Masa aku kecik, ayah kawin lain dan cerraikan mak. Hilang tnpa berita. Lps mak tiada, ayah pulang. Dendam aku mkin membara

Foto sekadar hiasan

Trauma Yang Tidak Diendahkan

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Izinkan aku meluahkan apa yang terbuku di hati ini. Kebelakangan ini aku rasa seperti aku adalah watak jahat dalam hidup aku sendiri. Kenapa? Mari aku ceritakan.

Aku dibesarkan dalam keluarga yang runtuh. Ye, as cliche as is sound. Anak yang trauma dengan keruntuhan institusi kekeluargaan ayah dan maknya.

Ayah ku kahwin lain semenjak aku kecil, melarikan diri dan mencerraikan mak tanpa sebarang khabar berita dan nafkah.

Aku yang merupakan anak bongsu ketika itu, dan teramat rapat dengan ayah, mula merasa kehilangan, kesengsaraaan. Apatah lagi mak suri rumah sepenuh masa untuk hampir keseluruhan hidupnya selepas berkahwin.

Mak mula bekerja, namun gaji yang diterima amatlah sedikit, ibarat kais pagi makan pagi. Kais petang makan petang. Mak juga mula berhutang dengan sedara mara untuk menyara keluarga kami.

Keluarga belah ayah langsung tidak menjenguk, menanya khabar berita apatah lagi memberikan sumbangan kewangan. Mereka semua hilang. Tiada langsung kelihatan.

Sedangkan mak lah yang banyak menolong keluarga sana, yang selalu menjaga apabila mereka sakit. Sumpah ketika itu, aku mula membenci mereka dan menganggap mereka tidak lagi wujud dalam hidupku.

Melihatkan kesengsaraan hidup, kesusahan mak, aku yang ketika itu baru menginjak remaja berazam untuk belajar bersungguh sungguh, akan ku buktikan tanpa ayah, aku juga boleh berjaya. Ya aku mula berdendam.

Episode trauma ku mula terbit apabila aku kehilangan mak secara tiba tiba.

Sumpah dunia aku rasakan gelap, tidak ada apa dalam fikiranku ketika dikhabarkan berita sedih itu. Dunia ku hancur kelam. Aku kehilangan kedua dua ibu bapaku. Aku lupa ayah ku masih hidup.

Ketika tu aku merasakan seperti anak yatim piatu. Kami adik beradik dijaga oleh atuk dan nenek. Dengan duit biasiswa, aku meneruskan kehidupan.

Seawal usia 14 tahun aku mula tinggal di asrama. Tiada kasih sayang ayah. Cuma atuk dan nenek tempat menumpah kasih sayang.

Tidak lama kemudian, ayah mula kembali muncul dalam hidup kami.

Ayah dan isterinya balik menetap di kampung yang sama dengan kami memandangkan situlah tempat asal mereka. Ianya sangat menyakitkan hati dan mengecewakan melihat mereka yang bahagia gembira dengan hidup mereka.

Sedangkan kami adik beradik yatim yang ditinggalkan tanpa sebarang nafkah, apatah lagi menunaikan tanggungjawab. Kebencian ku membuak buak.

Apatah lagi pernah satu ketika, kami pernah meminta wang saku persekolahan, perbelanjaan.

Namun, gaya bahasa tubuh ayah sangat menyakitkan hati. Seperti kami meminta sedekah, sedangkan kami hanya meminta hak kami.

Sering kali aku terluka apabila ayah katakan tiada duit untuk perbelanjaan persekolahan ku sedangkan ku tahu ayah mempunyai projek yang lumayan bahkan mengahwini orang kaya.

Ayah masih seperti itu, tanggungjawabnya tidak ditunaikan, nafkah anak anak aku boleh katakan tidak berkala, beri bila diminta.

Itupun jumlah yang kecil untuk tempoh yang panjang. Apatah lagi kasih sayang. Tidak pernah aku rasakan kasih sayang, kami seperti sangat awkward bila berjumpa.

Selalu juga ayah membawa kami makan di luar, tidak dirumah nya kerana katanya tidak mahu isterinya bising. Itupun aku boleh katakan dalam setahun, boleh dikira dengan jari.

Fast forward , aku menginjak dewasa. Aku mula memaafkan ayah. Dan aku pernah meminta maaf atas segala kesalahanku membenci diri nya, aku mula menerima dirinya memandangkan beliau mula menginjak ke usia senja.

Aku ingatkan aku sudah sembuh dari trauma, aku ingatkan aku sudah move on dari dendam.

Namun, aku mula merasakan ianya kembali. Aku silap. Aku ingat dengan memaafkan ayah, trauma ku akan hilang. Rupanya ianya bukan hilang, ianya hanya ditanam, dan bila bila masa akan muncul kembali.

Lebih lagi, adik beradik ayah mula melemparkan kata kata perlian “takkan anak ramai, tak boleh jaga ayah seorang”.

Deep down dalam hati aku, aku rasakan bukan tanggungjawabku untuk menjaganya ketika di usia tua nya. Your kids are not your retirement plan. Apatah lagi, anak anak yang kau tinggalkan.

Aku mula mengalami siri overthinking my self. Adakah aku perlu berikan ayah duit setiap bulan? Adakah aku perlu layan segala kehendak ayah?

Kalau isterinya meninggal, adakah aku perlu menjaga dia? Adakah aku perlu menjaganya sekiranya dia di hospital?

Bermacam bermacam lagi pertanyaan, sehingga ianya akahirnya menjerumus ke soalan adakah aku anak yang derhaka?

Yang tidak akan diciumkan bau syurga walaupun aku melakukan semua kebaikan di dunia? Yang mana aku mahu bersama aruwah mak di akhirat nanti.

Aku sangat merasakan trauma ketika aku kecil yang aku tidak endahkan ini memakan diriku kini. Aku mula menangis sendirian, menangis yang teresak esak.

Menanges mengenangkan walah apa pun kebaikan aku buat, ibadat yang aku buat, tidak akan mengizinkan aku masuk syurga hanya kerana aku tidak mampu untuk meyayangi ayahku.

Adakah aku perlu bantuan psikiatri?

Reaksi Warganet

Zawiyah Kaderi –
Confessor tak pernah ke baca kisah di zaman nabi tentang ayah yang derhaka kepada anaknya? Ya…ayah derhaka kepada anak. Bacalah kisah itu……. Bukankah Islam itu agama yang adil?

Azizah Atan –
Terima ayah seadanya. Maafkan… Kerana kemaafan itu dendam yang terindah. Bantu ikut kemampuan dan keikhlasan.

Kalau ada kekuatan, luahkan apa yang awak rasa kepada ayah, kepada keluarga ayah. Tentang duka nestapa yang awak tanggung kerana kegagalan mereka menunaikan tanggungjawab suatu ketika dulu. Terutamanya ayah…

Bagitahu bagaimana awak membesar tanpa sentuhan kasih sayang dan nafkah yang sepatutnya dari dia. Bukan mengungkit. Tapi ingatkan kepada mereka kekejaman yang pernah mereka lakukan.

Yanti Rahiza –
Dik, awak berhak untuk rasa kecewa, berdendam dan marah. Bukan salah awak bila tidak dipedulikan dan terpaksa sengsara tanpa bantuan.

Carilah bantuan untuk sembuhkan diri awak dik. Awak perlukan kata kata maaf dari bapa awak, tapi itu mungkin takkan kunjung tiba.

Sayangi diri awak, jangan endahkan kata kata langau yang hanya mahu menghukum. Pada mereka awak hanyalah jalan keluar masalah mereka.

Nanti awak dah okay dan boleh gembira, baru fikirkan apa nak buat dengan bapa awak. Biarlah sesiapa yang nak menghukum. Urusan anak derhaka itu antara awak dengan Allah, Dia lebih tahu segala galanya.

Liyana Zakaria –
Hello Siti, lain kali kalau saudara mara sebelah ayah cakap lagi macam tu tolong jawab ‘eh hidup lagi rupanya, ingatkan dah mati dulu kami hidup terkontang kanting takde siapa peduli’. Tolong bagi setepek.

Orang macam ni you jangan benarkan sekelumit kuman pun kata kata diorang masuk dalam diri you. Honestly you berhak kecewa, marah dan berdendam. Sesiapa dekat tempat you akan rasa benda yang sama.

Bukan senang nak hidup melepasi trauma macam ni. Akan ambil masa untuk u maafkan, dan sepanjang tempoh masa tu, akan ada masa u break down juga, menangis bila teringat ayah, marah dan benci bila teringat semuanya. Semua tu normal. Its a PROCESS of healing.

You TAK PERLU NAFIKAN perasaan you yang ini. Kita manusia bukan malaikat, bukan Tuhan. Take your time sis. Heal yourself. You BUKAN anak derhaka. You cuma anak yang SANGAT TERLUKA.

You tak perlu pun nak sayang ayah you, cuma buat tanggungjawab you yang perlu (makanan, tempat tinggal, kesihatan) bila diperlukan.

Akhir kata, saya doakan you dipermudahkan urusan dunia akhirat, diperluaskan lah rezeki you dunia akhirat dan diberi kesihatan yang baik. Semoga emosi dan perasaan you cepat pulih dan bahagia kembali. Hugs!

Izyan Izzaty –
Trauma hasil daripada pengalaman ketika kecil memang tak akan padam selamanya. Mungkin awak terburu buru untuk memaafkan ayah awak walaupun dari dasar hati awk tak pernah untuk memaafkan kesalahan ayah awak.

Ambil masa. Kadang kadang tak salah kalau awak masih berdendam. Asalkan ianya tidak keterlaluan. Tak salah kalau awak masih ingt apa yang pernah di lakukan oleh ayah awak ketika dia muda. Tak salah. Kita manusia. Perlahan lahan. Belajar sayang pada diri awak sendiri. Lepas awk sayang diri awak lama lama awak akan sayang orang sekeliling.

Yakinlah, setiap pengalaman yang awk lalui ini lah menjadikan siapa awak sekarang. Anggaplah, ayah awak ketika muda khilaf dan tidak sedar dia sudah melukakan hati anaknya. Dia yang sudah tua mungkin seorang yang berbeza. Inilah masanya kita berbakti kepada orang tua.

Yakinlah Allah akan memberikan awak ganjaran di atas apa yang awk korbankan sekarang. Korban seperti, kalau ayah awak sakit, rawatlah dia. Kalau ayah awak lapar, berilah dia makan. Kalau dia tak berdaya (tua), jagalah dia. Itu sahaja. Semoga awak terus kuat dan diberi kesembuhan. Take care.

Sumber – Siti (Bukan nama sebenar) via IIUMC

Leave a Reply

Your email address will not be published.