Pad berdrah direbus, airnya diminum. Housemate ajk mkn cicak, katak. Lps di jergah, Tan cpt2 lari keluar

Foto sekadar hiasan

Housemate Creepy

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Minta maaf kalau dari segi bahasa atau ayat ada yang korang tak faham sebab aku tak pandai sangat buat karangan ni. Syukur sekiranya admin approve cerita ni.

Korang pernah tak baca satu thread sebelum ni yang agak “famous” jugak la tapi nama thread tu lebih kurang ke housemate psiko. Aku dah lupa la cuma aku ingat dalam cerita tu ada nama “ustaz adam”.

Sekarang ni cerita tu pun dah tergantung. Sampai sekarang aku pun tak tahu macam mana kesudahannya.

Tapi yang memeranjatkan aku adalah perkara lebih kurang dari kisah tu terkena pada kawan baik aku sendiri. Aku namakan dia sebagai Tan.

Sebelum ni pun dah banyak Tan bagitahu yang housemate dia agak menakutkan, jadi aku sebagai kawan memang selalu nasihat la untuk dia selalu jaga diri, kunci pintu bilik sebelum keluar dan selepas balik kerja. Tan ni perempuan ya.

Sebenarnya banyak benda benda pelik yang Tan ni nampak apa yang housemate dia buat. Paling creepy bagi aku, si housemate dia rebus air pad yang penuh drah lepas tu minum.

Pergh!! Loya bai. Tan ambil keputusan untuk tak pindah keluar sebab perempuan giila tu tak kacau dia.

Jadi dia terus untuk tidak ambil peduli walhal dalam hati Tan cakap debar jangan cakap la sebabb benda tu dia nampak.

Banyak kali aku nasihat cari la rumah sewa lain, tapi Tan cakap dah dekat sangat dengan tempat kerja dia dan mudah nak beli makanan dan barang keperluan sebab kawasan situ antara yang paling banyak kedai makan dan runcit

Setiap pagi sebelum pergi kerja, Tan cakap akan ada berlungguk ulat gonggok mati, cicak mati dan seekor katak mati ada dalam kasut kerja dia. Hampir setiap hari.

Kadang kadang lipan, lipas mati pun ada. Tapi yang peliknya Tan cakap binatang binatang tu semua dah dipotong kaki.

Creepy kan? Sepatutnya dalam rumah yang disewa tu ada 5 orang penghuni tapi yang lain semua keluar dan akhirnya tinggal la berdua ja si Tan ni dan housemate creepy dia tu. Aku rasa diorang pun dah takut giler la tu.

Jumaat minggu lepas, Tan cakap dia sakit kepala jadi dia decide nak balik halfday dekat “whatsapp”.

Jadi macam biasa la aku suruh dia makan ubat balik rehat semua tu. Kebetulan si housemate dia tu cuti hari Jumaat.

Aku selit sikit eh. Housemate si Tan ni, dia seorang engineer yang bertugas di kilang sekitar kawasan tu. Ni apa yang dia cerita dekat Tan la masa Tan mula mula masuk.

Ok sambung. Masa Tan balik tu, Tan nampak housemate dia tengah makan, dan dia jemput Tan untuk makan sekali.

Tan tolak dengan baik sebab sakit kepala, tapi housemate dia pandang dia dengan mata terjegil. Terus dia bangun dan cakap dekat Tan dengan nada suara yang tinggi.

‘Kenapa? Tak sedap cicak ni? Ni katak ni bukan kau paling suka makan sampai menjilat jari masa awal kau masuk dulu?!! Kenapa tak nak makan dah?

Dulu awal awal nak pulak kau makan apa yang aku masak!! Sekarang kau tolak?! Ke kau nak aku masak anggota badan kau pulak?!! Hehe.’

Lepas tu si housemate Tan ni terus pergi dapur dan Tan tak tahu dia nak buat apa. Masa ni la Tan terus keluar lari ke jalan dan call aku sambil nangis nangis minta tolong.

Aku tanya kereta kunci tak, dia cakap ya dah. Aku minta dia lari pergi ke tempat yang ada orang ramai dan aku minta tunggu sehingga aku sampai.

Jangan balik selagi aku tak sampai. Sebab Tan dan aku ni jauh. Dia menyewa sebab tempat kerja dia dekat, aku pulak kerja di tempat lain.

Jadi kami terpisah.

Lepas aku balik kerja, terus aku pergi dilokasi yang Tan share dekat aku di “whatsapp”. Aku tengok muka Tan dah biru dengan mata dia bengkak bengkak dah. Terus aku peluk bagi dia tenang.

Tapi rupanya dia lagi menangis bila tengok aku. Mulut Tan tak berhenti ucap terima kasih dekat aku sebab dari jauh aku datang.

Kasut pun si Tan ni tak sempat pakai. Korang jangan salah faham, aku bukan lelaki tau. Aku perempuan. Kami berdua kawan baik dari zaman kolej lagi.

Lepas dari tu aku ada bawa Tan pergi klinik, tapi klinik terus refer Tan ke hospital untuk rawatan selanjutnya.

Untuk Part 2 aku akan sambung sebab sekarang Tan masih dapatkan rawatan di hospital. Tan izinkan aku untuk ceritakan kisah ni semula kepada semua.

Dan alangkah terkejutnya yang aku baru dapat tahu sesuatu terjadi dekat housemate Tan.

Part 2: Housemate Creepy II

Aku baca komen korang cakap tergantung la, tulis biar habis la. Haha. Bukan tak nak tulis panjang panjang cuma aku perlu masa nak tulis. Kang tulis panjang korang cakap tak best pulak dah la panjang tapi isi kosong.

Nak puas kan hati semua orang ni memang susah. Cerita ni bukan rekaan, sebab tu ada per part. Jangan la terlalu gelojoh sampai nak cerita tu habis dekat situ. Itu bukan cerita, wayang boleh la. Chill la korang ye.

Ok sambung sambung. Lepas dari aku bawa si Tan ke klinik then doktor refer ke hospital, masa dalam perjalanan tu Tan ni terlelap kejap tau.

Mungkin sebab terlalu letih kan. Tapi kejap kejap dia meracau. Mulut aku dari awal Al Mulk sampai habis aku baca sebab tu memang surah fevret aku haha. Aku hembus satu kereta.

Skip dari part dia warded dan Alhamdulillah Tan makin sihat. Dia nampak cukup rehat la masa warded tu.

Lepas dia keluar, terus mak ayah dia bawa dia pergi jumpa ustaz buat air penawar bagi apa yang dia makan tu keluar balik.

Alhamdulillah dipermudahkan segalanya, memang seketul seketul apa yang dia makan tu keluar dalam bentuk tu jugak. Huhu loya rasa. Busuk tu jangan kata la 5 lapis mask pun masih bau lagi.

Cuma masa last day aku nak ambil Tan dekat hospital, ada sorang pakcik datang. Dia bagi salam “Assalamualaikum Nak… boleh tak pakcik bacakan surah sedikit dekat nak…”

Aku cubit tangan aku sikit kot kot lah kalau pakcik tu jelmaan. Tapi rasa sakit haha. Aku tanya kenapa tu pakcik?

Pakcik tu cakap “Sebab nak dalam bahaya. Ada benda nak serang nak tapi diri nak ni dah dipagar. Jadi pakcik cuma nak baca sedikit agar dipagar tutup rapi untuk keselamatan nak.” Lemah lembut bahasa pakcik berkopiah tu.

Raut wajah indah bila ditatapi. Terima kasih pakcik walaupun kita saling tak mengenali tapi pakcik menjadi perantaraan untuk melindungi saya.

Jadi memang aku onzz ja apa pakcik tu minta walhal dari awal aku agak takut hihi. Sebab apa tau?

Ok aku selit sikit. Ayah aku ni ada belajar dalam bab bab ilmu alam lain ni. Kita sebagai orang Islam pun kena percaya jugak yang kita pun hidup dengan mereka bukan?

Jadi aku percaya la apa yang pakcik tu cakap. Masa rumah kami kena serang teruk dengan dua orang perempuan tua ngeri, taring panjang smpai kaki, ni based on yang mak aku nampak sebab dia kacau mak aku, ayah aku la orang pertama rasa dulu.

Pukul 3 4 pagi ayah aku ready dekat ruang tu sorang sorang, duduk atas sejadah, bertafakur dan tunggu ketibaan makhluk Allah tu. Orang hantar tau benda tu. Sebab apa? Sebab ayah aku tegur perbuatan sikit ja. Nah terus dibalas hantu.

Dasar hantu punya manusia! Dan Ayah aku memang dah pagar diri kami sekeluarga. Sebab tu mak aku dia boleh kawal diri sikit walaupun banyak kali kena kacau.

Alhamdulillah Allah lindung kami. Dan ayah aku adalah rakan baik kepada Ustaz Rosdi.

Rakan yang begitu rapat satu ketika dahulu. Sekarang ni Ustaz Rosdi dah duduk pondok dalam hutan, jadi terpisah lah.

Orait, bagi yang tanya housemate Tan ni orang apa, Tan cakap dia ni orang sabah.

Dan masa aku pergi hantar barang Tan dekat rumah sewa dia tu, aku pernah selisih sekali dengan housemate creepy dia tu, cantik orangnya cuma dia tak cakap dengan aku tapi dia cakap dengan kawan aku sorang lagi, Maya.

Aku dengar cara cakap dia tu takda pun bha bha gitew tapi tahla. Dia ada tengok aku, tapi macam nak lari. Ni yang aku nampak la. Mungkin sebab riak wajah aku ni garang kot.

Sebelum nak ke rumah sewa Tan ni, Aku bawa Tan pergi makan. Kawan kawan kami pun ada lebih 8 orang jugak. Semua tau cerita Tan ni. Jadi diorang standy kalau jadi apa apa.

Kalau ikut hati aku, memang perempuan tu makan penumbuk aku. Tapi aku fikir undang undang, masa depan aku lagi haha. Aku turunkan ego. Masa dekat kedai makan aku tanya Tan.

“Time dia bagi makan tu hang tak sedaq ka dia masak binatang tu? Hang tak bau busuk ka?”

Tan cakap ya Allah dia rasa macam kena pukau. Makan ja apa si giila tu hidang. Tan nampak semua benda tu menyelerakan katanya. Takpa aku tak tanya lebih, bukan salah Tan. Dia pun tak minta kan.

Lepas tu terus kami semua pergi ke rumah sewa Tan. Masa sampai tu bulu roma memang mencacak habis laa. Rumah yang indah terus nampak suram ja. Tan call tuan rumah sewa tu nak bagitau dia nak keluar tapi tak diangkat sampai ke sudah.

Aku cakap “Takpa kita blah buat taktau ja. Hang jangan bayaq duit rumah bulan ni” Lepas tu terus kawan kami Jihan, dia jerit!

“Woi nakharom hang duk usya paa dari atas? Mai turun bawah laa fight one by one.”

Terus kami semua tengok dari atas. Rumah sewa Tan ni dua tingkat. Si perempuan giila tu duduk tingkat atas.

Dia pandang kami semua dari celah tingkap, boleh bayang dak masa tu pergh ngeri dia hahaha. Nampak biji mata dia terjegil wei! Tak tunggu dah, terus aku, Maya, Jihan dengan yang lain lain terpa pintu utama.

Tapi tak boleh buka. Kunci pintu Tan lupa nak bawa masa dia lari keluar tu. Aduh! Jadi kami decide nak gunakan tenaga untuk pecahkan pintu supaya dapat masuk.

Akhirnya boleh jugak! Next aku sambung part 3. Harap korang boleh sabar ya.

Sumber – Ika (Bukan nama sebenar) via IIUMC

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *