“Dulu gj 7ribu, skrang 2.5ribu”. Rasa tertampar. Bila tgk payslip rasa down. Sjk gaji kecik, ini yg aku rasa

Foto sekadar hiasan

Dari Gaji RM7,000 ke RM2,500

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Aku Hanis, berumur 30 an, berkahwin tapi belum dikurniakan zuriat dan bekerjaya professional dalam bidang minyak dan gas.

Aku berkerja sudah lebih 10 tahun selepas graduasi di sebuah syarikat yang stabil dengan gaji RM7K dan benefit yang baik.

Kehidupan aku dan suami boleh dikatakan selesa dengan memiliki sebuah rumah sendiri dan 2 buah kenderaan yang dibeli semasa masing masing masih bujang.

Melancong, makan best best, berbelanja untuk diri sendiri dan keluarga adalah rezeki yang kami dapat buat dengan gaji masing masing. Urusan kerja dan hubungan aku dengan rakan sekerja juga baik termasuk dengan client.

Aku sangat sangat enjoy dengan kerja aku. Sikit sikit masalah / tak smooth sailing projek biasalah dan masih boleh hadapi.

Pandemik c0vid 19 datang dan pada Oktober 2020 satu mesyuarat di oranganisasi aku bekerja dibuat. Semua staf dipanggil dan berita yang memang kami tak mahu dengar terjadi.

Oranganisasi aku akan buat rentrenchment dan downsizing dan aku antara “insan terpilih” itu.

Satu tamparan untuk aku. 1-2 hari aku menangis kumpul kekuatan disamping sokongan suami, mak dan mertua aku. Mereka tahu macamne passion aku pada kerja.

Aku rasa sia sia usaha aku selama ini dalam selesaikan projek dan beri keuntungan pada oranganisasi aku bekerja.

Pendekkan cerita, aku dapat pampasan / VSS agak lumayan dari rentrenchment ini dalam RM21k dan tarikh khidmat terakhir aku pada 31 Disember 2020.

Alhamdulillah hutang kereta aku dah lama settle dan aku cuma perlu bayar komitmen lain yang kecil seperti hp, insurance, cc sahaja.

Alhamdullilah suami aku berkerjaya dan mampu untuk tanggung aku jika duit pampasan dan simpanan aku habis sebelum dapat keje.

Bermula Jan 2021 – Mei 2021 hiduplah aku sebagai seorang penggangur terhormat betul. Rutin aku bermula seawal 4.30 pagi (solat tahajud, subuh, buat sarapan dan bekal suami aku).

Sebelum ini memang jarang lah aku buat sarapan untuk suami aku dan aku bangun masa zaman kerja dulu 6-6.30 pagi.

Selepas suami aku pergi kerja aku bukak laptop dan bermulalah perjalanan cari kerja aku di Jobstreet, Linkedin, dan semua platform cari kerja dan uruskan hal rumahtangga yang selama ini aku abaikan.

Masa dengan Allah? Ya aku lebih dekat dengan Allah. Pagi aku bermula dengan baca Al-Quran dan dhuha. Bila aku bosan aku bereksperimen dengan masak dan call mak aku.

Berbalik pada pencarian kerja aku. Beratus ratus permohonan kerja aku buat, berpuluh interview aku hadiri dan akhir sekali aku terima interview dari satu badan kerajaan. Selesai interview (banyak stage ya – aku tak pakai cabel).

Dalam tempoh 5 bulan menggangur aku jadi orang yang self-esteem dan confident menurun. Sebelum ini orang kenal aku sebagai seorang yang berani, lantang bersuara dan memberi pendapat.

Berbalik pada intervew tu, aku lulus interview dan perlu melaporkan diri pada Jun 2021 sebagai pegawai pengurusan gred yang tinggi.

Gaji yang ditawarkan? RM2.5K dan tidak termasuk elaun-elaun lain yang bila ditambah hampir ke RM3.5k. Benefit as employee disini sangat best dan cover untuk suami dan anak anak. Alaa korang mesti tahu kan. Bonus dan Kenaikan gaji dan pangkat pun memberangsangkan.

Masa ditawarkan gaji sebegitu HR inform aku adalah aku perlu mula dari bawah dan pengalaman aku selama ini? ditolak tepi. sedih ya.

Bersusah payah aku bekerja selama ini untuk dapatkan gaji besar dan akhirnya aku perlu mula semula dari bawah.

Mak aku happy dia berharap sangat aku dapat kerja gomen jadi dia suruh aku terima. Aku laporkan diri atas kekuatan doa dan restu mak aku sebab aku percaya ada keberkatan doa mak dan niat aku happykan dia, jadi aku accept offer ini.

Duit VSS aku masih ada aku simpan untuk hal hal kecemasan sahaja. Aku juga baru saja selesai lulus ujian untuk jadi agen insurance sebab aku nak cabar diri selain tambah duit poket dan connection. hehe.

Sekarang dah hampir 7 bulan aku di agensi ini. Suasana yang berbeza dari segi gaji, skop kerja (relate tapi tak berat sangat aku masih handle pengurusan projek) dan rakan rakan sekerja baru.

Disebalik gaji yang sedikit ini aku dapat refleks – kerja lebih tenang (walaupun cabaran kerja agak kurang), masa bersama suami lebih (pukul 5.30 aku terus angkat beg dan balik),

Bos lebih fleksibel dan memahami walaupun ada juga hal hal “standard perangai gomen staf disini terutama pekerja lama” yang payah terima perubahan dan pendapat.

Alhamdullilah markah laporan prestasi akhir tahun 2021, bos aku beri markah yang menggembirakan aku. Aku memang perform dan laksanakan tugasan diberi dengan baik dan aku selalu beri lebih dari sepatutnya bila selesaikan tugasan.

Budaya kerja di private dulu aku bawak kedalam diri aku disini (fokus dan selesaikan tugasan dengan efisien dan teratur).

Walaupun aku perlu bertatih semula dari bawah dengan gaji begitu dan kadang kadang setan datang bagi aku “down” bila tengok payslip gaji aku tu.. kekuatan aku siapa? suami dan mak aku yang banyak beri sokongan, doa dan suruh aku sabar.

Sebenarnya aku dah redha dan tawakal andai ini takdir kerjaya aku dengan agensi ini andai kata sampai pencen (aku ada lagi lebih kurang 25 tahun nak berkhidmat ni). Aku sangat sangat bersyukur aku diterima di sini.

Hari hari dalam doa dan dhuha aku zahirkan rasa syukur dan redha aku pada rezeki kerjaya aku di sini. Aku serahkan segala urusan kerjaya aku dibawah aturan Allah.

Untuk rakan rakan yang senasib yang kene diberhentikan kerja, sedang struggle cari kerja, bergaji kecil aku doakan Allah murahkan rzeki dan permudahkan urusan anda. Percayalah bila kita redha dan syukur Allah pasti akan tambahkan lagi rezeki pada kita.

Mungkin korang akan cakap “alah cakap senang lah dia tak da komitmen besar, anak pun tak da, suami pun mampu”, percayalah jangan tinggal Allah. Utamakan Dia, berdoa, usaha dan yakin akan perancangan dia.

Sekian, Hanis

Reaksi Warganet

Nora Aishah –
Faham sangat perasaan terpaksa downgrade gaji. Not even half dari previous. To live with it, dan amount kita pun lebih kurang

Been there, situasi almost sama. Beza dekat vss. Saya tak dapat banyak tu, jauh beza. Tekanan tu faham sangt walau kita tak sama kasut

Dan disember lepas baru ja hilang lagi kerja permanent. Due to company terpaksa tutup.

Semoga terus kuat confessor. Doakan saya juga ya. Sedih rasa baca macam baca kisah sendiri, part didowngrade gaji. Cuma saya masih bujang..

Siti Aishah Buchi –
Bersyukur saja.. 2.5K ke, 7K ke 70 ringgit atau 250 ringgit pun itu rezeki yang Allah dah aturkan.

Hidup kita ni diukur bukan pada banyak nya duit atau gaji yang kita ada. Tapi pada apa yang kita buat untuk jadikan nilai hidup dan amal kita lebih tinggi. Apa pun tahniah sebab dapat kerja baru.

Que –
‘hari-hari dalam doa dan dhuha aku zahirkan rasa syukur dan redha aku pada rezeki kerjaya aku di sini. Aku serahkan segala urusan kerjaya aku dibawah aturan Allah’

Dia redha and syukur jer, kenapa ramai marah marah confessor, hubu. Dia siap cakap boleh spend lagi banyak masa Ngan family and all.

Dan betol la dia cakap, dulu gaji dia 7k, sekarang 2.5k , sikit la tu kalau nak dibandingkan. Bukan bermaksud dia tak bersyukur.

Sharifah Fadhylawati –
Alhamdulillah, syukur pandang positif. Mungkin lepas ni ada rezeki lain. Hati tenang, dapat sumbang sesuatu yang lebih baik untuk orang sekeliling, ada rezeki cepat naik pangkat dll.

Rezeki Allah ni luas. Bukan dalam bentuk angka gaji sahaja. Pasti ada hikmah semua ni…

Hashieda Ummi Hussain –
Bersyukur~
Tugasan kerja di Government agency dan private sector sangat berbeza. Memang perlu belajar dari bawah.

Mostly former private sector yang dah biasa gaji besar masuk kerja government, banyak protocol dan ethics yang mereka langsung tak tahu.

Ada juga yang jenis, too ambitious nak terus naik atas dengan gaji yang tinggi. Siapa yang kerja government faham faham la dengan politik dalaman (sebenarnya private sector pun politik dalaman boleh tahan)

So buat TT, kuatkan semangat, kerja kerana Allah, tentang gaji tu sedikit sahaja berbanding nikmat benefits yang TT bakal dapat contoh gratuiti GCR, pencen dengan 25 tahun lagi services.. Good Luck!

Niesa Zolkifli –
Alhamdulillah dapat merasa gaji 2.5k. sekeliling saya semua orang struggle cari duit. Termasuklah saya.

Berpanas tiap hujung minggu jual baju dekat cbs sambil bawa anak saya yang masih kecil.. Minggu ni 3hari meniaga dapat 200 ringgit je.

Lagi sedih gelang emas anak saya pulak tercicir masa meniaga kelmarin. Tapi takpelah redha. Mungkin Allah nak bagi lagi banyak. Hujung hujung bulan ni banyak benda kena bayar.

Saya teringin nak bekerja gomen. Selalu saya berangan nak kerja gomen. Tapi selalu ujian SPA saya gagal, haha. Lagipon sy study setakat diploma je.

Mungkin bagi awak gaji tu kecil tapi bagi sy rasa macam best nya dapat 2.5k. Dalam awak rasa 2500 je tapi ada yang berimpian nak duduk ditempat awak.

Jangan pernah putus asa. In Sha Allah ada hikmah disebalik yang trjadi..

Sumber – Hanis (Bukan nama sebenar) via IIUMC

Leave a Reply

Your email address will not be published.