Teruk ayah dipkul adik, mak diludah dimakinya. Aku nk rembat, ayah hlg. Aku doa biar nyawanya ditarik saje

Foto sekadar hiasan

Penat Jaga Pesakit Mental

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Semoga semua yang membaca ni baik baik saja.

Aku tak ada tempat nak bercerita, maka aku ambil keputusan untuk post di sini. Perit pendam rasa sendirian.

Bukan aku yang sakit. Adik aku. Dah 3 tahun Dr. sahkan dia hidap penyakit psik0sis. Aku sendiri tak faham in-depth penyakit ni berpunca dari apa, macam mana nak handle.

Penat wallahi kami penat. Memang kami semua terkesan mentally dan physically. Boleh kata hari hari bergaduh sesama anak anak atau ibubapa.

Mula mula biasalah nk bincangkan solusi untuk adik aku ni, akhir perbincangan mesti penutupnya dengan bertekak.

Ada waktu waktu nya memang kami anak beranak makan penumbuk penampar adik aku ni. Kau bayangkan tengah tidur dia datang tumbuk perut aku. Tak memasal berbirat tulang rusuk aku.

Bila disuruh makan ubat, dia mengeras tak mahu. Kena maki sebakul. Katanya dia tak sakit, untuk apa makan ubat? Makan ludah tu selalu.

Aku student degree belajar online di rumah, semester depan baru balik ke kolej. Persekitaran dekat rumah memang tak memudahkan proses pembelajaran aku. Sampai satu tahap aku nak give up segalanya.

Ikutkan hati aku nak blah saja dari rumah tu, pergi sewa rumah dekat mana mana, buat part time sambil belajar. Tapi tak sampai hati tinggalkan mak ayah aku hadap benda ni sendiri.

Sebabkan aku paling lasak (walaupun aku perempuan) dalam adik beradik aku. Maka aku lah yang tolong bapak aku bergelut bawak dia pergi bilik air kalau dia tak mandi hampir seminggu.

Aku yang bergumpal pegang dia waktu dia nak terjun balkoni (aku duduk apartment).

Aku jugak lah yang paling selalu kena tumbuk pukul dengan budak sakit ni.

Tu baru aku, adik aku yang masih sekolah? Emosi terjejas teruk. Dorang lagi teruk melenting daripada aku.

Aku tak blame dorang. Memang susah budak tingkatan 1 nak faham situasi ni. Rumah yang sepatutnya jadi tempat untuk dia membesar dengan selamat, berantakan.

Merata dah tempat kami pergi berubat. Perubatan modern. Perubatan Islam. Ruqyah. Hospital. Duit habis banyak dah tapi satu pun tak nampak berhasil.

Pergi bawa ke rawatan islam, ruqyah, bagi air. Repeat. Pergi ke hospital. Dr kurung dia dekat wad. Bagi ubat. Repeat. Balik rumah, dia mengamuk, kena pukul tanpa sebab, pecahkan barang dalam rumah, repeat.

Rasa macam aku terperangkap dalam time loop. Diulang ulang proses yang sama. Berulang juga rasa kecewa. Rasa takut. Nak hidup dalam rumah ni pun rasa tak selamat.

Entahlah. Sampai satu tahap aku doa dekat tuhan, supaya tarik jelah nyawa adik aku ni, jangan dia susahkan mak ayah aku lagi. Memang kejam tapi aku rasa kalau dia tak ada itu yang terbaik.

Mungkin ada yang tertanya, mana parents aku? Tak main peranan ke anak anak kena pukul macam tu?

Bapak aku pun dia belasah teruk teruk. Mak aku dia ludah maki. Tapi tak pernah parents aku pukul dia balik, punyalah sabar.

Aku? Aku bukan penyabar. Lagi lagi bila tengok adik sendiri pukul maki mak bapak.

Memang aku get ready nak rembat dia dengan helmet. Tapi ayah aku halang.

Dia kata ‘biarkan dia pukul ayah. Tak apa. Tapi kau jangan pukul dia.’

Mak aku selalu pesan

‘Marah boleh tapi jangan benci’.

Dulu aku pegang lah kata kata mak ayah aku ni tapi tah bila lama lama hidup dengan violence macam ni. Aku tak boleh.

Aku sedar bahawasanya penyakit ni dia tak minta, tapi dalam masa yang sama aku tak boleh sabar.

There’s nothing but pain for the past years.

Kalau ada makian ke cadangan ke tulis saja. Aku baca. Terima kasih.

Sekian.

Reaksi Warganet

Nur Hidayah Abu Bakar –
Adik saya schiz0phrenia. Diagn0sis dia mesti schiz0phrenia with psych0sis kan?

Memang perlukan ubat dan kesabaran. Jika dia agresif sebegitu, memang saya sangat sarankan, hantar lah ke pusat penjagaan.

Ada yang jaga pesakit begini. Memang jaga ubat mereka, bawak appt hospital semua. Tapi of course la perlukan duit.

Itu sahajalah beberapa pilihan yang ada yang mempunya pro and cons. Meletak pesakit mental di pusat jagaan tidak kejam ya. Ia bukan sahaja membantu mereka berada dalam komuniti dan bersocial, anda sekeluarga pun akan rasa tenang.

Selain dari itu, boleh juga hire orang untuk datang dan fokus jaga dia. Untuk bagi ubat dan sebagainya.

Lyna Hazril –
Mak saya mengidap schiz0phrenia. Umur dah 61 tahun. Masa muda dia, rumah kedua dia hospital tanjung rambutan.

Cuma bila dia masuk umur 50 tahun baru dia ada kesedaran kena makan ubat setiap masa.

Sekarang dia dah tinggal dengan saya. Doc tak bagi dia duduk sorang sorang biar dia ada aktiviti. Ubat tak boleh putus..

Bila dah mula berfikir perkara negetif, ubat penenang 2 biji sekali makan pun tak berkesan. Dia akan risau lebih dari itu..

Contoh kalau mak tak dapat tel adik 1 hari, dia akan tanya dekat saya berkali kali kenape adik tak jawap fon mak. Setiap saat dia akan mintak saya call adik.

Adik ni anak kesayangan mak. Stiap hari adik wajib call mak. Kalau tak call mula lah dia buat drama cerita yang bukan bukan. Saya selalu minta dia baca zikir, ingat ALLAH…

Anna Kirana –
Anak saya slow learner and di diagn0sis as psik0sis. Masa mula kena tu tak tau. Tapi ada ciri vi0lence jugak.

Jenuh berubat islamic sana sini baik kejap and start balik. Umur dia 19yrs. Finally rujuk ke psiaktri dan mulakan ubatan. Kurang sikit tapi tak baik terus. Suka mengamuk, bertindak ganas, merapu meraban.

Lastly kami berubat dengan sorang pak cik tu. Dia kata ada benda yang nk ikut (berubat awal tu pun diberitau gitu) Alhamdulilah lepas berubat dengan dia bertambah baik.

Anak bole lihat benda benda halus sebab dia anak istimewa, kadang benda tu kacau dia sebab tu dia amuk dan marah. Dia bole nampak benda/hantu.

Sbb tu bila pegi kedai makan dia gelisah dan tend to marah marah sebab benda tu kacau dia. Kena pastikan ubat makan hari hari sebab tu akan buat dorang bertenang.

Memang kena banyak bersabar. Mudahan Allah permudahkan urusan TT.

Lin Umifatin –
Cerita sis ni buat saya sedar, betapa susahnya nak capai syurga Allah.

Semua kesusahan yang sis ceritakan tu yakin lah Allah ada. Sentiasa ada di sebalik ujian tu. Baru kita tak lose hope, tak tau nak luah dekat sape.

Kalau sis rasa beban ni berat sangat, cuba selami perasaan parent sis, berganda perasaan tak tertanggung. Dengan kudrat yang semakin lemah.

Niatkanlah pahala kesabarn sis ni untuk kedua ibu bapa sis. Dan semoga kalian dapqt ganjaran syurga tertinggi menanti jika terus sabar. Stay kuat ye sis

Sumber – Ara (Bukan nama sebenar) via IIUMC

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *