Penangan ‘main syiling’ di asrama. Diseru pelajar lain, tp Aysar yg kena. Sblm rebah, Aysar bgtahu sesuatu pd ustaz

Foto sekadar hiasan

Spirit of The Coin Is Real

Assalamualaikum dan salam sejahtera pembaca sekalian. Saya sekadar berkongsi kisah benar yang berlaku pada anak saya sendiri di asrama semalam (30.11.2021).

Sebelum diteruskan, anak anak saya dikurniakan deria keenam sejak dari kecil. Seorang dinampakkan ‘mereka’ yang baik baik. Manakala seorang lagi dinampakkan ‘mereka’ yang menakutkan.

Hingga kini, saya tidak pasti siapa lelaki yang sentiasa mendampingi dan menjaga anak saya Aysar (bukan nama sebenar) walau di mana dia berada.

Kisahnya, seminggu sebelom masuk ke asrama, anak saya didatangi mimpi lelaki tua yang sama, berbisik dan berpesan ‘hati hati’. Anak saya terjaga, anak saya buka mata, lelaki tua tersebut ada depan mata dan hilang.

Kemudian sehari sebelum masuk asrama, dalam perjalanan ke kampung (Aysar belajar di kolej yang terletak di kampung saya), sekali lagi ada sesuatu berbisik di dalam kereta pada Aysar, ‘hati hati’.

Sesampai di rumah mak saya, lelaki tua itu muncul lagi, hanya memerhati dari jauh. Dan Aysar kata, sekali lagi dia terdengar bisikan ‘hati hati’. Tapi saya kata diamkan, dan dengar sahaja. Aysar menurut.

Mari kita mulakan…

Dari yang diceritakan anak saya dan cikgu anak saya. Saya satukan.

Mereka semua tengah dalam bengkel. Tiba tiba ada sorang budak perempuan menjerit macam kena histeria dari kelas lain.

Tiba tiba Aysar pening. Macam terlelap.. Lama lama Aysar nampak ada benda tengah mencangkong dalam bilik air. Tak nampak muka. Dan no 7 (tak tau apa kaitan no 7).

Aysar call nenek. Nenek kata cuba buat tak peduli dan azan. Aysar cuba sekali azan. Terasa berat. Sangat berat.

Yang berpakaian serba putih bersilih ganti dengan yang berpakaian buruk dan rupa yang hodoh, muncul.. badan terasa amat berat. Aysar berhenti.

Cuba azan kali kedua, semakin berat. Semakin banyak yang menakutkan datang dari pelbagai arah.

Aysar semakin takut. Terus duduk di lantai, peluk kaki yang dirapat ke dada, dan genggam hp yang dipegang dari tadi sekuat hati.

Satu badan menggigil ketakutan. (Cikgu kata ketakutan yang amat sangat), berpeluh menahan takut yang sukar digambarkan. Terlalu berat dan sangat rasanya. Terlalu sakit. Dan Aysar keras kan badan.

Aysar rebah.

Masa ni, cikgu ceritakan pada saya, apa berlaku pada anak saya.

Sebelum rebah, Aysar ada bagitau ustaz di mana benda tu berada. Tingkat berapa, toilet yang mana dan pintu nombor berapa, juga no 7 yang tak diketahui maksudnya. Memang betul ada di sana.

Kemudian Aysar rebah. Dibawa kawan kawan dan cikgu ke rumah ustaz.

Untuk elakkan dari berjangkit ke kawan kawan lain. Ustaz memulakan rawatan.

Dalam masa yang sama, ustaz yang rapat dengan keluarga kami, sejak dulu lagi, bantu dari luar asrama. Aysar dah dianggap macam anak sendiri. Lama juga.. semasa sedang dipulihkan, ustaz di asrama menguis nguis bahu dan kaki.

Aysar sedar dan dia kata nak muntah. Cuba tapi tiada apa yang keluar. Cuba lagi. Hingga longlai. Aysar diberi air dan rehat.

Rupanya benda tu diseru. Diseru pelajar lain yang bermain spirit of the coin. Pelajar dari dorm lain. Allahuakhbar.. natijahnya pelajar lain yang terkena.

Malam tu, majlis bacaan Yaasin diadakan di surau asrama. Kata ustaz benda tu mengamuk dan marah, kerana memanggil yang di luar masuk ke dalam kawasan asrama.

Oh ya.. ada 2 pelajar perempuan lain yang histeria, dan dihantar balik.

Manakala Aysar sentiasa ditemani kawan kawan lain dan ustaz yang merawat Aysar. Hingga kini, kata Aysar badan terasa letih. Penat sangat, sakit semua badan.

Nasihat saya pada anak anak lain yang duduk di asrama. Tolonglah… kami ibu bapa risau jika berlaku apa apa pada anak kami.

Jangan sesekali bermain dengan spirit of the coin atau sebarang permainan yang memuja muja. Saya ada tanya pada Aysar, adakah dia turut sama bermain permainan tersebut.

Katanya tidak. Kawan kawan lain juga mengatakan tidak. Cikgu juga kata anak anak yang bermain telah dipanggil dan saksikan apa natijahnya pada kawan kawan lain. Mereka juga mengatakan Aysar tidak terlibat.

Mohon doakan anak saya kuat, kembali sihat (sekarang demam) dan mampu menyelesaikan peperiksaan yang bakal dihadapi minggu depan.

Saya ada berhubung dengan anak saya tu. Katanya ibu jangan risau, dia kuat.

Cuma terkejut itu kali pertama rasa terlalu takut. Saya juga ingin bertanya pendapat jika ada sesiapa yang berpengalaman seperti saya, anak anak yang terbuka hijabnya.

Siapakah lelaki tua, tinggi, berjubah putih, berjanggut panjang putih, bertongkat, bercahaya dan tidak nampak muka itu. Adakah sesuatu yang diberi atau didatangi sendiri.

Saya yakin, hal ini berpunca dari masjid yang kami singgah pada hari jumaat semasa Aysar berusia kurang setahun. Wallahualam.

Terima kasih admin kerasa siarkan. Moga jadi pengajaran.

Reaksi Warganet

CPangaok Zaman –
Kitaorang dulu pernah main zaman sekolah menengah, duduk asrama. Time study malam. Kerja rumah dah habis so kami 4 orang main benda ni.

Tak brapa nak ingat siapa kawan yang main tapi yang saya ingat yang huruf yang coin tu tunjuk. Masa mula gerak tu semua pakat tuduh masing masing yang gerak kan coin tu.

Pas tu part kita tanya crush untuk salah seorang kawan kot masa tu, kita tanya la siapa nama orang tu. Sekali coin tu tunjuk H pas tu A, semua pun start pikir siapa ada nama start huruf H.

Pas tu coin tu gi N, pas tu gi T, last U…ambik ko, semua menjerit tangan terlepas dari coin tu. Punya la kitaorg takut…

Kami yang kristian berdoa cara agama kami, kawan yang Islam baca segala doa ikut agama Islam. Pas tu cepat cepat gi tanam coin tu.
Tu first dan last main. Tak ingat ada ke tak orang histeria masa tu..

Jasmine Awiera –
Semasa saya bersekolah menengah tahun 80an, kami tinggal di asrama tapi bersekolah di sebuah sekolah terkenal yang letak bersebelahan dengan hutan simpan.

Masa tu kami sekolah petang. Waktu rehat, saya dan beberapa kawan asrama berkumpul atas tangga dan main permainan ni. Masa tu, permainan ni memang boleh kata rata rata budak sekolah main.

Nak jadi kes, masa kami main.. ok je tapi bila kawan si N punya giliran, loceng rehat berbunyi. Jadi untuk tamatkan permainan si N kena pujuk ” roh” tersebut balik ke bulatan “home”.

Entah macamne sampai semua murid murid lain masuk kelas, tetap si N tak berjaya pujuk Dan akhirnya si N seolah olah orang hilang ingatan kerana keluar game tersebut gitu aje. Dipujuk masuk kelas, tak berjaya.

Salah seorang kwn kami panggil ustzah dan bila ustazah minta N mengucap, sampai ke sudah si N gagal.

Bermula Dr hari tersebut, si N jadi seperti hilang ingatan.. Bila setiap kali masuk waktu Azan, si N akan mengamuk. Akhirnya si N dibawa balik berubat dikmpungnya.

Masa tu umur kami 14 tahun. Dan sekarang saya dah berumur 53 tahun. Namun saya tetap ingat dengan jelas peristiwa tersebut.

Aqilah Rauk –
Teringat zaman sekolah menengah dlu, dalam 2007/08. Time waktu pembelajaran dalam kelas, tiba2 classmate pengsan dan bangun meracau racau.

Tiba tiba sorang lagi tiba2 pergi hujung kelas duduk mencangkung dan tersengih. Selang berapa minit lepas tu ada budak kelas lain berlari lari mengilai di koridor kelas.

Tiba tiba ada announcements semua murid diminta berkumpul di dataran perhimpunan dan murid yang terkena histeria dibawa ke surau (tak pasti berapa orang, tapi lebih dari 5 orang la, sebab boleh dikatakan semua floor ada yang kena. Sekolah ada 4 tingkat).

Satu sekolah diminta untuk membaca yassin di dataran dan tiba tiba ada sorang murid bangun dan berlari naik ke tingkat 2 sambil menjerit jerit (ada ustaz dan murid senior kejar dan bawa ke surau)

Ada sorg lagi tiba tiba bangun dan nak cekik ustaz yang sedang mengetuai bacaan yassin tersebut. Ada sekumpulan pelajar dan ustaz naik ke tiap tiap tingkat untuk azankan setiap penjuru.

Waktu tu baru pkul 10 or 11 pagi. Semua pelajar diminta pulang kerumah. Sebab nak pggil ustaz untuk pagarkan sekolah dan buang jin yang ada.

Then esoknya pengetua cakap ada murid main spirit of the coin dekat dewan pagi kejadian tu. Dan pengetua minta ambil sebagai pengajaran untuk tak main lagi benda benda tu.

Semua murid yang terkena histeria tu Alhamdulillah semua baik baik sahaja sekarang. Sekian.

Ahmad Tajuddin –
Bissmillah. Sy cuma bgtau mengikut apa yang saya perna lalui. Bawaklah anak puan beruqyah.

Tapi perlu ingat. Yang ruqyah sekali tidak terus sembuh. Mesti kena ruqyah berkali kali dan kuatkan amal. insha Allah. Semoga Allah beri kesembuhan.

Begitulah kakak saya dulu sampai tahap teruk. Macam macam benda yang dilihat. Dari jin Islam dan kafir, dari jiwa manusia yang hidup dan mati.

Dulu, hampir setiap malam saya bersiap siaga menjaga kakak dan berdepan dengannya. Sakit dan parahnya sakit yang kakak saya hadap sampai jin boleh menguasai seluruh tubuhnya.

Sampai tahap dia tidak sedar yang dia sedang memegang pisau, gunting dan benda benda tajam yang lain. Benda ni semua mencedarakan dirinya. Bila sedar, maka barulah dia merasa sakit di peha akibat ditoreh pisau, cucuk dan sebagainya.

Saya terpaksa Sorok semua benda benda tajam dari parang sampai gunting sekolah anak buah. Hampir setiap malam jugaa dia keluar rumah dengan rambut yang panjang mengurai. Berjalan ke jurang dengan tidak sedarkan diri.

Macam mana saya tahu? Sebab semuanya saya nampak dengan mata kepala sendiri. Hampir jam 12 saya akan datang kerumahnya hampir setiap malam. Benda benda tu juga mencedarakan diri saya. Itu belum termasuk saka dari keturunan Jawa sebelah ibu.

Nasihat saya lagi, jangan mudah percaya apa yang di lihat sebabb jin boleh merubah bentuk. Jin baik atau buruk lebih baik di abaikan tapi jangan sampai mencela mereka jika tidak mengganggu. Wallahualam.

Tetaplah pagar diri dengan amalan amalan dan jangan cuma berharap dari ustaz yang merawat. Usaha sndiri jugaa. Alhamdulillah. Skrg kakak pulih dan tidak mudah di rasuk lagi. Soal dengan mata yang melihat benda halus juga kurang.

Doakan, semoga kakak saya sembuh sepenuhnya ya. Terima kasih juga pada ustaz yang banyak membantu. Moga Allah memudahkan urusan dunia dan akhirat kita.

Sumber – Ibu Aysar (Bukan nama sebenar) via IIUMC

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *