“Homestay”. 3am, abg terasa sesuatu. Tkut dia nk tengok cermin. Tiba2 benda tu merangkak naik katil

Foto sekadar hiasan

Haunted Homestay

Assalamualaikum semua. Ramai marah dekat aku sebab cerita tak habis, Benda Aneh Dari Rumah Uwan.

Sebenarnya cerita tu takat itu je. Aku tengah ikhtiar cari jalan nak keluarkan “benda” tu dari rumah uwan sebab ayah rancang nak bina rumah depan kawasan rumah uwan tu nanti. Maaf tau.

Disclaimer: Aku bukan confessor cerita Housemate Creepy (klik link dibawah).

Pad berdrah direbus, airnya diminum. Housemate ajk mkn cicak, katak. Lps di jergah, Tan cpt2 lari keluar

Kisah kisah ini benar, bukan rekaan atau cedokan dari mana mana.

Kisah Homestay haunted

Masa tu aku terdesak nak cari homestay sebab aku nak konvo lagi beberapa bulan. Malangnya, Banyak homestay berdekatan uni aku dah dicop orang.

Family aku pulak berasal jauh di utara, uni aku ni selatan tanah air. Nak tak nak aku usaha google dan search di FB siang malam.

Dipendekkan cerita aku jumpa satu iklan homestay terdekat. Jarak 40 minit dari uni aku, sebuah condo. Aku pm owner dan owner minta deposit duit untuk booking 2 hari 1 malam dan selesai transfer aku pun lega.

Tibalah hari kami bertolak dari kampung ke selatan. Kami pun sampai dekat magrib. Tapi peliknya owner bagi nombor seorang perempuan untuk call kalau dah sampai. Aku pun bersangka baik ingat tu bini dia.

Kami tiba jam 7.30 malam disambut akak tu yang rupanya jiran sebelah merangkap penjaga amanah rumah. Lohh. Owner rupanya tinggal di Terengganu dan memang dah lama tak datang situ.

Rumah tu ada 1 bilik single, 1 bilik double dan satu master bedroom iaitu bilik yang paling besar dan ada cermin di almari.

Master bedroom ni, kalau tidur mengiring ke kanan, memang cermin tu ngam ngam nampak muka sendiri.

Selepas masuk rumah, kami kemas apa patut dan bersiap untuk makan dan solat. Aku pulak lepas isyak kena keluar dengan abang ngah untuk ambik jubah konvo dari kawan aku.

So lelaki cuma tinggal ayah aku je. Ayah aku dah tua. Dia banyak berehat je. Strong man family kena keluar masa tu. Haha.

Masa inilah kejadian aneh mula terjadi……….

Semasa aku keluar tinggalkan homestay, banyak kejadian pelik menimpa keluarga aku. Terutama pada ahli keluarga perempuan aku. Rasa menyesal pun ada tapi kita pun tak tau benda nak jadi macam tu.

Selepas aku balik ke homestay, adik perempuan aku datang dekat aku cepat cepat bagitau, “waktu abang keluar tadi, paip air dalam toilet macam orang bukak. Lepastu Bunyi macam orang tengah mandi.” Glups. Bior betul.

Adik aku ni kira rapat dengan aku, so dia memang akan cerita seketoi ketoi apa yang dia kena.

“Abang tau tak, tadi masa adik dengan mak baring dekat masterbedroom, kami rasa macam ada orang dekat belakang tirai. Rasa macam orang tengok tengok”

Masa adik aku cerita, aku perasan yang mak aku dah tido dekat lantai ruang tamu. Kakak aku pun. Ayah aku di bilik double dan master bedroom takda siapa berani tidur.

Tapi aku rasa macam tak percaya. So aku buat macam biasa. Masuk master bedroom ambik tilam, pastu lari cepat cepat hahahaha.. Aku pun tetiba rasa tak selamat lah dalam bilik tu.. Aku lagi rela tidur atas lantai depan pintu rumah malam ni.

Lepas adik aku cerita, baru aku perasan yang rumah tu macam suram, gelap. Tambah tambah master bedroom.

Melihatkan master bedroom kosong. Siap beraircond lagi. Dan tak tahu kisah yang tengah terjadi. Abang ngah aku yang mamai dan penat drive terus masuk bilik tu, terus baring… berdengkur. Wah senang betoi dia lena.

Pagi esoknya kami bangun, berkemas keluar dan selesaikan urusan konvo. Tiada apa apa komen tentang kejadian dalam rumah. Maybe sebab kami masih dalam rumah ni, so kami elak nak borak pasal tu. Fokus konvo dan happy happy je.

Setibanya di kampung, semua buka kisah pengalaman masing masing. Rupa rupanya, yang teruk dikacau ialah abang ngah dan ibu. Adoiii.

“Malam tadi masa abang tido abang terjaga 3,4 pagi, abang rasa macam ada orang tengah berdiri hujung kaki. Abang ingat hang (kamu) mai depan katil abang. Tapi bila abang bukak mata tak nampak apa pulak.”

“Abang mamai kut” aku nyampuk.

“Takkk, abang sedar. Abang tak berani ngiring belah kanan sebab takut cermin almari tunjuk ada benda lain dekat belakang abang pulak.”

Macam aku bagitahu story sebelum ni, abang aku ni antara jiwa kental. Dia degil takkan nak blah dari katil. Yelah sebab dah bayor, rugi tak tidur. Haishh boleh pulak camtu.. Kalau aku dah lama cabut.

Last last, malas nak dipendam gamaknya, abang aku bagitau penuh kejadian semasa 3,4 pagi dalam master bedroom tu.

Dia terjaga sebab rasa ada orang berdiri depan katil, dia ingat aku atau adik aku datang dekat dia.

Tapi apabila dia buka mata, dia tak nampak apa apa cuma dia rasa kehadiran sesuatu dan masih rasa ada benda tengah berdiri depan dia.

Tapi……

Bila dia pejam mata, ahhh mulalah..

Dia nampak benda tu menyerupai kain putih yang berdiri sampai bawah, rambutnya panjang sampai ke bawah. Kaki tak nampak dan tengah tenung abang aku.

Bila abang aku nak ngiring ke kiri nak alih fokus. Benda tu mula nak merangkak naik atas katil… wat de fish…. nak tidur sekali ke apa? Aduhh.

Lepas tu abang ngah aku cepat bangun. Dan dia tak cukup tidur malam tu.

Sebelum keluar dari homestay pagi tu, aku sempat ambik satu gambar dalam bilik double dan adik aku pun satu gambar bilik master bedroom homestay tu. Yaaa baru perasan.. rumah tu walaupun hiasan dalaman cantik, tapi ada aura seram yang tak dapat digambarkan.

Masa kami serah kunci, akak jiran tu bagitahu tengahari nanti ada customer lain satu family nak check-in.

Kami satu family masa tu senyum sesama sendiri dan tak cakap banyak. Harap keluarga selepas kami tu bahagia lah menikmati kenangan indah. Hahaha.

Itulah rumah kalau tinggal lama tak berpenghuni, tak ada alunan alQuran dan zikir.. samalah seperti sebuah kuburan.

Rezeki masing masing tak sama, mungkin ada dapat homestay ok dan ada yang memberikan pengalaman ngeri.

Reaksi Warganet

Aini Sazali –
Haihh seram. Siapa yang biasa kena dia tau lah. Saya baru kena bulan lepas. Tak pasti homestay mana satu sebab kitorang tido 2 malam dekat Pahang, semalam dekat Melaka.

Tapi dok rasa bende tu mengikut dari Pahang sebab dekat sana sepupu start berat kaki.

Lepastu otw dari Pahang ke Melaka ikut Mersing hutan pulak kiri kanan 2 3 biji kete depan dok highbeam.

Pagi nak checkout balik Kedah dari homestay Melaka tu sepupu sorang lagi tiba tiba masuk bilik menangis. Bila tanya tak jawab.

All the way balik Kedah tu Allah je tau macam mana seramnya kitorang yang naik kete dengan sepupu yang kene rasuk bende tu. Mengamuk cakap Siam suruh hantar dia balik tempat asal weii

Fida Abdul Ghani –
Selama bercuti pernah terkena sekali dekat homestay di CH.

Tido berdua dengan anak. Pukul 2 pagi terjaga katil vibrate. Memang bergegar kuat la badan. Adoiii, memang takut teramat masa tu.

Last panggil adik dekat bilik sebelah ajak dia teman pastu adik suruh bukak yasin dekat hp. Tak terpikir lak masa kena tu nak bukak surah yasin dekat hp.

Alhamdulillah boleh tido sampai pagi. Dtart dari situ memang tak pi dah bercuti kalau takde suami skali, serik..

Seha Rafei –
Masa aku nak kawin, family mentua datang dari Johor ade sewa satu homestay. Masa aku nak pergi hantar makanan dekat family mentua, ayah aku tanya dekat mana homestay.

Aku bagitau lokasi terus dia ajak aku pergi sama sama. Lepas hantar tu dia cakap kenapa sewa homestay tu. Aku tanya kenapa , ayah kata Homestay tu keras.

Tapi Alhamdulillah aku tanya suami aku, dia kata okay je tido 2 malam dekat situ. Sebab dorang solat jemaah dan rajin baca yasin ramai ramai.

Entan Ismail –
Biasakan bila masuk bilik hotel ke, homestay ke, on kan surah Al Baqarah. Mudah mudahan menda yang ada dalam rumah or bilik tu lari keluar.

Last month pergi area Muar tido dekat satu hotel tu, terasa seram dan muram juga. Mujur kami ramai dan redakan dengan ngaji.

Tapi bila dah balik umah, mak pulak kena kacau dalam mimpi. Bertabah je la… PKP, hotel dah lama orang tak menginap. Normal lah kan ..

Sumber – Jay (Bukan nama sebenar) via IIUMC

Leave a Reply

Your email address will not be published.