Jam 2 am tiba2 kne kejut. Ramai2 kami beratur di pdg. Tiada yg mengaku. Lan Tiger mula tunjuk belang

Foto sekadar hiasan

Aku Mangsa Buli Di MRSM II

Terima kasih yang membaca luahan dan kisah pengalaman aku di buli pada dalam siri 1. Aku baca semua komen dan cadangan. Siri 2 ini aku nak ceritakan siapa sebenarnya kepala pembuli kaki pukul.

Part 1, klik link dibawah

“Aku mngsa di asrama”. Dlm gelap mlm, lunyai kne tibai. 20 thn berlalu, aku haramkan sek asrama ini buat anakku

Watak Rizal tu sebenarnya hanya pangkat anak buah saja, kira pencacai angkat najis je. Individu yang paling aku benci sampai sekarang yang aku ingat muka dan susuk tubuhnya adalah Lan Tiger.

Kami junior menggelarkan dia Lan Tiger sebab rupa dia yang bengis macam rimau.

Kalau dia cuba buat muka manis pun masih macam rimau.

Orangnya bertubuh sedang. Sedikit gempal. Badannya agak katang kalau berbanding dengan aku yang kurus kering ketika itu.Lan Tiger ni merupakan kepala dalam segala roll call yang berlaku sepanjang tahun tu.

Lan Tiger ni adalah ahli Lembaga Displin Pelajar (LDP). Dia lah pengawas dia lah samseng taik kucing !

Lan Tiger ni pandai belakon. Kalau depan cikgu depan awek pandai dia bermadah.. Pijak semut pun tak mati. Mukanya walau pun tak brapa kacak, namun kata katanya bisa mencairkan wanita.

Dia menjadi pemuda harapan bangsa, dialah wakil maktab dalam apa jua bidang sama ada sukan atau akademik. Mempunyai otak yang bijak namun perangai gelapnya hanya kami yang junior saja tau.

Teringat aku minggu pertama roll call, aku di kejutkan pada pukul 2 pagi bersama rakan rakan dan di suruh beratur di padang.

“Siapa duduk dekat bilik A205 masa aku datang petang tadi, keluar!” Teriak Lan Tiger nada kemarahan.

Kebetulan aku melawat kawan lama aku Hafis dan Wan di bilik tu pulak petang tu.

Ada dua lagi yang aku tak kenal sebab kami baru je sampai. Jadinya kami berlima keluar dan berdiri depan ratusan pelajar junior lain.

“Ohh ni semua yang kurang ajar dengan aku tadi ye” sambil menunjal dahi kami semua satu demi satu.

Paling aku kesian Si Hafis. Dia dah la lagi kecik dan lagi kurus dari aku. Sekali kena tunjal, terus jatuh terjepuk ke atas rumput

Aku masih blur dan tak faham dekat mana kurang ajarnya. Memang aku perasan Lan Tiger ada masuk jap bilik tu bertanya sesuatu pada rakan lain dalam bilik tu.

Tapi aku abaikan sebab aku rancak berborak dengan Hafis dan Wan.

” Siapa yang kutuk aku dalam bilik tu tadi? aku dengar korang kutuk kutuk, hina aku sambil gelak gelak lepas aku blah dari bilik tu!! baik mengaku!!” Bentak Lan

Aku dan rakan rakan lain terpinga pinga. Sikit pun kami tak mengutuk apatah lagi menghina. Mungkin telinga Lan Tiger ni yang ada masalah.

Suasana jadi hening. Semua tunduk ke bawah. Tiada siapa yang berani nak mengaku. Aku rasakan malam tu cukup panjang.

” Baik. Tak da siapa mengaku. Aku nak korang beratur” kata Lan. Elok je siap beratur, Lan Tiger ambil lajak dalam 10 kaki dan mula flying kick satu demi satu.” Dush!! satu sepakan padu menusuk ke perut aku.

Senaknya tak dapat nak cakap. Aku jatuh tersungkur . Lutut aku bergetar bila cuba bangun semula.

Tatkala aku bangun senior lain yang takda kena mengena pulak sambung terajang dan tumbuk dada aku. Masing masing nak tunjuk belang nak tunjuk samseng bila ramai ramai.

Memang sakit hati aku memikirkannya sebab di pukul tanpa buat apa-apa salah. Aku tak di beri peluang untuk mempertahankan diri. Kalau dapat aku nak ludah muka sekor sekor dan flying kick balik.

Kemudian pelajar lain pulak yang di panggil atas kesalahan lain. Macam biasa, Lan Tiger akan merasmikan acara sesi terajang. Dan pencacai pencacai dia akan tolong backup dan nasi tambah

Setelah peristiwa ni berlaku. Aku makin benci dengan senior aku. Aku kalau boleh tak nak berselisih dengan Lan Tiger and the geng. Aku benci meluat tengok muka dia.

Muka yang tak dapat ku lupakan. Kalau selisih juga aku akan sebut ” kom bang ” aku takkan bagi salam penuh. Aku memang taknak doakan kesejahteraan kau.. Mampos la

Acara roll call ini berlaku beberapa kali bila ada perkara yang senior tak puas hati. Aku tak pasti mana perginya warden asrama ketika ini.

Adakah di pukau atau nyenyak tidur dibuai mimpi. Ataupun warden tau perkara ni, tapi buat buat tak nampak. Wallahualam

Baru baru ni kawan FB share kejayaan Lan Tiger. Beliau rajin buat kerja amal dan ada badan kebajikan sendiri. Ada sesekali masuk TV.

Sungguh baik mana pun dia sekarang, aku masih trauma dan tak dapat move on. Aku sikit pun tak percaya dengan lakonan dan kebaikan beliau.

Bagi aku orang berbuat baik untuk tontonan umum pasti ada agenda sendiri.

Aku tak pasti Lan Tiger akan ingat segala buli raging pukul yang dia pernah buat. Banyak kot. Biarlah Allah tentukan di padang masyar kelak. Aaminn..

Mngsa Buli, Anuar Karim

Reaksi Warganet

Noraziah Hamdan –
Anuar, kalau keluar lagi kisah riak amal jariah dia dekat fb, awak tampal ke 2 2 confession ini di ruang komen. Semoga dia tersiksa roh dan batin. Harap kawan kawan tt yang jadi mngsa dia juga like kan beramai ramai. Screen sh0t awal awal sebelum dia padam. Kemudian upload dekat fb sendiri sambil tu ajak mngsa dia komen sinis beramai ramai.

Nur Amalina –
Buli.. Saya dapat masuk di satu SBP baru (masa tu) di Pantai Timur.. Batch 2006 – 2010.. Saya kena SEKALI SAHAJA tapi memang teruk.

Masa minggu orientasi tingkatan 1.. Atas asbab terlepas kata dan niat hanya bertanya.. Tapi saya dimalukan dan dibahan umum menggunakan point bau badan yang busuk. Memang busuk sikit saya dulu.

Alkisah bila badan agak gemuk, senang peluh. Bukan tak mau mandi tapi baru masuk tempat baru, suasana baru, baru belajar berdikari di asrama bila BELUM CUKUP SEMINGGU kau kena tinggal.. Sekolah di Pantai Timur tapi saya asal dari Utara semenanjung.. Sedih?? Malu?? Marah?? Semua ada cukup rasa menjadi satu..

Apa kesan saya dibahan ini?? Semua kawan takut untuk berkawan atau rapat dengan saya.. Btw, that senior adalah di tingkatan 4, maka saya perlu hadap mereka hingga tingkatan 5.. Dan hingga mereka tingkatan 5 juga lah kawan bahkan junior tak mau rapat dengan saya.

2 tahun ye everyone.. 2 tahun tu lama.. 2 tahun cukup untuk cerita buruk saya tersebar ke seluruh tingkatan lain.. I mean, we are talking about human mouth now ok??

Tapi effect dia sampai ke tingkatan 5, bahkan hingga hari ini sebab saya jadi introvert dan kurang yakin diri.. Rasa serba kurang dan bila ada yang minat, terus saya tangkap suka namatey!!!

Until last 4 years saya decide untuk jadi an independant career woman.. Saya tolak semua orang yang cuba rapat dan tapis pilih semua orang kawan saya..

Btw, the senior jadi antara founder produk “sampah” Malaysia.. Sorry to my friend yang jadi agent and seller produk ni tapi akue takle move on dengan Kak S ni..

Yusnaida Yusof –
Anak saya pernah kena buli dekat asrama. Masa balik weekend tu dia asyik tidur je. Lepas tu dia kata nak tukar sekolah. Kalau tak tukar dia nak berhenti.

So saya bawak dia keluar, slow talk ngan dia. Lama baru dia cakap sambil menangis. Geram betul saya.
Memandangkan dia boy, saya hantar dia ke asrama petang tu dan saya janji lepas ni dia takkan kena buli lagi.

Petang tu jugak selepas hantar dia, saya jumpa warden aspuri. Saya ceritakan semuanya. Dan saya tulis report untuk tindakan pengetua dan warden semua.

Esok tu isnin, guru-guru bermesyuarat. Masih belum dapat keputusan. Tiba tiba malam tu jam 12.50 anak saya call. Dia curi curi bawa hp. Dia kata senior tu baru je kejutkan dia suruh gosok baju. Saya kata jangan buat. Masa tu jugak saya hantar mesej ke warden aspura dan aspuri.

Alhamdulillah ada respon dari ustaz. Malam tu jugak warden melaksanakan tugasnya. Baru boleh selesai masalah. Rupanya ada 8 orang junior F1 yang menjadi bahan buli mereka. Bukan sorang sipembuli.
Mereka ber5. Semua kena buang sekolah.

Syukur alhamdulillah. Anak saya berada di sekolah yang sama sampai habis SPM. Syukur alhamdulillah

Haiyani Mohd Hasyim –
Bila ada confession tentang macam mana confessor menyesal sebab teruknya dia masa sekolah, jadi pembuli, pemukul, orang dekat sini jugak yang duk komen “Berdamailah dgn masa silam”, sedangkan mngsa yang dibuli tak pernah boleh aman dengan masa silam dia.

Macam mana nak aman? Bila orang lain sembang tentang zaman sekolah, diorang kalau boleh nak lari dari tempat orang bersembang tu sebab tak nak ingat terus.

Kalau pembuli, masih boleh gelak gelak bercerita. Bila tulis dekat sini, pun ramai yang bercakap baik baik pujuk2 dengan alasan dia dah insaf. Tapi yang dibuli? Trauma seumur hidup. Jadi paran0id pada anak anak.

Saya bukan mngsa buli. Dari dulu sampai sekarang Alhamdulillah tak pernah pun (sekolah saya dulu rasanya macam takde pun budaya buli). Tapi saya benci betul buli ni. 5 tahun dekat asrama, nak mintak tolong junior pun segan, melainkan kita buat sekali kerja tu dengan diorg. Sebab saya tak suka buat benda yang saya tak suka orang buat dekat saya.

Kadang kadang bila baca komen netizen “Aku dulu habis habis pun suruh junior basuh baju je”, tau tak, benda tu lah yang lead kepada buli yang membawa sampai berbnuh. Sebab sifat manusia, nak jadi lebih hebat (baik atau buruk) dari orang sebelum.

Kita suruh junior basuh dan iron kain. Junior tu bila jadi senior, dia up suruh junior kemaskan almari. Super junior tu bila jadi senior dia up lagi, pukul junior kalau tak betul lipat kain. Dan benda ni bertambah tambah sampai la jadi kes sekarang.

Netizen yang sembang dekat ruangan komentar bersembang macam diorg lah paling suci sebab apa yang diorang buat tu kononnya seciput je. Tapi eeeee benci betul buli buli ni.

Semoga anak anak saya andai diberi rezeki dan jodoh, dijauhkan dari penglibatan buli, terutamanya jadi pembuli. Tak tau nak letak mana muka kalau tau anak anak yang diajar diasuh elok elok, tetiba dekat belakang kita jadi pemukul.

Sumber – Anuar Karim (Bukan nama sebenar) via IIUMC

Leave a Reply

Your email address will not be published.