Saat unboxing, hadiah murah pengantin tolak dgn kaki. Tiba hadiah berplastik milo, pengantin tiba2 menjerit

Foto sekadar hiasan

Adab Pengantin Ketika Unboxing Hadiah Kahwin

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Sejak majlis kahwin dah boleh buat semula, keluarga sebelah ibu aku memang ramai buat kenduri.

Kami ni orang Jawa. Faham faham sajalah bila buat kenduri kahwin, memang sangat meriah. Tidak mewah tapi jemputan yang terdiri dari orang kampung dan sedara terdekat tu havoc giila.

Ramai ramai datang merewang sambil gurau gurau potong sayur. Cuma dah norma baru, suasana ramai tu tidaklah segila macam dulu.

Dipendekkan cerita, makcik aku yang merupakan anak bongsu dalam keluarga mak telah bernikah minggu lalu.

Umurnya 33 tahun. Jumpa jodoh sedikit lambat padahal dulu kami kenal dia ni banyak juga bercinta. Itulah jodoh siapa yang tahu.

Pendekkan cerita malam selepas majlis kahwin habis dibuat, kami memang ada 1 tradisi buka hadiah kahwin ramai ramai.

Masa tu pengantin akan duduk tengah dan keluarga lain perhatikan untuk buka satu satu. Jadi seperti biasa ada yang berikan gelas, pinggan, tuala, lain lain.

Tapi keadaan jadi kurang seronok sebab si pengantin ni mula merungut semacam.

“Ala barang barang biasa je ni dia bagi”

Masa tu dia buka hadiah macam tupperware, seterika, blender semua.

Muka dia memang takde excitement langsung seolah olah tak berpuas hati dengan hadiah pemberian orang tu.

Mula mula aku sangka baik mungkin pengantin penat agaknya siang tadi bersanding. Tapi sampai ke tahap tidak menghargai hadiah tetamu, agak disturbing juga.

Bila mereka koyakkan sampul hadiah dan dah nampak sipi sipi apa benda, diaorang akan ketepikan pakai kaki je.

Bayangkanlah andai kata pemberi hadiah tu di kalangan sedara yang tengah tengok sesi tu? Mungkin kecil hati agaknya.

Hadiah pula ada yang tulis nama ada yang tidak.

Paling menusuk sekali bila dia terbuka hadiah orang berikan frame gambar. Boleh pula mereka kata :

“Eh dah tahun 2021 pun ada lagi orang bagi hadiah macam ni”

Lepas tu terus hulurkan hadiah tu pada nenek sebab mereka rasa tak suka. Katanya tu HADIAH ORANG TUA PADANLAH.

Bila buka lagi nampak hadiah jam dinding, berulang ulang ayat sama dikatakan. Hadiah klise and bosan katanya.

Masa ini aku dah mula jengkel tapi diamkan sajalah. Tapi sesekali aku lirik mata pada mak dekat sebelah dengan pandangan tajam menggambarkan betapa kami rasa tak selesa dengan respon pengantin yang tak hargai pemberian orang.

Tak lama kemudian, terdapat 1 kotak kecil and sampulnya pun nampak biasa je. Mula mula pengantin tak nak buka sebab dia syak maybe sekadar Snow Glob macam tu. TApi Mak Ude kami (kakak ibu) masa tu suruh koyakkan juga.

Mana tahu hadiah kecik ni lagi power kata Mak Ude. Pengantin buka mula mula pelik sebab ada sampul plastik Milo.

Tiba tiba tak lama kemudian dia jerit. Alangkah terkejutnya rupanya kawan dia selit box berisi sebentuk cincin chrome putih dengan gelang emas.

Oleh kerana tak percaya, dia terus telefon kawannya dan disahkan itu memang emas tulen. Pengantin cakap terima kasih dan puji kawan dia tu THE BEST sebab bagi hadiah paling best. Lepas tu ayat dia :

“Kau punya effort padu sangat. Orang lain bagi hadiah klise biasa je. Dari tadi aku boring unboxing. Tiba tiba dapat emas segar mata aku”.

Bayangkan masa tu kami sekeluarga macam ketawa campur situasi janggal yang tak tahu nak react macam mana. Buat buat iyeeee sajalah.

Aku faham perempuan mana yang tak suka bila dapat emas? Tapi apalah rasa orang lain yang bagi hadiah jika dengar pengantin cakap macam tu?

Kat situ juga dia sarung dan memang tak dapat digambarkan rasa suka dia. Dari takde mood terus happy.

Kemudian ada juga kawan kawan dia berikan air fryer, vacuum mahal dengan kupon/ tiket pembelian katil jenama mahal (lebih kurang begitulah).

Lupa nak beritahu. Makcik aku ni kerja memang have have sikit. Mungkin sebab itu kawan kawan dia pun mampu bagi hadiah yang loaded pada hari kahwin tu.

Tetamu nak bagi hadiah apa bukan masalahnya. Cuma bila tengok pengantin membandingkan dan merendahkan rendahkan hadiah orang lain, hati aku pula jadi sedih.

Balik keesokan harinya dalam kereta, ibu pesan pada aku jangan bersikap macam tu. Pemberian orang sebagai hadiah kahwin hatta sekampit garam macam dalam cerita Ahmad Albab tu pun kita kena hargai.

Mungkin dalam puluhan hadiah klise dan kita kata bosan tu, ada orang yang kurang mampu yang usahakan juga kos untuk berikan hadiah kenang kenangan pada pengantin.

Setiap hadiah ada nilainya. Nilai kejujuran dan simbolik harapan murni semoga perkahwinan yang dibina kekal.

Unboxing hadiah perlu ada adabnya. Jika tak suka, tak perlu remehkan. Ucap kata syukur.

Janganlah kita meremehkan pemberian orang hanya kerana nilainya murah. Tetamu yang datang majlis itu membawa rezeki dan rahmat buat kita.

Mungkin mereka tak dengar pun pengantin mengeluh. Tapi kita sebagai manusia perlulah ada timbang rasa.

Hadiah tu bukannya wajib. Bukannya berdosa kalau tak bagi. Takde syarat atau mandatori pun. Jadi hatta sekecil kecil hadiah pun, semailah rasa syukur.

Harap kisah ini jadi pengajaran untuk kita semua. Pendapat kalian bagaimana pula?

Reaksi Warganet

Alyna Adam –
Aku tak nak kutuk jodoh orang awal atau lambat, tapi… Dengan perangai macam tu tak sangka ada juga yang nak dekat dia. Cringe sangat perangai. Good luck pengantin lelaki. Bakal bergaduh banyak hal nampaknya, sebab bini jenis yang tak bersyukur dan mulut jahat tak pandang kiri kanan, unless pengantin lelaki tu jenis pak turut la.

Cik Dayah –
Teringat dekat salah sorang sahabat baik ni, dia kahwin kira antara yang awal dari kawan kawan yang lain. Masa tu still study lagi tak mampu nak belikan hadiah mahal. Just mampu belikan hadiah perhiasan kecik kecik dan buat handmade card.

Lepas tu few days lepas tu, tengok dia post kat wechat seolah olah tak berkenan dengn hadiah (tak pasti hadiah sape) tapi ku terasa jugak sebab tahu hadiah aku tak seberapa. Ada nada menyindir .

Tapi memang dia jenis orang yang high expectation kot sebabnya sebelum tu pun bf dia which is dah jadi husband dia pernah hadiahkan dia seutas rantas yang murah, dia selamba je campak rantai tu ke laut.

Farah Ant –
Aku sesiap dah cop hadiah kahwin dari mak aku. Walaupun calon belum ada, aku tetap cop lesung batu legend mak aku tu. Pemberian aruwah nenek, hadiah kahwin jugak. Lesung batu sungai oiii. Lesung batu sekarang takde selera aku tengok. Dgn nampak nau bersimen nya. Ada yang vogue terlampau sampai aku ngeri je kot kot aku hentak terlebih kuat terus terbelah dua. Kan senang. Cop sendiri terus.

Ruhaiza Shamsuddin –
Saya bersyukur sangat sangat, sebab walaupun majoriti hadiah perkahwinan saya mungkin biasa biasa pada mata makcik TT, lengkap 1 rumah saya masa pindah rumah sendiri.

Cuma perlu beli washer, peti sejuk, tong gas dan perabot. Lain lain semua orang bagi. Jimat sangat dah rasa. Sampai hari ni masih saya gunakan dengan cermat. Cuma masa pindah ada la sekeping 2 pinggan yang pecah. Lain lain masih elok dan ada barang elektrik saya simpan dengan rapi dalam kotak lepas guna. Sayang punya pasal

Nazihah Ramli –
Memang satu keluarga mereka macam tu ke? Tolak hadiah pakai kaki, mengutuk barang cliche, ‘kot barang yang ni lagi power’, etc. Patutlah tak de siapa yang menegur… kiranya Dik Hani dan ibunya terpaksa diam je lah.

Patutnya kalau dia tu berduit kan, buat salam keruk je patutnya. Biar polisi kawan kawan dia je yang hadiahkan barang kahwin mewah.

Tapi seriuslah. Dia menjatuhkan air muka dia sendiri depan orang ramai, dan di hari perkahwinan dia. Habis aib dia dan keluarga terbongkar. Even kalau saya jadi suami dia pun, mungkin saya dah tahu memang perangai dia macam tu dan terima je, atau saya terkejut macam ni rupanya perangai antara dua darjat.

Tak dinafikanlah ramai je yang beri benda macam set cawan, sudu garfu, pinggan, etc. Tapi semua tu berguna tau in the long term bila ahli keluarga bertambah. Janganlah pendek sangat akal tu fikir benda benda tu tak berguna sekarang

Sumber – Dik Hani (Bukan nama sebenar) via IIUMC

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *