Suami dh terjerat dengan prangkap aku. Tak cukup, esoknya aku umpan pula bini orgtu. Baru aku puas

Foto sekadar hiasan

Kisah Curang Suami Paling Baik Di Dunia

Assalammualaikum dan salam sejahtera. Admin mohon jangan pamerkan identiti saya.

Kisah ini saya kongsikan untuk jadikan sebagai pengajaran dan penguat semangat kepada semua pembaca terutamanya isteri yang menjadi mangsa.

Saya seorang isteri yang tidak bekerja tetapi berpelajaran tinggi. Saya meninggalkan kerjaya setelah kehidupan kami agak stabil demi membesarkan anak anak.

Saya membuat pilihan ini kerana kesiankan anak anak sebab kerjaya suami dan saya yang sangat sibok jika kedua bekerja.

Suami merupakan pegawai kerajaan berpangkat dan boleh dikatakan kami tidak pernah diuji dengan masalah kewangan. Suami seorang yang baik, bertanggungjawab, ringan tulang dan tidak pernah berkira bab kewangan.

Hidup saya sangat bahagia dan saya bersyukur seadanya. Makan pakai suami dan anak semuanya terjaga.

Di tempat kerja suami adalah bos yang disegani dan ada karisma tersendiri. Saya sentiasa memberi sokongan dan memahami tuntutan kerjaya suami yang sibok.

Saya dengan rela menguruskan rumah tangga dengan baik sekali supaya suami tidak risau hal hal di rumah dan sekolah anak.

Ketika suami di rumah jika tiada urusan lain, suami banyak menghabiskan masa dengan telefon atau menonton tv. Telefon suami memang mempunyai password tetapi suami tidak pernah berahsia mengenai password telefonnya. Saya bebas melayari telefon suami.

Suatu hari waktu suami bersihkan diri selepas pulang bekerja saya dapati terdapat whasstapp masuk, daripada seorang perempuan. Dari paparan skrin tersebut ayat daripada perempuan tu membuat saya berasa bahang dan berdebar debar.

Saya buka mesej tersebut, dengan cepat saya ambil gambar dan maklumat menggunakan telefon saya.

Tetapi mesej yang ada hanya sedikit, tiada mesej yang lama kerana sudah dipadam. Saya tutup semula telefon suami tetapi apabila mesej sudah terbaca suami akan tahu juga.

Sengaja saya tidak padam mesej tersebut. Pada malam tersebut saya banyak mendiamkan diri, uruskan anak kecil, dan saya menangis semahu mahunya.

Malam terasa sangat lama, saya tidak dapat lelapkan mata. Saya tidak peduli suami tahu mengenai mesej tersebut. 3 hari saya diamkan diri, tidak lena tidur dan hilang selera makan.

Suami mendekati saya, cuba bertanya seperti tidak bersalah langsung. Saya cuba tahan emosi sambil mengharapkan penjelasan suami.

Akhirnya suami mengaku, perempuan tersebut dikenali di pejabat sewaktu dia menjalani latihan praktikal tetapi hanya baru baru ini mereka bermesej mesra tetapi sekadar mesej dan tidak berjumpa.

Rupanya perempuan tersebut telah berkahwin dan mempunyai seorang anak. Terkejut dan beristigfar saya dibuatnya. Suami berjanji tidak mengulangi dan saya mohon suami solat taubat. Saya memaafkan suami. Saya berdoa kes ini selesai dan jalani kehidupan seperti biasa.

Disangka panas sampai ke petang, rupanya hujan ditengahari. Selepas kejadian pertama saya curi lihat whastaap lagi, nama perempuan tersebut ditukar kepada nama kontraktor.

Saya curiga tetapi tidak persoalkan lagi sebab saya tidak pernah jumpa lagi mesej mereka.

Hinggalah semasa kami bercuti bersama, hari sepatutnya suami bekerja tetapi cuti. Nama kontraktor tersebut muncul.

Jantung saya kembali berdebar, tetapi saya tidak dapat membuka mesej tersebut kerana suami tidak jauh dari saya. Puas saya berzikir, mohon kekuatan dari Allah.

Saya pendam dan diamkan diri sambil berfikir apa tindakan wajar yang perlu diambil dan kemungkinan yang berlaku akibat tindakan saya.

Saya merancang STRATEGI untuk menyelesaikan kes ini.

Jika diikutkan hati yang terbakar, mahu saja dihamburkan semua, tetapi saya tunggu sehingga kami pulang ke rumah dengan selamat.

Anak anak sangat gembira dapat bercuti, saya tidak mahu anak anak melihat perkara tidak sepatutnya. Akhirnya malam tersebut saya mengajak suami berbincang, saya katakan saya mengetahui semuanya.

Saya tipu pada suami yang saya telah pun menghubungi perempuan tersebut, dan memerangkap perempuan tersebut hingga diberikan bukti dan pengakuan hubungan mereka (padahal saya tipu sahaja). Saya tiada bukti yang banyak kerana mesej dipadam.

Saya terangkan pada suami saya redha dan terima qada qadar, saya letih tiada lagi airmata dan mahukan hidup tenang. Saya tipu suami yang perempuan tersebut punya masalah dengan suami, dan memang sayangkan suami.

Saya setuju untuk bantu kawinkan mereka. Suami sangat terkejut, terdiam. Bermati matian suami tidak mahu kawin dengan perempuan tersebut dan buang semua nombor perempuan tu dihadapan saya.

Saya maafkan sekali lagi, terasa beban berat di kepala hilang.

Esoknya saya memikirkan mungkin perempuan tersebut akan menghubungi suami lagi. Sekali lagi saya memasang STRATEGI. Saya hubungi perempuan itu.

“Assalamualaikum, hi tak bz ke? Boleh cakap ke?

“Sape ni, biasa la dekat tempat kerja.

“Tak kan tak kenal, kawan lama masa belajar ni. Tapi duduk jauh sikit dari orang, takut bos dengar awak ketawa kuat.

“Ok kejap

“Dah ke. ok biar saya terus terang jela, saya bini X, orang yang awak duk mesej mesra tu. Saya ada semua bukti dan simpan apa yang awak tulis

(Terus letak dan saya hubungi balik)

“Jangan takut, saya bukan nak maki atau marah sebab bukan level saya untuk buat macam tu. Kalau awak sayang sangat suami saya tak pe, saya nak tolong pinang awak, yela dari terus buat dosa. Saya rela, saya redha.

“Mintak maaf sangat puan, saya cuma mesej dan layan je. Tidak pernah berjumpa. Saya pun nak selesai baik baik sebab kita sama perempuan

“Eh tau pulak sama perempuan, awak tak sayang suami dan anak ke. Tak pe la jadikan ni pengajaran, taubat dan saya harap awak tak alami apa yang saya rasa. Tapi macam mana saya nak tau awak tak buat lagi

“Maaf puan, pengang janji dan sumpah saya. Saya akan buang dan blok semua berkaitan suami puan. Terima kasih

“Ok saya terima tapi kalau saya jumpa lagi bukti awak berhubung saya akan ambil tindakan sepatutnya.

Tamat kisah kecurangan suami. Saya merasai ketenangan dan hilang bebanan yang sangat berat. Saya memohon dan berserah sepenuhnya kepada Allah.

Hati suami bukan milik isteri sepenuhnya tapi sebagai isteri kita boleh berdoa kepada pemilik hati iaitu Allah agar ditetapkan hati suami hanya untuk kita tanpa kehadiran penyondol.

Jika ada masalah diamkan diri untuk berfikir supaya kita dapat buat tindakan yang betul agar mendapat keputusan yang baik. Tiada guna kita menyerang dan menggunakan kekerasan kerana ianya lebih merugikan.

*Setiap orang diuji dengan berlainan cara, penyelesaian juga mungkin akan berbeza.

Reaksi Warganet

Ain Salman –
Banyak isteri isteri yang dicurangi ni tak melatah. Malah cukup matang dalam membuat sebarang keputusan.

Semoga isteri yang bangga mencurangi Suami, dan Suami yang merasa hebat mencurangi isteri mendapat kifarah yang setimpal.

Memaafkan mungkin, tetapi melupakan tidak. Ingat, trust take years to build, seconds to break and forever to repair.

Faranisyah Hakim –
I feel you confessor. Suami saya taklah curang tapi jalan cerita kita sama.

Lepaskan kerjaya demi untuk family. Suami sibuk outstation jadi urusan rumahtangga memang banyak jatuh ke bahu saya. Urusan anak sekolah, ke pasar, ke bank, bengkel etc.

Takde apa yang kita harapkan selain dari suami yang setia dan bertanggungjawab pada rumahtangga.

Bila jadi macam ni, saya faham sangat betapa kecewanya Puan. Puan dah beri kemaafan, semoga tidak berlaku lagi.

Saya doakan semoga rumahtangga Puan dilindungi dan diberkati dunia dan akhirat.bAminnn

Dilla Eizmaira –
Kalau suami tu curang dah takde istilah baik dah. Fullstop.

Baik ke berhubung dengan perempuan lain diam diam di belakang isteri?

Baik ke set nama perempuan pada nama lain untuk kaburi mata isteri?

Baik ke melayan mesra perempuan lain?

Memang perempuan yang ada skandal dengan laki orang ni bila isteri laki tu call or msg memang dia akan letak or tak balas ye?

Sebab apa? Takut kerana salah. Kalau benar dan berani jawab la call. Balas la sms. Setakat berani dengan suami je tapi dengan isteri buat musuh..

Kalau skandal tu bukan isteri orang, tu ke cara nak mulakan hubungn baik dengan bakal madu? Awal awal dah nampak sombong. Tak reti nak beradap dah berkawan dengan suami orang.

Kalau jadi kawin memang akan jadi huru hara la. P0ligami kalau dimulakan dengan cara yang salah, selalu akan pincang perjalanannya..

Adhwa Azwa –
Begitulah sekarang ni dunia akhir Zaman, tiada rasa malu pun jdi perosak rumahtangga orang meskipun diri sendiri pun dah ada pasangan masing masing tapi sengaja menggatal diluar, bertepuk sebelah tangan takkan mnjadi.

Tapi untuk puan ni tahniah. Contoh perempuan yang bijaksana. Semoga bahagia hingga till jannah.

Mizsolehah Ainul –
Cerdik tapi tula kalau sekali suami dah buat hal, memang boleh maafkan tapi susah nak lupakan.

Tipu lah cakap tak sedih, tak ingat, tapi kita tak boleh tipu diri sendiri sebab kite manusia biasa. Yang lelaki senang jela mintak maaf lepas tu janji tak buat lagi.

Tu pon untung kalau laki mintak maaf. Jenis yang ego tak ngaku salah lagi la annoying. Semoga puan terus diberi ketabahan dan kesabaran menjalani kehidupan seterusnya.

Engku Alia –
Tabah dan bijak tindakan puan. Sayaselalu follow tuan fahmi peguam shariah berkaitan masalah rumah tangga ni.

Bukann bermakna rumah tangga bermasalah, tapi sekadar nak dapatkan ilmu. Penting ilmu ilmu berkaitan jenayah rumah tangga ni isteri2 tahu. Supaya tak lah kena buli.

Lagipun kalau Ada bukti suami berlaku curang, boleh pegi ke mahkamah untuk mintak Hakim keluarkan perintah supaya suami kembali taat, Dan Yang ke org 3 pn boleh didakwa atas akta orang ketiga

Sumber – Lina (Bukan nama sebenar) via IIUMC

Leave a Reply

Your email address will not be published.