Aku laki. Pelik, tiba2 rmai suami orang nak try. Aku risik2. Jwpn mrk buat aku terkedu. Sumpah aku tkjut

Foto sekadar hiasan

Suami Orang Banyak Yang ‘Try’ Aku

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Aku harap admin bantu untuk luluskan confession aku kerana aku terpanggil atas tanggungjawab aku berkongsi untuk kebaikan semua. Maaflah kalau ada SUAMI yang tak suka tapi aku perlu sampaikan atas rasa tanggungjawab.

Aku ni single, memang terbuka kalau siapa nak try atau mengenali aku lebih dekat. Aku alukan saja. Tapi sejak tahun lepas, aku dapat banyak mesej dari aplikasi Whats app yang tiba tiba mesej,

“Hi, boleh kenal?”, “Saya Shah, 29, klang, Intro back plsss”.

“Hi, dapat nombor u. Katanya san**p? Kenal jom”. Dan banyak lagi.

Semua mesej berpuluh puluh tu dari LELAKI dan masalahnya, aku pun LELAKI!!

Dalam Disember tahun lepas, aku dapat banyak sangat mesej nak kenal. Aku cuba lah risik dari mana, siapa? nak apa? Rupa rupanya, tu semua adalah golongan L.G.B.T, atau golongan minat sesama jenis.

Selidik punya selidik, rupa rupanya ada orang pergi jual atau conteng nombor aku belakang pintu tandas di 3 tempat berbeza. Di mall, rnr dan tandas awam. Aku tak tahu siapa yang pedajalkan nombor aku atau siapa yang nak gurau kasar atau dengki dengan aku.

Tapi yang pasti, aku dah dua kali tukar nombor termasuk nombor kesayangan aku, nombor yang aku mula mula sekali pakai.

Kalau aku tahu, siapa yang jual nombor aku sampai privasi aku terganggu ni, aku kerat kerat dia ni. Menunjukkan bertapa marahnya aku dengan perbuatan bangang ni.

Seingat aku, aku memang tak pernah sakitkan hati orang, jadi aku tak tahulah motif sebenar perlakuan ni.

Balik pada topik, bila dah kerap dapat mesej, aku cubalah melayan beberapa orang dari berpuluh tu. Untuk nak selidik juga rahsia mereka.

Rupa rupanya, ada antara mereka yang bergelumang dengan sesama jenis ni memang dah berumah tangga.

Ada isteri, ada anak. Benda ni baru bagi aku. Tapi rupa rupanya, kata mereka, yang benda ni dah lama, dah memang meluas. Cuma kata mereka, pandai makan, pandailah simpan.

Maknanya, suami suami orang ni memang dah berkeluarga, tapi mereka memasang skandal lelaki pula tu dibelakang isteri dan berapa banyak dah yang dah ke ranjang pun dengan safety atau penggunaan ‘perlindung’.

Sumpah aku terkejut, dan aku tak sangka, mereka yang dah berkeluarga, dah ada wife, tempat fitrah pun tak dikisahkan dah. Bila aku tanya kenapa cari lelaki bila bini dah ada. Nak tahu apa jawapan aku dapat?

Antaranya, wife tak pandai layan atau sibuk dengan kerja. Dan ada juga yang jawab, kepuasan dengan sama jenis ni tak dapat nak digambarkan, memang berlipat ganda kepuasan dia. Automatik aku terfikir, dalam kepala lelaki sekarang, memang ada nfsu saja ke?

Itu saja kah yang difikirkan? Ada yang nak goda aku, katanya dia boleh bagi video dia berjimak dengan isteri dia, tapi aku kena puaskan dia pula selepas tu. Mengucap panjang aku.

Bagi aku, ni antara salah satu masalah social yang teruk. Kalau dibiarkan, lama lama boleh jadi barah. Siapa sangka, suami orang. Nfsu pada sama jenis.

Kemungkinan bis3ksual atau mungkin kahwin hanya untuk menutup perlakuan terkutuk tu.

Aku nasihatkan kepada golongan ni, tolonglah sayangi keluarga anda. Hentikan lah perbuatan anda kerana itu pun dikira menzalimi hak isteri.

Aku tahu memang banyak ada nfsu sebegini dan mungkin meraka tetap kahwin pun sekadar untuk mempunyai zuriat saja tujuan nya, bukan untuk ke syurga atau bahagia bersama pasangan.

Kepada para isteri, sila jaga atau perhatikan suami anda, adakah benar benar suami anda lurus?

Pernahkah anda semak handphone atau rahsia suami? Atau ada tindakan mereka yang mencurigakan? Mungkin ada yang berpendapat, tak perlu semak sampai terlalu detail, anda percaya suami anda.

Tapi bagi aku, kalau anda suami isteri, sepatutnya tiada rahsia. Tiada syak pelik pelik. Tiada privasi password handphone, dan sebagainya, kerana anda sepatutnya berkongsi segalanya.

Zaman sekarang ni, musuh isteri bukan saja perempuan lain, tapi juga lelaki lain. Tapi siapalah aku untuk menetapkan.

Aku cuma pesan kerana apa yang terjadi pada aku menunjukkan ramai suami orang yang nak try aku, bukan perempuan.

Reaksi Warganet

Nur Shah –
Eeee seram, makin ramai pulak nampaknya. Aku pernah kena jugak dengan sesama jenis.

Ada sorang girl approach aku katanya cari kawan, aku pun okay je la sebab sama jenis kan.

Apo lama lama layanan dia terlebih sweet wey. Last last dia ngaku yang dia suka aku and nak buat aku jadi gf dia. Naib baik aku straight

Alaia Amanina –
Pernah seorang kenalan aku, tak pernah sorok dia laki songsang, ajak aku kahwin. Aku ni ingat dia dah insaf, so aku bagi peluang dekat dia.

Dalam pada tengh makan dengan aku, bf dia call. Bf dia famous weh, influencer ke artis macam tu la, sponsor dia duit bulanan, baju kasut bag semua branded.

Dia ajak aku kahwin sebab dia kata mungkin aku boleh didik dia jadi lelaki.

Aku reject dia, dia marah aku. Mengamuk, haha.

Nak ceritanya lelaki gini, target je nak kahwin. Nak tutup malu, nak orang didik dia. Dia sendiri tak nak berubah. Dia ingat perempuan ni kain buruk dia tukang lap dosa dia.

Dia pernah cerita dengan aku, suami suami orang ramai je yg dia kenal terlibat dengan hubungan songsang. Isteri tak syak sebab ingat keluar dengan kawan lelaki, tak bahaya.

Begitulah lelaki. Tak dikebas perempuan, disangapkan oleh lelaki. Takpun diambil tuhan.

Last last perempuan juga yang salah. Hmm

Kamariah Kamaruddin –
Nak komen juga, masa mula mula kawin lebih kurang 27 tahun lepas pon dah jadi dekat suami akak.

Sorang lelaki approach suami dan bagitau dia minat dekat suami, time kat kedai makan pulak tu. Dan ajak jumpa malam tu, berani betul

Akak masa tu kat mana, akak pergi kerja dan suami singgah kedai makan untuk sarapan lepas anta akak.

Seb baik suami jenis straight. Dia pon seram. Cepat cepat makan dan blah.

Jadinya masalah ni memang sentiasa ada dan makin teruk sekarang ni

Inaz Ramlee –
Masa baru kahwin dengan suami saya, dia cerita yang dia pernah kena ‘gangguan’ dgn teman sekerja lelaki! Gila..siap cakap masa tu belum nikah lagi dengan saya, dilakukan di surau pulak tu.

Dah dia tau lelaki itu dah kahwin beranak pinak pun. Maybe nak try laki saya sebab time tu dia single. Mengucap panjang saya dengar cerita..

Zayani Zikriah –
Jumaat lepas dengar Fedtri Yahya share dekat radio, suami yang punya ramai lelaki sampaikan bawa balik penyakit kelamin kepada si isteri.

Walaupun dorang dah bercerrai si isteri tetap tak boleh nak bahagia sebab banyak organ dah rosak asbab sakit kelamin tu.

Ziina sekarang orang dah buat ringan. Kalau masuk dating apps ramai dah yang tanpa segan silu mention nak cari teman atas katil je.

Takut dengan dunia sekarang ni.

Suhaila Shahida –
Sedihnya ketua keluarga macam ni. Tapi itulah, hati, iman dan akidah kita ni antara usaha kita dan izin Allah jua.

Kalau minta isteri tengokkan suami, ikutkan suamilah yang lebih utama membimbing isteri. Tambah tolak sebagai manusia yang alpa, bolehlah isteri tegur tegurkan.

Tapi pada saya lebih senang serah dan doa pada Allah, penguasa yang maha besar. Doa biar Allah tanamkan rasa takut pada maksiiat dan kejahatan dalam hati kita dan pasangan, taqwa yang tinggi dan segala yang baik baik.

Nak check satu satu, nak kena jaga badan bagi tiptop, nak curiga lebih lebih, nak buat itu ini hanya sebab nak suami lekat dengan kita.. penat tau.

Doa agar Allah bagi balasan dan keinsafan pada suami suami yang menganiaya keluarga.

Sumber – Ijal (Bukan nama sebenar) via IIUMC

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *