Tgh berpantang. Krn kejar task, dari rm500 aku rugi 40k. Ak pasrah. Kini nk beli susu anak pun meminjam

Foto sekadar hiasan

Mangsa Yang Di Scam

Assalamualaikum dan salam semua. Sekadar nak meluah kisah aku. Supaya boleh jadi pengajaran takkan tertipu dengan kerja part time.

Aku nak luahkan pasal kebdohan aku kena dengan scammer part time. Hari tu ada orang invite aku dalam group part time kononnya.

Part time ni kena buat beberapa task dan kena keluar modal sendiri baru dapat pulangan balik.

Aku mula mula taknak terjebak. Tapi lama lama bila tengok orang lain post dalam group resit bayaran untuk task yang diorang terima. Jadi aku pun mencuba.

Awalnya aku letak sikit saja duit. Alhamdulillah dapat jugak pulangan dia. Lepas beberapa hari. Aku mencuba lagi.

Kali ni task yang kecil kecil takde. Aku pon memberanikan diri mencuba yang berharga RM500.

Tapi hari tu mungkin hari malang aku. Tiba tiba orang tu kata task aku buat tu ada kesilapan. Kesilapan yang aku buat sendiri. Lepas tu aku menagih refund daripada agent tersebut.

Dia kata kalau nak dapatkan refund boleh tapi aku kena buat lagi 3 task. Tak tahu kenapa aku setuju tanpa berfikir panjang. Tanpa berfikir apa risiko yang akan datang.

Jadi task pertama yang diberikan bermula dari RM2k. Aku agak terkejut dengan harga tu. Tapi aku pikirkan agent ni legit dari segi nak dapatkan refund. Dan aku fikirkan sekali habis satu task dia akan pulangkan duit yang aku labur berserta commission.

Tapi sebenarnya dia suruh aku habiskan sehingga tiga task. Baru aku akan dapat semula duit yang aku labur, commision dan refund RM500 tu.

Aku teruskan dengan task kedua. Kali ni lagi aku terkejut sebab task kedua bermula harga RM12k. Aku dah hilang arah. Aku berfikir mana nak dapatkan duit sebanyak itu.

Aku minta dia carikan task yang murah dari harga tu. Malangnya tiada. Aku berniat tak nak teruskan. Tapi agent tu psych0 aku. Dia kata aku boleh tolak duit dari modal yang sebelum tu.

Jadi aku hanya perlu RM8k untuk teruskan task kedua. Dan dia akan tolong untuk dapatkan task ketiga dengan modal yang rendah.

Aku dalam dilema juga masa tu. Nak taknak aku meminjam dari beberapa orang kawan yang rapat. Diaorang sedia membantu.

Aku dapat duit terus aku bank in ke agent tu. Tapi bank in bukan atas nama syarikat. Nama orang lain. Lepas aku bank in, aku didalam penyesalan. Tapi aku sangat berharap yang aku akan dapat pulangannya nanti.

Seterusnya task ketiga. Dia bagi task yang bermula RM33k. Aku mengucap panjang. Aku marah marah dia kata nak bagi task yang rendah tapi kenapa bagi task yang tinggi macam ni. Aku dah takde duit. Aku merayu untuk dia bagi semula duit aku yang sebelum ni.

Lagi sekali dia psych0 aku. Dia bagi ayat bulan dan bintang. Aku senang termakan kata kata manis. Aku berfikir untuk mencari agensi pinjaman wang berlesen untuk pinjam RM27k. Aku mencari di website dan di laman social.

Semua yang aku jumpa, aku whatsapp. Akhirnya ada satu agensi bernama YC hubungi aku. Ejen tersebut minta details aku untuk membuat semakan kelayakan untuk aku. Selepas itu dia kata aku layak untuk membuat pinjaman.

Tapi dia minta aku buat bayaran sebulan advance untuk test komitmen tapi dia kata akan pulangkan semula bila aku dapat duit pinjaman. Aku yang tak pernah membuat pinjaman percaya dengan kata kata ejen tu.

Aku fikirkan itu adalah syarat untuk buat pinjaman. Jadi aku bayar dengan baki duit untuk emergency. Setelah itu dia kata nanti manager dia akan hubungi aku. Manager tersebut bernama MR Mudzaffar.

Di bio whatsapp dia ada tulis Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan. Dia hubungi aku menggunakan whatsapp sahaja untuk berurusan.

Dia interview aku untuk pinjaman yang aku mohon. Lepas tu dia kata dia akan bank in pinjaman aku dalam masa 20 minit. Aku pon menunggu dengan sabar.

Tak lama kemudian dia hantar video yang dia sedang berusaha untuk bank in duit aku. Tapi dia kata sebabkan aku pertama kali buat pinjaman. Jadi kena buat bayaran kepada bank dengan KPKT untuk proses borang permohonan kali pertama.

Aku dah mula rasa syak wasangka. Aku cakap mana ada duit dah untuk buat bayaran. Lagipun aku nak pinjam duit bermakna aku takde duit. Takkan aku nak keluarkan duit lagi.

Tapi dia terus memujuk dan berkata bahawa duit itu akn dikembalikan pada aku masa dapat duit pinjaman.

Aku pon pinjam lagi pada kawan kawan aku. Dan bank in pada agensi tersebut. Dia kata kena tunggu setengah jam untuk proses. Aku tunggu lagi.

Lepas tu dia hubungi aku lagi. Dia kata aku kena ada duit sebanyak RM5.5k dalam akaun yang aku nak guna untuk terima pinjaman.

Sebab kononnya bank nak tengok kelayakan simpanan aku. Perasaan aku masa tu memang sangat kesal dan marah sebab dia melambatkan proses pinjaman aku.

Aku cakap kalau lepas ni dia minta untuk keluarkan duit lagi. Aku takkan buat. Dia janji hanya minta screensh0t untuk duit RM5.5k berada dalam akaun aku saja.

Aku pon pinjam dari kawan aku lagi. Setelah bagi screenshot akaun bank aku pada mudzaffar tu, aku pulangkan semula duit tu pada kawan aku.

Tapi selepas tu mudzaffar hubungi aku lagi untuk bank in lg RM4k pada bank kononnya untuk diaorang naikkan CTOS aku. Percenta CTOS aku sekarang 50%.

Tapi 4k tu akn dipulangkan semula pada aku dengan duit duit yang sebelum ni berserta duit pinjaman. Masa ni aku dah mula naik angin dan aku mintak cancel pinjaman tu.

Tapi dia berkata kalau cancel pinjaman duit yang aku bank in tadi jadi burn untuk proses proses yang dah dilakukan. Hampeh.

Baru sedar yang aku kena scam dengan agensi tu. Dia tak takut sekiranya aku buat laporan polis dan buat tuntutan mahkamah kerana dia kata agensi diorang ni valid dengan kerajaan.

Aku nak buat laporan polis tapi aku masih dalam pantang. Lagipun aku tiada kenderaan untuk pergi balai polis.

Jadi aku buat aduan online di website KPKT. Untuk diambil tindakan sekiranya agensi tersebut menggunakan nama KPKT untuk tujuan yang salah.

Tapi tulah, masih tiada respon dari KPKT. Aku memang tak redha dengan duit aku yang telah discam dari agensi YC.

Aku rasa ramai lagi yang pernah tertipu dengan agensi berkenaan.

Jadi aku teruskan mencari agensi pinjaman yang lain. Kali ni aku cari yang takkan minta duit pendahuluan. Akhirnya aku jumpa dengan agensi yang betul ada lesen. Dan dapat pinjaman pada hari yang sama.

Lepas aku dapat pinjaman tu aku terus bank in pada agensi part time tu sebanyak 19k untuk selesaikan task yang ketiga.

Tapi aku kena tunggu 24jam untuk terima duit. Duit tu akn dimasukkan dalam akaun yang digunakan untuk buat task then baru la dapat withdraw duit tu ke akaun bank.

Lepas 24jam aku hubungi kembali ejen tu. Aku nampak duit modal, commission dengan refund dah masuk dalam akaun task tu. Dia minta aku cuba withdraw duit tu.

Setelah cuba aku nampak duit tu dikembalikan semula dalam akaun task. Aku tanya pada dia kenapa tak masuk dalam akaun bank aku.

Dia suruh aku hubungi customer service. Customer service tu pon gunakan whatsapp untuk dihubungi. Dia kata akaun task yang aku ada sekarang ada limit pengeluaran.

Dan aku tak boleh keluarkan sikit sikit pon duit aku. Dia minta aku upgrade akaun yang tiada limit pengeluaran.

Tapi aku perlu membuat pembayaran sebanyak 22k. Kali ni aku pasrah. Aku dah tahu aku takkan dapat duit tu semula. Cuma tak tahu la kenapa aku bodoh sangat sangat sebab sanggup meminjam duit dari kawan dengan pinjaman berlesen.

Aku harap orang lain takkan kena macam aku. Sekarang hutang keliling pinggang. Dengan tengah berpantang pikir masalah duit.

Sumpah aku stress sebabkan kebodohan aku. Dari patut rugi 500 sekarang aku rugi 40 ribu. Sekarang nak beli susu anak pun meminjam lagi.

Terima kasih admin tolong siarkan kisah aku yang bdoh ni. Aku sangat sangat berharap kalau ada sesiapa yang boleh tolong kes aku ni.

Reaksi Warganet

Ahmad Muzani –
Sedih aku baca kisah hang ni. Biasa punca jadi macam ni sebab tak mintak pendapat pihak ketiga. Contoh kawan kawan yang hang pinjam duit tu, suami atau ahli keluarga.

Kalau hang tanya depa awal awal waktu burn RM500 tu pun aku rasa depa dah boleh nampak red flag. Time tu kau memang tak nampak sebab kau dalam denial, tapi orang luar for sure boleh nampak.

Kak Yong –
Saya harap awak belajar Dari kesilapan ni. Jangan mudah berhutang dengan orang, fahamkan yang pinjaman mudah berlesen tu riba. Riba haram tak kisah pada peminjam atau yang meminjam.

Jadi bila awak cube selesaikn masalah gune cara yang Haram, masalah pon tak selesai. Sekarang takde duit, banyak hutang jangan stress nanti sakit badanla d3presila. Dah sakit macam mane nak jaga baby, nak selesai hutang.

Jadi take it slowly. Sikit sikit settle problem umpama awak ade segunung baju Kotor nak kene basuh, mesin xde. Awak pon runsing pikir macam mane nak basuh, gelabah.

Tapi bila awak dah bertenang awak Mula basuh kain yang pertama guna tangan sebab tu je yang ade. Lame lame Dari baju yang setinggi bukit sekarang baju dah habis basuh tersidai

Marcella Midin –
To TT. Call bank you nanti bank akan suruh buat report polis as official report. Dapat statment report nanti wasap bagi bank.

Bank boleh hold duit dalam akaun scammer dan refund. Tapi bank tak janji dapat full refund sebab bergantung dengan baki dalam akaun scammer tu

Sekadar nak tolong.

Nurmadihah Yasmin –
Ya Allah sis, mengucap panjang baca angka2 puluhan K tu. Saya doakan sis dapat duit sis balik.

Saya ada pengalaman join task ni tapi dsebabkan saya ni tak de duit banyak sangat, saya wassap semua ahli dalam group tu.

Then salah sorang tu cakap, starting task2 RM400 ke atas, diorang akan start manipulate macam macam. Kononnya ada limit time, akaun dibekukan dan lain lain.

In order nak dapatkan balik RM400 tu, mereka akan minta kita buat task special pulak. Orang yang saya tanya tu pun dah burn rm600++ , so dia join je balik group group penipu ni.

Then lepas buat 2 task yang dapat la commision dalam rm30, dia akan block dan left group. Then dia cari lagi mana mana ads tentang iklan affiliate ni. Dia join dan buat 2 task. Atleast dia dapat laa balik duit dia sikit sikit.

Zul Hisyam –
Saya simpati dengan nasib anda, namun saya percaya disebalik keburukan itu terselit kebaikan yang Allah saja tahu.

Di hari Jumaat ini saya mendoakan semoga Allah memurahkan rezeki anda untuk mengeluarkan anda dari masalah hutang.

Yang lepas tu lepas la, jangan kenang lagi. Jangan stress stress, jangan rasa kemurungan memikirkan hal itu. Banyakan berdoa pada Allah, insyallah Allah akan bantu anda dari segala hal.

Sumber – Yang bodoh (Bukan nama sebenar) via IIUMC

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *