“Depan ayah awak ni, cerraikan saya”. Puas minta suami buat test, dia tolak. Dpn FIL, aku luah semuanya. Aku nekad

Foto sekadar hiasan

Dicurangi atau Dibohongi

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Hai, terima kasih admin andai kisah aku ini di siarkan.. Aku Hana berusia awal 30-an. Telah berkahwin hampir 1 dekad dan sudah dikurniakan sepasang anak. Maaf andai penulisan aku ni berterabur.

Dicurangi atau dibohongi? Mana yang lebih sakit? Trending kisah MO yang di tangkap curang oleh isteri nya. Sakit? Pasti terlalu sakit.. tapi kisah aku ni bukan kisah di curangi tapi dibohongi..

Jadi ini kisah aku, awal Ogos hari tu, suami aku kedapatan ambil ‘ice’ atau lebih popular di kalangan kita dengan sebutan ‘batu’. ( yang ni sebab aku baca whatsApp dia)

Selepas kedapatan tu, apa aku buat? Aku call FIL aku dan suruh FIL datang rumah aku untuk buat ujian air kencing.

Ya, FIL aku datang. Tapi, haram.. suami aku tak mahu buat test (takut kedapatan kan) tapi ni sebab aku tak ada bukti, aku diam kan diri saja.

Sebulan kami tak bertegur, akhirnya aku whatsApp dan minta cerrai. Dia tunggu aku pulang kerja katanya dan minta untuk bincang.

So setelah berbincang, (sebab masih sayang, kami pun pilih untuk berbaik) dan dia berjanji untuk tak ulang perbuatan nya lagi. Yang ni kali pertama.

Kali ke dua kami gaduh pasal ni, sebab aku nak dia buat test air kencing untuk buktikan dia tak ambil barang tu lagi.

Tapi macam biasa, haram dia nak. Bila aku tanya dia sampai bila tak nak buat test, dia kata sampai mati.

Dan dia siap kata, “kalau nak sangat cerrai, saya ambilkan awak borang cerrai”. Bila aku di bagi tahu macam ni, rasa jantung ni nak gugur.

Sejak tu kami dah jarang bercakap. Tapi tiap kali solat, aku selalu doa minta Allah bagi aku petunjuk.

Suatu petang, waktu aku baru bangun tidur, dia dekat dalam bilik stor. Sambil memangku 1 box yang dalam nya aku tak pasti apa.

Sempat juga aku tanya, “apa dalam tu?” Dengan selamba dia kata “barang kereta.” So ok la barang kereta tapi dalam hati aku, tak pa,esok aku chek.

Malam tu, aku baca yassin dengan niat supaya Allah tunjukan apa yang selama ni aku cari.

Keesokan hari nya, sewaktu dia dah pergi kerja, aku cepat cepat chek box yang dia pangku semalam tu. Dan ternyata apa yang aku cari selama ni aku jumpa.

Segala peralatan untuk hisap benda tu aku jumpa. Aku ambil gambar untuk bukti. Kemudian aku whatsApp dia tapi blue thick saja. Langsung tak di balas.

Selepas aku ke tempat kerja, aku telefon FIL aku dan bagi tahu aku dah jumpa bukti dia ambil benda tu. Dia kata petang dia datang. Sewaktu FIL aku dah sampai, dia tanya suami aku masih ambil ka barang tu.

Tapi suami aku diam saja. Dan aku apa lagi, aku cakap semua yang aku pendam selama ni dan paling aku puas hati bila aku dapat cakap, “depan ayah awak ni, cerraikan saya” tapi dia diam juga. Tak ada jawapan.

Tapi kali ni aku dah nekad, aku perlu minta cerrai. Tak sanggup rasa nya hidup macam ni. Selepas FIL aku balik, aku suruh dia lepaskan aku lagi. Tapi dia diam juga. Entah lah..

Dah hampir 2 minggu dah kami macam ni, tak ada kata maaf pun dari dia. Tapi aku tak kisah, sebab aku dah nekad. Sekali pun dia tak cerraikan aku, hati aku dah terlalu terluka.

Memang aku berhak bahagia tapi biar la begini. Andai suatu hati aku tak tahan pasti aku akan bertindak juga. Banyak yang kata susah hidup menjanda. Tapi aku jawab simple je, “tak mati pun jadi janda”

Sekian….

Reaksi Warganet

Zarbanu Nasir –
Nak tunggu sampai ‘tak tahan’ baru nak bertindak untuk keluar dari perkahwinan itu.

Sila lah jika mampu bersabar dan menunggu. Tapi ingat la ya ia akan mengundang banyak masalah dan bahaya untuk puan dan anak puan juga. Harap harap tak la terlambat.

Pikir masa depan.

Puan Risa Yusof –
Takdenya suami nak buat test air kencing saja saja. Orang yang terpaksa buat test kalau memang da kene cekup. Caranya buag repot jela. Kompom kene angkut skali dengan barang barangnya.

Lagi 1 puan kene beringat sebab barang ada dalam rumah. Kalau suami tak mengaku tu barang dia lagi bahaya, takut puan yang dituduh memiliki barang tu. Hati hati dengan penagih. Dia punya putar lain macam.

Nadhirah Affendi –
Saya pernah ada dalam keadaan puan. 3 kali jumpa, 3 kali in-denial. Time tu bila confront memang memanjang kena pukul. Saya sarankan sebelum jadi lagi teruk, buat tuntutan fasakh. Gambar barang bukti sila ambil. Attached dalam borang tuntutan.

Nak lagi elok, call AADK atau terus pergi AADK daerah. Tangkapan AADK dapat menambah bukti. Tolong follow peguam syariah dekat fb antaranya Mohd syarafi dan fahmi ramli untuk tips tuntutan fasakh. Pengguna ice sangat agresif.

Saya dah lalui. Saya harap puan diberi ketabahan dan berani untuk keluar dari permasalahan. Semoga dipermudahkan segalanya untuk puan. InsyaAllah. Amin

Mimie Mizah –
Puan, saya faham puan dalam keadaan buntu nak buat apa.. Siapa yang tak berada dalam situasi konfliks mungkin tak faham. Tapi saya sendiri pernah mengalami keganasan rumahtangg, saya faham kondisi puan..

Puan boleh hubungi Talian Kasih 15999, atau wasap bukti tersebut ke no wasap Talian Kasih 019-2615999, bagitau yang suami puan terlibat dengan najis ddah.

Operator Talian Kasih akan bagitau puan apa tindakan yang puan perlu buat. Antaranya buat report polis.. dan pergi ke klinik kesihatan terdekat untuk buat pemeriksaan kesihatan puan..

Jika puan dah tekad nak cerrai, puan boleh terus failkan pencerraian di makhamah syariah tempat puan tinggal dan mohon terus untuk hak penjagaan anak. Andai kata puan surirumah sekalipun, jangan risau, hak anak anak tetap puan akan dapat..

Semoga urusan puan dipermudahkan, amin..

Puan sebenarnya seorang yang kuat, Allah swt uji mengikut kemampuan hamba hambaNya.

Sumber – Hana (Bukan nama sebenar) via IIUMC

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *