Pelik, bini tiba2 minta cerrai. Bila dah kant0i, anak2 ditingglkan. Dah cerrai, bini terhegeh2 nk bersatu semula

Foto sekadar hiasan

Selamat Tinggal Kenangan

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Sudah lapan tahun episod itu berlalu. Lapan tahun yang penuh cerita.

Mengapa aku mahu mengingati itu semua? Sebab aku rasa lelah. Aku penat. Tiap kali bangun pagi wajah dialah yang terlintas di fikiran.

Menghairankan juga, mengapa dia, soalku bertalu talu.

Memang aku amat sayang padanya. Tapi itu dulu. Aku yang dulu seorang lelaki yang naif. Yang mudah sangat jatuh hati kepada perempuan yang manis, lirikan mata yang menggoda dan tutur kata yang lemah lembut.

Kami berkahwin selepas 3 bulan berkenalan. Ibuku dan kakakku terpinga pinga apabila aku menggesa dipercepatkan perkahwinan.

Perhubungan itu perlu dihalalkan segera kerana drah muda kami ketika itu boleh membawa kepada perkara perkara yang lebih buruk lagi.

Batas pergaulan perlu disantuni.

Setelah diijabkabulkan, semuanya manis manis belaka. Kami saling melengkapi. Aku bahagia kerana mempunyai isteri yang menjaga keperluan kehidupanku.

Apabila dia hamil, aku gembira bukan kepalang. Maknanya tidak lama lagi aku akan naik taraf daripada seorang suami kepada seorang ayah.

12 tahun membina rumah tangga, tiba tiba pada satu malam dia mengajakku berbual.

“Abang, Lia rasa kita hanya sesuai menjadi kawan, bukan sebagai pasangan. Matlamat hidup kita berbeza. Lia impikan lelaki yang menghargai Lia, yang menyayangi Lia seperti yang Lia mahukan”.

“Lia, abang setia dalam perkahwinan ini. Abang tiada perempuan lain dalam hidup abang. Abang sentiasa ada di rumah membantu Lia menguruskan rumah tangga kita dan anak anak. Tidakkah ini melambangkan yang abang menyayangi Lia”.

“Ya, itu Lia tahu. Tapi Lia mahu lebih dari itu. Lia mahu seorang suami yang boleh beritahu Lia yang dia sayang pada Lia. Lia nak suami Lia sering hubungi Lia apabila Lia tiada di rumah atau apabila suami pergi kerja”.

“Tapi bagaimana dengan abang? Anak anak kita? Kan berdua lebih baik, Lia. Abang dah biasa ada isteri, bagaimana abang harus tinggal seorang diri?”.

“Anak anak kita gilir gilir jaga. Lama lama mereka tentu boleh faham. Lia boleh sewa rumah berdekatan dengan rumah abang”.

“Abang tak setuju”.

Benarlah kata nasihat. Mahu mencari pasangan pilihlah yang menjaga agamanya. Apabila manusia menjaga agamanya, insha Allah tata susila dan sikap akan menjadi cemerlang.

Akhirnya kami bercerrai jua. Bercerrai setelah kecurangan dia terbongkar. Rupa rupanya aku sering ditipu. Kerana sayang aku tewas. Kerana cinta aku percayakan dia. Aku silap pertimbangan.

Bekas isteriku keluar dari rumah kami pada awal Oktober 2013. Masa itu aku di selatan tanah air, menghadiri mesyuarat jabatanku.

Sampai hati dia tinggalkan anak anak kami yang 3 orang itu. Pada masa kejadian itu yang sulong baru 13 tahun.

Dan bermulalah episod duka hidupku sebagai bapa tunggal. Anak anak ku pelihara sendiri. Awalnya semuanya payah. Tapi aku cekal kerana aku tahu Allah sentiasa ada untuk ku. Akhirnya semuanya jadi mudah kepadaku.

Dua tahun yang pertama pencerraian, aku sering dihubungi oleh bekas isteriku. Dia mahu berbual dengan anak anak. Tetapi aku hanya menyepikan diri.

Panggilan telefonnya tidak ku jawab. Mesejnya dalam aplikasi whatsapp juga tidak ku baca sepenuhnya. Ada juga beberapa kali dia menyatakan hasrat untuk kembali kepadaku, itupun ku lihat sekali imbas dalam message notification.

Bukan aku menghukum dia. Bukan aku menghalang perhubungan dia dengan anak anak.

Sudah aku pesan kepada anak anak untuk memelihara ibu mereka apabila mereka dewasa dan sudah bekerja kelak. Bahkan dia boleh datang ke rumah untuk menemui anak anak.

Aku masih tinggal di rumah yang sama, rumah yang pernah dia diam bersamaku. Aku belum ada kemampuan untuk mencari rumah yang lain. Dia sebenarnya boleh mencari kami di sini.

Cuma aku tidak mahu dia mengganggu ku. Aku juga tidak mahu dia menghubungi ku. Bukankah dia tidak memerlukan aku sehingga dia berani meninggalkanku. Berani untuk tidak setia.

Aku dambakan ketenangan. Aku impikan kedamaian. Biarkan aku sendirian. Biarlah orang lain menggelarkan aku sebagai lelaki kejam dan pendendam. Aku senang begini, dengan caraku ini.

Jika dia membaca coretanku ini, ketahuilah hatiku tiada ruang untuk dia lagi. Selamat tinggal kenangan itu.

Reaksi Warganet

Ummi Habiba –
Kisah TT seperti sama dengan seseorang yang saya kenali dulu.

Si isteri memberontak ingin percerraian atas asbab suami tak romantik la. Ada lagi sebab yang nampak remeh. Akhirnya bercerrai.

Tapi selepas beberapa tahun terhegeh hegeh nak ke bekas laki semula. Padan muka bekas laki tak layan. Walau dia pancing hati anak ank..

Annir Alja –
Ya, memang ada pompuan kering hati begini. Tinggalkan anak anak demi seekor jantan keparat lain.

Takpe, esok esok dah tua gayut tahulah, nasib diri. Kalau anak hantar ke rumah orang tua tua, jangan tuduh anak derhaka. Saya harap tuan lupakan dia.

Nuraz Wan –
Memang betul kata kata, rumput dilaman orang lain, sentiasa nampak lebihh hijau dari rumput dihalaman sendiri.

Selagi tidak kahwin, orang yang berselingkuh akan merasa skandal mereka ialah pasangan yang tepat, yang memenuhi segala impian.

Tapi kalau mereka dah kahwin, malahan sesetengah belum sempat kahwin pun, selepas tinggalkan rumhtangga, akan sedar yang dikejar itu umpama fatamorgana. Nampak ada dari jauh, tapi makin dikejar, ia semakin menjauh…

Sebenarnya, nfsu serakah manusia macam ini, cuma ditunggang syaiitan, yang membisikkan untuk cari lain, untuk rasa belum temui yang tepat, untuk nampak rumput hijau dilaman orang.

Kalau saya juga, tidak akan pernah menerima kembali, orang yang pernh tinggalkan saya, disaat saya sudah mmberi sepenuh harapan dan kepercayaan.

Biarlah dia mencari bahagia yang dia impikan itu hingga ke hujung dunia. Jangan pernah sekali pun untuk berfikir, akan berpatah arah atau u turn..

Mya Nabiella –
Semoga bro bertemu jodoh dengan ex wife hanafi, hahaha. Sama sama sudah merasa sakitnya pengkhianatan oleh orang yang kita sayang dan yang kita paling percaya.

Sayang ni tak semestinya perlu diluahkan dengan kata kata. Dengan perbuatan saja pon kita dah boleh nilai kasih sayang seseorang. Tak perlu pon diungkap setiap hari. Setaun sekali waktu sambut anniversary pon dah okey.

Tapi percaya lah itu hanya lah ALASAN si isteri untuk dilepaskan sebab dah jumpa pengganti.

Walau sekuat dan sehebat mana pon kita tunjuk kasih sayang pada pasangan, kalau hati dah bertaut pada yang lain tetap diorang akan pilih untuk jadi “mata lalat”.

Asyik cari yang busuk sampai buta pada pengorbanan kita . Kalau salah yang kita cari, maka salah jugak lah yang kita akan jumpa.

Sumber – Mr. M (Bukan nama sebenar) via IIUMC

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *