Foto sekadar hiasan
REPLY: Dosa Silam Pasangan Menghantui Diriku
Assalamualaikum wbt warga IIUM Confession. Selama ni aku hanya jadi silent reader. Seronok membaca komen masing masing dan tak pernah terfikir nak menulis confession ni.
Hati aku tergerak untuk share sedikit kisah family aku selepas membaca kisah Puan Aina didalam confessionnya, “Dosa Silam Pasangan Menghantui Diriku (klik link di bawah).“
Para pembaca sekalian, betul apa yang Puan Aina risaukan. Dosa sesama manusia bukan perkara remeh yang perlu kita memandang rendah. Apatah lagi bila melibatkan maruah manusia yang lain.
Kerana tiada mengenali aku disini, biarlah aku buka sedikit pekung didada mengenai kisah keluarga aku.
Arwah Ayah aku seorang Engineer. Selalu follow group tabligh dan seorang ayah yang cukup sempurna dimata kami.
Sedikit pun ayah tidak pernah naik tangan. Dia menjaga ibu dengan sebaiknya sehinggalah ke akhir hayatnya.
Malang tidak berbau, ayah ditimpa rumah roboh sewaktu bekerja. Ayah koma selama dua minggu. Tetapi yang peliknya, doktor mengatakan ayah nazak, tetapi bila semua preparation dah dibuat, oksigennya kembali normal.
Esok jadi benda yang sama, berulang ulang selama dua minggu. Ia seperti nyawanya susah nak keluar dari jasad. Seperti dalam keadaan tersiksa.
Wajah ayah yang dahulunya putih, menjadi agak gelap.
Ramai ustaz datang untuk membaca doa supaya dipermudahkan urusan ayah. Malangnya keadaannya masih sama.
Kami semua memohon maaf kepada orang sekeliling sekiranya ayah pernah berdosa, atau hutang. Tetapi ayah tidak pernah berhutang dengan orang lain. Dia yang selalu dihutang orang.
Sampailah seorang rakan baiknya di universiti datang melawat, kami menceritakan keadaan ayah dan dia terus berwajah sugul.
Pakcik Ahmad iaitu kawan ayah hanya berdiam diri buat seketika, dan sepertinya dia menelefon seseorang.
Keesokkan harinya, seorang wanita separuh umur datang melawat ayah. Kami semua tidak mengenali dia.
Dia datang menghampiri ayah, dan mengucapkan perkataan “saya maafkan segala dosa awak kepada saya”.
Kami sekeluarga terkejut dan menjadi tanda tanya apakah dosa ayah kepadanya. Nasib baik waktu itu ibu tiada kerana menguruskan hal lain.
Aku menghampirinya dan mulalah bersoal jawab. Apakah dosa ayah sehingga tersiksa begini?
Rupanya wanita itu adalah bekas tunang ayah. Wanita itulah yang menyara ayah di universiti dulu. Sehinggalah ayah berjaya, ayah meninggalkan dia dengan sekelip mata.
Mereka tidaklah sampai berziina, tetapi ayah berjanji kepadanya untuk nikahi dia selepas berjaya. Hutang janji ayah itulah menjadi asbab ayah sengsara sewaktu menghadapi sakaratulmaut.
Selepas satu jam kejadian itu, ayah pergi meninggalkan kami dengan tenang.
Ini bukan kisah dongeng untuk semua pembaca. Ataupun majalah mastika. Ini adalah cerita benar yang terjadi didalam keluarga aku.
Sampai hari ini ibu tidak mengetahui kisah ini kerana demi maruah ayah dan kesedihan ibu, kami adik beradik berpakat untuk rahsiakan segalanya.
Aku sempat minum dengan wanita terbabit sebelum dia pergi meninggalkan kami.
Wanita itu mengatakan, dia tidak mudah memaafkan ayah kerana dia begitu setia dengan ayah disaat susah dan senang. Wanita itu jugak menolak pinangan orang lain kerana janji setia ayah kepadanya.
Dia berhempas pulas menyara ayah sehingga dia tidak ke menara gading kerana sibuk bekerja. Baginya cukuplah ayah capai cita cita dan berkahwin dengannya. Perasaan sengsara itu dirasai hinggalah kehari ini.
Sebenarnya dia telah melupakan ayah, cuma dia lupa untuk memaafkan kekhilafan ayah kepadanya.
Aku menyusul kepada wanita terbabit untuk membayar segala kos pengajian ayah supaya tiada hutang diantara kami. Tapi dia menolak dan beralasan rezekinya makin bertambah selepas ayah menganiaya dirinya.
Al-fatihah untuk ayah.. kami tiada dendam kepada ayah, cuma yang aku ingin sampaikan kepada sahabat semua, jangan memandang ringan dengan dosa dan janji sesama manusia.
Seperti kisah Puan Aina, beliau berhak untul risau dan trauma kerana dia tahu tentang perkara ini.
Buat Puan Aina, aku mendoakan semoga wanita terbabit memaafkan suami Puan. Keadaanya lebih keruh kerana hilang kehormatan dan dicurangi dengan begitu kejam.
Buat semua sahabat, jauhilah zina dan peganglah pada janji yang dibuat.
Sekiranya tidak mampu untuk melunaskannya, mohon lah maaf kepada manusia terbabit dan selalulah berdoa agar hatinya dilembutkan oleh Allah swt.
Akhir kalam, semoga kalian semua dilindungi Allah swt
Al-fatihah kepada ayahku..
Reaksi Warganet
Aein Sein –
Ada orang kata maafkan je la dosa orang pada kita. Serahkan je pada Allah.
Kalau kena batang hidung dia aku nak tengok mampu ke bertenang dan maafkan. Sedangkan pakwe dia tiba tiba ada orang lain pun teruk dia maki orang tu dulu, huhu..
Kalau benda tu dah kena dekat batang hidung kau dan kau relaks baru kau boleh cakap macam tu dekat aku. Kalau tak. Stop la acah baik.. Geliz..
Edha Yadhira –
Kisah ayah awak seperti kisah saya. Dia tinggalkan saya setelah dia berjaya. Masa study, job hunting sama sama susah. Support kewangan, semangat, etc.
Sampai la dia hidup senang. Satu satu barang impian dia beli. Mengkhianati penantian saya untuk wanita lain.
Saya masih sendiri, sering kali saya sedih dengan kebodohan saya. Tapi Allah maha mengetahui segalanya. Semoga balasan yang setimpal untuk si dia. Terlalu sakit untuk dikenang
Natasha Hanna –
Ada seseorang rapat dengan saya pernah ditangkap berziina di dalam kereta dalam semak di kawasan kampung.
Di pkul teruk oleh orang kampung dan diarak bersama perempuan tersebut ke balai raya. Asbab nak tutup aib masing masing, mereka bertunang dan berjanji untuk berkahwin.
Tetapi malangnya ibu lelaki tersebut iaitu makcik saya tak suka kan perempuan tu dimana akhirnya mereka putus tunang. Rawan la hati si perempuan ditinggalkan setelah diaibkan sekampung sebegitu rupa.
Si lelaki berjumpa dengan wanita lain akhirnya berkahwin dan ada anak anak. Tak sampai beberapa tahun berkahwin, wife kantoi curang dengan lelaki lain.
Masa ni baru lelaki ni mencari balik bekas bekas kekasihnya yang hampir sepuluh orang telah dirosakkan dan meminta maaf kepada mereka semua.
Masa mula mula taknak mintak maaf bila ada yang nasihatkan sebab katanya apa yang jadi dalam rumah tangga tkde kena mengena dengan kisah silam sebab suka sama suka.
Teringin juga nak tahu, ini pun dikira kifarah juga ke sebab menurut lelaki tu ni kes suka sama suka? Wife tu tentu tentu dah salah lah. Dah dpt balasan kena pukul pakej kena cerai merempat pun. Hehehe..
Cik Adhiera –
Baca confession nii teringat ex saya yang kaki perempuan. Kerjanya rosakkan anak perempuan orang. Kenal dekat apps ajak tidur sama pastu block.
Pengakuan dia pernah buat lepas kantoi, lebih dari 10 orang. Kitaorang duk negeri berasingan, jarang jumpa mana la saya tahu perangai dia camtu.
Dia bukan sakitkan hati perempuan lain je, dia juga sakitkan hati saya. Sebelum pergi merisik saya, malam tu sempat lagi dia kerumah janda.
Bukan sekali dia curangi saya, tak cukup curang saya kena pukul.. maafkan? Masih belum mampu.
Dia dah kahwin, pandai cari anak dara dan orang yang baik baik. Saya selalu fikir camana la dia nak dapat kemaafan dari perempuan perempuan yang dia sakitkan tu.
Sebab dia memang ajak kahwin perempuan2 dia kenal tu pas dah dapat apa dia nak, selamat tinggal.
Pernah cakap dekat emak dia perangai anak dia cam haram, aku pulak kena sekolahkan.. Maknya kata anaknya baik.. selalu jadi imam dekat rumah.
Ye dengan depan saya pun dia baik suruh tutup aurat. Jaga ikhtilat katanya
Yusrina Yusof Mbbi –
Well since ur dad sebenarnye orang yang baek di penghujung usianye. Mungkin itu sebabnye Allah sukarkan kematiannya supaya dia mendapat kemaafan dari ex dia.
Cuba kalau dia meninggal dengan mudah, balasan di akhirat kelak lagi teruk. Sebab ramai je orang berhutang/menganiaya orang mati macam takde apa apa. Tapi balasan di akhirat lagi teruk..
So kesimpulannye, jangan mudah kita judge cara kematian seseorang. Yang meninggal susah bukan beerti neraka balasannya.
Yang meninggal mudah belum tentu syurga tempatnya.
Sumber – Jihan (Bukan nama sebenar) via IIUMC