“Aku mngsa di asrama”. Dlm gelap mlm, lunyai kne tibai. 20 thn berlalu, aku haramkan sek asrama ini buat anakku

Foto sekadar hiasan

Aku Mngsa Buli Di MRSM

Aku Anuar (bukan nama sebenar) adalah mngsa buli di MRSM. Tidak pernah ku cerita pada sesiapa kisah ini walaupun pada mak ayah sendiri. Ye lah, sebab zaman dulu mana ada smartphone nak viral viral ni.

Lagi pun aku tak nak mak ayah aku bimbang di kampung. Aku di masukkan ke MRSM untuk belajar dan ubah nasib, bukannya nak cari gaduh dan tunjuk hero.

Kalau tak fikirkan mak ayah, memang aku lawan balik senior aku tu. Tapi memikirkan aku ni anak B40, aku senyapkan sampai sekarang.

Walaupun kisah ni dah berlalu lebih 20 tahun lalu, namun kesannya pada mental dan otak masih kekal segar dalam ingatan. Susahnya aku nak move on.

Korang yang tak pernah kena buli boleh lah cakap “ala move on la, maafkan je la, benda dah lepas kan” tapi betapa pedih dan sakit hati ini hanya Tuhan saja yang tau.

Kesannya pada otak ye!! kecacatan otak ye. Dari luaran memang nampak aku normal, kacak bergaya, tapi dari segi mental memang aku psyico.

Pernah seketika aku di buli ambil air di dewan makan. Mulanya senior aku Rizal panggil suruh ambil air. Rizal ni muka je kacak, namun hati busuk dan kuat membuli.

Malanglah buat wanita wanita di luar sana yang bersuamikan dia.

Ok sambung, dah sampai dekat meja dia, kawan dia si Danial pula minta .

Eh banyak cantikkk… Yang lain pun menyahut “aku pun nak.. aku pun nak”. Kawannya siap pesan lagi “ko jangan buat muka Anwar Karim, ko nak kena pukul ke?” Aku pun blah macam tu je. Aku abaikan pesanan senior lain.

“Satu demi satu aku nak kena layan, ko ingat aku hamba abdi ko ke??!!” bentak hatiku. Elok nya malam tu aku kena panggil. Kena roll call. Senior yang tak dapat air tu terajang aku dalam gelap malam yang pekat.

Terajang beramai ramai ye. Bukan ajak fight one by one. Kalau one by one, sah sah ada pecah muka dan patah rusuk nanti. Aku bekas tali pinggang kuning teakwondo kot

Memang mereka pukul aku tak sampai lebam, tak sampai cacat. Tapi kesan dekat mental aku sangatlah dalam.

Kau bayangkan, di suruh ambil air dalam dewan makan yang ada beratus mata menyaksikan kau di layan macam hamba abdi.

Ini suatu suasana yang memalukan. Lagi lagi awek yang ko minat ada dalam dewan makan tu. Mana ko nak letak muka?

Malam tu pulak di pukul depan kawan kawan. Aku di buat macam bola. Kejap berguling ke sana, kejap di terajang dan berguling ke sini.

Senior lain siap gelak lihat aku di terajang tanpa melawan. Lucu agaknya melihat orang kena pukul

Dan selepas kejadiaan di pukul beramai ramai. Aku jadi lemah dan terpaksa akur dengan kehendak senior bila di suruh buat macam macam. Kadang kadang aku di paksa basuh baju, ada masa aku di suruh cari maggie.

Kalau aku melawan, lagi teruk aku akan kena masa outing di bandar hujung minggu nanti. Kononnya senior tu abang kawasan. Kalau aku melawan, geng geng dia budak luar akan stanby tibai aku dekat luar lebih teruk dari ini.

Akibat Kejadian ini, aku haramkan sekolah asrama ni buat anak aku sebab ph0bianya aku dengan kejadian ini. Aku jadi seorang merendah diri, aku hilang keyakinan, aku takut nak bekerja dalam institusi yang ada senior.

Aku rasa aku loser sangat. Masa depan aku gelap. Aku cuba menonton video video budak slomo 46 untuk hiburkan hati ni.

Hati ni hanya tenang kalau aku dapat jumpa pembuli aku tu one to one dan terajang dekat muka dia depan kawan kawan dia.. Aku nak dia rasa macam aku rasa dulu. Inilah yang tersemat dalam perasaan aku ketika ini

Memang sebelum SPM dulu pembuli ada meminta maaf secara umum kepada junior, namun tak cukup bagi aku. Itu hanya ucapan umum.

Tiada kesan bagiku. Aku nak dia minta maaf secara one to one dengan aku.

Aku nak dia sebut nama aku dan lafazkan perbuatan “meraging” yang telah dia buat dan mengaku kesalahan dia.

Kalau dapat, aku nak sepak muka dia sedas dua baru kira fair and square lah, baru puas hatiku. Baru aku dapat move on.

Aku harap jika ada pembaca yang pernah jadi pembuli tampil dan mengaku kesilapan secara perseorangan. Jumpa depan depan. Itulah langkah paling gentleman.

Aku tak nak banyak, Aku cuma nak lihat kau menitis air mata mengakui kesilapan lampau. Itu pun cukup dah bagi aku.

Mangsa Buli, Anuar Karim

Reaksi Warganet

Daisy Lily –
Yang pelajar perempuan taknak confess ke tahap buli yang korang kena?. Mostly yang berani cerita semuanya lelaki. Kalau ada please confess seperti confessor ini. Biar kami yang tak pernah stay asrama sekolah tahu realiti yang jadi. Biar semua tahu benda yang dianggap remeh boleh beri kesan seumur hidup.

Syima Ul Husna –
Anuar mesti batch SPM 2000 or before tu. Kami pon bila sembang, banyak kes buli dekat hostel yang buat orang trauma..

Sedih susah nak hilang. Paling sedih the boys. Kalau kena memang teruk lah.. Allahu..

Tak cukup kesedaran atau Masa dulu kita semua tak berani?

Nak cerita dekat parents pon senyap sebab zaman kita hanya ada public phone. Tak nak susahkan mak Ayah…

Reality yang pahit untuk ditelan. Semoga dengan kesedaran Makin tinggi gak asasi manusia ni Makin hebat la dikalangan new generation

Panthera Tigera –
Aku ex MRSM student. Memang kerap kena buli masa mula mula masuk asrama dulu. Masa mula mula masuk ke dorm, aku di sambut oleh seorang senior iaitu Mukhriz Mahathir (sekarang Dato’), beliau sebagai ahli Pengakap tolong bawakan beg beg besar, memasangkan cadar dan memunggah barang brang aku dalam locker serta menyusun dengan kemasnya.

Aruwah abah pernah tanya, siapa yang sangat baik hati menolong aku masa mula mula jejak kaki ke asrama tu. Bila aku bagitau beliau adalah anak PM pada masa tu, aruwah ayah sangat terkejut kerana tak menyangka anak seorang PM begitu humble dan sangat beradap serta begitu baik hati.

Masa tu umur aku baru 13 tahun, sebagai orang luar yang belajar di negeri orang memang sangat mencabar sekali. Sering kali di dera mental dah physical oleh pelajar tempatan dan senior. Sebagai anak pesawah padi yang miskin berada pula di kalangan golongan bangsawan (80% ) marhaen (20%) maka bertambah lagi stressnya.

Mujur dari umur 6 tahun aku dah di lasak di sawah padi dan kebun kelapa menjadikan aku turut lasak dan kasar. Aku yg berketurunan Jawa makin menjadi ejekan mereka dengan macam ejekan ‘Jawa Kontrak, Pendatang Haram, Jawa Bangsat, Jawa Busuk, Jawa Merempat’ dan macam macam lagi.

Tetapi aku tidak mengalah dengan keadaan ini, ketika bermain bola di padang, mana mana orang yang pernah membuli aku akan jadi sasaran kekasaran aku. Pastu aku kumpulkan rakan seketurunan aku untuk bersatu menentang mereka.

Malah aku bergabung dengan Student dari Sabah untuk bekerjasama melawan andaikata ada rakan rakan yang kena panggil masuk bilik untuk di belasah. Pernah pukul 1 pagi kami menyerbu satu dorm untuk menarik keluar rakan kami yang dibawak masuk bilik untuk di soalsiasat dan di belasah.

Sejak dari itu kami yg keturunan Jawa dan orang Sabah dah tidak di buli lagi.

Fadzilah Musa –
Bro aku cadangkan kau letak NAMA PENUH pembuli tu sorang sorang dekat confession, buat Part 2 pun takpe.
Sape sape yang penah dibuli kalau nak buat confession sila letak nama penuh pembuli. Apa kerja, jawatan dia sekarang semua

Sebab ada pembuli yang hidup kaya bahagia macam tak pernah buat apa apa sebelum ni.

Sama lah aku pun tak masukkan anak ke asrama gara gara kenangan kena buli. Biarlah tak famous pun pegi sek harian biasa. Asrama ppuan, sekolah agama pun kena ok

Benda ni BUDAYA asrama memang puluhan tahun dah .

Siapa kata budak sekarang lagi jahat buli teruk tak macam dulu, poorahhh mesti yang cakap macam tu kaki pembuli satu ketika dulu. Dia tak rasa dulu punya pun sama teruk beza tak viral je

Akrima Abu Bakar –
Inilah salah satu sebab kenapa aku hantar anak aku belajar ilmu pertahankan diri. Juga ajar dia sifat empati pada orang lain. Semoga dia tidak pernah dibuli dan takkan membuli orang lain..

Tapi kita kena ingat, kejadian buli bukan yang secara fizikal je. Kita pon kadang kadang boleh membuli secara tak sedar dengan perkataan terutama cyberblly. Komen komen yang kasar dan menghina juga mampu menganggu mental dan emosi mngsa..

Jadi beringatlah sentiasa untuk menjauhi kata kata yang melampau setiap kali berkata kata dan meninggalkan komen dekat mana mana. Kalau berdosa dengan Allah, kita boleh bertaubat minta ampun terus pada Allah.

Tapi kalau ada manusia yang terhina dengan perkataan kita, susah nak minta maaf nanti. Sama samalah kita berpesan2..

Sumber – Anuar Karim (Bukan nama sebenar) via IIUMC

Leave a Reply

Your email address will not be published.