Part 2: Kursus Asas Komando. Bila JL buka kilang, hbs semua tkut. Telinga kebas di kokak mcm btg tebu

Foto sekadar hiasan

Kursus Asas Komando II

Assalamualaikum dan salam sejahtera pembaca IIUM Confessions yang dimuliakan. Terima kasih Admin menyiarkan tulisan aku sebelum ini. Semoga bermanfaat kepada yang membacanya.

Part 1: Klik link dibawah

“Kursus Asas Komando”. Hari plg ditakuti tiba. Sejak itu, bila dengar Shazli laungkan azan, kami akan trauma

Aku tak pandai menulis, hanya sekadar mahu berkongsi pengalaman yang sedikit ini untuk melepaskan rindu kepada kursus dan kawan kawan seperjuangan.

Sebelum meneruskan penulisan ini, suka untuk aku terangkan sekali lagi yang beberapa perkara dalam tulisan ini terpaksa dengan sengaja berbeza dengan fakta sebenar,

Ianya bagi menjaga kerahsiaan dan mengelak salah fahaman terutama latihan asas komando yang sebenarnya sangat tidak mampu diterima akal oleh manusia normal.

Oleh yang demikian, teknik latihan dan beberapa perkara telah aku pesongkan faktanya dengan sengaja bagi mengelak ditiru orang awam dan disalah ertikan.

Ku ambil rumput di ladang

Ku jadikan penyamaran

Rupa elok bertukar menjadi garang

Agar tak dapat dikesan

Bergerak..

Bertempur..

Komando pantang undur..

Biarpun peluru datang bertabur

Itu hanya peluru kapur..

Stap Zul

Dalam ramai ramai JL (jurulatih), ada seorang ni memang aku paling benci dan takut. Namanya Zul.

Semua JL berpangkat Staf Sarjan ke bawah dipanggil Staf oleh pelatih dan Zul berpangkat Korpral. Orangnya hitam manis, mukanya bagai tiada Nur dan rambutnya jarang, keriting dan misai ibarat tiang lampu tak siap.

Masa peringkat pemanasan, kami pernah terserempak dengan Stap Zul di pasar malam bersama anak perempuannya. Ya Allah, bezanya.

Anaknya bukan main comel. Rambut hitam keperangan, kulitnya gebu. Jauh beza dengan muka Stap Zul. Dengar kata isteri Stap Zul bekas model. Entah tangkal apa dia pakai.

Stap Zul manusia yang paling aku dan kawan kawan benci dalam basic. Aku tak tahu bila masa dia balik rumah sebabnya setiap malam dia akan ke tapak basic untuk melayan pelatih.

Stap Zul terlalu sayangkan pelatih sehinggakan dia akan tidur di tapak latihan bersama JL yang lain sambil “bergurau senda” dengan kami sampai subuh.

Setiap kali Stap Zul datang, malam itu jangan harap boleh tidur. Ada saja akal bijaksana yang dia rancang. Pantang jumpa benda pelik depan mata, itulah yang akan hinggap di badan komando.

Isteri Stap Zul dikhabarkan sedang sarat mengandung, aku naik hairan kenapalah dia tak bercuti panjang persediaan menyambut anaknya tetapi dia setia menemani pelatih setiap masa termasuk hujung minggu. Workaholic betul.

Pernah aku dan kawan kawan yang tak tahan dengan gurauan (dibaca azab siksaan) Stap Zul mendoakan yang bukan bukan terjadi ke atas anaknya. Nauzubillah. Masa tu memang hati tengah hangat. Geram Allah saja tahu.

Takda satu pun jari yang tak bengkak kalau Stap Zul duty. Parut X Men di belakang badan masih segar gara gara Stap Zul. Dengar bunyi motor Kawasaki dia tu saja buatkan kami satu skuad menyumpah seranah (dalam hati)… .Apalah nasib aku lepas ni….

Sebelum majlis penutup kursus dan pemakaian beret, Stap Zul masih datang ke tapak latihan namun langsung tidak disentuhnya kami.

Katanya, “masa korang dah habis…aku nak kacau adik baru pulak..”

Habis kursus, aku beberapa kali keluar mengeteh dengan Stap Zul. Masih trauma bila tangan dia letak atas bahu aku sambil ketawa.

Tapi Alhamdulillah kami jadi kawan sekarang. Stap Zul juga dah pencen dan sibuk dengan kehidupan sebagai pesara. Kebencian sudah hilang yang ada sekarang ukhwah yang indah.

***

“Askar…!”

“Stap..”

“Askar..”

“Stap..”

Askar..”

“Stap..!”

“Slow saja aku panggil…suara mana..?” Jerit JL. Apa yang aku hairan, semua JL macam orang pekak badak. Kita jerit menyahut berkali kali pun dia tak dengar..

“Ha..yang muka bujur sireh ni.. mari… hang orang mana?” Jerkah Stap Rusli

“Kedah stap..”

“Eh, Kedah kampong aku. Kedah tang mana..”

“Akaq Pelughuu stap..”

“Cil4ka komando…berani orang Kedah mai basic. Aku sorang ja orang Kedah boleh jadi Komando, faham?”

“Faham stap..”

Zasss…kena seliang rotan dibelakang badan. Mengalir air mata jantan seketika. Apa dosa aku? Jujur mengaku orang Kedah pun salah.

Dalam basic, kau mengaku lah orang apa pun, semua salah.

“Kamu urang mana?” Tanya Stap Jamain

“Sabah stap!”

“Uinaa.. Sabah di mana kau jo?”

“Tambunan stap!”

“P4lui…tiada lagi urang Sabah lulus basic selagi aku jadi JL, faham?”

“Faham stap!”

“Ok…nyanyi lagu Aku anak kampong kuli kuli sahaja satuu…”

And repeat. Begitulah soalan seterusnya sampai Abang Jamil mampus. Dan jangan pelik kalau JL yang asalnya Johor tapi kecek Kelate mengaku asal Tumpat, boleh madah Sarawak mengaku orang Melanau asal Serian dan bertukar tukar ikut suka selera dia saja.

Akhirnya..yang salah… pelatih jugak.

Walaupun kita sebagai pelatih tak faham, jawapan faham adalah kemestian walaupun sebenarnya kita tak faham apa sebenarnya yang JL nak.

Ikhtiar Hidup/ Survival

Setiap peringkat pelatih perlu melalui latihan ikhtiar hidup. Di hutan kami dibekalkan parang dan tombak untuk mencari makanan. JL mengajar mengenal tumbuhan hutan. Yang boleh dan tak boleh di makan. Masa diajar, otak menerawang entah ke mana. Terlelap usah kira.

Aku tak hafal pun nama nama tumbuhan yang ada. Satunya sebab aku orang bandar, banyak yang aku tak tahu. Kalau tanya serai tahu lah aku. Serai hutan mana aku kenal. Jap nak google..

Satu pagi, kami dilepaskan untuk mencari makanan. Kami meredah hutan untuk mencari buah atau binatang yang boleh di makan.

Teman aku Balok, menjerit..”Babi..!”

“Kejar! Kejar!” Yang lain menyahut. Seekor babi hutan sedang sedang badannya berada di hadapan kami. Kacak rupanya. Tanpa membuang masa, dikejarnya babi hutan yang bertaring tu. Terliur. Masing masing kelaparan. Tak lalu nak telan umbut dan buah sawit saja sepanjang hari.

Setahu aku babi hutan kejar orang. Tapi dalam situasi tu kami mengejar babi. Bertempiaran babi lari membabi buta. Pace 2 mungkin.

Melepas rezeki kami pagi tu. Dasar Khinzir. Pakat menyumpah belaka.

Satu yang aku tak sangka bila masuk basic, tiba waktu solat JL akan membunyikan signal dan dari jauh kami dikehendaki balik untuk solat.

Alhamdulillah sepanjang kursus solat diutamakan. Biarpun JL ada yang bukan Islam tapi cukup masa solat, JL akan ingatkan untuk solat.

Tukar pakaian bersih. Culas solat akan mendapat habuan. Masa solat, pelatih bukan Islam akan menjaga keselamatan pelatih yang lain.

Stand two.

Konsep ditangkap salah, tak tangkap tak salah.

Oleh kerana mencuri merupakan satu kesalahan dan boleh dihukum mandatori, teknik dan skill mencuri tetap perlu dalam basic.

Pengalaman jahiliah mencuri masa remaja di Pasaraya Warta aku aplikasikan dalam basic. Aku mengendap khemah JL dan bila ketiadaan JL atau leka, susu tin, Wahi, sarsarapila kordial dan roti akan menjadi mangsa.

Wahi ni rasa macam milo tapi bukan milo. Macam Ovaltine tapi bukan Ovaltine.

Selalunya aku buat kerja sorang diri. Dan makanan tu akan dikongsi dengan beberapa teman terdekat. Tak boleh kongsi dengan semua sebabnya pernah sekali aku panggil yang lain untuk makan, kantoi pulak dengan JL. Jadinya terpaksa makan secara sorok sorok.

Dan kadang kami foods dump di lokasi rahsia. Tapi bila aku patah balik nak makan, dah licin habis. Tak tinggal langsung dekat orang belakang. Kebuluran tahap tinggi.

Jali – pelatih paling slow kerapkali tak dapat makan yang dicuri. Kesian aku dengan Jali. Masalahnya Jali ni lembap. Orang suruh makan dia heboh layan mengantuk.

Jadi bila tak makan, dia tak ada tenaga nak buat aktiviti. Kami terpaksa jaga Jali ni. Kalau dia slow, kami pun akan dapat habuan.

Satu pagi, aku curi roti untuk Jali. Dan disebabkan masih tak cukup, Jali cuba untuk curi sendiri. Malangnya kedapatan oleh Stap Zul. Seharian Jali ditanam dalam pasir. Banyak lagi Jali kena belajar.

Tapi sekarang Jali bukan Jali yang dulu. Pernah buat misi PBB ke Lubnan dan tamatkan kursus pelipat payung terjun. Bab terjun payung ni memang makanan Jali sekarang. Tapi skill mencuri Jali aku rasa masih lagi tahap noob.

Buddy basic dan jatuh sakit

Semasa berkursus, jarang aku sakit. Setakat sakit kena lanyak tu normal. Demam atau selsema memang payah. Alhamdulillah. Mungkin juga sebab pelatih dibekalkan dengan vitamin dan ubatan medan.

Setiap hari staf medic akan periksa tahap kesihatan. Tapi satu hari disebabkan sejuk melampau dan duduk dalam hujan, aku demam.

Menggigil sepanjang hari. Dalam basic aku ada buddy. Namanya Soleh. Soleh memang buddy terbaik. Dia usahakan untuk aku makan dan settle kan kerja yang sepatutnya aku buat. Soleh juga selalu nasihat kan aku.

Katanya, ” semua ni ibarat angin lalu saja. Satu hari nanti semua ni akan habis. Datang dengan harapan.. pulang dengan kejayaan..”

Kuat semangat Soleh. Mana tak nya, abang nya komando, ayahnya bekas komando dan adik beradik majoriti uniform. Kadang ada masanya aku akan down juga bila dilanyak.

Waktu yang paling ditakuti ialah bila JL buka kilang. Telinga ni macam tak rasa apa dah. Kebas di kokak JL tanpa belas kesian macam gigit batang tebu.

Pernah sekali bila dah tamat kursus, aku tertidur di depan ruang tamu rumah ketika cuti. Anak buah aku buat bising. Punyalah geram, aku bangun, gigit telinga dia kuat kuat. Terkedu dia. Rasakan.

Sampai sekarang anak buah aku tu trauma kalau jumpa aku. Pastu akan pegang pegang telinga dia.. hehe.

Soleh sekarang bergelar JL. Penuh kursus dan ilmu di dada. Melatih untuk terlatih dan tiada hari tanpa latihan. Aku takan pernah lupakan jasa Soleh. Terima kasih buddy..

***

Masa pemanasan aku pernah teman Soleh hantar Snack Plate KFC untuk aweknya yang bekerja di kedai Topup. Jenuh teman dia mengayat awek. Lama betul. Tak putus asa. Untung teman sebab dapat juga topup RM5. Sekarang dah berkahwin dan beranak 2. Komando pun jiwang karat juga.

Selepas basic, persahabatan kami masih akrab dan berpisah disebabkan tuntutan kerja. Pernah sekali kami sedang usha sorang awek. Dan kebetulan awek tu balas balik pandangan aku sambil senyum, Soleh dengan sengaja pegang tangan aku.

Terus awek tu blah macam tu saja. Melepas. Cilak4k Soleh.

Stap Penyu

Mendengar namanya saja buatkan kita tahu asal mana orang ni. Orangnya serius tetapi kalau dia duty, memang pelatih akan tenang. Boleh curi masa tidur dan relaks. Tak kacau langsung.

Dan sesekali Stap Penyu akan seludup rkok bagi pada kami. Harga medan perang tapi boleh lah melepaskan gian.

Janji berasap. Stap Penyu ni kalau duty, dia akan duduk dalam hammock sepanjang hari. Kami lega gila kalau tahu dia duty hari tu. Heaven bak kata orang Perak.

Disangka orang Borneo

Dalam basic ada pelbagai bangsa khasnya Bumiputera Sabah Sarawak. Oleh sebab muka aku yang selalu disalah tafsir sebagai orang sebelah Borneo, aku selalu kena join kalau JL kebosanan dipaksa menari tarian ngajat atau mengalai.

Hentam sajalah janji JL happy. Nak kena lanyak ke menari? Pilih.

Dalam basic, pelatih wajib hafal lagu sebagai signature. Kalau JL suruh menyanyi, maka nyanyilah apapun lagu untuk hiburan masa lapang. Untung yang suara sedap, berulang kali JL akan suruh nyanyi. Sepp..

Antara lagu yang aku selalu bawak ialah lagu Akulah Kekasihmu oleh AXL. Selesai menyanyi, hinggap seliang rotan.

Sumbang katanya. “Next!”kata JL. Kalau sedap dah tentu aku level level Haqiem Rusli sekarang ni.

Itulah serba sedikit pengalaman buat tatapan setakat ni. Anak menangis di sebelah. Terpaksa simpan yang lain buat sementara waktu. Walaupun aku beli beras, di tempat kerja akulah komando tapi di rumah isteri lebih komando dari aku…hehe

Jeritan isteri suruh basuh berak anak lebih menggerunkan daripada suara JL.

InshaAllah aku akan sambung sekiranya berkelapangan. Sekali lagi, catatan ini hanyalah kenangan suka duka aku untuk perkongsian kepada sahabat sekalian. Tersalah fakta harap dimaafkan.

Assalamualaikm w.b.t.

Reaksi Warganet

Ruhaiza Shamsuddin –
Saja nak cakap. Dulu dekat 1 kem ni la kan nunnnnn di bumi kenyalang, mak bonda ikut suami posting.

Si fulan ni komando tau. Dia mental a.k.a stress dengar bebelan isteri dia sampai dia buat perkara pelik (jangan tanya apa tapi geng askar mesti tau pasal ni).

Tapi betul tau, garang mana askar, mesti kalah dengan bini. Contoh terbaik laki sendiri. Haha

Norizan Mamat –
Salam, Best best. Sambung lagi yer. Makcik suka baca. Makcik dulu ROTU sekerat jalan. Masa latihan, pernah dibawa melawat tempat komando dipakaikan / tauliah beret tu.

Ada yang menangis, agaknya tentu syahdu.

Kurus kering botak botak semua mereka. Masa tu makcik baru umur 18 tahun kut. Muda belia lagi. Nampak abang komando ni, rasa teruja la. Komando jer mungkin rasa nak muntah tengok makcik, haha.

Dah makcik pun macam mereka, hitam gelap rupa mungkin nampak gigi jer. Hihi

Apa pun, cerita tentang latihan menembak, kawad, dok dalam hutan dan sebagainya tetap indah.

Kawan kawan makcik ramai yang jadi askar. Ada yang pangkat tinggi dah.

Eh… Komando dengan askar tu satu spisis la kan ? Huhu

Nor Fauziah AR –
Best confession ni. Jadi siapa la yang pertikai pasal solat bila tengok latihan komando, yang penuh becak, kotor, makan apa saja(darurat sebab survival) dah boleh senyap.. Solat pasti ditekankan.

Ini negara orang Islam. Latihan tu untuk torture mental fizikal, sebab andai kata perang terjadi, itu jugak la kena hadap.

Tapi paling suka part isteri lagi komando… Kihkihkih.. Yezza….

Sumber – Abdullah (Bukan nama sebenar) via IIUMC

Leave a Reply

Your email address will not be published.