Saat menikah, aku mula benci anak tiri. Tiap kali mandi ajak ayahnya tgk. Duduk nk beriba. Dia nafas ditepi pun aku benci

Foto sekadar hiasan

Benci Anak Tiri

Assalamualaikum dan salam sejahtera..

Aku baru kahwin dua tahun. Kahwin dengan duda (cerrai) anak satu. Anak suami aku lelaki, sekarang 6 tahun dan hak jagaan anak jatuh pada dia atas sebab sebab tertentu.

3 tahun lepas masa aku kenal suami, dia memang cakap pada aku yang dia duda dan selalu cerita tentang anak dia.

Aku jatuh cinta pada suami semuanya sebab aku nampak betapa dia sayangkan anak dia.

Aku mula nak kenal suami masa tu sebab anak dia. Dia selalu tunjuk gambar dan aku rasa aku jatuh hati. Lagipun masa tu budak tu baru 2 tahun lebih, masih comel dan belum tahu apa apa.

Sebelum aku kahwin, keluarga mertua pun sangat baik dengan aku. Maksud aku, SANGAT SANGAT BAIK.

Selalu masakkan macam macam untuk aku, kalau aku singgah ke rumah mereka, siap offer tidur rumah dan sekatil dengan kakak ipar aku yang masih bujang. Terasa macam sangat disayangi.

Tapi tu bukan issue aku. Issue mertua ni hal lain. Aku nak cerita tentang anak tiri aku yang aku tak boleh tengok sekarang ni. Benci aku pada dia meluap luap.

Kalau ikutkan hati memang aku nak ketuk ketuk, nak tumbuk tumbuk nak sepak sepak. Memang sangat benci!

Kebencian aku bermula betul betul disaat aku menikah. Masa aku bersanding, family dia tinggalkan anak tu dengan kami yang tengah bersanding dan layan tetamu sebelah keluarga aku. Memang sakit hati.

Malam pertama kami masih berdua tapi malam kedua sampai sekarang, terus mereka tinggalkan anak tu dengan aku.

Tak bagi ruang aku berdua duaan dengan suami langsung padahal selama ni elok saja budak tu duduk dengn mereka sampai tak mahu berenggang. Atas alasan, kesian dia nanti terasa ayahnya dah ada orang baru.

Kemudian pada awal perkahwinan kami, kami menetap di rumah mertua di ibu kota sementara aku dan suami dapat rumah di Nilai.

Bayangkan setiap hari berulang alik dari KL ke Nilai. Masa tu anak tu dah mula tadika dan aku selalu dimarahi oleh mertua sebab katanya aku terlalu pentingkan pelajaran gara gara aku suka tanyakan pasal kerja rumah dan tegas bila ajar dia buat kerja rumah.

Sedangkan orang lain semua ikutkan saja kemahuan budak tu kalau tak mahu buat kerja rumah dengan macam macam alasan.

Masa tu aku juga selalu cuba bagi dia main messy play sebab dia sangat pembersih, kurang sensory skill. Aku biar dia main tepung, main tanah tapi juga dimarahi.

Suami pulak ikutkan saja family dia. Makanya aku berundur. Apa aku nak buat dekat dia semua salah di mata orang lain.

Termasuklah cuba stop pakaikan dia lampin (anak umur dah 5 tahun) dan minum botol susu. Anak tu juga tak suka makan nasi, buah atau sayur, cuma makan pizza dan fries. Aku memang sakit hati sebab aku tak boleh paksa atau marah dia langsung.

Dan lama kelamaan, aku jadi semakin benci dengan budak tu sebab aku tak boleh buat dia macam anak aku.

Aku tahu aku belum ada pengalaman tapi aku yakin budak umur 5 tahun tak perlu pakai lampin atau gonggong botol susu. Apa lagi tidur asing dengan kami…

Sehinggalah sampai aku akhirnya berpindah ke rumah sendiri. Aku perlahan lahan ajar anak tu untuk tidur sendiri, tak pakai lampin dan tak minum susu dalam botol.

Alhamdulillah beberapa bulan latih, dia berjaya tapi suami aku selalu hantar dia ke rumah mertua jadi dia tetap dapat minum botol susu dan lampin bila hujung minggu. Aku memang sangat geram!

Boleh dikatakan setiap minggu suami akan hantar dia ke rumah mertua. Aku 50-50. Happy budak tu tak ada depan mata aku dan menyampah juga nak kena menghadap mertua bila hantar atau ambil, dan apatah lagi bila anak tu dimanjakan macam anak raja.

Setiap apa yang dia nak, nenek atuk beli. Semua dia nak makan walaupun aiskrim tengah malam, dia akan dapat.

Suami aku faham dan dia pun kadang kadang marah. Tapi aku tak tahu kenapa suami aku tak pernah nak pukul, jentik pun tidak.

Pernah masa anak tu ada hari sukan di sekolah, aku dan keluarga aku dari Perlis datang dan tengok dia. Keluarga mertua langsung tak datang dan budak tu buat perangai tak mahu bersukan sampai cikgu pun tak boleh buat apa.

Suami aku masih lagi peluk peluk dan usap kepala dia untuk pujuk. Kalau aku, aku akan balik dan biar dia berdikari di sekolah sebab ibu bapa bukan perlu terlibat.

Setiap kali suami marah kepada anak, hati aku memang rasa sangat puas.

Tapi dalam masa yang sama aku tahu benda yang sama akan terjadi lagi sebab anak tu pun dah tahu bila dia kena marah, sekejap lagi ayah akan okay dengan dia. Cuma aku saja yang pernah berkasar dengan dia.

Aku pun tak berani nak kasar sangat takut dia mengadu pada atuk nenek dia. Tapi ada sekali aku jentik telinga dia sebab aku tanya soalan banyak kali, kemudian aku terus bagitahu suami aku supaya tak ada salah faham.

Aku lebih banyak jauhkan diri aku dari dia. Bila dia ada dirumah, aku banyak habiskan masa aku dalam bilik. Aku makan pun dalam bilik.

Bila aku masak, aku sediakan semua kemudian masuk bilik. Sebab aku benci nak hadap budak tu. Tak suka tengok dia makan, tak suka dengar suara dia.

Dia bernafas tepi aku pun aku benci. Aku lebih sayangkan anak anak buah aku. Mungkin sebab ni Allah belum bagi aku anak sendiri. Tapi aku tak mahu anak aku manja macam budak tu dan perangai macam tu.

Setiap kali mandi nak kena ayahnya tengok, setiap kali duduk nak kena riba. Takut pada semua benda. Cikgu pun selalu complaint perangai dia tak boleh nak bawa bincang. Suka ikut mood sendiri dan tantrum. Menyakitkan hati!

Aku bertahan dengan budak tu sebab aku sayangkan suami aku saja. Tapi aku benci sangat dengan anak tiri aku.

Dan setiap kali budak tu buat perangai, aku akan rasa marah sampai tak mahu cakap dengan suami aku sebab suami aku masih berlembut dan boleh gelak ketawa dengan anak dia lepas tu.

Kadang kadang suami akan ignore saja aku sebab dia ingat aku yang moody. Padahal aku geram dekat anak dia.

Aku saja ke yang jahat? Aku sorang saja ke yang hati busuk??? Aku selalu doakan dia mti supaya aku boleh berdua duaan dengan suami aku tanpa fikirkan dia.

Hati aku hancur bila suami rindukan anak dia bila anak dia takda. Dan hati aku lebih hancur bila aku fikir kalau kami berdua lemas, siapa yang suami akan selamatkan dulu. Mesti lah anak dia. Bencinya aku.

Reaksi Warganet

Norlaila Mohd Din –
Saya rasa ni issue anak tiri umur 5 tahun dengan ibu tiri umur 6 tahun. Kita kena fikirkan program mendewasa kan ibu tiri yang terperangkap dalam tubuh orang dewasa.

Kesian si ibu tiri tu, dia takkan bahagia dengan pemikiran level 6 tahun tu. Dia kan perempuan yang lemah. Sesiapa tahu ada kursus mematangkan tu boleh cadang dekat sini… Hmm

Zakiah Said –
Untuk mak tiri tu, saya pon mak tiri jugak pada 2 orang anak lelaki dan seorang anak pompuan.

Anak anak tiri saya lebih anggap macam kawan kawan baik. Geng bersembang, geng gosip. Geng shopping. Dwh 14tahun saya lalui hidup sebagai mak tiri.

Awak ni saya tengok sebagai mak tiri yang sangat sangat jahat. Awak cemburu dengan dia kan. Awak cemburu bila suami awak usap usap kepala dia. Nampak sayang dia lebih. Manjakan dia.

Terima le hakikat awak atau saya yang jadi pendatang dalam family macam ni. Jangan kita rampas kasih sayang anak dan bapa.

Zayani Zikriah –
Nak garang dengan budak tu ok je sebab budak budak kena ada satu figure yang dorang takut supaya tak pijak kepala tapi sampai nak benci, doa budak tu mati kau yang bermasalah.

Yang atuk nenek pun agaklah 5 tahun masih biar budak tu berlampin bagai.

Dah buy 1 free 1 ni kenalah terima natijahnya. Dah kau tertarik pun dengan sifat bapa yang penyayang dia kan.

Fathiyah Jasmi –
Urusan pendidikan anak anak kena bincang sama sama dengan suami. Tak boleh ada perbezaan, nanti anak keliru.

Nak ikut cara ibu atau ayah dan anak boleh baca dan beza yang mana paling selamat untuk dia bila kedua dua ibu bapa berbeza cara didikan.

Akak ni ibu tiri kepada 3 orang anak tiri. Selalu akak sebut dekat mereka, akak ni ibu ganti bukan ibu tiri supaya tak ada gap antara kami.

Anak yang kecil akak jaga juga dari kecil lagi. Bukan tak ada masalah dengan anak tiri ni, tapi kembali pada Allah bila anak buat perangai.

Anak tiri atau anak sendiri akan ikut acuan yang kita bentuk. Andai ada masalah dalam cara didikan, bincang dengan suami.

Akak sendiri pernah cakap dengan suami, urusan didikan anak anak bukan di tangan abang saja, saya juga bertanggungjawab. Saya juga berhak menegur atau marah sekiranya ada yang tak kena. Supaya sekepala dalam didikan.

Macam ada pengkomen diatas, mungkin anak tu ada ciri ciri autism….ok, bawak lah pi Chek… Anak ibarat kain putih kita yang mencorakkannya. Kalau hati sendiri dok benci dan meluat, lagi Allah akan uji sehingga puan sedar diri…

Jane Ysn –
Ramainya yang kecam confessor. Pada saya dia bukannya benci budak tu betul betul tapi dia benci hasil yang dibentuk oleh family budak tu.

Okay apa confessor nak didik dia, stimulate sensory dia, nak ajar diaper free dan toilet train dia. Korang ni memang rasa okay ke untuk seorang budak 5 tahun pakai diapers dan minum susu dalam botol??

Haritu ada viral mak minta bantuan diapers untuk anak dia 5 tahun netizen kata mak dia malas. Ni mak dia rajin punnnn kena kecam jugak

Sumber – Mak tiri (Bukan nama sebenar) via IIUMC

Apa pula kata anda?. Jangan lupa kongsikan di ruangan komen ya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *