“Layangan putus versi aku”. Tk sangka kami ditipu hidup2 si kerani buaya. Akhirnya, aku dan N nekad

Foto sekadar hiasan

Layangan Putus dan Aku

Assalamualaikum and hi readers.

Aku luahkan di sini sebab aku tak tahu nak luahkan pada siapa selain pada Allah. Aku dah tanggung dan simpan ni semua sorang diri hampir 2 bulan lebih, sampai rasa dah tak tertanggung.

Aku seorang wanita bekerjaya, dan memasuki usia 30an. 2 tahun yang lepas aku berkenalan dengan seorang lelaki yang setahun berusia dari aku. Namanya S dan bekerja sebagai kerani.

Awal perkenalan kami dah berniat untuk serius ke arah perkahwinan dan dia terus minta izin untuk ke rumah dan berjumpa parents aku.

Aku syukur sangat waktu tu.

Fast forward, hubungan kami telah menjangkau hampir 2 tahun. Sudah banyak perancangan ke arah perkahwinan dan lepas kahwin yang kami rancang bersama… pergi kursus kahwin, survey rumah untuk duduk bersama lepas kahwin.

Tapi, walaupun banyak planning bersama selepas kahwin, dia seolah olah dan selalu postpone kahwin dengan banyak alasan.. especially alasan tak cukup duit. Aku terima semua alasan tu, dan aku sanggup tunggu dia sehingga dia cukup bersedia.

Aku juga ada tabung untuk support dia. Dalam tabung tu dah ada hampir 10k, aku dah niatkan untuk bagi pada dia nanti untuk topup mana mana yang tak cukup.

Aku tak pernah kisah pasal duit, sebab kami nak hidup bersama dan aku akan sentiasa support dia dalam semua hal..

Dan apa sahaja yang S nak, aku akan cuba tunaikan. Baju raya, baju kenduri. S terasa nak makan apa apa, aku cuba penuhi. Aku pergi mana mana atau beli apa apa, tak pernah aku lupa bahagian untuk S, sebab dia lelaki yang aku sangat sayang dan hanya dia dalam hati aku.

Dalam tempoh hampir 2 tahun bersama ni, banyak sangat harapan dan janji dia dengan aku. Aku jadi macam sangat berharap, dan tiada yang lain selain dia. Aku sampai rasa tak kisah pun tunggu dia sampai berapa purnama pun sebab dalam hati aku hanya berharapkan dan ada dia…

Semua harapan dan kepercayaan aku pada dia musnah bermula hujung Oktober 2021. Pada suatu malam, ada seorang perempuan pm di FB aku, Namanya N.

Bila buka mesej tu aku dah mula rasa tak sedap hati… perempuan itu perkenalkan dirinya sebagai teman rapat S. Mereka dah kenal 3 tahun yang lalu, dan rapatnya mereka berdua bagaikan suami isteri.

Kemana sahaja sentiasa berdua. Ofis mereka dekat je dalam daerah yang sama. N cakap dia dan S hanya teman tapi mesra, sangat rapat tapi tak pernah declare sebagai bf gf atau ada janji untuk kahwin bagai tu.

Bila N share semua gambar, video dan conversation mereka bersama sebelum ni, aku menangis, meraung, bagaikan orang giila. Aku jadi tak waras. Aku hampir giila.

Aku tak makan berhari hari, aku minum 3-4 gelas kopi sehari. Aku bagaikan giila sungguh. Aku drive pergi balik kerja, aku kerja, aku makan, mandi, tidur dalam menangis. Berminggu minggu aku macam ni.

Bila dah kantoi gini, aku dan N kami sama sama minta penjelasan dari S. Malangnya S playviictim dan tak mengaku salahnya, sampai harini saat ini. Dia minta maaf, tapi dia tak mengaku salah dia.

Dan walaupun dia buat aku macam tu, dia curang, dan khianati cinta ni, aku masih maafkan dia.. Aku masih berharap pada dia, aku selalu berdoa supaya dia insaf, tinggalkan semua perangai tak baik tu, dan kembali pada aku dan kotakan semua janjinya.

Tapi S seolah olah macam tak kisah pun dengan semua apa yang terjadi ni. Dia masih lagi buat seperti biasa, like nothing happen.

Dalam saat genting dan goyahnya hubungan aku dan S, aku tertengok cerita ‘Layangan Putus’. Memang aku dan S belum kahwin lagi. Tapi jalan cerita curang dan jahatnya laki dalam cerita tu, macam S.

Sepanjang aku dengan S, dia sangat baik dengan aku, sampai aku tak pernah terfikir dia curang belakang aku, sama macam Aris yang sangat baik dengan Kinan.

Dan yang lagi buat aku nangis adalah bila dalam cerita tu, ada Aris bawa Lydia ke Cappadocia, yang mana Cappadocia tu merupakan tempat impian Kinan. Aku jadi teringat balik pasal kisah aku dengan S.

Aku dan S dah rancang banyak benda lepas kahwin, banyak kali sangat aku bagitahu S, tempat pertama paling dekat yang aku nak pergi dengan S nanti ialah Cameron. Memang tu tempat pertama nak pergi dengan dia nanti.

Tapi… bila dah kantoi ni, aku baru tahu.. rupa rupanya S dah pergi Cameron dengan N 3-4 kali dah.. sepanjang bersama aku..

Latest mereka pergi cameron 22-23hb oktober 2021, masa tu aku baru sihat dari demam.. dengan gambar gambar sweet bersama, pegang tangan, rapat rapat kepala… menangis lagi aku.. Menangis sampai rasa taknak hidup dah…

Dan S juga selalu share gambar ketenangan di Swiss. Dia cakap nak pergi Swiss dengan aku satu hari nanti. Tapi lepas kantoi curang ni, baru aku tahu Swiss tu sebenarnya tempat impian N.. speechless aku taktahu nak cakap apa dah..

Bila N bagitahu aku tarikh tarikh yang mereka dating di Cameron tu, aku belek belek balik whatsapp conversation aku dengan S waktu tu.

Dia mesej sweet sayang bagai dengan aku, rupa rupanya dia sedang seronok dengan orang lain di tempat sejuk tu. Menangis lagi aku…

Aku belek lagi gambar gambar mesra mereka, video nyanyi dan bergelak tawa sama sama, menangis tak henti aku… Dengan aku, dia tak pernah ambil gambar macam tu…

Aku tengok semua hadiah yang S pernah bagi pada N. Surprise birthday bunga dan belon sama je yang dia bagi pada aku. Menangis lagi aku ingat semua ni..

Aku teringat balik coffee house yang selalu dia bawa aku. Rupa rupanya situ juga yang dia pergi bersama N… dan rupa rupanya semua tempat yang dia pernah bawa aku, tempat tu juga yang dia bawa N…

Minggu lepas bawa N, minggu ni bawa aku… on the way balik kerja call aku.. mesej ws aku… sebelum tidur voicecall dengan N sampai tertidur.. hampir setiap malam mereka voicecall..

Ada satu screenshot tu aku tengok sampai 3-4 pagi voicecall lagi… menangis berterusan aku.

Dalam cerita ‘Layangan Putus’ tu, Kinan dan Lydia tak berbaik. Sebab Kinan mangsa, Lydia dan Aris jahat.

Tapi dalam kisah ni, aku dan N mangsa. Kami taktahu pun S tu penipu. Kalau aku tahu S dah ada N yang rapatnya mereka bagaikan laki bini, sumpah aku tak akan layan S dan tak akan stay dengan dia sampai hampir 2 tahun.

Dan N bagitahu aku, kalau dia tahu S ada aku yang dia dah janji setia nak mati untuk kahwin ni, N pun dah lama tinggalkan S ni… Tapi kami berdua tak tahu.. Both of us diperbodohkan hidup hidup.

Kemuncaknya, aku minta putus dan tinggalkan dia. Dan N juga dah tinggalkan dia. N dah block semua medsoc S. N dah betul betul move on dan tinggalkan lelaki penipu tu.

N dah bahagia sekarang. N cepat move on berbanding aku.. maybe sebab N dan S tak pernah declare apa apa, walaupun layanan S pada N tu melebihi laki bini.

Tapi aku masih lagi dalam fasa cuba untuk move on. Aku cuba dan terus mencuba untuk lupakan dia, bina hidup baru tanpa dia. Memang amat susah sebab aku masih teringat semua janji dia. Aku tak sangka sampai sini je hubungan kami.

Tahun 2022 sepatutnya tahun yang paling aku tunggu tunggu sebab nak kahwin dengan dia. Huhu. Tiada jodoh kami. Aku redha.

Aku dan N, being smart, dua dua tinggalkan S yang penipu dan pengkhianat cinta. N sangat baik, dan kami berkawan baik sekarang. Both of us jadikan ni pengajaran berharga.

Aku memang tak secantik Kinan dalam cerita Layangan Putus tu. Tapi aku juga seorang doktor seperti Kinan, and well I know I am smart, macam Kinan. Huhu. Dalam hati masih menangis.

Sepanjang aku dengan S, aku selalu tengok friendlist fb dan ig dia ramai giila perempuan. Tapi aku tak pernah ada syak pelik pelik sebab dia baik dengan aku, dan sentiasa bersama aku.

Lepas putus dengan aku ni, dia pun macam tak kisah sangat, maybe sebab dia ada ramai lagi stok stok perempuan dalam list dia..

Dan aku tahu, ramai juga doktor doktor dalam list dia tu. Dan ada juga beberapa yang aku kenal. Kesiannya siapa yang jadi mangsa penipuan dia nanti. Teruk sangat dia mainkan perasaan perempuan.

Tabung aku untuk tolong topup S tu, aku dah gunakan dah. Aku guna untuk diri aku sewaktu aku sedih gila stress depress lepas tahu dia curang dan duakan aku.

Aku pergi holiday, makan mahal mahal, shopping sana sini, beli emas, belanja orang. Memang spending spree sungguh aku haritu. Lepas habiskan duit tu aku sedih lagi sebab teringatkan dia.. dan aku sambung menangis.

Aku luahkan di sini sebab aku taktahu nak cerita pada siapa. Selama ini aku hanya share kesedihan ini dengan N. Nasik baik ada N, kalau tak, memang aku akan hilang kewarasan. Kawan rapat dan family aku semua taktahu perangai S gini.

Aku hanya katakan aku dah putus dengan S, jangan tanya lebih lebih. Aku nak bercerita pada teman rapat aku, tapi aku tak sanggup nak buka aib dia… sebab dia pernah jadi seorang lelaki yang sangat penting dan aku sayang.

Ok lah dah terluah semua apa yang aku nak cakap. Untuk S, kalau awak terbaca ni, saya cuma doakan awak berubah. Awak tak selama lamanya muda dan hidup atas muka bumi ni.

Awak akan ada anak perempuan nanti, dan awak mesti taknak lelaki buat macam ni pada anak awak nanti kan.

Awak kena ingat yang hidup kita ni ada karma. Dosa awak dengan Allah, awak boleh taubat nasuha, tapi sesama manusia, awak kena minta maaf dengan orang yang awak aniaya.

Saya dah maafkan semua apa yang awak buat dan tipu saya, saya halalkan semuanya, dan saya redhokan semua yang berlaku antara kita.

Tapi saya takkan pernah lupa. Sejujurnya masih ada lagi sisa sayang saya pada awak. Tapi semua penipuan dan pengkhianatan awak tu terlalu berat untuk saya terima. Pengorbanan dan kesetiaan saya awak tak pernah hargai.

Ok saya nak sambung dengar lagu ‘Bila Nanti’ sambung layan sedih.

Terima kasih sudi baca. Doakan saya kuat untuk teruskan hidup ini.

Reaksi Warganet

Siti Sariff –
Bagi i, putus cinta disebabkan halangan keluarga, atau tak cukup duit ke atau penyakit, cinta terhalang oleh orang tua ke, sedihlah juga.

Tapi putus cinta sebab orang yang kita cinta tu terang terang buat benda tak elok dekat kita lagilah senang nak move on.

Felis Catus –
Aku terfikir macamana seseorang boleh mencintai dua orang dalam satu masa? Bagi yang curang macam ni, macam mudah betul 1 hati tu boleh bahagi ke 2,3,4 orang. Kesetiaan tu mahal harganya.

Aku pun sampai sekarang mampu bela dan bagi kasih sayang tak berbelah bahagi dekat seekor je kucing belaan aku walau mampu bela lebih dari seekor.

Buat tt, bersyukurlah Allah bagi tanda sebelum kahwin dengan dia. Dia sayang tt, bagi ujian sebelum kahwin sebab tt mampu hadapi dan deserve better dari laki tak guna tu.

Nur Anati –
Bangkit. Jangan lemah lemah. Ingatkan diri awak tu. Dia yang rugi.. Bukan awak yang rugi. Buat apa rugikan diri sendiri untuk lelaki macam dia. Rugi masa, rugi air mata, rugi perasaan sedih utk sitaguna.

Kemon sis, biar harini last nangis. Esok bangkit dengan penuh semangat.

Please stop dengar lagu lagu sedih tu. Macam syok je melayan perasaan. Macam kena situasi dengan lagu.. Tapi dia membnuh jiwa awak

Sham Ahmad Mohaz’ni –
Kepada kaum wanita, buanglah sikap menderma tak bertempat kepada lelaki yang belum tentu lagi nak kawin ke tak dengan kita.

Dan jangan sesekali kata tak kisah pasal duit. Dia lelaki, dia kena usaha sungguh sungguh lah. Duit yang kita ada tu simpan dulu. Tengok dulu lepas kawin macam mana.

Kalau nampak liat bergetah je bab nafkah tu, maknanya jangan sengaja sengajanya p nak serah semua. Bagi dia ruang bertanggungjawab..

Jangan laaa dikorbankan semua. Kedepan jadi apa2, biasanya perempuan akan mengungkit habis habisan..

Ada dua kerugian. Rugi duit habis tak berbaloi satu hal. Rugi pahala kebajikan dalam berumahtangga satu hal..

So, kena bijak. Berkasih sayang jangan sampai membuta tuli. Tapi baguslah Tt terselamat..

Sumber – TipahTertipu (Bukan nama sebenar) via IIUMC

Leave a Reply

Your email address will not be published.