa apa, bagitau awal. Saya bukannya nak kesahkan tiket ni saja, banyak lagi benda nak buat. Bateri phone mati, pastu tertido. itu pon tak boleh nak piker positive ke? Tau nak tuduh orang saja, sebab tu ramai yang tak tahan keje dengan boss, saya ni saja yang tahan’

Terus aku siap siap pergi jumpa team. Tapi memang aku sepatah pon tak cakap dengan dia. Sakit betul hati. Dia macam perasan yang dia salah sebab marah aku. Tapi aku buat derk jee. Biar tau rasa ini orang.

Hubungan aku dengan Fateh macam biasa, ada jugak discuss pasal kawen smua, Cuma aku kata buat masa sekarang nak fokus untuk final sem dulu. Dalam seminggu aku nak final exam, something happen antara aku dengan Fateh. Dia marah marah, tuduh aku curang dengan Abang Boss. Dia dulu pernah kena tinggal dengan ex dia, so dia memang paranoid sangat.

Dia memang hambur macam macam dekat aku. Aku pujuk, Aku cakap takde ape ape yang jadi antara aku dengan Abang Boss. Dia dah ada Ayu. Lagipon time tu memang tengah crisis dengan Abang Boss. Tapi dia taknak dengar. Dia nak break. Dia kata aku pompuan murah. Nampak saja bertudung labuh, tapi murah.

Hmm, aku tak boleh accept kata kata dia. Sebab aku tak salah. Aku dah explain, dia taknak dengar. So aku kata, jangan buat keputusan time marah, sebab once kita break, aku taknak dia datang balik dekat aku.

Dia kata dia takkan datang balik untuk perempuan murah macam aku. Aku terganggu betul time tu, sebab serabut nak exam, pastu ni dah serabut dengan personal thing pulak. Petang tu aku nangis call mak aku, aku cakap aku dengan Fateh dah takde ape ape.

And guess, like yang aku kata, Fateh datang pujuk aku balik. dia kata dia salah. Tapi time tu aku memang dengan keputusan aku.

Aku takkan terima dia balik as dia dah hina aku. Lagipon aku dah bagitau parents aku dah pasal nih. taknak nanti diorang fikir aku main main pulak tetiba nak sambung.

Exam aku going well, Cuma aku rasa sem ni aku tak dekan. Entah lah, down juga sebab aku memang target ANC, tapi aku rasa aku tak dapat pakai selendang tu. hmm.

Seminggu aku diam. tenangkan diri aku. Aku update status whatsapp aku.

‘Kawen pon dah tak jadi, but life must go on’

Tetiba Abang Boss wasap.

‘Kenapa tak jadi kawen?’

Aku jadi geram pon ada dengan dia nih. Semua sebab dia kitorang gaduh. Takkan aku nak balas semua sebab dia. kang makin panjang polis pencen ni tanya aku soalan.

‘Takde ape lah, takdir’

Pastu tetiba Abang Boss typing lama gila.

‘Nak tak Scha kawen dengan saya? sebenarnya, Saya dah lama sukakan Scha, tapi takut nak bagitau. Yelah Scha dah la jenis jenis Ustazah mana nak layan cintan cintun nih. Kang confess, kena reject, mana nak letak muka.

Masa Scha update status cakap dah tunang tu, Tuhan saja tau sedihnye saya. Saya lambat selangkah dari laki tu.

Masa Scha praktikal, saya berharap sangat yang Scha akan datang balik pada saya. Saya rasa kehilangan. Ni Scha dah sem last, lagi la banyak yang saya fikir. Saya takut saya hilang the best worker yang saya ada. Saya suka sebab Scha saja lain dari yang lain.

Pompuan pompuan yang saya kenal mostly semua nak duit saya saja. Semua nak ambil kesempatan. Tapi Scha lain, keje dengan saya pon tak tanya berapa gaji saya akan bayar. Dapat gaji pon tak pernah personal pasal gaji. Saya selesa keje dengan Scha.

Saya takleh terima yang Scha dah last sem dah. Saya memang takkan dapat pengganti Scha kalau saya tak confess harinih. And lagi satu, saya suka sebab impian saya nak kawen dengan perempuan yang pakai purdah’

Aku time tuh..

Abang boss ni dah mental aku rasa. aku memang tak tau nak reply ape weh. Dah la aku berbulu dengan dia tak habis lagi, pastu send confession panjang lebar pulak.

‘Boss, are you okay ?’

‘Saya tak okay selagi tak dapat jawapan dari Scha. So please, tolong bagitau ape keputusannya. kalau kita berpisah Scha dah last sem pon, atleast saya tau yang kita berpisah sekejap saja sebab kita akan kawen’

Ape ke gile dia ni merepek nih. makin kelaut dalam dah mamat ni melalut. Aku ni dah la fragile. Ingat tak nervous ke crush kita suka kita balik. At the whole time sebenarnya aku tak bertepuk sebelah tangan. Aku memang tak habis piker percaturan Allah tu Maha hebat.

Dia hensem weh. ada rupa. menjadi kegilaan ramai pompuan, ada duit, kenapa dia nak aku ?Ramai lagi kot yang lagi cantik dari aku dia boleh dapat. Haish.

‘Boss, Please tenangkan diri. Jangan buat saya risau’

‘Saya masih menunggu’

‘Boss, benda benda camni bukan boleh bagi keputusan cepat, atlease bagi la saya masa untuk buat istikharah dulu ‘

‘Okayyyy.. but like I said before, tak payah piker lama lama, sebab saya tau yang Scha akan setujuuuuu’

Panehhhh saja aku dia bagi ayat yang sama macam awal awal dulu. Macam menganjing pon ada.

‘Boss, ni kira boss melamar saya ke ni boss?’

‘Yelahhh, kang melepas lagi, Saya serious nih’

‘Tapi sebelum tu, saya nak tanya. Ayu macam mana?’

‘Saya admit, mula mula saya macam suka dengan Ayu. Kami berkawan, tapi lepas jumpa Scha, saya rasa saya memang nak Scha, bukan dia.

And lepas saya tau yang kami ni sedara, lagi lah menguatkan saya memang bukan untuk dia’

Perasaan aku time tu, tak sama macam aku first Nampak dia. Aku rasa berbelah bagi. tak pasti kenapa. Mungkin dengan semua benda yang jadi, aku rasa aku tak seyakin dulu.

Esok tu, aku buat istikharah. Almost seminggu jugak la aku buat istikharah. Mula mula aku tak dapat ape ape petunjuk.

Sampailah satu hari, aku balik kampung. tengah tengah mengemas bilik, aku terjumpa diari aku. Dah lama aku cari diari aku tu. haritu baru jumpa.

Dan sekali lagi aku macam tak bleh brain, doa yang aku minta dalam istikharah aku tu, aku pernah tulis dalam diari aku beserta gambar Abang Boss setahun setengah yang lalu. Diari aku dah setahun hilang, tapi kenapa aku jumpa balik after aku buat istikharah.

Actually aku dah lupa yang aku ada tulis doa dekat diari aku. So bila jumpa balik diari tu, saja buka nak baca balik, and aku macam terkejut.

Ni ke petunjuk istikharah aku.. Hebat betul Allah.

And……

Kami sah bergelar suami isteri pada tahun 2016. 2 tahun lepas aku grad. Walaupon aku grad tanpa selendang, tapi Allah makbulkan doa aku untuk dijodohkan dengan Abang Boss.

Kami dikurniakan seorang puteri yang copy muka abang boss 100% setahun selepas kami kawen. Sekarang perkahwinan kami dah masuk 6 tahun hujung bulan 1 haritu walaupon kad anniversary pon Abang Boss recycle guna kad yang aku bagi hahahhaa.

Dasar takde effort!!

Anak kami dah masuk 5 tahun, dia tak habis habis cerita yang aku ni mengorat dia dulu.

Selalu dia cerita yang Ummi ni kebanggaan Abi.

Until now, I never stop crush him. He always be my boss my hero.

Hope our love will last longer till Jannah.

Love always,

Your wife.

Sumber – Scha (Bukan nama sebenar) via IIUMC

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *