Suami kantoi ats ktil. Aku bg pluang. 17 tahun aku simpan rhsia suami. Kini dah 5 thn aku tak disentuh

Foto sekadar hiasan

Sisi Gelap Suamiku

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua. Terima kasih admin atas keizinan untuk menyiarkan kisah saya.

Nama ku J, Seorang surirumah. Suatu ketika dahulu aku adalah seorang pensyarah di salah sebuah Universiti Swasta.

Namun aku korbankan kerjaya demi memberi sepenuh perhatian kepada anak anak dan rumahtangga.

Perkahwinan aku telah pun berusia 17 tahun dikurniakan 3 cahayamata 15, 13 dan 10.

Suamiku seorang yang baik, bertanggungjawab terhadap keluarga, anak anak dan kedua ibubapa nya dan juga ibubapaku. Seorang yang ringan tulang membantu kerja kerja dirumah.

Justeru sesiapa sahaja yang mengenaliku merasakan aku adalah wanita terbahagia.

Namun tiada siapa yang mengetahui. Suamiku mempunyai sisi gelap di dalam rumahtangga kami.

Aku mula mengetahui perbuatan suamiku setelah setahun mendirikan rumahtangga. Suamiku gemar melanggan wanita diluar.

Di awal perkahwinan suamiku tertangkap olehku membawa wanita balik ke rumah.

Allah Maha Pengasih..

Tergerak hatiku untuk pulang kerumah dek kerana tertinggal bag kerja aku ketika itu.

Hairan melihat kereta suami di garaj rumah lantas aku segera ke bilik kami. Suami aku sedang hanyut bersama seorang wanita warga asing di atas katil kami.

Long story short,

Selama 17 tahun perkahwinan Aku terus menyimpan dan memendam rasa demi menjaga aib suami. Sama sekali aku tidak pernah bercerita kepada sesiapa pon perihal sisi gelap suamiku.

Suami tidak pernah serik sering bertukar tukar pasangan. Pernah aku beri kata dua kepadanya namun dalam diam dia masih lagi dengan kegiatan sisi gelapnya.

Berkali kali aku beri peluang kepadanya

Aku mohon dia bertaubat. Namun semuanya sia sia.

Seringkali aku terjumpa bukti bukti kegiatan nya (kadang kadang terjumpa k0ndom, resit hotel dan pernah terjumpa pakaian dalam wanita di dalam bag kerjanya)

Aku tak cerdik?! Biarkan diriku diperlakukan sedemikian?

Ya aku tak cerdik!! ketakcerdikan aku adalah demi pengorbanan aku untuk orang lain. Untuk anak anak yang sememangnya amat rapat dengan suamiku. Berkorban untuk kedua ibubapanya.

Ibubapa agak uzur dan pasti dah dapat menerima jika mengetahui sisi gelap anaknya.

Tiada siapa mengetahui masalah rumahtangga kami. Siapa sahaja yang mengenali kami pasti merasakan kami adalah pasangan yang bahagia.

Suami aku tetap ‘portray’ kan dirinya seorang yang baik. Dan layananku terhadap suami masih sama. Makan, minum nya tetap kujaga walaupon hatiku amat hancur.

Kini genap 5 tahun suami tidak menyentuh dan menunaikan nafkah batin kepada ku.

Pelbagai usaha aku lakukan untuk menarik ‘minat’ nya terhadap ku. Ku berhias, membeli lingerie yang hot dan s3xy namun suamiku langsung tidak mempedulikan ku.

Walaupon kadang kadang aku berasa jijik ingin bersamanya dek kerana suami masih melanggan wanita diluar.

Ya katalah aku tak cerdik. Aku terima…

Cuma satu aku minta Doakan aku terus kuat untuk hadap semua ni. Kuat demi anak anak dan kedua ibubapanya.

Reaksi Warganet

Noradila Ismail –
Apa pun awak isteri yang baik.. Kerana awak masih mampu bersabar dan mementingkan orang lain walau orang tidak fikirkan awak.

Sungguh ketaatan awak bukan biasa biasa kerana perempuan biasa belum tentu mampu dan sesabar awak. Semoga dipermudahkan urusan dan diberi jalan penyelesaian yang terbaik daripada Allah.

Cik Puan Ria –
Rasa kesian, tapi benda tetap silap atas pilihan sendiri. Tapi yalah…bukan mudah, demi anak anak kan.

Tapi bagi saya sebab sis masih terus memaafkan, perangai suami tak berubah.

Moga saja ada jalan lebih baik untuk sis dan anak anak sis.

Sementara hati masih berbelah bagi, simpan segala bukti perbuatan suami ya sis..

Orang yang pandai berpura pura, risau sis yang disalahkan orang sekeliling satu masa nanti bila segalanya perlu diceritakan….

Semoga kuat dan Allah beri jalan terbaik… Aamiin

Norlaila Mohd Din –
Kita hidup kerana Allah. Jelas suami tu sedang bermaksiat kenapa nak bertahan? Takut anak hilang bapa, IBU bapa sedih keburukan suami tersingkap?

Silap ni, kita patut lebih takut murka Allah. Lebih takut anak anak berbapakan si pendosa besar, lebih takut ibubapa tu meraung diakhirat bila tahu kebejatan sianak dan lebih takut apabila diamnya isteri sebenarnya dijadikan salah satu saham penyumbang berleluasanya dosa sisuami.

Jangan takut berpisah, bersangka baik dengan Allah, Allah itu Maha Baik. Tidak akan disia siakan usaha u untuk tidak sekongkol dgn maksiat sang suami.

InsyaAllah Allah akan pelihara u, anak anak u dan parent tu….. Percayalah

Ann Fardan –
Puan bukan isteri yang baik. Puan menzalimi diri sendiri demi kehidupan dunia yang sementara ini.

Puan membiarkan dan menyokong maksiiat depan mata demi tidak mahu bergelar janda. Puan meletakkan maruah diri sangat rendah disisi Tuhan dan merisikokan kesihatan puan demi cintakan suami.

Puan membiarkan kehidupan anak anak puan hilang keberkatan dengan bersekongkol maksiiat bersama suami atas alasan tidak mahu anak kehilangan ayah.

Puan adalah contoh wanita yang memilih dunia berbanding akhirat. Ketaatan puan kini memakan diri.

Amar makruf nahi munkar. Tapi sayangnya confession puan masih memikirkan tentang nafkah batin dari suami yang zalim itu???!

Saya simpati dengan puan. Allah tidak mengubah nasib kita jika kita tidak mengubahnya sendiri.

Moga Allah bagi peluang kepada puan mencari jalan yang diredai Allah….

Puteri Pelangi –
Kuatnya puan berperang dengan emosi dan iman puan sendiri. Kejamnya seorang lelaki terhadap diri dia sendiri….

Saya doakan puan sihat sejahtera dan sentiasa Allah pelihara. Saya tahu puan menghalang maksiiat suami puan dengan hati. Itulah cara menghalang maksiat dengan serendah rendah iman.

Tapi setinggi tinggi sabar, puan memilih bahagia anak berbanding diri sendiri…

Saya rasa puan stay sebab suami puan ayah yang baik buat anak anak. Tidak pernah memukul puan, memberi nafkah yang cukup, tempat tinggal, keselesaan pada puan dan anak anak. Kiranya markah 9/10.

Puan juga tidak yakin untuk memulakan hidup baru bermula 0. Yang mana kehidupan selesa anak anak akan direntap sekelip mata.

Mungkin juga anak anak akan memilih untuk tinggal bersama ayah mereka (kerana dimata kasar, suami puan adalah ayah dan suami yang baik). Pastinya puan takut kehidupan dan masa depan anak anak musnah.

Jika puan ingin bercerrai (betapa agungnya kasih seorang ibu ibarat menjadi lilin membakar diri), saya yakin puan tidak takut jika puan sahaja yang tak cukup makan, menumpang rumah orang sementara nak mulakan hidup baru. Tapi bukan anak anak puan.

Itu lah sebab puan bertahan dalam erti sebenarnya….

Maaf puan, entah entah suami puan dah ada penyakit tertentu (yang mungkn dia je tahu).

Mungkin juga dia dah insaf dengan kegiatannya dan dia tak bersama puan sebab dia takut puan akan dapat penyakit yang sama.

5 tahun tu tempoh yang panjang. Wallahu aklam.

Saya doakan moga suami puan diberikan hidayah dan kembali ke pangkal jalan dan puan akan temui bahagia puan dengan jalan yang Allah redhai. Aamiin ya rabb….

Moga dipermudahkan semua urusan puan.aamiin ya rabb….

Sumber – Mdm J (Bukan nama sebenar) via IIUMC

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *