Tgh sarat, mertua sruh kje psar mlm. Cr duit sndiri. Kreta aku disruh jual. Aku sabar. Tp bila suami buka mulut, aku terkedu

Foto sekadar hiasan

Useless Housewife

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Terima kasih jika siarkan confession. I am really in pain hingga rasa nak bercerrai. I terasa sangat sangat.

Sebelum kawin dulu aku kerja swasta. Gaji mencecah 4k. Kerja aku ni memerlukan pergerakan fizikal yang lasak.

Badan aku kecik molek saja macam Hannah Delisha tapi aku seorang yang penuh bersemangat. Selalu dipuji bos dan kakitangan.

Tapi lepas kawin, aku mengandung dengan alahan yang teruk, selalu cuti. Hinggakan bila dah nak bersalin, aku diberhentikan kerja.

Company swasta kan, mereka pun perlu jaga periuk nasi mereka, so aku tak salahkan mereka berhentikan aku. Aku anggap saja la takde rezeki aku.

Suami aku kakitangan kerajaan tapi gred rendah saja. Masa aku kerja dulu, mewah la jugak kehidupan kiteorang. So bila aku dah berhenti kerja, kewangan jadi kurang stabil.

Tapi suami aku masih sabar. Masa tu aku dah 8 bulan pregnant, mertua aku selalu desak aku suruh cari kerja cepat cepat.

Aku kata nanti la lepas bersalin sebab aku dah sarat sangat ni. Mertua aku tak puas hati, dia suruh aku berniaga di pasar malam suruh cari duit poket.

Dengan keadaan aku macam ni, tak kesian ke. Lagipun simpanan aku masih ada, aku tak kebulur lah duit anak dia tu.

Hampir tiap kali jumpa dia desak aku suruh kerja. Suami aku yang jenis anak mak tu diam saja mak dia suruh aku macam macam. Ends up aku dah stop pergi rumah mak dia, aku rehat saja dekat rumah hinggalah bersalin.

Masa dalam pantang, masih mak dia desak aku suruh cari kerja cepat cepat. Ingat aku malas sangat. Pdhal mertua aku sendiri pun suri rumah .

Aku iyakan aja.

Habis berpantang rezeki aku, aku dapat kerja area berdekatan. And yes masih kerja lasak seperti dulu. Tu saja bidang aku kan.

Kadang terpaksa tinggal anak sampai malam dekat rumah pengasuh. Suami aku balik kerja pukul 5, tapi dia malas nak jaga anak. Aku geram. Nak suruh aku kerja, tapi jaga anak malas.

Kami selalu gaduh hal ni. At last aku berhenti kerja, cari kerja lain. Aku sayang anak aku, aku rindu anak aku. Aku tak nak anak aku terabai sebab mak ayah masing masing sibuk.

Bila start jadi suri rumah, aku buat online dropship. Tak banyak pun dapat tapi lepas la untuk aku dan anak aku serta bantu suami aku sikit.

Tapi mertua aku masih tak puas hati, suruh aku duduk dengan dia sebab membazir saja menyewa. Dia kata lainlah kalau aku kerja. Oo aku baru tahu, jadi suri rumah tak layak nak duduk selesa.

Suri rumah ni taraf menumpang saja. Suami aku si anak emak tu seolah olah bersetuju.

Its a big no for me. Aku kata takpe biar aku menyewa bilik saja dengan anak aku, ko pergi lah duduk dengan mak ko. Langsung tak tanya pendapat isteri. Mak ko saja selalu betul.

Ends up kami gaduh lagi, tapi tak jadi pindah pun. Rumah mak dia dah ada 3 orang biras aku duduk serumah. Tak serabuk ke weh duduk ramai ramai macam tu. Geram aku.

Start pada tu, aku dah mula tawar hati dekat suami aku. Sebab pendapat mak dia yang utama. Aku ada kereta sendiri yang dah habis bayar, kereta Alza. Suami aku pakai myvi.

Mak dia suruh aku jual kereta aku. Aku kata jual la kereta suami aku, tu kereta aku kan.

Mak dia desak kata nanti anak dia takde kereta, jual kereta Wani (aku) tak pelah sebab Wani tak kerja.

Aku dah macam apakah semua ni. Nak mengajar aku apa ni. So nanti kalau jadi apa apa antara aku dan suami aku, aku takde pape la kan?

Time ni gaduh lagi la aku laki bini. Dia sayang kereta myvi dia, aku pun sayang kereta aku. Dah tu tak payah jual lah kan. Tak de masalah pun kalau tak jual. Aku tak tahu kenapa mertua aku suka campur tangan.

2 tahun kemudian, aku mengandung anak kedua. Aku masa ni dah start jadi ejen barang jualan. Everything going smooth.

Hubungan aku suami isteri pun makin baik walaupun mak dia selalu ada saja idea yang nak merugikan aku. Dah la suruh aku jual burger malam malam sebab tak cukup setakat jadi ejen katanya.

Entahlah mak cik. Aku suruh suami aku yang jual burger sebab tu idea mak dia jugak kan, pandai plak anak dia tak nak, malu.

Aku sampai konfius, memang tanggungjawab aku ke cari duit untuk anak dia? Aku hingga tahap tak redha tak ikhlas cari duit. Sebab mak dia tak pernah bersyukur.

Mak dia selalu masuk campur urusan kami. Suruh aku buat macam macam. Padahal masa tu beribu ribu jugak income aku tapi dia ingat aku menipu. Ye lah berniaga dari rumah saja kan.

Mungkin sebab aku dah tahap merungut, tak ikhlas, tiba tiba produk yang aku jadi ejen tu ada masalah. Viral jugak produk tu masa tu. Pengguna takut nak beli.

Stok yang aku pegang banyak tak habis. Beribu jugak rugi. Aku jadi putus asa, plus masa tu dah nak sampai masa bersalin. So suami aku suruh rehat saja lah dulu.

Masa bersalin anak kedua, MCO 1.0 bru start. Semua orang work from home. Masa tu aku macam hilang arah. Tak tahu nak berniaga apa.

Aku tak nak kerja ofis dah sebab aku sayang nak tinggal anak aku dekat pengasuh, lebih lebih lagi musim c0vid macam ni. Macam macam jugak aku jadi dropship tudung, baju.

Tapi tu la lambakan produk di marketplace, persaingan sengit, so untung aku biasa biasa saja. Tak laku sangat. Kadang kadang untung RM300 saja sebulan, tu pun yang paling banyak.

Aku masa tu belum ada keberanian nak keluarkan modal berniaga, sebab masih trauma dengan kerugian sebelum ni.

Bila income tak banyak. Aku dah rasa macam useless, putus asa. Aku stop berniaga, aku fokus dekat anak anak dan rumah tangga semata mata.

Mula mula aku ingatkan suami aku tak kisah. Baru baru ni kami bergaduh besar, suami aku luah semua. Dia ungkit semua. Dia kata dia penat cari duit sorang. Selalu tak cukup.

Dia ajak duduk rumah mak dia, dan suruh aku cari kerja. Hantar anak dekat pengasuh. Ya Allah, aku kecewa.

Rupa rupanya selama ni aku beban pada suami aku. Aku terasa. Banyak lagi yang dia hambur dekat aku. Kenapa aku rasa dia tak sayang aku sebenarnya.

Dia lagi suka dengar pendapat mak dia. Dia kata hidup mati dia bukan sebab nak tanggung aku dan anak semata mata.

Aku rasa useless. Macam ni rupanya bila kita takde apa apa. Bukan orang luar saja yang pandang rendah, suami sendiri pun akan downgrade kita.

Kawan kawan aku yang jadi suri rumah, tapi nampak bahgia sebab suami dia pentingkan dia. Wallahi aku terasa sangat.

Aku rasa nak bercerrai. Sungguh aku nak bercerrai. Aku nekad nanti kalau dah dapat kerja bagus, aku akan tinggalkan dia. Dia tak layak jadi suami dan bapa.

Dia layak jadi anak mak celah ketiak mak.

Aku sangat terasa. Dah sebulan berlalu, aku pun dah tidur asing, aku tak bercakap. Aku dah tawar hati. Aku dah tak cintakan dia.

Aku harap nanti hak penjagaan anak anak dapat dekat aku.

Reaksi Warganet

Rina Rahamat –
Memang tak layak jadi suami dan bapa. Panas pula hati baca. Nak nak part dia cakap hidup dia bukan semata mata nak tanggung hidup awak dan anak.

Apooo. Anak tu kan anak dia amendelahh. Tak ready nak kahwin jangan kahwin. Hidup jer membujang sampai tua.

Cik Athiqah –
Bila suami dah luahkan yang puan ni ibarat beban pada dia.. Dan dia sendiri kata yang hidup dia bukan nak tanggung puan dan anak anak puan je.

Rasanya puan pun tahu apa jawapan netizen kan??. Puan tahu drive. Puan dah biasa bekerja. Selama ni hidup tanpa suami elok je.

Buat apa kita nak terus jadi “beban” pada suami yang tak tahu yang apa dia buat selama ni ialah tanggungjawab dia sebagai suami dan bapa.

Ikut hati saya ni macam macam perkataan saya nak keluarkan. Saya amat bersetuju dengan kehendak hati puan tu.

Cuma nak beritahu hantar anak ke pengasuh pun cara terbaik tapi terbaik jika puan survive alone bersama anak anaklah, huhu.

Ingat.. happy mom happy children..

AR Korube –
Mentua hang ni, aku tak tahu la. Agaknya spesis bela anak supaya kahwin dengan orang yang boleh senangkn hidup dia kowt.

Aku macam ni memang tak hormat lagi dah. Aku jadi savage. Alang alang nak cerrai, biar gaduh kaw kaw sampai sembelit laki kau.

Kalau kau tak biasa gaduh meh aku ajar, listkan semua benda yang kau nak marah, sebut kuat kuat depan cermin. Ulang2 smpai kau boleh terus masuk rapping contest.

Sekali lagi kau gaduh, kau go down ala ala soyeon dalam unpretty. Rambut ikat, jangan pkai kain batik, baju pun biar senang kepak.

Ingat kalo dia tampar kau, jangan nangis, cepat cepat kau bangun balik. Ingat 4 tempat nak aim ni hidung, bawah dagu, tengah solar plexus, angry bird. Jangan pkai penumbuk, tak lut. Pkai lutut, siku atau kepala.

No going back bebeh. Make sure gaduh time anak takdak dekat rumah, n jiran tetangga dah balik keje. Good luck, I’m rooting for you.

Qaisara Aishah –
1. Cari kerja baru

2. Pindah bilik sewa/umah sewa yang murah murah

3. File borang cerrai atas alasan tak bagi nafkah, mertua masuk campur, suami anggap isteri beban, tak nak tanggung isteri dan anak anak. Dalam pernyataan tuntutan minta hak hadhanah atas nama sis.

4. Hadhanah memang pada ibu. Nafkah anak bapa wajib beri. Bila sis ada pendapatan lagi kuat hadhanah pada sis + general rulenya adalah hadhanah pada ibu.

Hadhanah ada hieraki lepas ibu, mak ibu (nenek anak belah mak). Hadhanah akan pindah selain ibu jika ibu dalam penjara, giila etc.

Tp since sis sihat, normal, mampu kerja hadhanah still pada sis. Cuma jika bekerja, kalau husband nak lawan minta anak, sis lebih kuat di situ sebab ada pendapatan sendiri.

Bila cerrai minta nafkah anak 1k sebulan. Rm500 each untuk 1anak. Actually rm500 tu tak cukup sebab rm500 tu untuk bayar pengasuh je bile sis keje. Lainla sis wfh jadi ejen, jual bekpes, burger etc.

Papepon cepat cepat blah daripada mertua dan laki t0xic gitu. Jangan buat anak lagi dengan laki yang tak boleh jaga dan sayang u seadanga.

Laki budiman takkan biar isterinya makan hati dibuli mertua. Laki budiman tahu tanggungjawab nafkah anak, bini, jaga anak, kerja rumah bukan tahu sedap buat anak je tapi anak taknak jaga.

Follow your heart. U deserve better.

Sumber – Useless (Bukan nama sebenar) via IIUMC

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *