Wan, anak tiriku. Pagi2 dia menyorok di dapur. Bila dengar Wan nk balik, aku seakan trauma. Brdebar2

Foto sekadar hiasan

Ibu Tiri Zaman Sekarang

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Terima kasih beri peluang untuk saya cerita kehidupan sebenar seorang ibu tiri.

Nama Saya Amy, punyai 4 orang anak. Baru berkahwin kali ke-2 tahun 2021. Saya berhijrah ke negeri lain selepas kahwin membawa 3 orang anak (seorang lagi belajar dinegeri asal dan tinggal bersama ayahnya).

Saya berkahwin dengan duda ada anak lelaki seorang (Wan, 20 tahun) yang tinggal bersama suami sejak suami bercerrai dengan bekas isterinya 10 tahun lalu.

Dari sebelum berkahwin Saya dah berazam nak jadi ibu tiri terbaik, nak beri kasih sayang sama pada semua anak. Kerana Saya kasihan dengan kehidupan suami dan Wan yang agak tidak teratur selama ini.

Masa Saya mula mula pindah masuk kerumah suami, semua nya ok. Saya menjalankan rutin harian sebagai isteri dan ibu.

Cuma biasalah, apabila sudah 10 tahun mereka berdua hidup sebagai orang bujang, faham faham saja lah. Banyak benda Saya kena tegur dan perbetul kan semula.

Wan tidak bekerja. Rumah suami ada 2 bilik, 1 bilik untuk kami suami isteri, 1 bilik untuk anak perempuan Saya 2 orang dan anak lelaki bongsu. Jadi, Wan hanya tidur diruang tamu. Untuk pengetahuan, Wan tak nak tinggal dengan maknya tak tau sebab apa.

Bulan pertama, suami bersiap siap nak ke tempat kerja, lalu lalang diruang tamu tanpa menegur Wan untuk solat.

Saya mulanya tidak mahu campur, tapi apabila masuk bulan ke 3 Wan masih tidur sampai ke tengahari tanpa di tegur papa nya, Saya mula bersuara pada suami.

“Abang tak tegur Wan bangun awal solat subuh ke?”. Sejak tu baru lah suami menyuruh anaknya bangun solat subuh.

Tapi Wan seakan akan terpaksa kerana papa nya garang. Tapi bayangkan 20 tahun jarang disuruh solat, apabila papanya suruh sahaja dia buat.

Kadang kadang dia menyorok didapur tunggu papa pergi kerja baru keluar dan tidur semula, tak solat pun. Tapi Saya tak bgtau suami perkara tersebut. Perkara itu berlarutan.

Seperti biasa Saya akan masak tengahari dan siap terhidang dalam tudung saji untuk memudahkan Wan bangun sekitar jam 2 petang untuk terus makan.

Begitu lah hari hari sehingga lebih kurang beberapa bulan kemudian apabila Saya tak sihat. Saya tak masak, Wan bangun tidur buka tudung saji kosong, dia mula membebel sendirian sambil mengusap usap perut. Dah mula merungut ibu tak masak. Saya diamkan Tak beritahu suami.

Tak lama kemudian, Wan kerja di sebuah butik pakaian tak jauh dari rumah. Dia pergi kerja menumpang kawannya. Apabila dia kerap terlambat bangun, mula dia menghempas barang barang. Saya duduk di ruang tamu macam tunggul, tiada rasa hormat pun.

Kerusi meja disepak, pintu dihempas, lalu depan Saya tak tunduk, salam tangan Saya pun tidak. Saya biarkan saja, beri peluang.

Dalam masa yang sama Saya tanya suami, Wan memang macam tu ke. Suami diam. Barulah suami tegur sikit sikit perangai anaknya.

Wan seorang kaki lepak. Dia akan lepak bersama kawannya sehingga jam 4-5 pagi setiap hari!!. Saya tahu sebab apabila Saya terjaga dari tidur, Wan belum balik.

Saya tanya suami, Wan memang selalu balik lambat ke. “Entah” jawab suami. Saya agak terkejut.

Sejak itu mula lah nampak perangai sebenar Wan. Dia seperti tuan didalam rumahnya. Suami? Sama saja. Dia lebih percaya dan seakan akan menyokong perbuatan Wan, sesekali saja tegur itupun kalau Saya cakap.

Suami Saya seorang yang agak kurang rajin, jadi, Wan juga sama. Baju baju kotor Wan berlonggok sana sini dengan bau hapak. Tilam bantal kalau Tak disuruh kemas, memang sampai petang diruang tamu.

Sebelum ni Saya basuh baju baju Wan sekali. Tapi apabila hari hari seluar dalam Wan buka bergulung gulung bentuk huruf 8, terkangkang di lantai Saya kutip basuh, Saya jadi sedih.

Dalam hati, “anak aku sendiri sorok sorok seluar dalam kotor buka terus masuk mesin basuh, dengan Wan aku kena kutip eh”. Saya cerita pada suami, sejak tu suami kata biar Wan basuh baju sendiri.

Sebelum ni suami kerja, tak tumpu sangat pada anak. Tapi dah tahu perangai anak pun kadang kadang sokong juga sebab perangai mereka sama.

Bapa mertua pun selalu marah pada suami dan Wan kerana pengotor, panas baran dan pemalas. Itupun adik beradik suami yang cerita.

Satu lagi perangai Wan yang Saya tak boleh terima, apabila ditegur, dia akan hempas hempas barang mengamuk dan terus balik ke rumah mak kandung nya.

Suami senyap saja tak tegur tak kata apa. Tak lama dirumah maknya, Wan balik semula kerumah dengan muka sombong tak tegur Saya.

Dengar cerita dia taknak tinggal dengan terus dengan maknya sebab maknya garang. Sesekali balik memang la maknya layan seperti menatang minyak yang penuh.

Itu belum lagi perangai Wan yang langsung takda rasa belas ihsan pada adik adik tirinya. Beli makanan sorang makan depan adik adik tanpa pelawa pun.

Anak bongsu saya duduk saja sebelah tengok, suami pun tak tegur anaknya depan mata Masa tu. Pada Saya itu adalah adab. Kalau tak nak berkongsi, makan la diluar rumah jangan sampai orang nampak.

Tapi ye la, tak siapa ajar dia tentang semua tu. Pada sesetengah orang itu perkara kecil, tapi pada Saya kalau Tak tegur, akan jadi besar 1 hari nnti.

Banyak lagi perkara yang tak mampu Saya cerita. Saya banyak makan hati dengan Wan, tapi Saya pujuk diri. Selama ni dengar ibu tiri zalim buat anak tiri macam macam. Tapi sekarang dah terbalik jadi pada saya.

Saya ada juga bercerita hal Wan pada adik beradik suami. Dan mereka cari tempat untuk Wan sambung belajar kerana itulah jalan yang terbaik untuk Wan keluar dari rumah dan belajar berdikari.

Sekarang Wan dah belajar ditempat lain, tapi Saya seakan trauma. Apabila dengar dia nak balik, Saya akan menggigil berdebar sesak nafas. Saya terbayang segala perbuatan Wan pada Saya. Anak anak Saya bukan lah baik sangat tetapi Saya masih boleh tegur dan bentuk.

Maaf tulisan Saya agak kelam kabut sebab suami baru bagitau Wan akan pulang bercuti semester hujung bulan ni.

Reaksi Warganet

Siti Sariff –
Seriously i kasihan dekat Wan. Dah 20 tahun, bilik sendiri pun tak ada. Kasih sayang ibu bapa, didikan, perhatian tiada. Kasihan anak anak begini. Teruskanlah bagi perhatian kepada dia.

Munirah Mokhtar –
Puan, boleh faham sisi Wan tak? 10 tahun dia duduk berdua dengn ayah dia tiba tiba puan datang bawak anak anak sekali.

Dah laa tu pulak, umur 20y tapi tiada bilik sendiri. Kena tidur di ruang tamu. Boleh faham tak kenapa dia macam tu? Sebab dia rasa disisihkan.

Kenapa duduk di rumah yang hanya ada 2 bilik? Kenapa tak cari yang 3 bilik?

Bab Wan tak nak bagi adik tiri makanan tu. Ade terfikir tak selama nie dia sorang je dalam rumah tu takde adik beradik lain. Memang tak biasa kongsi makanan. Dia dah terbiasa makan sorang sorang.

Bab solat dengan malas kerja tu memang silap suami awk laa. Tak didik anak sendiri.

Saya pelik sebelum kawen takde selidik dulu ke pasal anak tiri tu? Takde pernah bertanya ke? Sepatutnya puan dah ready mental bila dah tau kene kawen dengan duda ada anak.

Compromise laa puan. Kalau puan rasa sesak denfan Wan tu, percayalah Wan 100× ganda rasa sesak bila puan dengan anak anak berpindah ke rumah tu. Dengan bilik sendiri takde.

Mydear Yaya –
Kadang kadang anak besar kalau suka memberontak sebab dia tak dapat tempat privacy. Sebab tu lebih banyak masa melepak dengan kawan kawan. Bcos di rumah pun tak dapat privacy.

Semoga tak dbiarkan berlarutan, sebab anak anak yang banyak terbiar dan pendam isi hati ni selalu mudah terpengaruh. Bimbang keadaan akan lebih teruk.

Lagi satu, kalau dah cuci kain baju anak anak sendiri jangan lah di asingkan kain baju anak tiri pula.

Anak anak muda tak akan mampu faham jauh malah over sensitif yang kita sendiri pun kadang tak sangka. Skali pun niat kita mahu mendisplinkan anak anak.

Kecuali layan sama adil, semua baju anak anak kita tak cuci, melainkan anak kecil. (Cuma asingkan seluar dalam, biar dia faham yang tu kita memang tak bantu) teruskan sahaja urusan yang wajar sebagai tanda kita hormat perasaan dia dan hargai dia tanpa berharap balasan.

Tapi abaikan hal hal lain yang berupa tanggungjawab dia sendiri. Kalau tak sihat tak mampu masak apa salah terus terang, bagitahu la maaf, ibu tak sihat.

Memang susah merubah sesuatu yang bukan milik kita dari mula tapi bila ini yang sudah kita pilih takkan mengubah apa apa dengan mengeluh atau asyik mencari yang tak sempurna.

So kalau memang inginkan kebahagiaan kena usaha untuk bantu perbaiki jugak kecuali berniat tinggalkan ayah dia barulah selesai masalah.

Fadzilah Musa –
Dah kawen lagi, pening lagi pulak. Sebelum kawen patut dah boleh fikir benda tu awak bukan budak muda yang tak boleh fikir, anak pun dah 4.

Kena tahu ye, bukan mudah nak masuk dalam kehidupan orang lain yang dah biasa dengan satu satu keadaan.

Awak pun ada kehidupan lain sebelum jumpa suami sekarang. Awak bukan kawen bujang dengan bujang, yang sama sama baru nak mula hidup.

Ni masing masing dah ada kebiasaan sendiri sebelum ni. Tu sebab kena fikir 360 darjah sebelum kawen semula, kita kawen lagi untuk dapat bahagia yang tak dapat sebelum ni, bukan nak dapat masalah lain pulak.

Sekarang cuba lah adjust, ikut la nasihat yang lain lain dekat sini

Yong Shima –
Pengalaman sendiri better jangan amik peduli banyak sangat. Just jaga anak sendiri. Tak kira macam mana kita sayang anak orang kite tetap org luar.

Jgn sesekali bercerita atau minta nasihat pada keluarga mertua. Takut pada akhirnya nanti makan diri sendiri balik.

Sebab seburuk buruk perangai anak/cucu tetap drah daging dorang. Tetap akan dibela pada akhirnya Dan kite akan jadi mngsa dituduh jahat.

Buat baik berpada pada. Anak anak kalau boleh jangan sebumbung terutamanya bila ada anak anak berbeza jantina. Sekadar pengalaman.

Sumber – Amy (Bukan nama sebenar) via IIUMC

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *