Keluarga di kg ikat perut. Tp abg dan isteri mewah berbelanje, mkn sedap2. Diam2 iblis mula berbisik

Foto sekadar hiasan

Anak Sulung Lelaki

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Hi, Aku nak meluah sikit dan sambil tu nak bertanya.

Sebelum tu aku perkenalkan diri, aku Hana (27) satu satunya perempuan dalam adik beradik. Ada seorang abang dan 4 lagi adik lelaki. Paling kecil masih bersekolah rendah.

Abang aku ni dulu pernah buat hal. Keluar dari rumah, tinggalkan keluarga dan pergi kepada awek dia (sekarang dah jadi bini). Jadi tinggal lah aku terkontang kanting jadi anak sulung menguruskan adik adik dan ibu abah.

Selang beberapa tahun, drama air mata pun keluar. Abang aku ni dah balik ke pangkuan family. Minta maaf dan sebagainya pada hari raya.

Datang dengan seorang anak. Ibu abah dah ada cucu lah kiranya. Awal dulu perkahwinan mereka berdua ni tiada satu pun ahli keluarga abang yang hadir.

Jadi aku ni memang benci dengan dia sebab banyak benda aku dah korbankan. Sampai aku perlu bekerja 3 pekerjaan dalam satu hari nak tampung diri sendiri dan adik adik. Tak nak menyusahkan ibu abah.

Bila dia datang dan cakap menyesal apa semua, slow slow kami sekeluarga ni cuba nak terima dia dan isteri anak. Kami layan baik baik.

Tahun demi tahun berlalu, makin lama dia makin tak ‘check’ keadaan keluarga. Oh sebelum tu, aku duduk di KL sebab bekerja dan menyewa di sini.

Alhamdulillah aku dah habis degree dan dapat pekerjaan yang stabil. Abang dan family pun ada di KL cuma di daerah berbeza. Ibu, Abah dan adik adik ada di negeri lain.

Ibu Abah hanya mengusahakan restoran makanan. Hanya aku yang kerap bertanya khabar. Kerap menghulur duit bulanan.

Aku tak berkira semua tu. Tapi perasaan marah dan benci tu mula timbul balik bila aku tanya ibu (masa tu PKP dan kedai makan tak boleh beroperasi kecuali takeaway)

“Abang ada bagi duit belanja tak?”. Dia kata tak ada. Sebab abang kata kewangan tengah sesak sikit. Abang minta maaf tak dapat bagi.

Jadi barang keperluan atau hutang yang perlu dibayar ibu minta pada aku. Gaji aku 6 bulan kena potong 50% aku beritahu ibu tapi aku tak berkira nak bagi.

Walaupun aku tengah kumpul duit nak kahwin. Aku ikat perut nak bagi duit pada keluarga. Satu satunya duit simpanan aku 5k aku bagi pada Ibu Abah sebab masa tu ada emergency dan mereka perlukan duit. Aku mengaku bisikan syaiitan tak lari.

Kadang kadang timbul perasaan “asyik aku je, kenapa bukan abang?” nauzubillah. Aku minta doakan aku supaya takkan terlintas lagi perkataan ni.

Aku pun cuba faham. Abang ada keluarga jadi dia kena sara juga.

Tapi husnuzon aku tak lama lah, aku nampak diorang laki bini mula tayang kehidupan di media social. Makan sedap sedap. BELI MOTOR BESAR dan siap pergi konvoi dengan hobi tu. Wah, aku si adik ni duduk menyewa bilik dan ikat perut.

Sepanjang lockdown ke PKP ke apa ke, tak pernah sekali pun dia bertanya khabar aku. Aku sihat ke hidup lagi ke cukup makan ke. Walhal jarak rumah aku dengan dia cuma 30minit. Cuma perlu rentas daerah. Kami ada group whatsapp family.

Setiap kali ibu atau abah ada kongsikan apa apa atau adik adik berborak dalam chat tu, abang dan isteri cuma baca je tak respon.

Sampaikan ibu ada beritahu abah ada drah tinggi, tak boleh buat kerja berat. Bila penat, abah semput. Puuuunn dia tak ada nak call atau bertanyakan khabar. Aku jadi marah betul.

Lagi aku angin bila kadang kadang ibu abah masih nak menangkan dia. Dulu sebelum rentas negeri masih tak dibenarkan, abang ada call ibu. Sedih kononnya rindu family rindu semua.

Ibu kata tak apalah nanti border dah buka boleh balik kampung. Once bukak je border, aku orang pertama yang balik.

Nak jenguk family, rindu. Abang aku? Muncul tidak, call tidak, whatsapp lagi lahh tidak. Ibu ada tanya kalau dia free sebab ibu nak ajak dia keluar. Ibu nak turun KL. Tahu abang cakap apa?

“Alamak sorry bu, tarikh tu abang tak free. Abang dah booking homestay untuk pergi bercuti dengan family di Langkawi”

Aku bising dekat ibu. Ibu kata tak apalah, dia dah plan awal dengan family dia. Boleh plan pergi holiday dengan family tapi tak boleh plan nak jumpa ibu abah yang tak berapa sihat tu?

Yang aku lagi pelik. Hidup dia ni macam berkat je. Senanggggg je aku tengok kehidupan sekeluarga.

Yang aku ni pulak macam susah. Itu tak kena ini tak kena. Sampaikan tunang aku yang tolong financial family aku sampai ada lah dalam 8k. Itupun tunang aku tak dihargai. Dilayan seperti orang luar. Sedih aku.

Sekarang ni bila aku tengah planning nak kahwin, ibu abah berat betul nak membantu. Sedangkan aku tak minta sesen pun. Kos semua aku dan tunang uruskan.

Macam macam alasan timbul sampai majlis aku dah tertunda tunda. Bila aku nak buat ikut budget sendiri, boleh pula ibu dan abah tak setuju.

Macam macam diorang nak tambah. Disebabkan ni majlis pertama family dan aku satu satunya anak perempuan, jadi semuanya nak dibuat.

Pening kepala aku. Kadang kadang aku rasa anak yang depan mata ni langsung tak dihargai. Anak yang buang family pula diangkat tinggi.

Aku belikan baju untuk satu family. Aku cakap abang pandai pandai lah cari. Tahu ibu cakap apa? Ibu siap nak sponsor baju abang dan family dia. Sakit hati tuhan je tahu.

Bukan ke anak lelaki ni tanggungjawab atas ibu bapa tak putus meskipun dah berkahwin?

Bagus kau utamakan bini dan anak anak. Tapi syurga kau bukan bawah tapi kaki ibu ke? Mana keprihatinan kau terhadap keluarga sendiri?

Memang setiap bulan aku akan hulurkan duit belanja untuk family. Tapi kalau ada duit emergency yang diperlukan, ibu abah tak akan cari abang.

Katanya segan nak minta sebab ada 2-3 ratus sebelum ni yang belum berbayar. Patutnya abang yang risau ibu abah tu dah berumur, tapi masih perlu membanting tulang cari rezeki.

Ini ibu abah yang risau sebab ada duit abang yang belum berbayar. Aku pun gaji kena potong jugak. Aku pun ada komitmen perlu bayar.

Tapi takkan aku nak kata tak boleh. Hati perempuan, mana boleh dengar kalau ibu abah minta. Mesti aku bagi.

Jadi berbalik pada majlis tu, aku cakap lah tak perlu buat apa apa tambahan yang perlu menambahkan duit sebab aku dan tunang dah ada budget sendiri.

Aku pun tak nak ibu abah keluarkan duit semata untuk majlis aku. Baik guna untuk keperluan diorang atau adik adik masa hadapan. Tapi tak, aku juga yang kena marah sebab tak nak itu tak nak ini.

Aku memang dah tanam benci dekat anak sulung keluarga ni. Sumpah aku dah tak boleh terima dia dan keluarga. Aku anggap aku memang tak ada abang. Kau tak layak pun jadi abang aku.

Aku pun dah mute dan unfollow laki bini tu. Laki bini ni ada satu account dropship jual barang.

Satu hari, diorang announce nak bersedekah jadi nak pilih random people bagi duit. Tergelak aku. Betul, bersedekah tu tak salah. Tapi bukan konsepnya membantu ahli keluarga terdekat dulu baru orang luar ke? Adik adik kau dekat rumah tu duit nak beli maggi pun kira syiling.

Daripada aku sakit hati tengok diorang bersenang lenang. Baik aku fokus dekat ibu abah. Tapi tulah, kadang rasa tak dihargai juga.

Entahlahhhh.

Itu ajelah aku nak luah. Aku stress. Kalau abang atau ipar ada baca ni, tolonglah sedar diri.

Tak guna kalau korang beramal ibadah bersedekah berkopiah berpurdah tapi perasaan hati ibu abah tak dijaga.

Jangan sampai nanti menyesal, masa tu menangis air mata drah pun tak guna.

Reaksi Warganet

Nur Cahaya –
Kau tahu bagaimana iblis menghasut manusia berbuat kebaikan?. Iblis tak suruh orang baik baik buat jahat, pergi mencuri, berziina atau rasuah.

Tapi macam kau buat.

Bagi ja duit sebanyak apa mak ayah kau nak, adik beradik kau, kau ikat perut, lepas tu mengungkit, sakit hati sebab kau ja kena bagi, kenapa tidak abang kau?

Bagaimana kau nak lawan iblis? Beri sekadar kemampuan kau. Beritahu mak bapak itu saja yang kau ada untuk mereka. Kalau mak pak kau kata tak cukup, kau jawablah, mari kita sama sama ikat perut.

Mimi Rozmiza Rozman –
Masa abang saya takda apa, saya ok je bantu mak ayah saya sampai alhamdulillah dapat belikan mak ayah rumah, saya tak pernah pertikaikan abang.

Tapi always doakan,

Tapi sekarang abang senang alhamdulillah, memang akui dieorang mewah shopping sana sini. Beli je apa nak beli,

I respect je dia sebab mewahkan anak isteri dia, sebab i pon isteri kan. Tanggungjawab utama memang pada isteri dia.

Even dia beli rumah pon, i pujuk suruh masukkan nama isteri dia even just kakak ipar.

I pon sorang perempuan, situasinya letak diri kita sebagai perempuan dan isteri.

Isteri je tahu suaminya camne.

Ann Fardan –
Kadang kadang kalau kita nampak abang kau bersenang lenang holiday bagai tu maybe kerana kakak ipar kau berduit. Family mertua dia berada dan banyak payung family mereka. So kau jangan perasan abang kau keluar duit.

Pertama abang kau tak rajin sedekah mak abah kau. Sebab tu rezeki dia sempit.

Kedua memang kena raja kan keluarga bini dia dan layankan bini dia sebab bini dia yang banyak payung macam2 belanja. Sebab tu abang kau tak boleh angkat muka.

Makanya kau fokus je la jaga mak abah kau. Memang dunia ni tak adil.. Ada parents yang pilih kasih.

Nasihat makcik lepas ni belajar berpada pada bantu mak abah kau sebab kalau kau tak letakkan sempadan… Lepas kawin hidup kau masih lagi kena pikul beban dan effect rumahtangga kau.

Moga kekal jadi anak yang solehah. Yakinlah kalau kita jaga mak abah kita… Memang tak kan putus rezeki kita yang paling utama keberkatan hidup kita…

Azilarina Termezai –
Untuk TT, saya tahu kita bukan maksum nak husnuzon memanjang. Sebab kita bukan pelakon dalam drama tv. Sikit sebanyak, kita akan rasa tertekan dan tidak adil.

Well syaiitan takkan biarkan anak Adam terus buat amal kebaikkan kan? Apa apa pun syabas, walau hati tak puas hati, tetap memberi. Suatu hari nanti, inshaAllah Allah akan balas dengan nikmat yang lagi baik.

Cumanya, bab abang sulung pergi holiday, beli barang mahal mahal, satu je saya nak pesan. Jangan fikir semua tu duit abang awak. Ada kemungkinan itu duit isteri dia.

Saya berani cakap, majoriti dalam perkahwinan gaji suami hanya cukup cukup untuk keperluan kehidupan keluarga. Untuk shopping, travel, selalunya duit sang isteri. Even si isteri suri rumah.

Mungkin duit nafkah dia simpan tiap bulan dan kumpul, tu yang dapat membeli. Mungkin sekarang TT tak sedar dan tak faham bab ni. Nnti TT dah kawin, TT akan faham.

Ya dan memang salah, abang sulung sikit pun tak tanya khabar. Itu tanggungjawab dia. Tapi nak buat macam mana, ladang pahala yang masih hidup ada, tapi abang sulung awak taknak hidupkan ladang pahala dia.

Beza dengan TT, TT tetap hidupkan ladang pahala dia. Saya tahu bukan mudah nak jaga keikhlasan hati, tapi pujuk laa diri. Doa dengan Allah mintak jaga hati TT.

Tak hulur duit tak apa, yang penting tanya khabar? Tapi tula si anak taknak jaga ladang pahala. Kita jaga ladang pahala kita. Insha Allah, Allah akan kurniakan balasan yang tak disangka sangka. Itu je saya boleh cakap.

Sumber – Hana (Bukan nama sebenar) via IIUMC

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *