‘Untung si cantik’. Sewa blik. Pelik housemate sllu wangi2. Pkai bju nmpk pusat. Lps 2 bln, aku melopong

Foto sekadar hiasan

Perempuan Yang Bertuah Adalah Perempuan Yang Cantik

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Tajuk confession aku ni adalah ayat dari guru kimia aku masa Form 5. Waktu tu student lelaki kena keluar makmal, tolong angkat meja ke apa entah masa tu. Jadi, kami student perempuan saja ada dalam makmal.

Cikgu aku cakap, ‘anak anak, ingat ye bila kita kurang cantik, kita kena usaha 3 kali ganda dari perempuan yang cantik sebab orang takkan pandang kita.

Kita kena jadi cerdik, berani, pandai bercakap baru orang pandang. Belajar rajin rajin ye sebab perempuan cantik, dia bdoh pun takpe sebab ada saja yang suka’.

Lebih kurang begitulah ayat cikgu aku. Masa tu aku dengan kawan sekelas cuma gelak jelah. Yelah umur 17 tahun apa la yang aku dapat hadam dengan ayat cikgu tu.

Fast forward, aku masuk matrik setahun. Lepastu sambung degree 4 tahun di sebuah U kawasan bandar. Cerita bermula masa aku apply untuk latihan industri (LI).

Fakulti aku tak benarkan apply banyak tempat sekaligus, kena hantar satu saja. Kalau kena reject, baru apply tempat lain. Aku kena reject dengan alasan, tempat tu terima 2 students saja dari U yang sama.

Masa makin suntuk, aku apply jela satu tempat ni, sebelah dengan negeri U aku ni. Masa ni tak fikir dah bab jauh ke apa sebab terdesak.

Alhamdulillah dapat tempat. Puas fikir macam mana nak pergi LI situ sebab jarak masa 1 jam juga. Nak drive, kena pinjam kereta kakak.

Dah la tak biasa drive jauh.

Aku decide untuk sewa bilik saja. Aku pun Google la area rumah yang dekat dengan tempat LI. Yang aku boleh jalan kaki atau naik bas. Aku masuk saja group FB penduduk situ. Aku post mencari bilik sewa untuk 6 bulan saja sebab LI. Aku tawakal saja masa ni harap ada la yang sudi.

Beberapa jam lepastu, dapat la satu PM dekat inbox. DP perempuan, cantik bergaya. Bagitau yang kalau berminat, boleh sewa bilik kat rumah dia sebab housemate dia baru keluar.

Aku pun tak fikir panjang, weekends ajak kakak aku survey dan dipendekkan cerita, duduk la aku dekat rumah tu.

Housemate aku nama Ana (bukan nama sebenar). Cantik, putih semula jadi, tak rendah sangat tak tinggi sangat. Rambut karat sikit, dia tak mekap pun memang skin dia lawa.

Aku rasa macam ala ala Hana Delisha ada, macam Nelydia ada. Ish memang cantik lah! Terpegun aku sebab aku ni biasa saja, muka pun ada parut jerawat, mekap pun tau guna lipstick saja. Haha.

Syarat dia yang pertama sebelum masuk rumah ialah MIND YOUR OWN BUSINESS. Aku ni pulak memang bukan jenis suka tanya hal orang, so aku tak peduli la sebab aku tengok Ana ok saja cuma kadang kadang dia agak s3ksi bila nak keluar.

Ana ni wangi saja memanjang, handbag pun nampak mahal, barang dalam rumah pun minimalist saja. Aku tertanya jugak Ana ni kerja model ke, pramugari ke sebab cantik sentiasa.

Aku dengan Ana biasa biasa saja. Ada masa berbual kosong, ada masa selisih tapi senyum saja. Aku pun busy dengan LI aku. Sabtu aku half day so Ahad jela masa yang ada untuk rehat.

Masuk bulan kedua, baru Ana ni banyak mulut. Maybe sebab dia tengok aku jenis tak peduli hal dia.

Ada satu malam tu, Ana mintak tolong aku belikan nasi sebab dia balik lewat, dia takut kedai tutup. Start sini aku rapat la sikit dengan Ana masa aku teman dia makan.

Ana rupanya freelance model, gadis litar, promoter barang yang kena pakai s3ksi tu (tak tau la istilah ni betul ke tak). Yang kita nampak kalau ada iklan kereta baru keluar, ada perempuan s3ksi duk tepi kereta, ha tu la kerja Ana.

Aku masa tu macam terkejut jugak, yelah aku ni mana ada circle kawan dari kerjaya ni. Ana rupanya muda setahun dari aku, stop separuh jalan masa diploma sebab kawan dia ajak join kerjaya ni.

Ana mula buka cerita dia rimas dengan lelaki lelaki miang yang asyik nak mesej dia, call dia, belanja dia makan, belikan macam macam.

Melopong kejap aku sebab aku ni mana la ada pakwe ke apa, nak cakap dengan classmate lelaki pun hal study saja. Ana tanya aku ingat tak dia pernah buang 3 kotak pizza? Ana cakap ada lelaki yang bagi dia masa dia dah habis waktu kerja. Ana amik tapi buang sebab takut nak makan.

Ana cerita dia paling meluat kalau suami orang mengorat dia. DM dia tak henti dekat FB padahal profile gambar dengan anak bini. Pernah sekali dia tak tenteram berbulan bila dapat tau ada suami isteri bercerrai sebab kantoi si suami amik gambar dengan Ana masa event kereta.

Suami orang tu berdiri rapat sangat sebelah Ana, minta kawan dia amik gambar. Ana pulak masa tu pakai baju nampak pusat dan skirt pendek.

Ana cakap dia tak dapat tolak sebab masa tu dia dah setuju dengan syarat penganjur, tak boleh tolak kalau customer nak bergambar. Suami orang ni cari FB Ana kot dan jumpa.

Wife jumpa chat suami dia dan wife tu sendiri tanya Ana – betul ke suami dia yang mulakan chat dulu. Tak lama lepastu, wife tu sendiri bagitau Ana dia dah berpisah sebab tak dapat terima apa yang ex dia buat.

Lepas habis waktu kerja, ada saja lelaki yang akan tunggu Ana untuk jumpa. Bagi perfume, coklat, jam. Ada yang nak bagi Iphone, cincin. Ehh macam macam la.

Ana pernah bagi aku 3 botol perfume dalam kotak lagi. Bau wangi, bau mahal ye sampai aku takut nak pegang. Ana cakap ni ada yang bagi hadiah tapi Ana cakap dia dah ada koleksi tu.

Aku pun Google la perfume tu. Marc Jacob, La vie Este Belle (taktau la betul ke ejaan ni). Aku ni dapat pakai BBW beli masa promo pun dah rasa wangi sangat dah. Haha.

Aku pernah tanya Ana dia ada pakwe ke, Ana cakap takde tapi dia ramai kawan rapat lelaki. Kawan lelaki dia ni maksudnya yang bukan jenis miang, tapi memang teman untuk masuk club, makan makan. Sama social macam Ana.

Kalau Ana upload gambar makan berdua dengan kawan lelaki dia sambil paut pinggang, ada saja lelaki akan DM tanya, “tu pakwe ke? Kalau ada problem dengan pakwe, saya free saja untuk awak.”

Dan zassss… Terus terimbau ayat cikgu aku. Ya betullah, perempuan cantik memang bertuah. Ada yang belikan hadiah, makanan, telefon.

Berbanding yang kurang cantik macam aku, takde siapa nak bagi free. Haha. Kena la kerja lebih kalau nak beli barang mahal. Perempuan cantik upload gambar dengan pakwe pun, dah ada yang tunggu kalau putus.

Ada satu hari tu, tengah lepak tengok tv, Ana cakap dekat aku, ‘nak tengok tak perangai jantan bajet alim’. Tak sempat aku jawab, Ana tunjuk dekat aku inbox dia dapat dari seorang lelaki. Sangat lcah ayat jantan tu tak sanggup nak taip.

Lepastu Ana klik profile FB dia, wahh islamik sungguh kat wall sendiri. Siap ada pesanan pasal aurat, segala bagai. Ana memang anti betul jantan macam ni sebab Ana cakap alim depan orang saja, belakang orang asyik cakap pasal ****.

Ana jugak rajin stalk lelaki miang yang komen dekat FB dia, lepastu tengok wall lelaki tu. Kalau yang letak gambar DP ‘I am Muslim, Palestin, kalimah islamik’ tapi melcah kat gambar dia memang dia kutuk saja depan aku. Aku macam biasa la, taktau nak respon apa dengarkan saja.

Ana jugak buat aku tau ada benda yang memang aku tak pernah tau macam Ana cerita dia pergi festival muzik tranze la, cerita dia clubbing la. Tapi Ana tak pernah ajak aku, dia memang dengan geng dia saja bab gini. Aku ni ibarat kawan sesat dia hehe.

Pernah sekali, aku masuk KFC dengan Ana. Kami bungkus saja. Balik rumah, bila bukak plastik tu ada terselit satu kertas kecik bertulis ‘Hai awak yang baju biru, boleh ke nak kenal? Ni no saya….’ Dan tentu la yang baju biru tu Ana bukan aku haha.

Cukup 6 bulan, tamat LI aku. Ana ajak aku keluar makan dekat restoran yang agak mewah, nak belanja katanya sebelum aku pindah. Waktu jalan dengan Ana, self esteem aku menjunam sebab Ana sangat cantik. Jalan sebelah aku dah macam aku ni jadi bayang bayang saja hahahaha.

Walaupun Ana agak kebaratan, ada angin dia kejap tegur kejap tak, tapi Ana baik orangnya. Ada waktu dia mencarut tu, aku urut jugak la dada ni nak tegur tak berani.

Waktu aku nampak dia pakai baju nampak pusat, tayang peha nak keluar kerja, aku cuma mampu doa moga dibuka pintu hati Ana. Aku tak mampu nak tegur depan depan, cuma doa saja dalam hati.

Ana hantar aku sampai ke kereta masa last day dan itulah kali terakhir kami jumpa. Lepastu ada la mesej sekejap dan terus sunyi sampai sekarang.

Aku stalk Ana di media social saja, dia masih macam 4 tahun lepas. Latest aku nampak Ana promote vape pulak. Aku harap Ana akan berubah satu hari nanti.

Pertemuan dengan Ana ni macam satu benda yang bukak mata aku bahawa ‘Beauty Privilege’ ni memang wujud. Patutlah aku pernah nampak quote.

‘If you are ugly, then you are ugly, full stop. Don’t talk about inner beauty because people will choose look first’.

Reaksi Warganet

Suriana Sabar –
Cantik pon ade ujian dia. Tak cantik pon ada ujian dia juga.. Tapi kalau diberi pilihan aku nak jadi cantik, haha. Sebab penat jadi bayang bayang kot.

Ade orang pernah cakap dekat aku “ko tu dah la gemuk tak cantik pulak kalau bdoh ape la tinggal” so belajar la rajin rajin even bukan pandai sangat pon.

Sekarang dah jadi cikgu tapi tu la tak cantik masalahnye. Hahahha bila kawin ade pulak mulut bunyi “gemuk gemuk ade juga orang nak” krik krik jela aku

As Sufi –
Cantik tu rezeki, tak dinafikan tapi besar dugaannya jadi buruan lelaki miang, tak juga hasad dengki dari rakan rakan.

Yang kurang cantik pun ada rezeki jugak, Rakan rakan baik, kadang jodoh lebih awal dari si cantik. Perhatikan setiap situasi ragam manusia disekeliling kita dengan mata hati agar kita lebih menjadi insan yang bersyukur.

Fadzilah Musa –
Dik awak kena hidup lama sikit, nanti awak akan tahu yang tak cantik, kurang cantik ramai je yang bertuah.

Antaranya Allah kurniakan suami yang baik/handsome, kerjaya yang bagus, income yang tinggi, anak yang baik, dan macam macam lagi.

To me, brain lebih penting dari rupa. Sihat lebih penting dari rupa. Bahagia lebih penting dari rupa

Fazidah Abdul Kadir –
Kesian Ana, saya simpati dengan Ana dan tt, hidup Ana terbeban sebab dia cantik dan mungkin akan menyusahkan dia kemudian hari.

Saya simpati dengan TT, dan cikgu dia yang rasa diri tak cantik dan rasa tak bertuah sedangkan Allah dah jaga sebaik baik nya.

Bersyukurlah Allah pelihara kita dari mencari sesuap nasi dengan cara mendedahkan aurat. Tak perlu korbankan maruah hanya untuk rezeki itu satu nikmat yang patut disyukuri.

Tak kebulur pun tak dapat hadiah mahal mahal dan makanan yang kita sendiri mampu beli.

Saya akan cemburu dengan wanita beriman, dah beriman bijak pulak, tutup aurat, cantik dan pandai jaga diri serta berdikari dan baik serba serbi. Ada orang orang macam tu. Dan mereka layak dipandang tinggi, masyaaallah

Cik Puan –
Teringat kata kata ex housemate merangkap ex colleague dekat tempat kerja yang dah jadi 2nd wife somebody.

Even dia tahu umur saya lebih tua dripada dia (masa tu umur saya dah awal 30an, kawan tu awal 20an)..selamba dia sound saya kata,

”ko ni tak pandai guna kecantikan yang ko ada”. Saya gelak je lah. Tapi dalam hati kata..”cantik tang mana? kau ingat aku budak baru nak up macam kau ke? Masa aku umur baya kau, dah macam macam perangai manusia aku hadap dan berkawan dengan golongan yang lebih berusia (sewaktu aktif dalam own business).

Agaknya sebab kawan tu perasan tiap kali ada clients (mostly suami orang) yang nak try saya, saya just senyum buat bodo je. Then sambung buat kerja.

Habis waktu kerja, saya buat hal sendiri (lepak dekat rumah tengok tv/pergi jogging/window shopping sorang sorang).

Heran jugak, dulu mostly yang kenal saya dekat tempat kerja target saya akan kahwin dengan suami orang (mungkin faktor usia saya + kerjaya saya yang hadap golongan tu dan lifestyle saya yang tak suka bersocial tak tentu hala). Whatever..

p/s: sebulan jadi isteri orang (inai masih merah di jari), ada client 2-3 kali dok mundar mandir depan saya. Nampak macam gelisah/tengah tunggu orang mungkin.

So saya tegur tanya, “encik tunggu guest ke? Boleh duduk dulu”. Then lelaki tu kata dia tunggu saya, nak tegur tapi segan. Dia minat dengan saya (dah lama stalked saya, katanya). Dia terus minta no hp saya. Bagitau nak berkenalan.

Saya masa tu blur sebab tengah kerja so memang tak fikir hal hal macam tu. Lagi pulak baru sebulan kahwin. Then spontan saya ckp..”sorry..I’m married”..sambil tunjuk cincin nikah di jari manis saya.

Lelaki tu macam terkejut dan ckp..”u dah kahwin ke? Ok sorry”. Dia tak pandang muka saya terus blah. Macam macam hal…

Sumber – Strawberry (Bukan nama sebenar) via IIUMC

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *