“Part 2: Cari Suami Mat Salleh”. Joshua demam, aku orderkan sup. Rupanya ada pork, aku terjerit. Dia gelak tanpa henti

Foto sekadar hiasan

Part 1, klik link dibawah

“Cari Suami Mat Salleh”. Aku cuba pancing, mlekat. Aku stalk ig dia. Aku terpkul saat lihat satu gambar

Aku cakap, 12.00 am kita video call. Dia cakap, “Are you serious???” Aku cakap yes.. Dia ucap thanks berkali kali dekat aku sebab akhirnya boleh vc. Dia cakap selama beberapa bulan ni, dia curious jugak aku tak nak ke tengok dia macam mana?

Aku cakap aku memang nak sangat tahu dia camana. Padahal dia tak tahu aku tiap hari tengok IG dia. Perempuan memang pakar bab stalking. Hehe. Tapi tulah, aku pun nak tahu jugak betul ke yang di IG tu dia. Atau menyamar.

Aku siap upah mua untuk make up kan aku sebab aku nak betul betul nampak cantik. Siap aku pakai contact lense blue tapi last last aku jadi malu sendiri sebab tak original macam mata dia. Aku terus cabut. Biarlah guna mata hitam aku ni saja. Hehe.

Lagi beberapa minit nak pukul 12.00 waktu U.S, aku call dia.

Masa panggilan connecting dan suara husky dia cakap ‘hey’, aku jadi terpana! Sah, memang orang yang sama di IG. Aku macam nak nangis sebab happy giler!

Kami sama sama tak bercakap dan saling berpandangan terharu. Dia cakap aku cute dan nampak nice sangat in hijab. Dia cakap dia tak pernah ada kawan perempuan Muslim.

Dia cakap thanks sebab surprisekan dia dengan kek tu. Dia pun terperanjat ada orang call nak deliver kek. Aku cakap aku pun ade kek. Siap aku beli kek SR lagi tulis happy birthday nama dia. Dia kena potong kek aku jugak. Aku cakap kita celebrate makan kek sama sama yer.

Sepanjang vc tu, aku tak pandang dia sangat sebab berdebar gila dan terasa nak luruh jantung aku bila tengok dia senyum. Dia pun malu malu pandang aku. Bila bertentang mata masing masing tersenyum dan tertunduk malu gitu.

Dia cakap aku tak gemuk pun. Sedang elok dah macam ni. Aku tanya dia, kalau one day dia kahwin dan wife dia jadi gemuk lepas beranak, dia sayang ke? Dia cakap mestilah sayang. Lahirkan anak dia kut. Tapi dia akan tolong wife dia work out sama sama sebab dia suka work out and sport.

So advice aku kepada girl yang masih single, rasa diri gemuk, tak lawa, hitam, rendah. Try untuk cantikkan diri. Kalau gemuk, try kurus dulu sebab bila dah kurus memang akan nampak cantik dan sihat. Kalau rendah, belajar pakai kasut tinggi.

Kita tak boleh hanya berharap lelaki terima kita seadanya, kita dulu yang mesti try berubah untuk diri kita. Kalau kita nak lelaki yang segak bergaya, sama juga lelaki nak jugak yang sedap dipandang. Kalau bukan untuk cari boyfriend pun at least untuk keyakinan diri kita.

Melainkan kita memang dah tetap cantik walaupun gemuk.

Ramai orang cakap kita perlu jadi diri sendiri dan cari lelaki yang ikhlas sukakan kita seadanya. Aku rasa itu hanya terpakai bagi orang yang cantik. Bagi yang tak cantik, nak tunggu lelaki tegur nak berkenalan pun sampai ke sudah takde. Inikan pula yang ikhlas.

Kita sendiri yang perlu berubah dan jump terus ke dalam circle hidup lelaki yang kita suka. Kita yang kena study dia suka apa. Jadikan topik perbualan. Kadang kadang lelaki tak suka girl yang just chat tanya makan apa, buat apa?

Selaku girl yang tak cantik, kita yang kena effort lebih dan tunjuk minat nak kenal dia lebih dekat. Bila dia dah nampak kelebihan kita, baru dia nak explore lagi tentang kita. Tak payah fikir soal terhegeh hegeh. Kalau fikir malu nanti dia tak nampak kelebihan kita.

Lepas kami celebrate virtual tu, aku text dia. Aku cakap maaf sebab aku malu malu, first time kan. Aku tengok 1 tick saja. Aku tunggu dekat 1 jam dia tak reply pun. Aku fikir aku dah kena block.

So aku mesej dia, aku cakap aku faham kenapa dia tak reply mesej aku. Aku rendah, tak cantik, aku memang tak sesuai dengan dia. Aku mintak maaf atas segala galanya. Aku dah pernah kena ghosting 2-3 kali lepas blind date sebelum ni, so aku dah faham situasi ni.

2-3 jam lepas tu aku dengar phone aku ringing. Aku biar saja, malas nak angkat. Tapi bila dah 4-5 kali ringing, aku angkat jugaklah.

Dia cakap kenapa fikir bukan bukan? Hp dia mati takde bateri dan dia ingat nak tunggu jap tapi tertidur lama. Kenyang sangat sebab makan kek dekat separuh. Dengan spaghetti lagi. Dia cakap aku jugak yang order banyak banyak.

Dia cakap jangan risau, mata dia nampak aku ni seorang yang comel. Just ignore apa lelaki lain cakap tentang aku yang penting apa yang mata dia lihat terhadap aku. Itu yang penting! Berbunga bunga hati aku dengar pujukan lembut dia.

Dia cakap mak dia pun rendah dan ayah dia tinggi. Aku tanya berapa tinggi mak ayah dia?

Dia cakap mak dia 163cm saja, ayah dia 190cm. Hurm Mat Salleh, 163cm jatuh kategori rendah rupanya. Aku yang 142cm ni, kategori kerdil agaknya.

Aku cakap aku nak video call dia jap. Masa connecting tu aku nampak dia macam kusut kusut bangun tidur dalam gelap malap. Aku cakap tengok dinding tu, aku ada buat lakaran.

Aku ada ukur tinggi dia & tinggi aku dekat dinding bilik aku. Aku lukis gambar muka, leher, bahu hingga badan. So 185cm & 142cm bermakna aku lebih kurang tinggi dada dia saja.

Aku berkerut muka pandang dia dan dia tenyeh tenyeh hidung renung aku. Dia geleng geleng kepala dan tergelak tengok lukisan dinding bilik aku tu.

Dia cakap jangan risau. Dia tak kisah. Kalau aku fikir susah nak kiss dia sebab kena jinjit tinggi tinggi, dia boleh dukung aku. Kalau nak jalan pun dia akan pegang tangan aku supaya aku tak tertinggal dekat belakang.

Aku tiba tiba jadi malu sendiri dan cakap tak pelah. Aku adahal. Terus aku cut off the line. Sepanjang hari aku tersengih sorang sorang.

Start dari hari tu kami memang makin close and close. Memang macam orang bercinta padahal takde declare ape ape pun.

Ada 1 hari dia sakit dan tak larat dia cakap. Aku cakap aku boleh order delivery food. Tapi time nak bayar tu punya lah susah, last last aku tanya boleh accept Pay Pal tak? Owner tu cakap boleh tapi fee semua aku cover. Aku cakap okey bolehlah sebab dah jauh malam dekat sana.

Lepas sejam tu Joshua call aku, ucapkan thanks beli sup. Dia betul betul terharu effort aku order makanan walaupun jauh beribu batu especially time dia sakit ni. Dia impress sebab aku pandai. Dan dia appreciate sangat atas usaha aku ambil berat tentang dia.

Aku cakap sup bagus kalau makan time demam. Dia cakap memang betul, tapi tak elok aku beli sup tu. Aku cakap kenapa tak elok pulak?

Dia cakap sup tu ada pork.

Aku dengan terperanjat dan separuh menjerit cakap dalam BM, ” Ya Allah, ada pork ke? Yeke wey?” Dia dah faham perangai aku kalau gelabah camtu. Dia gelak tak berhentidan cakap dia baru nak belajar tak makan pork tapi ada orang yang belikan pulak. Tak makan nanti takut rasa bersalah.

Aku tanya dia, dia memang makan pork ke? Dia cakap makan. Aku tanya dia lagi, dia biasa minum ar4k? Dia cakap memang biasa minum dan memang ada stok dalam fridge. Aku termenung panjang dan diam. Tiba tiba dia tanya, pork and alc0hol forbidden in Islam kan? Aku cakap haah.

Tengok aku macam terdiam tak bersuara, dia tiba tiba cakap. Dia cuba belajar tak ambil benda tu, okey? Hmm… dia faham apa yang perasaan aku sedang fikir.

Tapi hari yang paling sedih dalam hidup aku menjelma bila suatu hari masa kami tengah vc, dia cakap ada perempuan dekat area rumah dia minat dia. Dia orang dah tukar phone number dan dah keluar bersama.

Aku macam terkedu ternganga tapi aku cepat cepat senyum walau muka aku dah kelat nak nangis dah. Aku cakap baguslah. Aku tanya cantik tak? Dia dengan serba salah tengok aku, just cakap ‘not bad’.

Then, kami sama sama terdiam. Lastly dia cakap dengan nada perlahan dan tersekat sekat, “At least it’s not a… complicated… relationship”.

Dengar saja ayat ‘complicated relationship’ tu, aku dah faham yang dia dah decided nak end up relationship kami yang ‘ teman tapi mesra ni’. Dengan aku memang dia rasa complicated dalam banyak perkara. Bukan makanan saja. Tapi banyak perkara.

Contoh dia nak ajar aku trade F, aku cakap dalam Islam tak boleh main F. Dia nak ajar aku leverage, aku cakap dalam Islam tak boleh. Boleh spot saja itu pun nak kena study halal haram sebelum buy.

Tu dia rasa agak pening dan complicated sesangat. Belum lagi hal hal lain. Tapi aku kena telling the truth sebab aku nak dia keep familiar dengan prinsip Islam.

Aku pun pernah cakap, yang orang Muslim tak boleh kahwin dengan non Muslim melainkan pasangan tu convert to Islam. So banyak perkara yang buatkan dia rasa pening dan complicated sangat kalau teruskan hubungan dengan aku.

Hurmmm, aku tak salahkan dia. Aku faham perasaan dia sebab kalau aku jadi dia pun maybe aku pilih jalan yang sama. Move on dan cari pasangan seagama. Lagipun kami jauh beribu batu. Penat relationship macam ni.

Start dari hari tu, aku decided untuk move on. Penat effort aku dekat 10 bulan untuk fight cinta dia. Akhirnya ending macam tu saja.

Patutlah 2-3 hari sebelum last vc tu, dia lain macam. Mesej sekejap saja. Tak call aku wish goodnight dan tak call back bila tengok missed call aku.

Aku dah tak text dia dah. Dia pun tak text aku. Masing masing ghosting. Tapi hati aku rasa sakit sangat tengok dia online tapi langsung tak mesej aku. Aku selalu berharap ada keluar tulisan typing.

Aku jadi sedih sampai berat drop 2-3kg, tak lalu nak makan. Aku betul betul rasa sunyi dan sakit sebab hati aku rasa macam nak lemas setiap kali aku bernafas.

Aku tak boleh terima hakikat lelaki yang hampir 1 tahun buatkan hati dan perasaan aku sentiasa terawang awangan dah jauh tinggalkan aku.

Aku tak pernah rasa dia sejauh ni.

Kalau ikutkan aku memang nak tidur saja tapi aku ada join sales Shopee, so nak tak nak memang aku kena packs barang dekat 300-400 parcels. Takut customer cancel.

Lepas 3 hari cuti pada weekdays, aku minta Tia iaitu staff merangkap kawan belajar aku dulu datang kerja. Dia terperanjat bila aku cerita yang aku dah ‘break up’. (Padahal tak pernah declare). Dia memang kenal Joshua sebab kita orang selalu live time buat kerja. Tia pun selalu borak dengan Joshua.

Pejam celik dekat 2 months kami berdua ghosting each other. Tapi aku tetap bangun solat malam mintak Allah buka hati dia. Aku solat taubat mintak ampun dengan Allah sebab sepanjang aku dengan dia, banyak sungguh dosa aku.

Dosa aku asyik video call main mata dengan dia, calling calling, manja manja, senyum senyum, feeling feeling dan make up cantik cantik untuk dia. Tu semua dosa.

Aku takdelah alim. Pakaian aku bukan muslimah sangat dan style jugak. Tapi aku tetap rasa berdosa dan bersalah dengan apa yang aku dah buat. Tapi tulah dilamun cinta ni asyik sangat.

Aku minta Allah cepatkan jodoh aku sebab aku dah tak nak dosa couple / dating / online dating. Aku nak hubungan halal dan kalau boleh aku nak jodoh dengan dia jugak. ( Degil lagi tu, nak dia jugak).

Aku baca Yassin setiap hari sebab ada terbaca untuk dikuatkan jodoh elok baca Yaasin. Aku doa supaya dia sentiasa teringatkan aku. Korang boleh google doa doa supaya orang rindukan kita.

Aku doakan supaya dia diberi hidayah Islam sebab aku nak dia masuk syurga. Takpelah kalau dia tak kahwin dengan aku tapi aku nak dia dapat hidayah Islam.

Aku sayang dia gila gila so aku nak dia masuk syurga. Dia memang tak macam lelaki lelaki yang aku pernah jumpa.

Ada lelaki, bila nampak aku drive Honda Jazz mulalah nak berkenalan, alih alih nak pinjam RM 50, 100 lah. Bila cerita tak nak kalah. Ada lelaki bila aku cakap aku takde kereta dan online seller saja, terus diam.

Ada lelaki siap tanya aku tak terfikir ke nak cari kerja tetap? Sampai bila nak jual online? Tak try kerja gomen ke? Aku start jual online dari aku 3rd semester degree dekat Upm. So aku dah anggap career tetap aku bidang online selling ni. Tapi ada juga orang nampak aku masih takde kerja tetap.

Itu belum lagi yang gila s3ks mintak gambar free hairlah, n4kedlah.

Joshua lain! Dia tak pernah ajak aku buat bukan bukan contoh vc n4ked, mesej lcah ke. Dia respek aku dia cakap sebab aku Muslim. Aku vc dia pun aku tak pernah free hair. Cuma mesej kami lebih kepada jiwang jiwang gitu. Tapi tulah, dosa jugak kan.

( Cuma dekat sini aku nak nasihat kepada yang sedang bercouple, please jangan main mesej lcah atau share gambar xx korang dengan bf.

Sekarang zaman viral, sekejap saja korang boleh jadi glamour 1 Malaysia. Kesian mak ayah. Ada kes lelaki pasang 2-3 gf. Si gf A sebarkan mesej lcah gf B sebab bengang.

Ada perempuan yang diugut dengan gambar bgel lepas clash. Kalau yang bercouple online lagilah korang kena hati hati. So please jangan okey.)

Oh ya, dengan Joshua kami tak pernah berbangkit soal pinjam duit atau apa-apa berkaitan duit. (Tak macam lelaki lelaki yang aku pernah jumpa).

Pernah sebelum trade aku tak sempat nak convert Usd, dia transfer usd 1000 ke wallet aku. Bila aku nak pulangkan balik dia cakap tak payah.

Aku malas nak makan budi so aku transfer hutang tu ke wallet dia. Bila dia tahu, dia macam terasa hati dan senyap seharian. So aku faham perangai dia macam mana. Kalau dia bertegas nak bagi better accept saja.

Kadang kadang bila aku malas nak trade, aku transfer saja dekat dia dan dia tolong tradekan sekali dengan dia punya. Tapi aku limitkan max Usd 2500 saja. Risau jugak aku , takut dia bawak lari kalau banyak banyak.

Nilai usd 2500 tu aku anggap macam untuk dia hargai aku sebab aku percayakan dia. Nilai trust aku pada dia. (Tapi better korang tak payah ikut cara aku ni. Sekarang kan banyak love scam bab duit ni). Kenal online pulak tu.

Tapi dia memang jujur, banyak kali dia bagi aku lebih dari untung sepatutnya. Dia cakap duit tu guna pergi makan / shopping. Anggap dia belanja aku time dating. Dia minta maaf sebab tak dapat dating dengan aku.

Aku stop sini dululah. Kalau ada yang nak aku sambung baru aku sambung.

Part 3, klik link dibawah

“Part 3: Cari Suami Mat Salleh”. Dah 2 thn. Aku dh xtahan. Dgr jwpn Joshua, aku nekad nk ke US. Plan nikah terus di sana

Sumber – Mira (Bukan nama sebenar) via IIUMC

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *