“Krn aku anak haramnya”. Krn dosa mak pak, aku hilang suami. Hilang keluarga. Mak, kau tak rasa

Foto sekadar hiasan

Anak Luar Nikah II

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Pertama sekali aku nak ucap terima kasih atas keprihatinan korang, persoalan korang komen komen korang.

Part 1, klik link dibawah

12 thn kawin, dh beranak pinak. Rupanya aku anak haramnya. Bila terbongkar, mak pak ‘lari’. Suami tingglkn. Aku terduduk

Aku baca satu satu tau komen korang. Ada satu komen tu dia tulis “kifarah yang tersakiti” aku suka ayat tu.

Kalini aku nak jawab sikit sikit yang mana ada menyebut tentang edah, rujuk balik, nikah balik dan lain lain.

Dekat sini aku jelaskan sekali lagi maksud faraq tu. Faraq ni adalah pembubaran pernikahan kerana tidak sah nikah atas sebab sebab tertentu.

Oleh kerana ianya pembubaran nikah maka tidak ada proses pencerraian tidak ada gelaran duda atau janda kerana dengan kata lain tidak pernah bernikah.

Senang cerita kalau selesai proses mahkamah ni nanti tidak akan ada data di Jabatan Agama Islam mengatakan aku pernah bernikah.

Mengenai akad nikah semula. Ya betul boleh akad nikah semula sekiranya kes sudah selesai. Boleh nikah semula menggunakan wali hakim. Bolehla nak nikah balik kalau ex aku masih nak teruskan.

Aku tak kata dia tak nak teruskan dan aku pun tak kata dia tak nak teruskan. Aku tak memaksa dia, aku pun tak mendesak dia. Dia berhak diberi ruang untuk hadam perkara ni untuk fikir baik baik untuk buat keputusan hidup dia.

Bukan senang juga untuk dia hadam perkara ni. Macam aku cakap sebelum ni lah menanggung salah orang lain. Kalau korang dekat tempat ex aku pon aku pasti korang pun perlu masa untuk hadam mungkin ada yang akan menarik diri terus.

Aku sedar diri. Salah dari pihak aku. Bukan benda kecik. Sakit, perit pedih tu pasti ada. Lagi lagi perpisahan yang terjadi bukan dari kesalahan kami.

Aku ambil keputusan untuk tak memaksa dia. Andai ada jodoh kami akulah yang terpaling bersyukur. Andai tiada aku anggap ini satu lagi jalan hidup aku yang allah dah aturkan.

Tentang proses mahkamah ya aku sendiri juga punya rasa kenapa susah sangat benda ni nak setel. Aku ada cukup bukti nyata untuk dibuktikan.

Aku juga pernah minta pada mahkamah untuk proses saksi secara virtual tapi mahkamah tetap nak mak datang sendiri buat pengakuan.

Jadi aku terpaksa ikut prosedure mahkamah. Kes takkan selesai selagi dia tak datang bagi keterangan. Aku tak mampu nak guna khidmat peguam. Kalau ikutkan naik mahkamah ni prosedure saja sebab aku nikah secara sah dengan Jabatan Agama.

Jadi aku kena lalui proses mahkamah untuk jadikan pembubaran itu sah diatas kertas. Lebih mudah nye status aku nanti akan jadi tidak pernah bernikah. Kalau cari dalam rekod Jabatan Agama pun memang tak akan ada.

Betul aku boleh memohon untuk keluarkan waran dekat dorang tapi sebelum waran tu dapat dikeluarkan aku kena la lalui sesi yang aku sedang lalui sekarang. Sesi berharap orang terlibat akan hadir. Mungkin sebab aku tak ada peguam jadi proses tu sangat lambat.

Cuma tulah macam aku baca komen komen korang aku rasa benda ni boleh saja selesai cepat sebab bukti bukti kukuh memang aku ada. Ntahla aku pun tak faham. Letih turun naik mahkamah sendiri. Owh ex aku memang tak terlibat dalam proses turun naik mahkamah ni.

Dia cuma akan terlibat ketika proses pembacaan keputusan akhir nanti. Kire macam kes ni antara aku dengan mak pak jela. Ex tu macam orang luar yang tak tau apa apa tapi terlibat sama.

Aku tak tau la kalau proses dekat lain lain mahkamah berbeza ke. Mungkin ada yang mudah. Biasalah kalau melibatkan benda benda yang formal kadang ada tempat senang saja ada tempat susah.

Aku tak kuat pun.. Aku baca satu satu komen korang aku menangis. Betul ada satu komen tu kata aku anak sulung. Betul aku anak sulung ada adik adik dekat bawah aku. Jarak aku dengan adik adik agak jauh.

Bila aku mula kes ni adik adik aku ok tapi bila aku dah 2, 3 kali naik mahkmah dan dah start kene libatkan mak pak sekali ke mahkamah adik adik aku sorang sorang menjauh dari aku. Last last aku sendiri. Aku melangkah sendiri.

Masa aku nak cakap dekat ex aku benda tu jadi mudah. Kitorang duduk semeja aku pun buka cerita terangkan pada dia. Penerimaan dia sangat tenang tapi aku tau hati dia hancur. Aku tau dia cuba menghadam semuanya.

Aku tau dia belum mampu menerima. Dan dia keluar dari rumah lagipun memang dah tak boleh duduk bersama. Keluar dengan sejuta rasa.

Dari saat dia keluar tak ada sekali pun mak pak aku datang rumah aku tengok aku tanya aku ok tak. Aku yang pergi rumah dorang bagitau ex aku dah keluar dari rumah.

Mak aku boleh cakap, “kenapa pulak dia keluar dari rumahnye. Kan boleh nikah semula, ke dia dah tak nak awak dah”.

Ehh kau rasa kalaulah yang lelaki tu anak kau dan aku ni menantu kau nak bagi ke anak kau teruskan hubungan ni. Aku yakin kaulah orang pertama yang akan halang.

Ehh kau ingat senang senang ke orang nak terima anak haram kau ni dengan tiba tiba nikah pulak tak sah kau ingat orang mudah mudah saja nak terima.

Mak kalau kau cakap, memang tak pernah nak pikirkan hati orang. Kau rasa kau saja betul. Kau tau benda ni salah mak tapi kau diam kau buat alasan, kau kata kau ikut cakap pak. Masa inilah kau pun nak jadi isteri solehah. Kau pernah tak pikirkan sekali saja perasaan aku mak.

Pernah tak kau rasa kesian dekat aku mak. Aku ni anak luar nikah kau mak. Anak luar nikah yang dah hancur hidup disebabkan salah kau. Anak luar nikah kau yang sekelip mata hilang tempat bergantung, hilang suami, hilang keluarga. Kau tak rasa mak.

Kau tak rasa sebab benda ni tak kena dekat kau mak. Bukan kau yang anak luar nikah, bukan hidup kau yang hancur. Kau masih lagi mampu bergelak senyum dengan laki kau dengan anak anak kau yang lain.

Kau tau rasa aku mak. Aku berkecai mak. Pak pulak kalau selama ni aku rasa pak sayang aku dari mak rupenya aku silap.

Aku sayang kau pak. Aku banyak kenangan best dengan kau dari dengan mak. Tapi sekarang kau buat aku sedar pak.

Kau buat aku sedar aku ni hanya seseorang yang kau kena terima kerana keterlanjuran kau dan mak. Kau pun ego pak. Kau rasa kau betul. Memang aku banyak salah banyak silap.

Kau jadikan silap aku tu bahan untuk kau tutup salah kau yang aku tengah tanggung ni. Kau pusing cerita. Kalau cerita dari a-z kau cuma cerita dari a-i saja dekat orang. Kau cerita bab salah aku saja.

Akhirnya orang nampak aku yang buruk aku yang salah. Sampai aku bawak diri dengan anak anak sebab dah tak ada sapa dah untuk aku dekat situ.

Dalam setahun ni aku cuba jadi kuat aku cuba bangun aku cuba melangkah tapi. Aku cuba. Tapi kadang aku kalah dengan gelap malam. Aku menangis macam orang giila. Tak senang aku nak hadap.

Depan anak anak aku cuba buat gagah. Anak anak tak tau aku cuma cakap ayah kije jauh (lagipun sebelum sebelum ni memang aku PJJ dengan ex) kebetulan PKP apa semua jadi anak anak cuma paham PKP pak dorang tak boleh balik.

Lagi satu sebelum ex aku keluar rumah dia ada cakap dekat aku, kat luar kat media social buat biasa saja. Buat macam tak ada apa apa berlaku.

Dia kata biarla dia sorang saja yang tau tak perlu keluarga dia tahu. Jadi aku berpura pura ok di luar dan di media social.

Keraguan korang tentang nasab anak anak aku tu nanti diakhir kes aku ni mahkamah akan putuskan nasab anak anak aku. Atas budi bicara mahkamah. Itulah yang aku faham.

Korang bayanglah macam mana aku nak hadap kalau anak anak aku semua kena tukar nasab. Bukan anak anak saja, dengan aku aku sekali. Di umur aku yang dan 30an ni kena tukar nama.

Dan mak pak masih rasa benda tu tak penting. Korang bayang macamana pulak perasaan ex aku kalau nasab anak anak kena tukar kepada Abdullah. Kalau ikut kata mahkamah dia memang hilang semua. Langsung tiada hak ketas anak anak.

Aku tak boleh nak tuntut apa apa dekat dia sebab status sekarang tidak pernah bernikah. Bukan aku nak tuntut apa apa pun aku sedar teruk buruk dan hinanye diri aku apa yang pak mak aku dah buat. Anak anak aku semua rapat dengan ex aku dari aku. Lagi2l lagi anak2 perempuan aku.

Ex aku memang jenis suka melayan anak, lebihkan anak. Korang bayangla tiba tiba benda tu kena ambik dari dia. Dia hilang hak atas anak anak dia. Kalau korang dekat tempat dia korang kan rasa apa.

Ntahla sejujurnya aku memang tak ada apa nak salahkan dia. Memang dia tak buat slah pun. Yang buat salah tu mak pak aku. Yang menangung tu aku, dia dan anak anak.

Aku mula balik hidup aku cari kerja. Nak bagi makan anak, sekolahkan anak, bayar rumah, macam macam lagi. Bab sekolah satu hal. Akulah yang akan menghadap cikgu nanti menukar segala maklumat penjaga menukar status menukar surat beranak anak anak.

Akulah yang kena hadap kalau mak aku cakap pasal malu masa aku terlanjur dulu ni malu yang aku nak kena hadap pulak ni berdepan dengan cikgu cikgu ni sapa nak tanggung sapa nak ambik tau.. Aku tak kuat macam yang korang cakap.

Aku cuma cuba terlihat kuat. Aku nak minta tolong kawan kawan aku, tak tau nak mula dari mana. Aku nak kena cerita pula apa yang aku duk hadap sekarang minta simpati.

Hmmm tak pelah aku pendam saja sendiri. Aku pasti usaha untuk anak anak. Walau macamana pun aku akan cuba sediakan makan anak anak.

Aku pernah saja cuba tanya pinjaman berlesen ni tapi tak pernah lagi aku buat. Kalau ikut kan memerlukan memang aku nak cuba tapi aku pikir pikir balik banyak sangat yang tak betul dari betul. Menyusahkan aku juga nanti.

Next kes aku bulan 1 nanti. Aku ikut jelah arahan mahkamah. Kalau kata tunggu lagi aku tunggu la lagi. Pernah mahkamah bagitau aku kes macam aku memang ada terjadi tapi sangat jarang.

Pernah dorang handle kes macam aku 2 tahun baru selesai. 2 tahun baru mak pak bagi kerjasama.

Jadi mahkamah cuba nak bagitau aku pun kena tunggu 2 tahun jugak ke untuk selesai pernah juga sorang peguam syariah ni tanya aku kes apa. Bila aku cakap faraq dia pun cakap oh berat tu. Aku senyum jela. Apa lagi aku boleh buat.

Aku senyum,

Aku diam,

Aku pendam,

Sampai aku padam,

Salah ke aku kalau aku belum mampu maafkan mak pak aku. Salah ke aku kalau membenci. Salah ke aku berlalu pergi. Ya aku tau salah tapi aku belum mampu lagi menerima semua ni.

Aku harap penulisan kalini kan lebih memberi penjelasan kepada pertanyaa korang dekat komen.

Terima kasih atas komen2 korang.

Doakan urusan aku dipermudahkan. Doakan aku sentiasa diberi kesihatan yang baik untuk cari rezeki dekat anak anak.

Anak luar nikah ni tak hina orang sekeliling yang membuatkan anak luar nikah tu terlihat hina.

Terima kasih sekali lagi membaca kisah aku.

Yang mana boleh jadikan pengajaran panduan iktibar ambik lah. Mana yang buruk tu, korang bacalah diam diam.

Reaksi Warganet

Syakriah Ishak –
Kasihan TT. Tahu tentang identiti diri selepas nikah.

Tahniah tt kerana sanggup perjuangkan kebenaran setelah tahu fakta sebenar. Jika TT pilih untuk hipokrit macam ibu bapa TT, memang rosak nasab sampai beberapa keturunan.

Akibatnya di sisi Robb ibu bapa TT lebih sanggup dengan kemurkaan Ilahi berbanding malu sekejap di pejabat kadi.

Mudah mudahan Allah SWT mudahkan urusan TT.

Rosiah Sapuan –
Membaca kisah ni nampak confessor memang kuat tapi kita la pulak yang sedih sangat.

Apapun moga Allah mempermudah segala urusan beliau dan moga beliau terus tabah utk membesarkan anak anak.

Sebagai pengajaran jugak buat kita ibu bapa. Jangan mudah bagi anak anak bebas berpasangan tanpa ikatan halal..

Juga sebagai pengajaran buat semua anak muda. Hall nasab keturunan perlu dijaga

Azie Azem –
Akak tak nak komen pasal hukum semua, ramai dah komen. Cuma akak tertarik dengan perkataan pinjaman berlesen.

Nasihat ikhlas akak, jauhkan dik selagi boleh. Bincang dengan ex untuk bagi nafkah dekat anak anak atas ihsan dan perikemanusiaan dia.

Daripada ko pinjam along, lebih baik ko mintak sedekah atau bantuan dik. Cuba pergi pusat zakat, meminjam dengan along walau berlesen, akan jerat leher akhirnya.

Interest 10% sebulan, contohnya pinjam 1k, setiap bulan interest aje 100, sampailah ko bayar 1k tu lump sum.

Akak doakan adik kuat demi anak anak, semua orang buat silap, semoga dipermudahkan urusan…

Julie Anme –
1. Pengakuan daripada ibu kandung paling kuat tapi sedih sangat bila ibu kandung lepan tangan dan main tarik tali.

Hanya apabila ibu kandung buat pengakuan barulah selesai masalah adik dengan mudah dan lancar. Sebab ibu kandung saja yang tahu perihal sebenar anak yang dikandungnya.

Tak semua ayah itu ayah kandung tapi setiap ibu yang melahirkan adalah ibu kandung. Harap adik buat solat tahajjud banyak banyak supaya ibu kandung terbuka dalam urusan dosa dosanya yang telah lalu. Tidak menafikan dan tidak membuat tipu daya.

2. Adik jangan pinjam daripada along. Masa depan penting. Jangan rosakkan walau apapun. Cari kerja dan bina hidup perlahan. Jangan bergantung kepada orang.

3. Carilah Allah. Senang susah hidup adik jgn terpisah daripada Allah. Insya Allah akan terbuka jalan keluar.

Cuma banyak banyakkan lah bertahajjud dan bertawakkal kepada Allah setiap masa.

4. Semoga Allah merahmati adik.

Sumber – Ayla (Bukan nama sebenar) via IIUMC

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *