Lps setuju bermadu, tiba2 bini pertama ajak jumpa. Dia luahkan. Rupanya aku jdi mngsa scam bermadu

Foto sekadar hiasan

Scam Bermadu

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Hi pembaca. Nama aku Scha (bukan nama sebenar). Apa yang aku nak luahkan ni hanyalah luahan dari seorang ibu tunggal yang hampir menjadi mngsa scam untuk bermadu. Maaf kalau jalan cerita aku carca marba dan terlalu panjang untuk dibaca.

January 2021, aku berkenalan dengan seorang lelaki. Suami orang. Aku namakan dia A. Ok aku terima kecaman pembaca. Tapi perkenalan kami tak lebih dari seorang kawan atau kenalan. Dia bukanlah taste aku.

Maaf aku ni ada masalah sikit dengan orang yang berasal dari negeri pantai timur. Pengalaman kurang baik aku berkenalan dengan lelaki lelaki yang datang dari pantai timur buatkan otak aku telah di brainwash bahawa lelaki dari negeri sana kebanyakannya bermasalah.

Sejujurnya aku tahu, masih ramai lagi yang baik tapi mungkin bukan rezeki aku bertemu yang baik baik. Aku sedia dikecam.

Oklah, perkenalan aku dengan A ni berlanjutan sehingga tempoh 6 bulan. Aku kenal A dekat dating apps.

Aku pun tak faham kenapa suami/ isteri orang sibuk nak join apps dating ni. Aku malas ambil pusing. Aku dan A agak serasi kerana kami lebih banyak bersembang mengenai soal kerja dan routine harian.

Si A ni agak alim. Bagi aku sebagai seorang suami dia ni memang kategori yang dikejar oleh mana mana perempuan single la kot.

Setiap hari jam 5 pagi, dia akan bagi ‘alarm’ salam tahajud atau salam subuh. Then dia akan sediakan breakfast untuk isteri dan anak dia. Setiap hari.

Then baru dia ke surau untuk tunaikan solat subuh. Kalau dia single, mungkin aku lah yang akan tackle dia kot and terus aku abaikan tentang perkauman negeri. Hahaha…

Tapi tulah, dia suami orang. Seorang suami dan ayah yang baik pada si isteri dan anak.

Namun pada 1 hari, tanpa aku sendiri terfikir, dia ajukan soalan ‘andai ada suami orang yang ikhlas memperisterikan you dan diatas persetujuan isteri pertama adakah you akan terima?’…

Eh, aku terus tanya soalan apakah ini? Tanpa buang masa dia tanya semula terima atau tidak?

Jawapan aku adalah tidak tahu. Sebab aku sendiri tak pernah terfikir tentang soalan ni.

Then dia pun beritahu bahawa dia rasa aku calon yang sesuai untuk dijadikan sebagai isteri ke2 memandangkan dia cakap aku bukanlah seorang yang tergedik gedik. Dia nampak aku struggle membesarkan anak seorang diri sambil menjaga orang tuaku juga.

Maka dia rasa aku layak atas faktor dia mampu dan si isteri izikan seikhlas hati. Hahaha… Drama tv3 jam 7 malam. Gila2 drama…

Aku katakan aku tak pernah terfikir dan terlintas. Tapi dia cuba memujuk untuk bertemu dengan isterinya. Aku setuju.

Tapi niat aku pada mulanya adalah untuk mengetahui kebenaran dari isteri A. Aku andaikan pertemuan aku dengan isteri A nanti hanyalah satu perjumpaan biasa.

Kami deal hari dan tarikh yang sesuai. Sampai pada hari yang dinantikan. A text minta aku send location rumah aku. So dia nak pickup aku dekat rumah jela.

Dia cakap isterinya lebih selesa berbincang di rumah mereka kerana sebab sebab tertentu. So pada fikiran aku, PKP kan? Mana boleh pergi mana mana untuk melepak or dine in mana mana restaurant pun. Oklah, aku setuju perbincangan diadakan di rumah mereka.

Setelah 30 minit perjalanan, sampailah kami ke tempat yang dituju. Ya, rumah mereka. Syurga mereka. Aku diperkenalkan oleh A pada si isteri. Aku berikan nama si isteri sebagai S. S menyambut kedatanganku dengan mesra.

Manis orangnya. Lembut, sopan dan ramah. Saat tu aku terfikir dimanakah kekurangan si isteri? Memandangkan suasana dalam rumah agak kelam jadi aku tak nampak dimanakah kekurangan fizikal S.

So aku dipelawa duduk di ruang tamu. Simple tapi kemas. Suasana dan keadaan rumah mereka tenang. Jauh dari hiruk pikuk kota. Oklah bermula perbincangan dan perkenalan kami.

A keluar untuk membeli makanan, katanya adalah lebih baik perbincangan tu diantara aku dan S sahaja.

Dia rasa benda ni sangat awkward. Dah tentu awkward untuk aku juga. Tapi aku act biasa biasa saja. Konon konon cool la. Padahal dalam hati Allah je tau perasaan aku.

Konon konon nak merasakan pengalaman bagaimana seorang isteri merelakan si suami untuk berkahwin lagi. Hahaha… Bdoh betul…

Apa yang buatkan S ni merelakan dan mengikhlaskan A untuk beristeri 2? Sebab S sakit. Eczema ditahap terpaksa bergantung dengan ster0id.

Ye dalam kami bersembang dan berbincang memang aku perhatikan tingkah laku S. Dia berasa tidak selesa. Menggaru muka. Dagu. Tangan.

Dan aku ternampak juga kesan kesan kulit yang menggelupas. Alasan sakit lah punca dia merelakan A untuk berkahwin lagi. Kenapa dia tak nak bercerrai? Sebab S fully housewife dan anak masih kecil. Maka dia lebih rela dimadukan. Dan akan menganggap madu dia nanti bakal jadi sahabat dia juga.

Tanpa diduga perasaan simpati aku datang. Aku tak pernah jatuh hati pada A pun. Sikit pun tak pernah. Tapi hati aku tersentuh ketika S meminta aku menerima A sebagai suami.

S sangat berharap dan dari riak wajah dia aku tahu dia sebenarnya masih belum redha tapi dia cuba kerana dia nakkan yang terbaik untuk A. Sebab A masih muda lagi. Maka dia rasa tidak salah untuk dia berkorban andai itu boleh membahagiakan semua pihak.

Disebabkan perasaan kesian dengan S yang terlalu berharap, maka aku bukakan pintu hati aku dan aku minta masa 2 bulan untuk aku fikirkan. Tetapi S membantah minta fikirkan selama 2 minggu sahaja. Ahhhh ni memang kerja giila. Aku terima.

2 minggu. Aku cuba fikirkan. Aku istikharah. Selesai solat aku tak berhenti minta Allah beri petunjuk. Petunjuk apa yang aku dapat? Aku seolah angau dengan A. Tiberrr… Setiap hari selepas pertemuan aku dengan S aku akan teringatkan A.

Setiap hari sehinggalah hari ke-7, belum cukup 2 minggu pun. Aku beri kata putus aku terima. Namun, aku berikan syarat A haruslah adil dan aku seboleh bolehnya taknak serumah dengan S. Ini adalah permintaan S pada awal perbincangan kami di rumah mereka.

Haruslah lain rumah, giila nak serumah. Andai ada salah sorang yang kecil hati siapa yang berdosa? A yang harus tanggung. Maka bagi mengelakkan semua tu berlaku perlulah aku untuk duduk dirumah lain.

Namun, baru sahaja aku berikan kata putus tiba tiba S text aku. Katanya dia mahu berjumpa aku tapi tanpa kehadiran A. Aku dapat rasakan sesuatu. Hati aku tertanya tanya kenapa secara tiba tiba dia nak jumpa? Dia kata dia sanggup drive datang ke office aku.

So, aku pun cakap ok boleh je jumpa. Seminggu berlalu, hari yang dinantikan tiba. S datang ke office aku setelah aku berikan location. Maka bermulalah episod dimana dia berterus terang yang dia masih belum redha dan ikhlas untuk jadikan aku sebagai madu dia.

Dia cuba namun dia tau tidak mungkin benda tu berlaku. Apa aku rasa? Tentulah agak terkilan. Kenapa setelah aku beri kata putus? Kenapa setelah aku berbincang dan memujuk kedua ibubapa aku? Kenapa dia tidak fikir betul2? Tapi apa aku mampu buat?

Aku katakan okay. No problem. Nampak aku macam cool jelah.. Dalam hati aku agak kecewa. Sebab aku yakin A mampu bahagiakan kami berdua.

Semasa dalam perbincangan dan pertemuan dengan S pun, S tak pernah sekalipun berkata yang buruk tentang A. Malah S asyik memuji mengatakan A adalah lelaki yang layak dijadikan suami oleh mana mana wanita…

Selepas dari perjumpaan S di office aku, aku telah berjanji dengan S bahawa aku akan stop contact dengan A. Aku sedaya upaya cuba jauhkan diri dengan A. Namun A tak dapat lupakan aku.

Maka bermulalah luahan hati A bahawa ini bukanlah kali pertama S meminta dia untuk mencari isteri kedua.

Ini adalah kali ketiga dimana setiap kali S diserang d3pressions dan anxiety, dia akan memaksa dan meminta A untuk mencari isteri kedua.

Dengan alasan dia tidak cukup sempurna untuk A. Pembaca bayangkan bagaimana perasaan suami yang selalu di provoke oleh isteri supaya berkahwin lain?

A mengatakan bahawa dia tak pernah terlintas untuk kahwin lain pun, sebab dia terima S seadanya dan tak pernah merungut sekalipun bila dia yang terpaksa buat segala kerja rumah sebab bagi dia itu adalah tanggungjawab dia sebagai suami yang mempunyai isteri yang sakit.

Tapi disebabkan oleh tindakan S yang suka provoke, maka ini lah hasil kejadian tu. Aku? Aku dijadikan mngsa scam bermadu. Tapi aku bersyukur, aku berjaya larikan diri dari kehidupan mereka.

Dan aku tak pernah ambil kisah lagi apa yang terjadi diantara mereka, yang pasti kini aku bahagia dengan kehidupan aku walaupun tidak berteman. Aku masih bersyukur dikurniakan seorang anak dan masih mampu untuk berjasa dengan kedua orang tuaku.

Aku tahu pasti aku akan dikecam hebat oleh para pembaca. Aku akan pandang kecaman pembaca dari sudut positive. Ini perjalanan dan pengalaman hidupku.

Malah aku ingin berpesan pada mana mana wanita yang single diluar sana, agar berhati hati dengan scam bermadu.

Sila selidik sehabis habisnya andai ada suami/ isteri orang offer untuk bermadu atau jadikan isteri no.2.

Salam kasih Scha.

Reaksi Warganet

Nuriah Abdrazak –
To confessor, Boleh tak awak buat isteri dia tuu sebagai kawan awak. Awak benamkan A tuu sekejap sebagai cinta yang tak kesampaian tuu.

Awak tolong cari solution pada penyakit isteri dia tuu. Setiap penyakit ada ubatnya. Takkan kawin, tak dak anak, kawin lain..
Kawin, isteri tak sihat, kawin lain..

Cuba ikut jejak EDIKA YUSOFF. Cari rawatan yang sewajarnya. Banyak pakar sekarang nii.

Awak cuba pujuk wife dia, kesian laa dia. Dia kaum kita, bantu dia dapatkan rawatan. Kita ikhtiar..

Hana Emilya –
Confessor tak salah pun. Apa yang confessor buat tu dah betul. Pergi jumpa isteri si lelaki untuk kenal dan tahu lebih dekat.

Tak layan perasaan lebih lebih,ntak bercinta berkasih belakang isteri dia. I can sense that you’re good, wise and confident woman. Semoga Allah kurniakan jodoh yang baik pada kamu kelak.

Pesanan untuk isteri, kalau tak kuat nak bermadu, rasa sangsi nak ke tak nak bermadu, jangan dicari madu tu. Jangan mulakan. Jangan provoke suami suruh kahwin lain.

Cik Puan –
Daripada pemahaman saya, yang jadi scammer kepada confessor adalah A, bukan S.

Kalau betul A sayang kan isteri dia dan takde niat nak kahwin lagi, takde pun sampai rasa tercabar sebab isteri provoke suruh kahwin lagi.

Perempuan time marah dan stress mulut cakap macam macam tapi dalam hati Allah je yang tahu. Lelaki ni bab perempuan dan kahwin lagi, laju je. Sepatutnya berubatkan penyakit isteri tu dulu.

S takde buat salah apa apa pun dengan confessor sebab yang offer confessor jadi isteri no 2 tu suami dia, bukan S.

Kes provoke tu antara A dan S suami isteri. cnfessor tak perlu masuk campur hal rumah tangga orang.

Kecuali S memang dah kenal dengan confessor dan dia sendiri yang melamar confessor jadi bakal madu then buat ‘u turn’. Kalau itu yang berlaku..yes, memang salah S.

Tapi sebab confessor dah angau dengan A tapi tiber tak jadi kahwin dengan A merangkap madu tak jadi kepada S.

Nak cover perasaan frust menonggeng tak jadi kahwin dengan A walaupun awalnya atas kerelaan si isteri (S), maka tercipta lah confession ni konon confessor dah kena ‘scam bermadu’ dan cerita confessor lebih kepada nak menyalahkan S konon cakap tak serupa bikin. Ke macam mana?

Aleesa Sofea –
Btw ladies, ni dari sudut pandangan i yang ada madu. I tertarik nak beri komen sebab kesian pada TT dikecam. Cerita TT lebih kurang jalan cerita i. Cuma i adalah isteri pertama.

I d3pression and anxiety sebab ada masalah overthinking. Suami baik. I kenal suami melalu tinder (dating apps), so ada je yg kawin melalui dating apps ye.

Kami bahagia ye. Sebab suami memang bagi semangat. Bawak jumpa psychiatrist. Setiap keperluan i, suami sediakan.

Apa yang buatkan i minta suami kahwin lain is i tak mampu nak berikan yang terbaik. Faham apa maksud terbaik? Sebagai isteri. Faham kehendak suami jugak kan? So itu yang buat i relakan diri bermadu.

Dan ladies, i yang minta suami cari pilihan dia sendiri after 3 years dia refuse. Alhamdulillah kalau baik kata hati kita, maka baiklah pandangan kita dari sudut p0ligami.. InsyaAllah.

Alhamdulillah juga madu i sangat la memahami. Paling penting madu i pun selalu bagi support, bagi nasihat dan ayat ayat yg positive.

Sometimes ada jugak terasa kecil hati, tapi cepat cepat i positive balik sebab ini yang i nak so kenapa perlu ada rasa kecil hati kan.

Kita tak pasti apa yang sebenar benar berlaku pada mereka, dan tt pun dah tarik diri mengikut keputusan S dah cukup bagus dah tu sebenarnya.

Cuma macam pesanan untuk isteri yang tak kuat nak bermadu, rasa sangsi tu betul, jangan sesekali mulakan.

Suami ni tetap lelaki. Lelaki ni pinjaman Allah. Kalau bukan perempuan lain yang ambil, Allah juga yang berhak.

Dan jangan ingat perempuan saja yang mmpu rampas suami kita, nowadays lelaki pun mampu rampas suami kita ye. Nauzubillahiminzalik…

Sumber – Scha (Bukan nama sebenar) via IIUMC

Leave a Reply

Your email address will not be published.