Foto sekadar hiasan
Isu Boundaries
Salam semua, hari tu saya ada terbaca luahan tentang boundaries, rata rata komen memang kecam teruk, seolah olah confessor tak bersyukur ada ibu yang tolong kemas rumah. Sebenarnya kemas rumah tu bukan isunya.
Ok lah saya cerita dari sudut pandang seorang suami pula ya.
Saya ni ada 6 orang adik beradik, berniaga sendiri. Alhamdulillah yang paling stabil secara financial dan duduk paling dekat dengan keluarga.
Saya pada awalnya tak sedar pun tentang isi boundaries ni. Ye lah, rasa macam bertuah je, dah lah ada anak anak 4 orang yang comel belaka.
Mak ayah saya pula tinggal dekat dengan rumah kami. Saya dan isteri dua dua sama berniaga, jadi tak ada jadual tetap pun masuk kerja pukul berapa. Agak fleksibel.
Isteri saya pulak memang berhenti kerja sebab nak fokus masa untuk anak anak. Jadi kami sama sama berniaga.
Isteri saya ni macam macam benda lah dia buat, cuma orang biasa akan nampak kami ni free je, bawa anak ke sana sini, bercuti. Padahal time kerja kami kerja betul betul.
Saya perasan isu boundaries ni bila isteri macam tak selesa. Dia memang tak cakap, tapi tengok muka dia tau lah ada tak kena. Dia bagitau saya dia jumpa therapist.
Bila disoal dia kata tak ada apa. Rupanya dia banyak cerita kepada therapist tu. Saya memang curious lah kenapa tak cerita dengan saya.
Rupanya dia tak nak bagitau sebab masalahnya ialah isu boundaries dengan keluarga saya!
Isteri saya ni anak tunggal, mak dia pun tinggal jauh daripada kami. Kami di utara, mak dia di selatan. Sesekali kami balik lah.
Isu boundaries ni memang tak nampak apa pun bagi sesetengah orang, tapi penting. Budaya kita ni memang jaga hati orang tu nombor satu kan, jadi semua kena pendam dan hadap sendiri kot.
Contoh isu boundaries yang buat isteri saya tak selesa:
1- Mak ayah saya suka datang rumah kami tak beritahu dulu. Tiba tiba terus bagi salam dan masuk.
Kadang tu sampai setiap hari. Tumpang cuci baju dan keringkn baju. Tak kisah pun guna dryer tapi bagitau dulu nak datang.
2- Bila keluarga saya (adik beradik pun) datang rumah kami, guna dapur dan mesin basuh/ dryer tak tanya dulu pun. Main guna je. Buat macam rumah sendiri pula.
Mereka datang sekali sekala melawat mak. Nak jimat tak sewa hotel, tidur rumah kami.
Tapi tu lah guna barang tak bagitau dulu. Datang rumah pun tak bagitau dulu, lagi sejam nak sampai rupanya nak tidur rumah kami 2 malam. Kelam kabut sediakan bilik.
3- Selalu ada plan tiba tiba. Sebab kami ni tak kerja makan gaji, jadi ajak ke sana sini tak bagitau awal awal. Isteri saya tak selesa dia kena tukar plan dia dan kacau jadual dia.
4- Ha ni memang bad habit keluarga kami. Suka pinjam duit tapi tak ganti. Isteri jenis berjimat, kasut dia pun ada sepasang je. Tapi adik beradik bila minta duit saya bagi je pinjam. Memang tak bayar balik.
Mak ayah pun kadang minta beli barangan elektrik baru. Bukan berkira, tapi kami perlu berjimat juga. Nak bayar gaji pekerja lagi.
Boundaries ni bukan sebab kita berkira atau kedekut, tapi sebab respect. Kita pun jangan buat benda ni pada anak dan keluarga sendiri.
Nampak kecik tak ada hal apa tapi boleh sebabkan orang tertekan juga. Lebih lebih lagi keluarga.
Bagus nak bahagiakan ibu bapa dan keluarga tapi perlu juga fikir suami atau isteri kita. Didiklah keluarga kita tentang hormati orang lain.
Adab dan hormat tu penting.
Korang tak ada ke isu boundaries ni? Kalau tak ada, kena check juga kalau korang yang selalu langgar boundaries orang.
Reaksi Warganet
Nora Noraini –
Aku sejenis yang nak datang rumah mak. Datang je terus. Tak bagi tahu. Nak guna barang barang mak pon guna je. Tak sebut pun nak mintak izin..
Lepas baca coretan ni aku rase aku tak guna pulak, huhu. Tu la orang kata, barang mak ayah anak anak nak guna boleh guna suka hati. Barang anak anak belum tentu mak pak leh guna suka hati juga…
Mas Azura –
Been there before, makan hati jugala saya. Ni masa 1-3yrs kahwin. Saya berkerja, takde maid. Kain kain dapat lipat weekend je, so memang kelam kabut bila ade guest datang last minute. Sib baik Suami saya, nama bukan Sabar cepat mengambil tindakan.
Actually mereka seronok datang rumah kami, pasal kami jenis tak berkira. Siap bukak aircond, pasang movie best best, bagi makan sedap sedap. Hahahha. But saya suka orang datang sebenarnye rumah saya, tapi kene bagitau awal awal. Saya ok..
Amnah Saayah Ismail –
Islam ajar adab ziarah. Kena faham. Kenapa kena beri salam 3 kali. Kenapa kena datang ziarah boleh bermalam max 3 hari. Rumah mak memang rumah anak anak. Rumah anak anak zahirnya patut jadi rumah mak ayah juga. Namun anak ada pasangan dan ahli keluarga. Pasangan yang lain cara didikan dan pembawakan diri.
Rumah orang di kg, ok bagi salam sekali dua kali tiga kali. Kali ketiga dah sampai ke dapur.
Rumah orang bandar/taman. Biasanya datang perlu appointment. Kena datang beritahu. Biasa yang makan gaji atau kerja sendiri ada jadual hidup. Weekend adalah waktu rehat letak kepala tidur, letak kepala tidur.
Datang weekdays harap dielak sangat sangat. Sebab tuan rumah akan keluar kerja dan tinggal rumah kepada tetamu jika datang waktu ini. Pasti tidak selesa dan serba salah dan risau fikir macam macam contohnya adegan panjang tangan.
Elle Kay –
Hmmm…isu boundry ni kena prevent dari awal. Memang la ada yang meroyan, tapi at least kita dah letak penghadang. Bila senyap dan pendam, jadi macam isteri encik la. Memang jalan terbaik jumpa therapist.
Saya hampir jumpa, tapi saya tarik handbrake. 1st, saya suarakan masalah saya. Lepas tu saya ambil tindakan sendiri. Hidup kita, kita yang kawal. Kenalpasti punca masalah, cari jalan untuk tanganinya, pada masa yang sama minta pertolongan dari Allah.
Tapikan…fasa bersedih itulah Allah murahkan rezeki. Kurang di sini, lebih di sana. Cuma antara sabar dan tidak sahaja. Kalau dah sampai limit, ambillah tindakan yang sewajarnya.
Kalau seorang isteri dan ibu tak happy, siapa yang jadi mngsa? ANAK ANAK akan jadi mngsa. Kasihan anak anak. Mereka berhak ada hidup yang gembira tanpa sebarang gangguan emosi.
Sumber – Sabarudin- sabar tapi ambil tindakan (Bukan nama sebenar) via IIUMC