“Zahirnya aku isteri, tp batin tidak”. Suami tiba tiba angau dgn janda kaki lalok. Aku balas. Duitnya, puas aku joli

Foto sekadar hiasan

Ditinggalkan Secara Batin Tapi Tidak Pada Zahir

Hai, aku FS. Confession aku hari ni melibatkan kehidupan aku yang telah berkahwin untuk kali ke 2. Confession aku hanyalah sekadar untuk berkongsi pengalaman kehidupan aku.

Perkahwinan aku yang pertama masa tu bagi aku, aku muda lagi. Baru nak masuk 20 tahun. Dan perkahwinan tu pun aku sebenarnya tak jangka.

Ex husband aku boleh dikatakan betul kejar aku untuk aku kahwin dengan dia. Padahal masa tu aku tak di kira bercinta dengan dia.

Dipendekkan cerita lepas dia paksa aku untuk kahwin dengan dia secara kekerasan (dia tibai aku depan mak aku guna buluh ape tah) mak aku jadi takut. Mak aku yang pujuk aku untuk kahwin dengan dia. Mak aku takut aku kena tibai lagi.

Mak aku cakap, mungkin dah kahwin nanti aku akan ada rasa sayang pada dia dan dia takkan pukul aku lagi. Aku tak ada siapa kecuali mak aku. Kami dua beranak saja, jadi aku ikutkan kehendak mak aku. Dalam masa yang sama aku pun takut kena tibai lagi.

Aku ada buat report polis pasal kena pukul tu, tapi oleh kerana time tu bdoh dengan undang undang dan dia pun kerja badan beruniform, jadi dia hantar kawan dia untuk elak dari aku buat report.

Macam macam la kawan dia takutkan aku. Pendek cerita aku pun tak jadi report sebab dakyah palsu yang kawan dia bagitahu aku tu.

Aku dengan ex aku kahwin tak sampai setahun kami dah tak duduk serumah. Bulan ke 2 aku jadi bini dia, dia dah ada perempuan lain dan dah start pukul aku macam aku kain buruk.

Lepas aku tau pasal skandal dia, dia berani bawa balik skandal dia ke rumah. Sumpah time tu aku betul betul tak tahu nak buat apa.

Aku asal dari kampung yang tak ada siapa aku nak minta tolong. Bab bab undang undang pun aku memang dikira bdoh sangat sangat la.

Dah la tu pulak, Ex aku tak bagi aku kerja lepas kahwin dengan dia. Dia pun kurung aku dekat rumah. Balik nak jumpa mak pun dia tak bagi.

Sampai la 1 hari, kat mana Allah buka kan jalan untuk aku lepas dari dia. Dia minta aku hantar kereta dia pergi service, dan dalam perjalanan ke tempat service tu aku kena langgar. Oleh kerana dia tak ada dalam daerah, dia minta kawan dia untuk selesaikan hal kemalangan tu.

Sebab kawan dia nak urus hal kemalangan tu, dia minta no phone aku. Dan aku pun bagi. Pendek cerita lagi, 1 pagi tu, kawan ex aku mesej aku (time tu whatsapp belum ada ye) dia tanya aku dah sarapan ke belum. Dan yang menjawab mesej tu adalah Ex aku.

Dia yang dok melayan lepas tu dia bengang, dia terajang aku. Dan itu lah pukulan dia paling teruk aku pernah rasa. Kepala aku koyak hasil hentakkan pasu dari dia. Hidung aku berdrah 2 hari tak berhenti, leher aku penuh 10 jari dia hasil cekikkan dia.

Dan dia tak bawa aku ke klinik. Dia simpan aku dalam bilik selama 4 hari. Kejadian tu berlaku lepas 8 bulan aku sah jadi wife dia. Hari ke 5 aku kena simpan, aku nekad lari dari rumah. Malam pukul 11 aku curi curi keluar dan aku berjaya.

Aku jalan kaki balik ke rumah mak aku dekat 20km.. hahahha.. Sepanjang jalan, orang mesti ingat aku orang giila. Tengah tengah malam aku berjalan sorang sorang.

Aku berjaya sampai rumah mak aku, dan mak aku menangis tengok keadaan aku. Malam tu juga, mak aku bawa aku duduk rumah adik dia dekat utara sana. Mak aku suruh adik dia simpan aku.

Nak di jadikan cerita, mak sedara aku ni bawa aku pergi hospital untuk buat check up untuk buat report polis (time ni da start bijak sikit hal undang undang).

Dan time tu la aku dapat tau aku pregnant. Koyak sangat time tu. Aku baru rasa dapat hidup, nak mulakan hidup baru. Tiba tiba aku pregnat. Allah dugaan apa ni. Long short story, hasil bantuan mak sedara aku, aku dapat buat ex aku tak berani dekat dengan aku.

Tapi derita aku belum habis lagi. Aku di gantung tak bertali selama 6 tahun. Aku ditinggal (eh, aku meninggal) secara zahir dan secara batin.

Kita masuk macamana aku kahwin dengan suami aku sekarang. Sepanjang 5 tahun aku digantung tak bertali, aku struggle nak besarkan anak dan aku cari duit upah lawyer untuk tuntutan cerrai aku.

(Masa jumpa lawyer dulu, lawyer minta RM6k untuk selesaikan kes. Silap aku, aku tak rajin bertanya kat banyak tempat tentang isu aku. Jenis dah jumpa sorang ni, follow saja la ).

Aku jumpa suami aku ni dekat airport, time ni aku kerja dekat airport. Dia duda anak 2. kisah dia dengan ex wife dia, biarlah itu antara diorang berdua.

Aku jumpa dia tahun ke 3 aku di gantung tak bertali. Dan masa aku kenal dengan dia, aku dah jelaskan siapa dan status aku. Alhamdulillah sepanjang kami kawan, aku memang fikir masak masak dengan apa aku nak buat.

Biasa lah, orang tengah mabuk bercinta, macam macam kan boleh jadi. (Hikmah yang aku nampak kenapa Allah hadirkan anak untuk aku ketika aku baru lepas dari siksaan ex aku. Aku sangat sangat sayangkan anak aku. Sebab tu aku tak nak buat benda yang akan memalukan dia).

Kita pendek cerita, lepas setahun aku sah bercerai dengan ex, aku kahwin dengan husband aku yang sekarang. Aku namakan S.

Masuk tahun ni adalah tahun ke 8 usia perkahwinan kami. Sepanjang 7 tahun perkahwinan, aku, menjadi isteri yang baik dan sentiasa cuba faham kerja dia.

Aku improve hidup aku, dari free hair ke bertudung. Dari asyik tinggal solat, aku cukupkan solat aku. Dari bukak Al-quran nak setahun sekali pun susah ke tiap hari at least aku akan baca 1 muka.

Kisah perit aku jadi bila S ni mula ada nama dan pangkat. Dia tiba tiba angau dengan seorang janda. Aku dia ketepikan. Janda tu yang dia dok kisahkan.

Macam langit dengan bumi aku dengan janda tu. Janda tu kaki hisap ice, ada anak tak sah taraf sorang.

Kalau tak silap aku baru umur setahun lebih. Janda tu belum umur 30, tapi mungkin sebab hasil hisap ice, muka dia Nampak macam dah 40an. Body pun out. Maybe sebab dia suka pakai baju tak cukup kain kot yang buat S ni giler bayang.. hahahahaha..

Macamana aku boleh tau? Hasil investigate aku dan hasil mulut membawang kawan kawan dia jugak. Dan sebenarnya, aku pernah jumpa face to face dengan janda tu.

Aku dah cakap dengan S, kalau dia rasa janda tu perlukan dia lebih dari aku, aku relakan S pergi pada janda tu. Tapi untuk suruh aku bermadu dengan janda tu.. maaf la. Aku memang tak nak.

Bukan nak downgrade janda tu. Tapi dah hampir setahun S cakap nak bentuk janda tu balik. Nak ubah dari ambil dadah. Konon kesian. Hahaha. Kesian abah dia. (Eh, pak mertua aku baik) Kesian la sangat kan.

Tapi yang aku nampak, dok ulang ulang kena pick up dengan polis sebab ddah. Lepas tu tengok lenggang kangkong dia keluar sebab da kena jamin.

Huntong la hidup dia kan.

Start dari kisah S dengan janda ni, aku mula jadi isteri yang lain. Aku start pandai tinggi suara. Aku start ignore keperluan dan kemahuan dia. (Bab anak anak, tetap no 1 dalam diri aku. Susah la cam ne sekalipun, anak dia, anak aku, anak kami, aku tetap uruskan dengan baik).

Kadang aku tengok laki aku ni dengan shuk Sahar tu sama saja. Da lah tak hensem, curang pulak tu. Dah bg izin kahwin, ehhh dia pulak tak mau. Tak faham aku dengan mentality orang cam ni. Kena buatan ke? Atau memang pilihan diri sendiri. Entah la.

Bulan lepas aku ada sound S, jangan approach aku selagi janda tu ada dalam hidup dia. S pernah sound aku, dia cakap aku da jadi isteri kurang ajar. Aku minta lepas cara baik dia tak bagi, tapi dia nak aku teruskan hidup dengan dia dan biarkan apa dia nak buat.

Dia cakap kalau sakit hati sangat tengok dia dengan janda tu, dia soh aku anggap dia tu dah tak ada, atau tak wujud (your wish is my commad la brader). Dari start tu la aku dah buat dia tak wujud.

Tiap weekend aku bawak anak anak aku berjalan, check In hotel (guna duit dia), aku bawak anak anak aku makan dekat luar (guna duit dia),

Aku shopping apa aku nak (guna duit dia), aku treatment diri sendiri (guna duit dia). Camne aku dapat duit dia, aku set no acc aku ni sebagai acc favourite.

Jadi, time nak guna duit. Aku amek saja la (dosa tak ea? Hahahaha).

To be honest sepanjang 7 tahun kami kahwin, aku tak pernah guna duit dia sesen tanpa izin. Dugaan kali ni, aku pun tak tau samada aku lost ke apa.

Tapi bagi aku dugaan aku hadap sekarang ni, dugaan usia perkahwinan nak cecah 10 tahun. Aku tak tahu samada apa S buat sekarang ni sebab pilihan dia atau buatan orang.

Aku sedih sebenarnya bila da masuk tahun ke 8, aku bersikap kasar dengan dia.

Tapi tu la, sebab S pun tak nak lepaskan aku, aku rasa ini masanya aku merasa hasil titik peluh aku dengan dia selama ni tanpa rasa bersalah.

Ini lah yang aku nak sampaikan, sebenarnya secara batin aku da ditinggalkan, cuma zahir saja belum.

Aku sedih ke dengan apa jadi? Ada la sikit, S jaga anak aku elok kot. S pesan tak perlu paksa ex aku bayar nafkah.

(Ex memang culas pun. Padahal perintah mahkamah ada kot suruh dia bayar nafkah anak). Apa anak anak S dapat, S akan bagi anak aku jugak. Giler tak sedih bila jadi cam ni. Sebab kebaikan dia pada anak aku la, aku betul betul jaga dia dan anak anak dia.

Sampaikan kebanyakkan orang tak tau anak aku dengan S ni datang dari sumber berbeza. Semoga aku dengan S ni ada pengakhiran yang baik. Tak kisah la samada secara masih suami isteri atau berpisah.

Reaksi Warganet

Mas Isnani –
Dah set favourite acc kan? Slow slow mulakan simpan duit untuk masa depan. Transfer ke akaun lain sebagai nafkah. Jangan dihabiskan. Kesian anak anak S kalau awak bercerrai dan dia kawen dengan kaki ice tu.

Nurul Nadira –
Be strong sis. Dua kali dapat jenis yang sama, kaki perempuan. Nasib S tu tak naik tangan.. mungkin boleh ambik masa untuk berehat dari ‘Lelaki’.

Fokus kerja dan jaga anak. Anak tu saham dunia akhirat. Mungkin boleh juga start a new hobby & life routine, banyakkan bergaul dengan orang orang positif.

Sherri Hazmi –
Panjang liku liku hidupnya. Bermula dari emak sendiri yang tersilap percaturan. Tapi apakan daya, hidup pun sudah tersepit. Kalau tinggalkan laki, kurang pendapatan pulak. Kalau diteruskan hidup bersama, hati pun sakit.

Yang lain, ambik pedoman je la. Lelaki sekali naik tangan, berkali kali boleh naik tangan.

Toksahlah nak ada dalam fikiran, bahawa ko mampu mengubah hidup dia. Rentikan.

Sama la jugak kaki curang. Sekali curang, berkali dia boleh curang. Takde maknanya korang boleh ubah lelaki macam ini.

Pandai pandai la jaga diri sendiri.

Sumber – FS (Bukan nama sebenar) via IIUMC

Leave a Reply

Your email address will not be published.