“Krn bkn anak isteri pertama”. Atas ‘dosa’ ibu, kami jd mngsa. Smpai mati nenek tak pndang wajah aku

Foto sekadar hiasan

Mangsa P0ligami: Dari Sudut Anak Isteri Kedua

Assalamualaikum wbt. Luahan hati aku ni dari sambungan confession “Hai mak tiri” (klik link dibawah).

Umo aku 10thn, ayah disondol janda anak 2. Anak2 jd mangsa. Masa brlalu. Kini derita mereka tanggung

Aku jugak salah seorang mangsa p0ligami, tapi lagi hina kerana anak isteri kedua ataupun “bab1 sondol” panggilan orang melayu.

Selalunya orang hanya mengetahui corehan rasa isteri pertama dan anak anak. Aku dan adik adik jugak adalah mangsa keadaan kerana “dosa” ibu kami.

Ayah aku seorang kontraktor kelas A, berkahwin dengan isteri pertama 10 tahun sebelum bertemu dengan ibu aku.

Isteri pertama, kupanggil mak tua, seorang ustazah sekolah agama dan seorang yang baik budi bahasa. Mempunyai 4 orang cahaya mata hasil kongsi hidup dengan ayah aku.

Selepas Mak Tua melahirkan anak keempat, Mak Tua mengalami sakit misteri sehingga tidak mampu untuk melayan nafkah batin ayah.

Jenuh mereka pergi berubat sampai ke borneo tetapi penyakit mak tua tidak juga sembuh. Mak tua seperti hilang nfsu dan tidak berupaya lagi “bersama” dengan ayah.

Atas kerana tanggungjawab, mak tua menyarankan ayah berkahwin dengan ibuku, seorang guru tadika dan mereka memang rapat seperti kakak dan adik. Ibu seorang anak yatim piatu dan atas dasar keakraban mereka, ayah bersetuju.

Mak tua menceritakan kepadaku, saat ayah diijab kabulkan, mak tua hampir pengsan kerana rasa sedih. Tetapi dikuatkan hati kerana dia amat menyayangi ayah.

Hasil perkongsian hidup bersama ibu, mereka dikurniakan 3 orang anak. Dan aku anak sulung ibuku.

Ini adalah kisah aku bagaimana kami menghadapi pandangan masyarakat dari aku kecil sehinggalah dewasa. Ayah cukup baik, amat baik.

Aku juga memiliki saudara sebapa yang juga baik dan akrab.

Kami sekeluarga tiada masalah. Tapi yang menjadi masalah adalah masyarakat dan keluarga ayah.

Sejak berkahwin ibu tidak pernah dijemput sebagai hak isteri kerumah keluarga ayah. Jika ibu pergi, ibu dilayan seperti orang luar atau dicela sebagai perampas.

Nenek cukup sayangkan mak tua. Bagi nenek, walaupun apa pun alasan, ayah sepatutnya tidak perlu berkahwin lagi. Ayah boleh “berpuasa” jika mak tua tidak mampu untuk melayan ayah.

Ayah dikatakan gatal, ibu dicela sebagai perampas, dan anak anak ibu dilabelkan sebagai anak perampas. Kami dilayan berbeza dari sepupu sepupu yang lain hanya kerana kami anak isteri kedua ayah.

Nenek sampai keakhir hayat tidak pernah memandang wajahku. Nama aku pun dia tidak tahu. Jika raya, nenek selalu belikan hadiah untuk cucu cucunya yang lain, tapi anak Razak (bapaku) hanya diiktiraf legally 4 orang sahaja.

Mak tua seringkali membela aku sekiranya aku dan adik adik diperli masyarakat. Tapi masyarakat tetap memandang hina kepada kami dengan beralasan, ibu patut fikir sebelum kahwin dengan suami orang.

Sejak ayah berkahwin dengan ibu, ibu banyak beralah.

Walaupun hukum mengatakan hak sama rata terhadap isteri isteri, tetapi kerana mentaliti masyarakat melayu mengatakan isteri kedua tidak boleh ada hak seperti isteri pertama, ibu terpaksa memikirkan maruah ayah. Ayah hanya balik 2 hari seminggu.

Alasan ibu, mak tua sakit. Kami 3 beradik memang jarang jumpa ayah tapi mak tua sentiasa menelefon ibu dan memohon maaf jika ada rasa terkilan di dalam keluarga kami.

Bila ayah bawa kami sekeluarga keluar berjalan, ibu akan dicela sebagai penyebuk, suka berkepit dengan suami. Seolah olah ayah berhak bawa mak tua sahaja kepada umum, bukannya ibu.

Ibu berhenti kerja kerana tidak tahan diperli di tadika. Ibu luangkan masa menjaga mak tua dan membawanya berubat merata tempat.

Ibu memasak dan menghantar makanan ke rumah mak tua. Bila adik ayah ada dirumah mereka, adik ayah (pakcikku) membuang makanan yang ibu masak ke tong sampah dengan alasan takut makanan itu disihir.

Begitu dasyat sekali ibu dan kami adik beradik dihina dan difitnah hampir setiap hari.

Berkat kesabaran mak tua, Allah anugerahkan kesembuhan kepadanya. Akhirnya mak tua boleh meneruskan kehidupannya seperti biasa dan masih dianggap sri kandi kepada masyarakat kerana berkorban memberikan ayah keizinan untuk berkahwin lagi.

Ada yang menyuruh ayah mencerraikan ibu kerana mak tua sudah kembali pulih seperti sedia kala.

Waktu itu aku berumur 18 tahun, aku duduk dengan ibu dan menyarankan ibu supaya berpisah dengan ayah. Bukan kami tidak sayangkan ayah, tapi kami tidak mampu lagi menahan diri dari dihina dan maruah ayah jugak saban hari diejek sebagai giila s3ks.

Aku usulkan kepada ibu disaat aku diterima masuk matrikulasi perubatan di Pulau Pinang. Petang itu, ayah menghantar aku ke kolej dan menasihatkan aku supaya teruskan bersabar.

Tidak sesekali ayah akan mencerraikan ibu kerana baginya ibu adalah permata didalam keluarga kami. Ayah tidak kisah dihina dan diejek, kerana ayah tahu aku dan adik adik amat menyayangi ayah, ibu dan mak tua.

Kini, ayah sudah tiada lagi. Kami adik beradik semua sudah berjaya didalam kareer masing masing.

Aku menjadi seorang doktor, adikku seorang pegawai tentera dan si bongsu masih belajar di kolej kejururawatan dan dia menggalas tanggungjawab menjaga ibu dan mak tua.

Kami sekarang tinggal bersama dan berhijrah jauh dari kampung supaya tiada lagi kata nista yang menghantui hidup kami sekeluarga.

Sahabat sahabat ku sekalian.. trauma menjadi mangsa p0ligami ini cukup menyakitkan dan sehingga hari ini aku masih didalam rawatan depresi kerana kisah silamku. Aku bernasib baik kerana kami dianugerahkan mak tua yang cukup mulia.

Kami hanya diduga oleh masyarakat yang negatif. Aku amat memahami keadaan anak anak mangsa p0ligami yang lain tetapi sebagai anak isteri kedua, sekiranya ibuku seorang yang kejam kerana merampas ayah, tetapi apakah salah aku dan adik2?

Kami tidak minta untuk dilahirkan sebagai anak isteri kedua. Mengapa kami dilayan seperti sampah masyarakat? Anak anak isteri pertama walaupun apapun berlaku, mereka tetap dianggap wira dimata masyarakat kerana kuat menghadapi kehidupan disaat si ayah berkahwin lain.

Oleh itu, aku ingin menasihatkan kepada mereka yang ingin berpoligami, fikirlah keadaan dan penerimaan anak anak yang sedang membesar. Fikirkan jugak masa depan bakal bakal anakmu bersama isteri kedua ketiga dan keempat.

Mampukah kamu membela maruah isteri disaat masyarakat menghinanya? Ataupun kamu hanya berdiam dan duduk didalam rumah dan tidak peduli perasaan isteri isterimu?

Buat gadis gadis diluar sana, fikirlah masa hadapan dan jangan fikir keseronokkan sekarang kerana menjadi isteri kedua.

Bagaimana kamu dapat berhadapan dengan semua orang termasuk dengan keluarga mertua sekiranya mereka tidak dapat menerima kamu dan membeza bezakan layan mereka terhadap anak anakmu?

Mungkin kamu boleh bertahan, tetapi bagaimana perasaan anak anak kecil kamu seperti keadaan aku yang dulu?

Sejujurnya.. sekiranya aku diberi pilihan, aku tidak mahu dilahirkan sebagai anak isteri kedua…

Sekian..

Wassalam. Gia

Reaksi Warganet

Stefan Nikolai –
Beza sangat dengan keluarga bekas suami saya. Mak mentua dan adik beradik dia bangga sangat bila anak anak lelakinya kawen banyak.

Setiap kali dapat menantu baru dilayan bagai puteri. Yang lama diorang dah tak pandang dah. Malah dikutuk dikeji difitnah pula. Aneh aneh manusia ni. Macam macam perangai.

Zara Zahirah –
Sepatutnya kalau p0ligami memang dengan persetujuan isteri pertama tanpa ada unsur unsur curang dan juga ketidakadilan, tak perlu nak dikecam pun.

Yang patut kecam kalau isteri kedua datang dengan cara tidak elok hingga memecah belahkan keluarga pertama. Tapi kalau dengan cara elok takde masalah pun

Natasha Hanna –

Nampak tak bdoh nya mentaliti orang melayu yang double standard sampai memusnahkan hati budak yang masih suci.

Benda tak jadi dalam life netizen tapi netizen la paling agung jadi malaikat dok label benda yang Allah halalkan dengan macam macam panggilan.

Ingat, bukan doa anak isteri pertama je dimakbulkan sebab teraniaya. Anak anak dari isteri kedua pun teraniaya dan doa mereka dimakbulkan.

Yang mulut mulut tempayan label orang macam macam ni aku harap ada lah balasan untuk korang sebab possesive sangat dengan suami masing masing.

Hanna Emylia –
Saya tak faham dengan masyarakat yang bersikap sinis dan kuat mengata terhadap sesebuah keluarga p0ligami yang harmoni yang mana keluarga p0ligami itu dibina dengan cara yang baik, makmur dan mulia@tidak menganiaya dan menipu, suami yang sangat baik dan adil serta isteri isteri itu dalam keadaan baik, tidak bermusuh…seperti kisah TT ni.

To be honestlah, saya tak kisah masyarakat nak kecam p0ligami yang tak adil, yang menipu. Lantaklah. Yang tu saya sendiri pun kecam.

Tapi yang ini… semua baik baik je, suami ok, isteri isteri ok, anak anak pun ok, still ada orang nak judge hina lagi. Korang nak apa sebenarnya.

Untuk TT, jangan rasa terasing dan hina kerana menjadi anak isteri bukan pertama. Dalam hal ni, Ibu TT bukan perampas. Ibumu datang dalam keadaan yang baik. Dipinang dijemput sendiri oleh ibu tua mu.

Yang datang ke office consult jumpa saya pun bukan anak isteri pertama je, anak isteri kedua ketiga pun ada yang alami masalah seperti kamu.

Untuk TT, teruskan menjaga ibu ibu mu. Kuatkan semangat.

Sumber – Gia (Bukan nama sebenar) via IIUMC

Leave a Reply

Your email address will not be published.