“Bila ayah kawin lg”. Pelik, ayah kejap2 hilang. Mak pendam je. Ayah sedap2 tmbh bini, kami pula terabai

Foto sekadar hiasan

Perspektif Anak Daripada Keluarga P0ligami

Assalamualaikum dan Hi semua. Macam dalam tajuk tu. Marila aku cerita pengalaman aku di mana ayah kawin lain. Selalunya kerap baca keluhan isteri yang dimadukan. Ni cerita anak pula.

So, ayah aku kawin lain masa umur aku darjah 2. Masa aku kecik, aku selalu tertanya mana la bapak aku. Kejap ada kejap tak ada dah macam biskut chipsmore, hahaha.

Bila mak aku explain yang hari yang dia tak ada dekat rumah ialah turn dia dekat rumah bini kedua. Mula nya aku tak kesah sebab kecik lagi apa la nak faham sangat.

Tapi bila dah masuk 10 tahun, aku dah terkesan dengan ayah tiada dekat rumah selalu. Kadang kadang jealous pula tengok ayah kawan kawan selalu ada dekat rumah 24/7.

Kat situ, aku sudah mula rasa bercampur campur perasaan. Sampai satu tahap aku fikir apa point dia kawin lain kalau family yang ada ni pun dia tak mampu nak jaga dan luangkan masa?

Tak cukup ke dengan ada nya kami. Kami tak pernah minta apa apa selain daripada kasih sayang seorang bapa. Satu family tak cukup ke?

Bila tengok mak sedih, anak anak pun akan turut bersedih juga. Yela sebab isteri mana yang sanggup dimadukan. Kita pun tak suka tengok mak kita sedih. Sebab tu aku sayang sangat mak aku sebab dia kuat.

Bila isteri kedua sakit ke apa, mak yang bantu. Pernah satu hari mak nangis. Maybe sebab dia sedih orang yang sayang dia sanggup madukan dia dan ada isteri yang lain.

Sebab tu, aku faham sangat keluhan isteri yang di madukan. Sebab bila isteri dimadukan, benda pertama yang dia fikir apa perasaan anak anak nnti. Kalau dapat suami yang adil pun itu kira luck tapi tipu la kalau tak terkesan langsung.

Sebab, anak membesar perlukan kasih sayang dan perhatian dari ibu bapa. Kalau salah satu asyik tiada, dekat mana lagi nak dapat?

Bila baca komen dekat online yang cakap kan suami boleh kawin 4 sebab mampu dan boleh di sisi Islam. Memang betul tapi tu kan bukan satu kewajipan.

Sunah boleh buat tapi benda yang wajib pun tak dapat dipenuhi. Kalau mampu dan berduit kenapa tak spend that money and time on us saja?

Kenapa kena kawin lain. Kami ni pun tak dapat kasih sayang sepenuhnya jadi kenapa tak boleh fokus kepada yang satu. Kami adik beradik pun sedih dah la mak dimadukan lepastu semua rasa terabai.

Apa salahnya dengan ada kami saja dan ada satu ibu. Apa yang kurang? Kenapa kami kena lalui semua ni.

So, nasihat saya sebelum nak kawin lain pastikan semua kehendak dan keperluan family dijaga dahulu. Bukan dari segi duit tapi emosi terutamanya.

Duit boleh dicari tapi emosi anak anak? Kena la fikir. Nak kawin lain kena la fikir apa perasaan isteri kita dan anak anak terutamanya.

Memang boleh janji berlaku adil dekat isteri tapi dekat anak? Boleh janji ke akan selalu balik rumah, selalu ada. Ni nak spend time dengan bapak pun macam kena amik appointment dulu.

Sedih juga la sebab bapak kita tak exclusive untuk kita saja. So sebelum ada harapan nak kawin lain tu, jangan fikir kebahagiaan diri sendiri. Sebab anak anak pun ada hak untuk untuk bahagia juga.

P/s: mak dah cerrai dengan abah bcs she know her worth and deserve to be happy with or without a man. We love her and adore her so much. Love you mama! You are the bravest and strongest people ive ever known

Reaksi Warganet

Ez Ezan –
Kebanyakkan Rakan rakan hasil anak p0ligami si lelaki. Sama ada dari isteri pertama atau dua. Mereka kata perkahwinan itu sangat menakutkan untuk mereka. Baik anak lelaki atau perempuan. Selebihnya adalah rahsia. Mereka yang alami memendam dari segi emosi. kesian pada anak anak. Kalau ada 10 orang pasangan p0ligami. hanya 1/10 sahaja yang benar benar ikuti syarat p0ligami dalam islam. Itu belum bab nafkah. Hmm

Wulan Merindu –
Saya pernah join group p0ligami. Saja nak meluaskan ilmu rumahtangga, huhuhu.. Ada sorang tu tanya masalah anak yang makin jauh dengan dia lepas dia berkahwin lagi. Anak tu kecil lagi dalam 3, 4 tahun. Anak sekecil tu pada saya memang sangat perlukan perhatian ayah.

Macam anak saya kalau bapak dia balik kerja siap tutup pintu. Tak bagi saya join main masak sama sama. Sebab bapak dia hari hari balik kerja dah malam. Sejam pun cukupla sehari. Luangkan masa untuk dia saja. Kakak ngan mama pun tak boleh join

Panjang pulak pusing cerita, sambung balik..ok, bila orang tu tanya soklan tu saya terkejut betapa selfish nya kebanyakan bapak bapak dalam tu. Diorang salahkan ibu (isteri pertama) menghasut anak sekecil tu. Sebab katanya budak sekecik tu tatau apa apa.

Apa diorang ingat budak budak tu bodoh sangat ke takde perasaan. Nampak sangat tau mengandungkan bini je tapi tak spend time dengan anak. Ada pulak yang kata jangan pedulikan, beras kan kita beli.

Esok kalau dah tua jangan terkejutla kalau anak tak berapa peduli

Sal Salmiah Nawi –
Hanya anak yang membesar dalam environment p0ligami jer faham perasaan itu. To be precise anak isteri pertama. To quote my late father when he was old and sick ” siapa nak kawin 2 tu mari tanya ambo dulu lah…susah”…

Then dia mula memuji muji his ex which is my aruwah mum who decided to divorce after all anak anak dia dah besar and boleh jaga diri sendiri. Sudah tiba masanya utk dia penting kan kebahagiaan dia pulak.

Which is dia enjoy her Hari tua with anak menantu dan cucu cucu tanpa perlu jaga orang yang memang tak pernah jaga hati dia ketika muda dan kuat dulu.

We anak anak p0ligami memang nampak struggle isteri yang terperangkap dan tak nampak jalan keluar especially housewife yang takde income sendiri. Bila anak dah besar baru berani cari jalan keluar.

Stefan Nikolai –
Saya pun anak berenvironment po0ligami juga. Mak isteri pertama. Saya lahir lahir je ayah memang dah beristeri dua. Masa kanak kanak saya tak faham sangat. Malah saya seronok bila ayah pergi rumah Makde (isteri kedua) sebab rasa bebas ayah takde dekat rumah.

Kalau ayah ada kat rumah mesti kami satu family dipaksa solat berjemaah hehe. Tak suka betul kena paksa gitu. Sebab terlepas cerita The Bionic Woman kat tv, hehe. Bodoh kan saya..ye la kekanak lagi kan. Tapi untuk family saya, saya tak sakit hati pun ayah berp0ligami sebab macam saya cakap tadi la, lahir lahir dah gitu. Aruwah ayah pulak sangat adil dan bertanggungjawab.

Saya adik beradik se’mak’ se’pak’ dan adik beradik belah sana pun ramai yg masuk universiti. Dua dua mak suri rumah je.

Dan saya kemudiannya turut diberi madu oleh bekas suami. Tetapi malang teramat malang keadaannya jauh berbeza dengan p0ligami yang aruwah ayah amalkan. Nak cerita panjang 1000 muka surat pun tak habis. Berpisah adalah jalan terbaik (saya tuntut fasakh sebab suami tak pernah beri nafkah).

Kini, saya hidup bahagia, aman damai. Dengar cerita ex saya pun dah 3 bininya, huhu. Rajin betul diorang sara biawak hidup.

Saya fokus pada anak anak yang sentiasa menyokong saya dan juga fokus pada kerjaya saya.

Maknanya di sini, saya dah rasa dua situasi poligami. Ada yang bagus, ada yang tidak.

Sumber – Ultraman (Bukan nama sebenar) via IIUMC

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *