Cari menantu solehah, adik yg dh ‘rosak’, dibuang. Kami cari, lintang pukang lari sorok muka. Akhirnya adik beralah

Foto sekadar hiasan

Sakit Hati Adik Dirosakkan

Aku memang tak dapat lupakan hari adik perempuan aku bagitahu dia dah tak ada dara. Padanlah berbulan mata bengkak, rupanya menangis ditinggal ex yang dah ambil maruah dia. Dalam hati aku memang mencarut saja dekat laki sial tu.

Time tu adik aku baru awal 20-an nak up dekat universiti dah kena main teruk dengan laki tua lingkungan 30 tahun. Kalau remaja aku tahu la memang tak boleh fikir waras, ini dah tua sel otak masih tak berhubung.

Aku kalau boleh nak cari laki tu bagi penumbuk sampai gelap masa depannnya, nasib baik adik aku halang.

Dia cakap dia dah bongkarkan dekat mak laki itu sebab nak lelaki itu bertanggungjawab, tetapi mak dia pun macam tak kasi sebab nak jaga maruah keluarga sendiri.

Konon nak perempuan yang baik bukan nya yang telah berziina.

Ex adik aku pula marah adik aku sebab bagitahu mak dia dan terus tinggalkan adik aku sebab “respect” mak dia.

Adik aku memang nampak depress. Adik aku kata yang dia dah sayangkan ex dia sepenuh hati dan bagi segalanya tapi kenapa kena tinggal?

Adik aku dah insaf taubat tapi memang nampak struggle nak move on. Ye lah, adik aku ikhlas cinta dah percaya ex dia sepenuhnya, tu sampai maruah pun tergadai.

Dekat depan adik aku, aku hanya mampu pujuk suruh dia lupakan lelaki itu dan berdoa, tetapi bila aku masuk bilik, aku pula yang menangis sebab aku rasa aku gagal lindungi dia.

Ini baru cerita dekat aku, bayangkan kalau bapak aku tau, tengok anak perempuan kena game teruk, lepas tu kena buang macam tak ada harga. Memang parang lah keluar.

Kadang kadang saja adik aku luahkan, sebab dia tak tahan nak hadap sorang rasa kena betrayed teruk dengan lelaki itu dan terlampau ikut hati sampai berziina.

Biasalah, ex dah janji nak sehidup semati sampai cakap sanggup mati demi adik aku. Last last, mak ex tahu terus lenyap. Kau ni bukan curi duit tau nak main hide and seek, kau hancurkan adik aku, a real person!

Janganlah nak bdohkan diri buat macam tak faham situation. Kau tak nak responsible pun, kau datang minta maaf dekat adik aku elok elok. Minta maaf dekat parent aku! Kau cari nahas berani pandai, bila nak settlekan pengecut akal pendek.

Aku memang cakap straight saja dekat adik aku yang lelaki tu tak ade otak dan nfsu syaiitan. Kau ingat kalau laki tu tak start pujuk tunjuk itu ini, tiba tiba adik aku offer kasi dara ke dalam keadaan diri sendiri pun tak tahu s3ks tu apa jadah.

Maaflah aku memang geram dekat ex adik aku dan aku tak akan maafkan dia sebab buat adik aku mainan puaskan nfsu, sebab dia naïf buta cinta.

Mak bapak aku dah penat bagi yang terbaik dari kecil, sampai dekat ex terus musnah hidup. Dah rosakkan maruah, lepas tu rosakkan hidup dia pula dicampak tepi dalam keadaan tengah merayu simpati.

Aku tahu kau sedar saja apa kau buat, tapi buat buat tak faham. Bab mak ex tu reti pula nak jaga maruah keluarga. Ingat keluarga kau saja ke hidup dalam realiti kena dijaga perasaan elok elok dipandang baik? Orang lain ini semua fantasi hiasan dunia tak ada perasaan?

Adik aku dah bertaubat cuba melupakan ex dia, siang malam berdoa menangis sebab takut nak hadap masa depan.

Kadang kadang dia nampak okay gelak gelak, tiba tiba menangis cakap ex dia lari sebab dia tak ada value macam perempuan lain ke?

Dia duduk tanya kenapa dia tak deserve disayangi macam perempuan lain, padahal dia dah bagi hidup dia. Aku malas nak cakap yang laki tu nampak adik senang saja, tak kahwin lagi dah sayang melebihi isteri, so buat apa susah nak kahwin.

Self-esteem adik aku jatuh teruk dan dia rasa sangat insecure. Masa mungkin akan hilangkan rasa sayang dia dekat ex, tapi diri yang rosak akan kekal dan masa hadapan memang susah nak jamin.

Kau laki selagi tak kena dekat batang hidung kau memang akan buat bodoh macam benda tak wujud. Ingat perempuan tu tak takut ke hadap masa depan yang jauh lagi gelap dari kau? tapi still tabahkan diri hadap ketakutan tak macam kau.

Ikut hati, aku tak kasi adik aku jumpa dah ex tu, tapi nampak dia masih degil nak pertahankan maruah dia, jadi aku teman saja few times.

Malu aku sebagai lelaki tengok ex dia lari lintang pukang nak sorok muka sampai akhirnya, adik aku yang terpaksa beralah give up.

Lawak tengok kau berusaha nak selamatkan diri lari dari perempuan yang kau rosakkan macam hina sangat adik aku ni. Kau taubat tu dosa dengan Allah saja tau.

Bukan taubat namanya kalau selamatkan diri sendiri biar orang lain tanggung beban yang kau buat. Lepas tu konon restart hidup baru, lupakan masa silam dan cari bini solehah. Kau masih perosak anak/ adik/ bakal isteri/ bakal ibu orang.

Aku tak nak pun kau kahwin dengan adik aku sebab memang nampak jenis laki tak boleh pakai, tapi tinggalkan pun elok elok la sikit.

Ini bila dia demand responsible sampai naik gila, kau nak marah cakap dia murahan tak ada laki lain sanggup terima like apa jadah bro.

Nak jalan penyelesaian yang kurang kesan negatif dekat diri sendiri saja. Yelah, kau kan karakter utama dalam dunia ni, nama baik kau saja kena jaga. Kalau kau sebelum ambil dara perempuan duduk pujuk dengan ayat geli jiwang, taraf kau lagi hina dari pergol.

Sekurangnya pergol tak manipulate dengan kata kata jiwang, kasi kepercayaan dan sayang dulu. Aku emo macam perempuan dah sebab sakit weh tahu dan hadap adik sendiri kena game teruk dengan laki.

Manipulate perempuan semata nak puaskan nfsu padahal perempuan bersungguh cinta, lepas tu dump dia bila rasa beban kena demand ambil tanggungjawab.

Ada hati pula tu nak cari perempuan lebih baik nak jaga maruah sebab konon perempuan berzina dengan kau, dah cop jahat.

Aku nak minta tolong yang membaca supaya doakan lelaki seperti ini juga gelap masa hadapannya dan ingat, zina itu hutang ye. Allah akan balas setimpal tepat pada waktunya.

Sekarang kau seronoklah adik aku back off, tak perlu susah nak lari dalam ketakutan dah. 3 tahun dah berlalu dan adik aku dah tak sama macam dulu.

Dengan aku dan ayah pun dia nampak tak selesa sebab aku rasa, dia hilang kepercayaan dekat lelaki. Aku rasa kehilangan adik dan gagal.

Tapi syukur, adik aku makin dekatkan diri dengan tuhan dan bukan sebaliknya. Aku pun cuba jadi lebih prihatin untuk jaga dan bimbing dia.

Reaksi Warganet

Faz Li Dya Midd –
Paling sakit hati tang mak jantan tak guna tu bole kata pmpuan penzina tak baik tapi buat buat lupa anak laki dia sendiri sama penzina. Mak anak sama je tak guna!

Semoga Allah beri balasan setimpal. Tahniah confessor sebab jadi pelindung. Semoga taubat adik diterima dan dimudahkan semua urusan..

Siti Hazwani –
Dah umur 20 lebih, pelajar universiti, sepatutnya boleh jaga diri dan berfikir, lain lah dirgol.

Masa zaman belajar u dulu memang ada jenis yang nak compete sape hot, sape dapat bf yang hebat/dah kerja, clubbing, minum, jadi perempuan simpanan pun ada dan buat benda benda bodoh semata mata nak tunjuk diri tu cool.

Please lah perempuan, jaga diri dan maruah diri. Ada je yang social, tapi pandai jaga diri dan maruah diri. Ada yang tak social, tapi main berkali kali.. Fikir lah sebelum buat sesuatu

Geram dekat laki tu, memang stok lelaki dayus. Semoga mendapat balasan setimpal..

Geram jugak dekat adik you.. Tapi tengok dia dah sedar, alhamdulillah. semoga diterima taubatnya dan dimudahkan urusan kemudiannya…

Risau gak ada anak perempuan, kita sebagai parent dah pesan macam macam, at the end ia adalah pilihan anak jugak.. Semoga anak anak dilorongkan pilihan yang betul dalam sesuatu tindakan

Sherri Hazmi –
Masyarakat pun sama.

Asal ada kes macam ni terus pin point dekat pompuan. Dasar patriarki tu menjadikan masyarakat lebih tidak sensitif.

Tengok je la mak biawak tu. Taknak menantu yang dah rosak kononnya.

To be honest, as a feminist, aku bukan tengok pada value orang yang berdara atau tak. Aku cuma nak tengok pada orang yang ada adab pada orang lain. Isu macam ni. Coming soon menantu aku tak payah takut aih.

Miz Atom –
Both salah! Adik awak sudah atas 18tahun, seharusnya tahu jaga diri. Yeee saya faham, hati wanita mudah melting, tapi sewajibnya tahu akan batas pergaulan. Lainlah didikan kurang dari keluarga, itu lain cerita

Dina Omar –
Memang tak boleh lari ya dari viictim blaming ni? Paling sedih, datangnya dari wanita sendiri.

Adik ni salah. Yes. Tapi kesalahan yang dia buat tu dah lepas. Dan kita nampak usaha dia untuk take responsibility terhadap kesalahan dia. Kenapa masih nak ungkit and compare? Boleh saja bagi peringatan kepada wanita wanita lain tanpa perlu highlight kan adik ni punya kesalahan.

Kita tak tahu apa dia went through. Macam mana grooming process tersebut terjadi. Mentang mentang yang bercakap ni mungkin bernasib baik sampai tidak ke tahap zina, jadi mungkin ada rasa the “rights” untuk menyelar tindakan mereka yang kurang bernasib baik ni.

Ingat juga dalam berkata kata ya. Mungkin jika kita terlepas, mungkin ada yang terdekat dengan kita ni nasibnya tak sebaik kita. Extend your sympathy to those who needs it. Sudah sudah lah victim blaming. Tak kan membawa apa apa kebaikkan dan perubahan.

Sumber – ABU (Bukan nama sebenar) via IIUMC

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *