Aku nekad halau KakNur. Dia mula jaja cerita. Aku terjah rumahnya, aku jerit. Merayu2 dia pgg lutut aku

Foto sekadar hiasan

Sahabatku Seorang Psiko II

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua. Tujuan saya menulis ni sebab saya nak menjawab beberapa persoalan dari kisah yang pernah saya coretan di sini. Saya dapat macam macam feedback dengan kisah “Sahabatku Seorang Psiko”.

Part 1, klik link dibawah

Krn Kak Nur, aku tido ats lantai. Dkulikan ak hidup2. Bila rahsia terbongkar, trs aku rempuh pintu bliknya

Berkenaan soalan apa yang terjadi selepas penipuan Kak Nur terbongkar. Selepas pecah segala tembelang, kalian percaya tak Kak Nur masih menafikan apa yang berlaku.

Biarpun dah kantoi, dah ada bukti semua penipuan dia, dia masih lagi menafikan beberapa perkara.

Kak Nur memutarbelitkan pulak cerita si Amin yang kononnya mengganggu dia dengan mesej lcah. Bila ku tanya aritu kata mesej tu dari Amin, kenapa tiba tiba cakap mesej tu dari lelaki lain bernama Ah Chong pulak? Siapa Ah Chong ni? Dah sudah.. Muncul pulak identiti lain.

Katanya Ah Chong ni kawan kepada Amin. Aik bila masa pulak kenal ni? Mereka berebutkan Kak Nur! Ah Chong nak burukkan Amin pada Kak Nur, jadi Ah Chong hantar mesej lcah gunakan nombor telefon Amin.

Tapi, Kak Nur lupa dia pernah tunjuk aku mesej tu, nombor telefon tu tak tertulis nama Amin, sebaliknya hanya nombor sahaja.

Aku pernah save 9 nombor telefon Amin ni. Aku belek satu satu nombor telefon yang ada dalam simpanan aku, takde satu pun terkait dengan nama Amin.

Kalian tahu apa jawapan Kak Nur? Dia jawab Amin tukar nombor, itu yang nama dia tak muncul bila aku dail. Mudahnya jawapan kau!

Aku tanya tentang sakitnya tu pulak katanya dia betul betul sakit. Aku minta bukti report kesihatan dia. Katanya dia tak pegang report tu, doktor tak bagi.

Aku tanya, doktor cakap knser apa kau ni? Dia jawab knser tulang dah tahap 4! Aku cakap biasanya tahap 4 ni memang tunggu mati dah.

Dia cakap betul dia dah nak mati. Hish masih lagi nak menafikan tu. Tak faham betul aku! Memang pelakon hebat la kau!

Tapi kalau kalian nak tahu sampai sekarang dia masih hidup tau! Dah 13 Tahun dah ni belum mati lagi. Haha

Tapi, aku tak percaya dah. Aku tengok muka dia aku cakap, kalau dia kata dia nak mati sekarang pun aku tak percaya. Dah masuk kubur baru aku percaya.

Lepas tak berjaya yakinkan aku, dia cakap ayat macam ni. “Tak pelah Tasya, alang alang dah tak percaya Kak Nur lagi, biarlah Kak Nur keluar dari rumah ni.”

Dia cakap saja macam tu aku terus tepuk tangan. Aku cakap sepatutnya itu lah yang terbaik supaya kau sedar diri. Terus aku beritahu dengan 2 kawan serumah kami yang dia nak keluar rumah. 2 orang kawan aku tu terus setuju bila dengar itu dari mulutnya sendiri.

Siap kawanku cakap, jangan sampai kami bertiga dengar cerita yang kami menghalau dia. Kalau kami dengar cerita tu, kami tak teragak agak menceritakan hal sebenar. Kalau tak nak diaibkan, sila simpan aib sendiri.

Terus Kak Nur menangis dan minta tempoh dari kami hingga dia dapat tempat tinggal yang baru.

Tapi, aku cakap tak boleh, aku beri masa hingga petang esok, mesti keluar dari rumah. Kami bertiga balik saja kerja, Kak Nur mesti dah keluar dari rumah ni!

Tak tahulah dari mana aku dapat kekuatan cakap macam tu, aku pun tak tahu.

Esok petang tu bila balik kerja aku tengok bilik dia dah kosong. Aku tak ingin pun ambil tahu di mana dia tidur malam tu, dengan apa dia angkut semua barang barangnya. Setitik air mata pun tak menitis masa tu.

Tiba tiba kan semua ni terjadi. Dia kawan baik aku kot! Di daerah yang jauh dari keluarga, kawan kawan lah jadi ahli keluarga. Alih alih jadi macam ni. Mustahil tak sedih, tapi aku tak tahu kenapa aku tak menangis lepas dia tiada.

Beberapa bulan lepas kejadian tu, sakit telinga ku mendengar cerita dari jiran ku. Katanya, dia terserempak dengan Kak Nur, ditanya kenapa dah lama tak nampak, dia kata dia dah pindah. Jiran tu pun pelik sebab dia kenal aku dan betapa akrabnya kami.

Biasalah mulut orang nak cungkil rahsia, macam macamlah ditanya. Boleh Kak Nur cakap, aku ni memang baik, tapi dalam baik baik aku, aku boleh jadi sejahat jahat orang. Siap pesan kat jiran tu suruh hati hati dengan aku!

Amboi amboi sedapnya mulut! Terus amarah aku naik sampai aku tak boleh fokus memandu.

Kebetulan aku bertemu kawan sekerjanya beberapa hari selepas tu beritahu aku selama ni Kak Nur menumpang di rumahnya. Terkejut juga sebab rumah kawan tu selang 2 lorong dari rumah kami, tapi tak pernah terserempak.

Apalagi, tak berlengah aku ajak 2 kawan serumah ku pergi berjumpa dengan Kak Nur.

Aku masuk saja rumah, aku minta maaf pada tuan rumah sebab aku nak menjerit dekat Kak Nur. Haha sempat lagi aku minta izin nak jerit!

Petang tu aku cakap kat dia aku dengan dia takde apa apa kaitan lagi. Kalau aku dengar sebarang cerita tak benar tentang aku dan 2 kawan serumah ku, aku akan beritahu hal sebenar kepada semua orang yang bertanya. Dia merayu pegang lutut aku minta maaf.

Aku tepis tangannya cakap aku geli. Aku cakap aku sanggup kawan dengan b*bi daripada kawan dengan penipu macam dia. Padaku maruahnya lebih hina dari selipar tandas.

Betul betul puas bila aku dapat melepaskan apa yang terbuku di hatiku. Itulah kali terakhir aku bertemu dengannya hinggalah aku dapat kerja di daerah lain.

Kisah aruwah tunang, Amin, Dr Aidil, Ustaz Anas dan Ah Chong adalah rekaan semata mata. Dia mereka reka cerita tu sebab nak rasa sama macam yang kami ada. Cuma dia nak lebih hebat sikit itu sebab lelaki yang di imaginasi kan tu hebat, kacak, kaya dan berpendidikan.

Aku ingat lagi sebelum aku keluar dari rumah kawannya tu aku cakap, Kak Nur, biarlah kita tak cantik asalkan bermaruah. Jangan sebab kita tiada macam orang lain ada kita sanggup jadi bodoh menurut kehendak nfsu.

Kak Nur bukan tak cantik, sebab pada aku dia ok saja, walaupun bersaiz agak gempal tapi dia mudah didampingi, ramai kawan dan sebelum hal ini terbongkar ramai yang menyenanginya.

Mengenalinya buat aku lebih berhati hati dalam berkawan. Bersederhana dalam bersahabat itulah yang terbaik.

Walaupun kisah ni dah lama berlalu, namun aku sentiasa doakan dia. Semoga dia dah berubah dan jangan manipulasikan orang lain demi nampak hebat di mata orang lain.

Apa yang aku tahu, dia masih di daerah itu di tempat kerja yang sama, masih belum kahwin dan masih belum ada kereta.. haii siapalah jadi bibik dia sekarang. Hihi.

Terima kasih admin siarkan coretan ni. Terima kasih juga pada yang bagi pendapat dan mendoakan. Buat baik berpada pada, mengharap lah kepada Allah agar sentiasa dilindungi Nya. Sekian.

Reaksi Warganet

Deedee Nas –
kak nur kesayangan kau tu dahaga perhatian, lonely dan bila dia di depan orang dia tam konfiden langsung.

Tu yang dia cipta banyak cerita sebab dia tau angan angam dia tu tak jadi kenyataan. Padahal dia tu boleh ja capai angan angan dia kalau dia berusaha lebih.

Tapi dengan perangai annoying macam tu suka menambah cerita, fitnah fitnah orang ni aku pun geram. Jenis manusia macam ni elok la kita buang.

Aein Sein –
Memang dia salah tapi bagi aku kan confessor macam keterlaluan pulak nak cakap “maruah dia lebih rendah daripada selipar tandas”..

Dari apa yang aku baca dari confession pertama lagi. Aku rasa kak nur tu ada penyakit mental jenis delvsional.

Dia imagine benda yang tak wujud. Biasa kalau orang dah kantoi menipu dia akan malu sendiri..

Ini dia siap nafi dan create cerita lain pulak. So aku yakin dia sebenarnya sakit mental..

Dia fikir apa yang dia imagine dalam kepala otak dia tu real sampaikan dia tak boleh bezakan antara realiti dan fantasi. Sampaikan dia anggap imaginasi dia tu benar benar terjadi. Menurut aku la..

Faz Li Dya Midd –
Puaih ati baca. Tapi memang betul, orang camni bila kantoi, dia akan belit cerita selagi boleh. Logik tolak tepi janji jawab confident.

Kalau dah kantoi, dia akan cuba burukkan kita dulu untuk tutup silap dia. Aku dah kena lebih kurang. Huhu

Walaupun ada yang kata ni penyakit mental, ye aku pun tak tolak kemungkinan tu. Tp untuk kes ‘bekas’ kawan aku dulu, kitorg rasa lebih kepada perangai buruk.

Actually 1 ofis, jiran2 semua tau perangai kaki temberang dia. Just orang malas amik pot, layan kan je, belakang jadi bahan gelak. Sebab cerita dia tak consistent, dekat si A cerita lain, si B cerita lain.

Kisah dia macam kak Nur ni la, dia akan cerita nasib malang dia, memang mengundang simpati.

Dalam masa yang sama dia akan cerita keberuntungan dia, si polan sayang dia, si polan gilerkan dia, ayah angkat hadiahkan kereta, kakak angkat belanja itu ini.

Bila ditanya pada ‘kakak angkat’ tu, punya kakak tu gelak sambil cakap “dia pinjam duit aku la bukan aku belikan!”. Pendek kata dia nak orang simpati dan kagum dengan dia.

Kadang kadang kita bole kenal jugak daripada cara dia bercerita dan berkomunikasi, samada penyakit atau hanya perangai buruk..

Sumber – Tasya (Bukan nama sebenar) via IIUMC

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *