Anak 3thn, aku cerrai. Sjk itu, anak jd mangsa aku. Kini dia 12thn. Saat check hp nya aku terkejut besar

Foto sekadar hiasan

Aku Ibu Yang Kejam

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Pertamanya, terima kasih admin kerana menyiarkan cerita saya.

Saya Kak WNS, seorang ibu tunggal. Menjaga anak perempuan dari kecik sekarang dah meningkat remaja berusia 12 tahun.

Selepas berpisah dengan bekas suami (usia anak 3 tahun), saya memang jadi agak pemarah, kasar dan bengis. Mungkin dendam pada bekas suami.

Ya Allah sabarkan hatiku..

Sebelum ni nak bercakap dengan kawan kawan perkataan ‘aku’ pun dah rasa kasar. Apa lagi nak maki hamun cakap bahasa kesat.

Tapi peristiwa dengan bekas suami memang rasa depress sampai maki hamun. Dan benda ni jadi melarat sehingga mendidik anak.

Ok sekarang bukan nak cerita pasal bekas suami tapi tentang anak yang sedang meningkat remaja. Ya memang saya ibu yang kejam.. Saya betul betul tak pandai nak mendidik anak.

Saya ajar anak dengan cara bentak, maki, hina dan mengeluarkan perkataan kesat yang saya sendiri tak sanggup nak dengar. Sedihnya rasa.

Saya rasa mungkin saya depress. Dan saya tak pernah jumpa pakar tentang perkara ni.

Masa usia anak 5-7 tahun saya banyak kali kasari anak. Rotan, hanger, kayu, kerusi macam macam lagi saya buat jika saya marah. Saya pernah buat anak sampai terjahit lengan dia.

Kejamnya saya tuan puan. Bila saya dah lepaskan saya menyesal menangis dan mintak ampun dengan Allah.. Tapi saya pelik bila berhadapan dengan anak benci tu datang lagi.

Saya kalau tegur terus bentak dan maki anak. Marah biasa itu tak de masalah bagi saya. Tapi bila saya marah saya tak boleh kawal. Saya akan naik tangan dan mengamuk. Macam macam perkataan yang keluar.

Bukan saya tak menyesal. Bukan saya tak insaf. Bukan saya tak kesian. Saya tak tahu tuan puan. Saya rasa saya depress. Semua saya humban pada anak saya .

Sekarang anak saya dah meningkat remaja. Dah 12 tahun dah usia dia. Kenapa sampai saya luahkan harini? Sebab harini saya cek hp dia. Ya Allah terkejutnya saya. Terlalu kasar bahasa dia dengan kawan kawan.

Bab#.. Bod##, banga## dan macam macam lagi keluar bila chat dengan kawan kawan. Lagi satu. Saya terjumpa satu group bukan kawan kawan sekolah. Saya tak tahu dari mana dia collect kawan kawan tu. External oursource ni.

Dia chat kebanyakan nya lelaki. Dan semua lelaki tu dia tipu yang dia dah 20 tahun. Allahu macamana saya nak maafkan diri saya ya tuan puan. Anak saya dah jadi kasar dan pandai menipu dengan dunia luar.

Bila saya baca semua conversation terlalu kasar. Sangat sangat kasar. Saya pernah remaja. Dan saya tak kan cakap macam tu dengan kawan kawan, pergaulan dia sangat bebas saya rasa walaupun di dunia maya.

Memang saya ada buat family linked. Tapi dia boleh access hp sampai tengah malam chat dengan lelaki yang dah bekerja.

Semalam dia buat 1 status yang dia hide dengan saya punya wasap.

“sebanyak mana pun air mata menitis, bukan jadi apa pun kan. Sesakit mana pun secara diam bukan orang tahu pun. Nak mati amalan tak cukup, nak hidup melalui dugaan, makin bertambah dosa. So aku tak tahu nak buat apa dekat dunia.” ini status anak saya tuan puan.

Saya sedih. Saya ibu yang gagal. Bila berhadapan dengan dia, ego saya melangit. Saya tetap maki dia walaupun dalam diam saya nak berubah nak dia sayang dan hormat saya.

Memang saya nampak dia dah hilang hormat pada saya. Walaupun dah sakit dan banyak kali kena rotan.

Dia tetap tak takut.

Saya juga banyak kali halau dia dari rumah jika saya terlalu marah. Mintak dia kemas baju dan balik pada ayah dia. Huhuhu.

Memang sejak berpisah dia tak pernah berhubung dengan ayah dia. Jika saya ugut memang dia tak mahu jumpa ayah dia.

Bagaimana ya tuan puan. Boleh bantu saya. Macamana cara saya nak selesaikan masalah saya dengan anak saya? Saya takut perkara yang buruk lebih teruk berlaku pada masa hadapan.

Saya takut jiwa anak saya rosak lebih teruk. Saya faham ini silap saya. Saya yang perlu dirawat bukan anak saya. Tapi anak saya dah ikut contoh jahat dari saya.

Saya pun dah berusia. Dah makin tua. Hitamnya hati saya, bantu saya tuan puan. Dan doakan saya sabar melayan anak saya.

Ibu yang kejam, Kak WNS

Reaksi Warganet

Syafiqah Hana –
Benci aku mak macam kau nih. Tau salahh tapi ego tak nak mengaku kesilapan sendiri. Macamana kau luah dekat sini, kau luah je lah dekat anak. Mintak ampun mintak maaf.

Jangan pikir anak je boleh derhaka, mak pun boleh berdosa buat anak macam tu. Kau ingat tak rosak ke jiwa budak tu sejak kecik lagi kena maki kena pukul?!! Habis tu kau expect dia jadi solehah sopan santun la kalau dari kecik caci maki dah jadi makanan?

Sherri Hazmi –
Tidak terlewat. Better late than never. Sekarang puan dapatkan rawatan untuk diri sendiri dulu. Kemudian dapatkan bantuan kaunseling dengan kaunselor bertauliah.

Pada masa sama, jaga pemakanan. Makan waktu yang tetap, dan makan makanan berkhasiat. Sama juga untuk anak. Permulaan, mula dengan makanan kegemaran dia. Jangan banyak tanya atau cakap, just siapkan. Kemudian boleh beransur ansur kepada perkara lain.

Kalau rasa marah sangat, keluar rumah sekejap. Duduk diluar sampai marah reda.

Leanne Vocx –
Kalau tak boleh luahkan depan depan, tulis surat pada anak. Luahkan benda sama sis luahkan dalan confession ni. Birthday anak pernah sambut tak? Kalau tak pernah, sambut. Upah orang hantar bunga, kek delivery. Kurang kurang anak tu tahu ibu dia sayang, cuma ibu dia je tak kena cara. Diri juga jangan ego. Ramai je suami derhaka. Ramai je ibubapa derhaka. Bukan anak, isteri je derhaka.

Aku PermataBiru –
Puan WNS, saya ingin bercakap dari pengalaman saya. Saya ibu tunggal dah 10 tahun, 6 orang anak, 2 lelaki 4 perempuan. Semua anak dengan saya kononnya amanah dari bekas suami. Tapi duit nafkah 5 6 bulan je dapat.. lepas tu abuk pun takde.

Bekas suami cerraikan saya kerana fitnah dan cemburu buta. Semasa masih jadi isteri saya akui anak anak yg ramai, dan rapat rapat memang tak dapat tidak sedikit terabai, sebab saya kerja dalam industri kewangan, agak sibuk dan selebihnya sibuk mengejar cinta dari suami yang dikasihi.

17 tahun kawen memang saya hampir gila kerana mental t0rture. Tapi saya redha bila dia memgambil keputusan untuk cerraikan saya. Saya rasa itulah cara Allah nak melepaskan saya dari sengsara saya yang tak putus putus berdoa agar Allah mengembalikan cinta suami. Sesungguhnya saya tak pernah menduakan suami. Kerja, rumah, anak dan suami itulah hidup saya.

Sebaik diceraikan, apa yang saya fikir adalah untuk tidak mensia siakan anak anak dan mendapatkan semula perhatian dan kasih sayang anak. Masa tu anak sulung 15, 14, 12, 11,10 & 8 tahun.

Saya panggil semua anak saya terang pada mereka hal yang terjadi antara saya dan suami. Saya mulakan dengan peluk anak anak. Nak pegi sekolah, nak kuar rumah saya sembunyikan luka dan sengsara hati saya.

Di samping membaiki emosi anak anak, saya membaiki diri saya. Saya bangun solat malam, baca alquran, mengadu pada Allah. Lama kelamaan saya dapat anak saya kembali.

Anak anak saya tak rasa pun kehilangan ayah mereka, sebab saya mampu memberi kasih sayang pada anak anak saya walau tak sempurna. Anak anak saya lepasan IPTA dan ada yang masih di IPTA dan yang bongsu adalah calon cemerlang SPM 2021 yang akan datang.

Saya rasa pun masih belum terlambat, baiki diri puan dahulu dan perlahan lahan rebut perhatian anak. Jangan putus asa, kerana saya ada sorang anak lelaki yang keras sedikit tapi sekarang Alhamdulillah, dia cemerlang dalam bidang vokasional.

Mohon pada Allah puan. Allah tak pernah tinggal kan hambanya yang mengingatinya. Saya doakan puan dan anak puan berbaik2 dan berbahagia… Aminn

Sumber – Kak WNS (Bukan nama sebenar) via IIUMC

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *