Aku janda anak 5. Krn nk buktikan xhodoh pada ex, tersangkut mat salleh. Bila dia confess, aku tersentak

Foto sekadar hiasan

Met On A Wrong Time, Wrong Place

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Hai aku janda. Haha. Ni kali kedua aku confess dekat sini. Aku ada terbaca confession seorang adik tentang jodoh mat saleh (klik link dibawah).

“Cari Suami Mat Salleh”. Aku cuba pancing, mlekat. Aku stalk ig dia. Aku terpkul saat lihat satu gambar

Jadi aku terkenang kisah aku hampir setahun lalu.

Aku bercerrai tahun 2018 sebab ex aku yang kaki ganja pegi tolak aku sampai kepala aku terkena bucu meja tv. Luka dahi aku. Kena jahit 8cm.

Nasib tak kena mata. Kalau tak buta la aku. Luka tu memang ada cuma tak berapa jelas. And the scar remind me that the past is real.

So aku decided enough is enough. Cukup la aku kene maki, kene pukul selama ni. Kecederaan yang aku dapat kat muka adalah bukti yang aku kena tinggalkan dia.

Sebab mana nak sorok lagi. Doktor yang handle kes aku pun tahu aku mngsa domestic vi0lence tanpa aku cakap.

So ya, aku mohon cerrai secara hakam sebab jiran aku tak berani jadi saksi sebab ex aku ancam dorang. Lepas tu mula la episod ex aku meroyan sebab kena tinggal. Padan muka.

Terus berdrama sebarkan keburukan aku. Cerita aku penah ketuk kepala dia dengan pinggan. Tu saja la seumur hidup aku dengan dia hampir 11 tahun aku ‘sentuh’ dia. When you live with the monster you become one of them.

Yang dia tibai aku hari hari taknak mengaku ke? Dengan aku dia merayu rayu kata dah taubat. Siap pos status pegi surau bagai.

Bila aku tak layan dia start hina aku. Kes menghina ni dari aku mula kahwin lagi. Dia hina muka aku ni buruk. Hidung kembang. Hina aku anak 5 siapa yang nak?. Hodoh hodoh aku pun dia jugak la yang dok kejar aku dulu.

Jadi aku yang tengah geram ni, sebab die kate aku hodoh kan takde sape nak dengan semangat buka dating apps. Nak buktikan market aku ade lagi. Tapi aku pilih dating apps international punya.

Aku ni dari dulu memang suka bangsa asing. Sebelum kahwin dengan ex aku, aku berkawan dengan orang pakistan. Ex aku jugak la yang psiko aku jangan kahwin sebab dorang nak kerakyatan saja. Sudahnya kahwin dengan dia kena pukul. Hampeh!

Aku ni dari sekolah memang dah minat bangsa asing. Dulu cikgu bi aku garang sangat. Sampai kamus dia suruh baca. Thanks to her sebab kegarangan dia aku jadi suka bahasa inggeris.

So, cara aku nak improve bi aku adalah dengan baca satu majalah ni. Nama dia Galaxy. Budak budak 90an yang baca majalah ni tahu la dekat bahagian belakang tu ada apa. Ya, ada alamat kawan kawan dari serata dunia.

So aku mula tulis surat dekat mereka dengan harapan aku bole improve skill bi aku. Antara negara yang aku penah ada kawan: filipina, kemboja, bangladesh, ghana, sudan.

Ada sorang kawan dari filipina siap bagi gambar. Mengamuk mak aku sebab dia lelaki. Adik aku pulak salute sebab dalam usia aku circle aku couple sesama kami saja. Tapi aku go international terus. Haha. Padahal kawan saja.

Berbalik cerita aku buka dating site tu. Aku pilih dating site arab sebab dalam masa sama aku nak belajar arab. Aku drop saja profile aku memang ramai mamat arab yang mesej. Tapi sebelum tu aku dah khatam cara nak elak red flag.

Thanks to youtuber indon sebab selalu share tentang interracial relationship. So memamg aku dah jaga jaga. Dorang ni nama saja arab. Aku fikir dorang alim. Tapi takkkk. Lagi gatal dari orang barat.

Nak dijadikan cerita suatu hari ada seorang pak arab nak berkenalan. Nama dia sebestian. Wow arab tapi pakai nama mat saleh. Advance dah dorang ni. So aku positif, jangan jadi bdoh mungkin dia arab kristian.

Tapi elok pulak bagi salam. Aku positif lagi. Mungkin dia revert. Aku tengok profile dia base kat Dubai. Kerja journalist.

So, setelah beberapa ketika menyembang dekat apps tu, dia mintak nombor what’s apps aku. Aku pun bagi dengan syarat tak boleh sembang s3x atau hantar gambar/video lcah.

Tak lama lepas tu dia pun wasap aku. Then masa aku nak save nombor dia, aku jadi curious sangat.

Sebab profile dia tulis dari Dubai tapi nombor mula dengan +1 ******* which is United States. Aku dah nervous. Takkan la scammer.

DP what’s app pun gambar pokok. Aku pun google dan dapat tahu nombor tu dari Tennessee.

Yang lagi tragis tak lama lepas tu, aku dapat notifications yang mengatakan kemungkinan dia ni scammer and dia punya profile dah dipadam.

Aku dah gelabah biawak masa tu. Berfikir tahap KBAT habislah dia dah dapat nombor what’s app aku, habis semua akaun aku dia godam nanti.

Jadi aku terus confronted dia, aku cakap aku nak video call. Aku nak pastikan yang dia real. Dia cakap ok tapi nanti pukul 5petang waktu Malaysia dia akan call aku. Sebab hari tu dia ada meeting zoom. Aku pun tunggu dengan debar. But in the end he doesn’t called.

Sah la scammer ni sebab dia tak berani pun nak call. Aku pun terus sound dia sambil menggigil geram.

Aku tanya dia nak apa? Aku bukan orang kaya, siap tuduh dia ada hati nak jadi orang Malaysia ( dengan kahwin dengan aku). Aku bajet masa tu dia adalah African yang menyamar jadi mat saleh.

Macam macam la aku tuduh dia. And surprisingly ada 1 tick saja. Sah memang sah dia scammer. Sebab dah kantoi then dia blok aku. Begitu aku punya suuzon.

Tiba tiba malam tu dia video call dalam pukul 10 tak silap. Terkejut aku. Tapi sebab marah sangat dan aku butuh explain, aku pun grab tudung souk dan pick up the phone.

Ya aku terkejut sekali lagi. He’s the person on the profile. Memang pucat giila aku. Aku shocked sebab dia real dan dia mat saleh.

Putih merah merah, rambut agak blonde, ada jambang sikit. Aku malu sangat sampai tak terluah. I was stunned. Dan perkataan dia ‘am i real?’

Lagi la aku malu. Terus aku off the call. Dia call lagi dan aku cancel. Terus aku wasap kata jangan call sebab aku malu dan gementar. Gelak mamat tu.

Lepastu dia pun explain yang dia ni memang orang US, tapi dia jarang dekat sana sebab tuntutan kerja. Masa dia buka dating site tu dia kat Dubai so dia tulis saja la current country tu Dubai.

Then pasal site tu cakap dia kemungkinan scammer, dia terkejut gila. Seumur hidup tak pernah orang panggil dia scammer.

Rupanya dia cuba log out tapi tak bole then dia delate saja la apps tu. dia kata ramai perempuan fake dekat situ. Mentang mentang dia mat saleh dan kerja elok terus nak paw dia.

Dia kata aku saja tak pernah tanya dia kerja apa, asal mana, umur berapa. Lah bendanya ada kat profile baca saja la. Buat apa tanya lagi kan.

Dalam ramai ramai perempuan dia chat tu dia tengok aku la paling competent. So dia nak kenal aku lebih dan minta nombor telefon. Lepas tu terus delate apps tu. Aku pun minta maaf sebab tuduh macam macam.

Lepas dari tu kami pun berkawan. Cerita hal masing masing. Dia bagitau kawan dia yang suggest site tu sebab tengok dia makin tua so cari la bini.

Aku cakap la, “so married can stop you from getting old?” Gelak kawan tu sampai dia call aku nak bagitau dia gelak tak ingat dunia. Dia kata aku kelakar walaupun garang.

Sebestian ni duda anak sorang, lelaki umur 8 tahun. Umur 42. Wife dia meninggal 5 tahun lepas sebab overd0se ddah. Terkejut aku.

Dia susah nak move on sebab dia sayang sangat wife dia. Dia kata normal untuk teenagers dekat US ambil ganja. Dia pun sama. Ni sebab aku cerita ex aku main ganja.

Tapi bila libatkan ketagihan dan mula pukul dia tak boleh terima. Sebab mariijuana is for fun katanya. Bila dah dewasa dia tinggalkan sebab ye la benda suka suka saja.

Lagipun tuntutan kerja dia tak boleh terjebak dengan any kind of drvgs. Tapi wife dia tak pernah berhenti. Lagi menjadi sebab selalu kena tinggal.

Lepastu mula main ais. Dia menyesal sebab selalu tinggalkan wife dia sorang sorang sampai wife die ketagih teruk and lastly meninggal sebab overd0se.

Dia kata hidup dia untuk wife dia. Dia hantar wife dia pegi rehab tapi tak bole tengok selalu sebab kena fly. Tapi bila keluar wife dia buat balik.

Banyak persamaan aku dan dia. Kami sama sama insecure, susah nak percaya orang sebab masa lalu. Lepas aku cerita apa jadi dekat aku dia pun faham kenapa aku senang nak panic, kenapa susah percaya orang, kenapa aku straight dan banyak soal dan kenapa aku mudah buruk sangka.

Sebestian ni bapaknya orang arab, mak dia minah saleh. Bapak dia bengis dan selalu pukul mak dia. Dia benci sangat bapak dia sampai dia buang nama Islam dan ambil nama family mak dia.

Aku tanya status agama dia apa? Dia cakap dia Islam tapi tak amalkan. Sekarang tengah cari Islam balik. Aku terus fikir boleh ke jadi imam aku kalau macam ni. Jauh naw fikiran.

Dia kagum dengan aku sebab dia tengok aku dia teringat mak dia. Kegigihan aku besarkan anak anak sorang sorang sama macam mak dia. Dia sayang sangat dekat mak dia tapi mak dia meninggal awal sebab cncer. Masa tu dia umur 17. Bapak dia tetap pukul mak dia walaupun mak dia sakit.

Lepastu bapak dia tinggalkan mak dia dan kahwin orang arab jugak. Dia kata bapak dia kahwin dengan mak dia sebab nak dapat green card saja. Aku pun tumpang sedih. Faham sangat perasaan bila disia sia kan.

Lama lama kami pun rapat. Sebestian ni kerja journalist. Life dia memang dekat negara negara arab. Lepas dubai dia nak pegi yemen untuk interview askar veteran dekat sana.

Jadi ya kami sibuk hal sendiri tapi tak pernah lupa each other. Tapi aku mula rasa tak selesa.

Susah sebenarnya LDR ni (long distance relationship) walaupun kami tak declare apa apa. Nak berkawan umur macam ni dengan aku ada anak ramai, meniaga lagi, kadang takde masa. Kadang dia merajuk sebab aku tak say good night good morning.

Kadang aku online tapi tak sapa dia. Asyik dia saja yang terhegeh hegeh dekat aku. Aku jadi rimas. Aku rimas sebab ada orang cuba nak atur hidup aku. Aku tidur pun 3-4 saja sehari. Kadang aku busy sangat tapi dia tak faham.

Dia pun sibuk juga tapi tetap luang masa untuk greet aku every morning, katanya. Tapi aku kadang akan senyap berhari hari. Entah la aku pun tak tau nak cakap apa. Kadang aku perlukan masa untuk diri sendiri.

Dari situ aku mula persoalkan hala tuju kami. Aku tanya diri betul ke nak dengan dia? Kalau tiba tiba dia confess dia suka aku macam mana?

Then aku sedar aku tak ready untuk semua ni. Aku pandang anak anak aku masa dorang tidur. Aku jadi sedih. Aku bercerrai bukan untuk kahwin lagi.

Aku sayang anak anak aku. Boleh ke sebestian terima anak anak aku. Pada aku sebestian ni baik. Selalu tanya anak aku dah makan ke belum. Tanya pelajaran dorang.

Penah aku ada masalah bab bisnes aku. Cepat cepat dia nak hulur duit tapi aku tolak. Ye orang yang aku tuduh scammer nak habiskan duit aku end up beria ria nak bagi bantuan kewangan dekat aku.

Padahal masalah aku tu tiada kaitan dengan duit. So aku tolak baik baik. Tu pun dia terasa sebab aku tak anggap dia part of my life. Alahai.

Aku banyakkan doa mohon pada Allah beri petunjuk sebab aku exhausted sangat. Aku nak besarkan anak anak aku dulu. Tapi kalau sebestian jodoh aku, tetap aku minta delay haha. Aku tak sedia.

Then suatu hari, betul jangkaan aku. Dia mengaku mula sayangkan aku. Kalau boleh taknak jauh jauh lagi. Aku gementar. Pastu lama dia diam.

Lepastu dia cakap anak anak aku menyukarkan hubungan kami. Pang! Aku tersentak. Dia kata bukan dia tak bole terima anak anak aku tapi kalau kami kahwin dia nak aku ikut dia. Dia taknak tinggal aku macam dia tinggal wife dia dulu. Wow seronok travel around the world.

Tapi tu la dia bukan kaya sangat nak tanggung anak anak aku tu. Kalau duduk setempat boleh la. Ni dia kerja pindah randah. Pastilah kos untuk anak anak aku jadi mahal. Sedangkan anak dia pun dia tinggalkan dengan adik dia. Aku tak salahkan dia. Aku faham.

Kalau aku jadi dia pun aku akan pening. Orang kata kalau dia betul nak kita dia kan fight. Tapi aku tak nampak relevannya dalam hubungan kami. Takkan dia nak berhenti kerja then ikut aku meniaga? Hmm. Yang betulnya aku pun tak ready nak jadi bini orang balik.

Aku enjoy hidup bujang. Tapi aku sedih jugak sebab dah mula sayang dia haha. Dalam masa sama aku lega sebab Allah bagi jawapan pada segala persoalan aku tentang hubungan kami.

So dia cakap dia taknak ikat aku. Aku bebas pilih dengan sapa aku nak. Jangan terikat dengan dia. Dan dia pun nak bagi ruang untuk dia kenal orang lain.

Masa ni aku sedih sikit. Tapi aku kan dah dewasa. Takkan nak lebih lebih pulak. So i guess this is the end. Dia kata kami masih boleh berkawan.

Pada aku sudah la. Jangan bazir masa lagi. Lepastu kami mula renggang. Aku sibuk dengan hal aku dia sibuk dengan hal dia. Ada juga die tegur aku atau komen status what’s app aku tapi aku tak layan.

Pada aku there’s nothing to say. Sebenarnya aku pun takut dengan perasaan sendiri. Sampai sekarang dia masih tengok status what’s app aku. Maknanya dia masih care pasal aku. Tapi pada aku yang sudah tu sudah la.

Lepas hal aku dengan sebestian tu aku tutup akaun aku dekat dating site tu. Aku dah tak cakap dengan mana mana lelaki kecuali hal yang dibolehkan.

Aku fokus hidup aku. Bisnes aku pun makin baik. Tahun lepas anak aku yang sulung masuk tahfiz. Then aku start pakai niqab.

Aku nak jaga diri aku. Aku nak jadi hamba yang baik. Nak besarkan anak anak aku dulu. Kalau kahwin pun biar lah anak anak aku dah habis sekolah menengah.

Tapi mungkin masa tu aku pun dah tua. Dah 50an. Ade lagi ke yang nak? Haha. Takpe la kat syurga nanti takde yang single.

Namun jauh di sudut hati aku masih terkenangkan dia. Jadi apa yang ex aku cakap aku hodoh tak betul la haha. Mat saleh pun sangkut.

Mungkin aku hodoh di mata ex aku tapi aku cantik di mata orang yang tepat. Sebestian cakap aku beautiful and smart. Cewah.

So itu la cerita aku. Harap korang tak boring. Demi membuktikan aku tak hodoh sampai tersangkut mat saleh.

Aku ingat lagi kata kata dia ‘If it were to be on another world we might have been husband and wife‘. Sebab tu tajuk confession ni ‘met on a wrong time and wrong place. Sekian…

Reaksi Warganet

Mohd Syafiq –
Itu tindak balas normal manusia yang akan cari source lain untuk buktikan diri tak macam yang dikata.

Sebenarnya bercakap pasal topik cantik ni kamu sorang sorang boleh validate cantik kamu, tak perlu orang lain.

Bercakap pasal pen pals, saya jadi teringat dengan kawan dari California dengan Philippines. haha kenangan betul.

Ada kawan yang dari USA, kalau saya tak silap, dia ada pos cd muzik dia sendiri. Ingat dia main main.

Kalau sekarang, takda nak berani bagi address. Saya berkawan campur lelaki perempuan, tak menjurus satu jantina saja.

Apa apa pun saya doakan confessor lebih yakin dengan diri, baik baik besarkan anak anak.

Kamu akan berharga dimata orang yang tepat, orang pertama tu patutnya diri kamu sendiri.

Mazliana Addin –
Tak salah pon nak kawen lain even awak janda anak 8. Orang bukan paham situasi kita.

Adakala kita ok, adakala kita rasa sunyi yakmat. Bukan pikir benda alah s3ks tu je, sampah betul pemikiran.

Kadang nak tido, we need someone to share the whole day story. Ala ala pillow talk gitu.

Bukan semua cerita kita boleh share dengan org, kecuali dengan partner kita je. Yang tak alami, mana mungkin boleh memahami.

Semoga hidup awak terus bersinar..

Sumber – Suria (Bukan nama sebenar) via IIUMC

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *