“Cari Suami Mat Salleh”. Aku cuba pancing, mlekat. Aku stalk ig dia. Aku terpkul saat lihat satu gambar

Foto sekadar hiasan

Cari Suami Mat Salleh

Assalammu’alaikum dan salam sejahtera semua.

Aku tulis ni bukan nak minta pendapat atau luahan masalah. Just maybe boleh dijadikan guidelines kepada yang nak cari bf Mat Salleh.

Kalau cerita aku ni bukan ilmiah / cerpen / fantasi, aku mintak maaf ye. Dan aku maafkan kalau ada yang kecam. Chill-chill okey.

Dulu lepas aku give up nak kenal dengan lelaki Melayu, aku decide nak cuba kenal dengan lelaki Mat Salleh pulak. Orang cakap lelaki Mat Salleh tak pandang rupa sebab lebih prefer kepada keserasian dan kebijakan seseorang perempuan tu. So aku nak test.

Aku register 1 apps online dating. Aku hai sana & hai sini.. Tapi takde sorang pun Mat Salleh reply. Sobs!

Tapi tiba tiba pandangan aku macam terkena ‘karen’ bila terpandangkan 1 profile ni. Orang lain profile tunjuk muka depan depan. Tapi profile lelaki tu macam candid dari side tepi.

Rambut hitam dam nampak orangnya macam sejenis handsome, cool dan relax. Assumption aku memang tinggi bebenaw padahal gambar sisi tepi saja pun. Hehhe. Background gambar tu macam dalam tournament basketball gitu. Ape benda details pun takde dekat profile dia kecuali icon smile saja.

Sepanjang malam tu aku buntu nak tulis apa untuk tegur dia. Last last aku berdoa, Ya Allah moga moga dia jodoh aku. Siap aku buat Solat Hajat dan Tahajud mohon bantuan Allah. Hihi.

Malam tu aku study pasal basketball. Selepas study mendalam dan tengok macam ada tulisan Lakers dalam tournament tu, aku cepat cepat tengok Lakers’ schedule. Rupanya Lakers ada menang hari semalamnya.

So aku screenshot gambar score yang semalam tu dan tambah ayat ayat sikit macam ulasan.. Lepas sent, muka aku jadi pucat lesi. Aku tunggu 1 minit, 1 hari, 1 minggu, dia tak reply pun! Haha.

Aku pun macam dah lupakan niat untuk cari laki Mat Salleh. Macam better cari lelaki Turki ke.. Yes, memang bukan kalen kalen citarasa aku.

Satu hari tu, aku login apps tu dan ada tertera mesej dari Joshua. Aku dengan excited cepat cepat buka. Aku tengok dia hantar gambar boo & unlike dekat logo Lakers. Dia replied, ” Sorry I’m into Rockets”.

Aku yang tak tahu apa cepat cepat google. Aku reply, ” Oh, meant you are from Texas?” Punyalah gigil tangan aku google nak cepat cepat reply, rupanya lagi 1 minggu baru dia reply balik mesej aku tu.

Dia balas, “Nope I’m in Minnesota.” Tu saja.. Aku reply, ” So your hometown in Texas? I hope one day i will go to Texas.”

Sampai sudah dia tak reply pun, maybe boring kut soalan aku. Aku tak putus asa. Sambil sambil tu, aku tengok jugak match Houston Rockets. Aku attach gambar dan ulas ulas sikit macam seorang pro. Padahal ulasan aku tu, aku tiru comment youtuber saja. Hihi.

Lepas 2-3 weeks, tiba tiba dia reply. Dia cakap, dia tak selalu bukak apps tu. Dia register saje saje saja. Sebab tu takde description apa apa.

Tapi kalau aku nak kawan, dia cakap bolehlah mesej dekat no Whatsapp dia.

Aku yang memang dah nak giveup jadi macam happy giila. Orang giila pun tak happy macam tu. Rasa macam nak jerit dekat 1 apartment yang Joshua bagi no Whatsapp dekat aku!

Aku save no dia, takde gambar muka. Just gambar lelaki dari arah belakang tengah main bola. So cepat cepat aku tukar profile whatsapp aku, biar jadi misteri macam dia jugak.

Aku hai dia.. 1 jam lepas tu baru dia reply. Okeylar, 1 minggu pun aku puas tunggu dia. Hehe.

Kami chat kosong dan aku dapat rasa yang dia tak suka aku sebab nama aku pun dia tak tanya. Aku yang banyak tanya. Dia cakap dia lahir dan membesar dekat Houston. Tapi sekarang tinggal dekat Minnesota.

Aku cakap aku tak tahu sangat tentang U.S. Dia terperanjat dan tanya aku dekat mana sebenarnya? Aku cakap aku dekat Malaysia. Dia cakap, “Oh, Mh370.” Aku tanya dia, ” What field of work are you in?”

Dia replied, “I’m just a bike delivery man.” Aku tanya delivery apa? Dia cakap foods, goods. Tapi sehari dalam 2-3 jam saja dia buat kerja as runner. Aku tanya, 2-3jam tu just buat part time ke? Susah nak dapat job ke dekat sana? Dia cakap job banyak tapi dia malas nak lama lama.

Penat. Nak balik rumah main phone katanya.

Perasaan aku masa tu macam berhuhu gitu. Aku tak kisah pun kerja runner tapi kenapa cakap malas kerja dan nak main phone saja? Gila main game ke? Aku dah fikir jauh, kalaulah kami kahwin aku nak kena bela biawak hidup ke apa.

Dia tanya aku pulak, aku kerja apa? Aku jawab aku online seller saja. Dia tanya kerja atau own business? Aku jawab own tapi small business from home saja.

Dia soal jual dekat mana dan barang apa? Aku cakap aku jual pakaian & barang barang dari China. Ada yang aku jadi dropship, ada ambil stok.

Aku jual dekat Shopee, Lazada & Fb.

Aku terangkan apps Shopee tu macam Ebay, Amazon. Tiba tiba dia macam berminat sangat nak tau. Dia siap google & screenshot untuk confirmation aku.

Dia cakap best betul , Ebay pun tak best macam tu. Dia cakap dia boleh buat website dan sistem macam Shopee / Lazada tu sebab dia student IT.

Dia tanya aku boleh make money easily ke? Aku yang dah negative thinking just cakap, bolehlah ikut kerajinan dan ada minat nak explore..

Kalau boleh aku tak nak dia nampak aku ni berduit atau business lebat ke apa.

Aku tanya dia, dia suka business ke? Kalau nak business atau jv apa apa bagitau lah. Boleh kita buat sama sama sebab aku pandai jugak bab online marketing ni. Saja aku masuk jarum.. Dia cakap dia suka business tapi sekarang takde masa.

Aku macam dah pelik, dia kuat tidur ke apa? Kaki mabuk ke? Cakap jadi runner 2-3 jam saja sehari.. So aku tanya dia, dia ada kerja lain ke?

Ke masih belajar?

Dia cakap actually dia trader. Bila sebut trader aku fikir F saja. So aku soal, F ke? Dia cakap F, S, G semua dia trading. Tapi dia more into trade C.

Aku memang pernah dengar tapi tak ambik tahu sangat. Tapi sebab rasa ini last chance untuk aku rapat dengan dia, aku cepat cepat google.

Aku replied, ” Realllyyy??? Actually I’m also into C!!” Dia yang dah turut excited, tanya aku trade dekat mana, trade apa.

Aku masa tu cepat cepat ambil handphone lain untuk google dan tengok youtube. Kalau aku google guna handphone yang sama aku takut dia tahu yang aku tengah google sebab status Whatsapp jadi tak online.

Dan tadinya macam dia dah boring dengan aku, tiba tiba dia jadi macam super excited nak borak dengan aku. Memang aku terima kasih sesangat dengan Google & Youtube sebab banyak info pantas yang dah selamatkan aku.

So betullah Mat Salleh memang suka perempuan yang berfikiran ke depan, banyak pengetahuan dan sama minat.

Dalam beberapa hari tu, aku study betul betul macamana nak tukar currency, buy sell.. First aku trade aku loss dalam usd 300+/-. Aku screenshot tunjuk pada dia. Aku cakap aku give up & sedih.

Tiba- tiba dia gelak dekat aku, kenapa baru beberapa minit buy dah sell? Tunggu naik baliklah baru sell. Chill saja, pergi minum coffee ke.

Dan dia soal kenapa sell dekat situ? Kalau ikut chart tu trend dah nak naik dah pun.

Aku cakap aku tak pandai tengok chart. Dia cakap nak dia ajar ke? Dia cakap dia pandai technical analysis. Aku cakap memang bagus sangat kalau dia sudi ajar. Dan tiba tiba dia cakap, boleh dia call aku?

Aku dah telan air liur dan gelabah teruk. B.I aku ni takde lah pandai sangat. Aku cakap, okey bolehlah call. Beberapa saat lepas tu ada whatsapp call masuk. Berdebar aku sebab first time aku nak dengar suara dia. Dan bila dia cakap ‘hey’ saja aku macam dah nak terbang ke awan dah.

Suara dia memang sedap di dengar, macam kasar kasar bangun tidur gitu. Tapi maybe betul dia baru terjaga dari tidur, sebab masa tu dekat Malaysia dalam pukul 3-4 petang. U.S memang waktu awal pagi.

Dia ajar tentang charting basics & volume. Line mana nak tengok. Tapi cara dia cakap tu macam laju sangat dan slang pekat, last last aku cakap boleh slow down sikit tak sebab aku macam tak boleh catch up sangat.

Dia tergelak besar dan cuba cakap slow slow tapi macam ada bunyi dialek Chinese pulak. So aku tanya dia, dia mix Chinese ke?

Dia cakap yes sambil gelak gelak dan cakap dialek Chinese dengan lebih beria ria. Aku cepat-cepat google dan cuba test cakap Cina.

At last, dia cakap dia tipu saja. Dia bukan Chinese blood. Dia ada mix Itali belah ayah dia. Aku terkeluar cakap B.M, “Oh, tipu eh.. Mandai mandai betul dia ni.”

Suddenly, dia macam berhenti gelak. Aku tanya kenapa? Dia cakap, suara aku ni macam cute sangat. Dia tanya umur aku berapa sebenarnya? Aku cakap 25. Dia cakap dia 27.

Dia macam tak percaya. Dia nak video call. Aku cakap aku tak bersedia. Yang bestnya, dia memang memahami dan hormatkan keputusan aku bila aku cakap tak nak vc.

Esoknya aku terpikir nak stalk dia. Aku godek-godek cari IG & FB dia. 2 ke 3 hari aku try cari tapi tak jumpa. Nak tanya, macam malu pulak sebab macam beria ria sangat dan bimbang dia nak privacy.

Last last entah dari mana aku baca, cara nak trace gambar source dari mana try check link gambar tu. Aku try download gambar profile dekat apps dating tu. And tak lama kemudian, ade satu link IG appeared.. Yabedabedu!

Aku cepat cepat pejam mata sebelum aku klik masuk IG tu.. Tak private dan banyak jugak gambar. Maybe dia saje saja letak gambar dari IG dekat apps tu supaya siapa yang nak tahu dia, boleh check link & terus ke IG. Tapi bila masuk saja IG tu, perasaan aku macam rasa kosong dan jauh.

Memang dia tak sesuai langsung dengan aku. Di handdsome gile kut. Putih melepak, kening hitam, mata dia macam redup gitu dan nampak karakter macam funny tapi coa hanol. Aku siap close up nak tengok mata dia samada warna biru ke? Warna grey rupanya, wow!

Yang paling buatkan aku termenung panjang, sebab dia tinggi sangat sangat bagi aku. Aku tengok pintu pun macam beberapa jengkal nak cecah kepala dia.

So far gambar / video dia dekat IG takde gambar rapat rapat dengan perempuan. Majoriti gambar / video, dengan family dan kawan kawan lelaki macam giler giler dan happening gitu. Bola, makan, basikal, pool, Christmas, party, beach, gym, family, bbq. Gambar gambar daily activities.

Gambar ootd / shopping / fashion / tayang duit takde. Nampak genuine IG tu tapi tak tahulah kalau mamat yang aku Whatsapp ni curi identiti orang dekat IG ni.

Aku tengok IG dia memang aku rasa give up teruk. Sebab memang tak masuk akal aku rasa kalau dia suka aku lepas dia tengok rupa paras aku nanti. Baiklah aku surrender awal awal dan cari orang Turki saja.

Lately macam trend orang Turki kahwin dengan perempuan Indonesia. Berkenalan thru online online dating nilah. Manatau rezeki aku.

Lagipun Turki senang sikit sebab ramai Islam. Dan orangnya pun rupa macam Mat Salleh jugak.

Tapi tulah, aku kalau boleh nak yang non Muslim & prefer Mat Salleh. Maaf sangatlah kalau korang rasa annoying dengan confident level aku ni. Citarasa aku memang tak agak agak!

Tiba tiba aku terpukul dengan ayat dia dekat 1 gambar masa dia tengah work out dalam gym, dia tulis, “keep fighting & keep fit”. Terus aku pandang cermin untuk telek badan aku yang dah 7-8kg gemuk berlebihan.

Dan tiba tiba aku rasa nak fight dan jangan give up on him. Mana tahu memang dia jodoh yang Allah dah takdirkan untuk aku.

Malam tu aku tekad aku mesti kurus dalam 1-2 bulan ni. Tengok gigi dia yang cantik putih bersih pun, aku cepat cepat cari dentist untuk treatment gigi aku yang nampak agak kuning.

Sebelum aku video call dia, aku mesti at least nampak cantiklah sikit sebab aku ni tak cantik. Just ordinary Malay women dan kulit tak putih melepak. Biasa biasa saja.

Start dari first called tu, macam dah jadi rutin kami call setiap hari. Trading sama sama. Chatting dekat Whatsapp pulak macam 24jam non stop.

Stop bila masing masing nak tidur saja. Itupun time aku nak tidur, aku call dia dan bila dia nak tidur dia call aku. Dia cakap sebelum tidur nak dengar suara aku!

Awal awal dulu kami just borak pasal trade, chart, news, business.. Tapi lama kelamaan mula banyak tentang diri, aktiviti harian dan angan angan masing masing.

Dan baru aku tahu yang aku dengan dia banyak persamaan especially seperti tak suka kerja bawah supervision orang, suka kerja sendiri dan suka explore benda baru.

Dia selalu mintak gambar aku, aku cakap aku tak cantik. Aku cakap boleh bagi masa sikit lagi tak untuk aku bagi pic? Dia okey saja, tak push.

Actually aku tak nak tunjuk diri aku awal awal, aku nak dia suka aku melalui peribadi aku dulu.

Dia tanya tinggi aku berapa? Selama ni aku macam elak elak tapi kali ni aku bagitau dia. Aku cakap mesti dia taknak kawan dengan aku. Dia cakap kenapa?

Last last aku cakap tinggi aku 142cm saja. Dia cakap, dia memang imagine aku ni petite. Suara aku memang suara perempuan petite size katanya. Aku tanya tinggi dia pulak berapa? Dia cakap 185cm. Aku cakap mesti dia suka perempuan tinggi macam model kan?

Dia cakap tak jugak. Kalau nak perempuan cantik, senang saja boleh dapat. Tiap hari nak tukar pun boleh. Tapi dia suka perempuan yang sama minat dengan dia, support karier dia dan serba tahu. So life jadi tak boring. Dia pun dah 27, dia bukan nak cari cinta zaman high school / college katanya.

Aku senyum saja sebab macam pancing aku dah mengena. Tapi dia ada cakap, at least aku tak gemukkan? Sebab kalau 142cm tak sesuai kalau aku gemuk. Aku gelak gelak cakap gemuk tapi macam nervous gila, risau dia tahu yang aku memang betul betul gemuk.

So start hari tu, aku makin gile gile berdiet. Tiap hari makan 3 keping roti gardenia hijau tu, sup ayam plus sayur, buah oren 2 biji. Kalau lapar makan telur rebus yang putih tu saja. Air 2-3liter. Work out minima 1 jam setiap hari.

Aku kena kurus cepat, sebab aku risau dia bosan dengan aku sebabb tak tahu rupa aku macam mana. So memang aku tak ada banyak masa.

Rasa nak give up saja aku bayang muka dia. Akhirnya aku berjaya lost 13-14kg dalam 1 bulan 1 minggu lebih kurang.

Banyak betul perubahan dan pelajaran yang aku dapat dalam tempoh beberapa bulan kenal dia tu. Semuanya semata mata nak raih cinta dia.

Tapi yang aku perasan, skin aku makin cerah bila dah kurus. Muka tembam aku automatik jadi kurus siap nampak V shape. Macam muka aku masa sekolah. Muda 10 years.

Dah kurus ni siap ada beberapa lelaki bujang 1 apartment tiba tiba tegur dan nak kenalan dengan aku. Aku just balas hai gitu gitu jelah.

Meluat aku sebab time aku gemuk pandang sipi sipi saja.

Sampailah birthday dia, aku cakap aku nak celebrate & nak kami potong kek sama sama. Dia cakap macamana nak potong kek sama sama?

Part 2, klik link dibawah

“Part 2: Cari Suami Mat Salleh”. Joshua demam, aku orderkan sup. Rupanya ada pork, aku terjerit

Sumber – Mira (Bukan nama sebenar) via IIUMC

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *