“Ibu, knp ada ‘org’ dlm bilik tu?”. Pelik anak2 tiba tak nak main. Dari dapur, aku intai bilik no 3

Foto sekadar hiasan

Bilik Nombor 3

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Nama aku Rian. Tengah tengah malam ni sambil makan meggi ayam tiba tiba pula teringat pulak pengalaman beberapa tahun yang lalu.

Masa tu anak baru ada 2 orang. Abang umur 4 tahun. Adik umur 3 tahun rasanya masa tu.

Rumah yang aku duduk sekarang ini adalah rumah kedai. Bawah kedai manakala atas 3 tingkat semua rumah atau flat. Aku tinggal di tingkat atas sekali iaitu tingkat 3.

Masa mula mula masuk rumah ni, hanya rumah menghadap pintu rumah aku saja yang berpenghuni, lain lain rumah terutamanya rumah yang menghadap dapur dan tingkat 2 belum berpenghuni lagi. Rumah ni ada 3 bilik dan 1 tandas.

Bilik no.1 dan no.2 menghadap ruang tamu manakala bilik no.3 terletak di dapur. Jadi bilik no.3 secara rasminya menjadi bilik stor rumah ni. Bilik no.3 ni memang sangat bersepah dan jarang kami masuk. Pintu pula sentiasa bertutup.

Suatu petang, aku tengah berehat sambil membaca e-book dalam handphone aku. Si abang dan adik pula bermain dalam bilik no.3 tu. Aku biarkan saja sebab tak ada benda yang tajam atau membahayakan tersimpan dalam tu.

Tiba tiba si abang dan adik duduk sebelah aku. Aku pun tanyala kalau budak dua orang ni dah puas main.

Si abang hanya diam saja tapi ayat dia yang seterusnya buat drah berderau. Si abang cakap dekat bilik belakang tu ada ‘orang’. Si adik pun mengiyakan.

Aku ni dah fikir yang bukan bukan dah tapi masih buat rilek depan anak anak. Ye la, takkan nak buat muka takut separa nak matai pula depan anak kan.

Kang anak anak ni fikir ibunya penakut huuuuu…. aku tanyalah macam mana rupa ‘orang’ tu. Si abang cakap ‘orang’ tu hitam dan sangat tinggi. Aku pun rilek lagi.

Last last aku cakap la dekat abang dan adik supaya biarkan saja ‘orang’ tu. Kita tak kacau dia, dia tak kacau kita.

Padahal tu ayat nak sedapkan hati aku sebenarnya tu. huhuu lagi…. aku suruh budak budak ni main saja dekat ruang tamu. Ada la juga aku intai kejap bilik no.3 tu masa nak ke dapur tapi aku tak nampak sesiapa atau apa apa makhluk pun.

Jadi aku ambil keputusan untuk abaikan sahaja. Beritahu dekat suami, tapi suami pun diam saja sebab bila dia pergi tengok bilik no 3 tu tetap tak nampak sesiapa.

Bermula dari hari itu, hampir tiap tiap malam aku akan terdengar seperti orang menumbuk menggunakan lesung di atas rumah.

Pernah juga bunyi guli seperti di baling di atas rumah. Tidak kurang juga bunyi seperti ada orang yang menarik kerusi atau mengalihkan meja dan perabot di atas rumah aku.

Masalahnya rumah aku adalah rumah yang teratas sekali!!!! Atas tu dah kira macam bumbung dah. Aku senyap saja, tak tegur pun bunyi bunyi tu semua. Sambung tidur saja macam biasa.

Tapi bila suami aku ada tak ada pula bunyi bunyi tu keluar. Hampeh saja… tak dapat nak mengadu dengan suami sebab tak ada bukti live…

Sebab dah lali dengan bunyi bunyi tu, aku buat rilek saja macam tak ada apa apa. Tapi sekali lagi benda ni membuat kemunculan tapi macam biasa aku tetap tak nampak. Cuma anak anak aku saja yang nampak.

Suatu malam tu, macam biasalah aku akan berehat sambil baca e-book dalam handphone aku.

Masa tu aku ingat lagi aku baring dekat atas lantai sambil kepala tu berbantal. Tiba tiba si abang dan si adik datang dekat dan kata lantai ada tapak kaki ‘orang’ tu.

Aku terus bangun dengan lajunya sebab dah cuak giler dah. Aku dah fikir dah, takkan ‘orang’ tu dah keluar pula.

Lantai rumah aku lantai mamar putih yang berkilat tu ya. Jadi memang cepat kotor dan kena selalu mop.

Aku pun cepat cepat tanya si abang tapak kaki tu dekat mana. Si abang tu tunjuk tapak kaki tu betul betul depan aku saja dalam jarak 3 meter dari tempat aku berbaring tu.

Memang aku dah seriau sangat dah ni. Sebabnya aku tak nampak pun tapak kaki yang anak aku cakap tu! Aku ulang lagi tanya dekat si adik pula. Si adik pun tunjuk tempat yang sama.

Aku cepat cepat bangun dan pandang keliling kalau kalau ada penampakan ke tapi tetap tak ada.

Jadi aku tanya si abang, ‘orang’ tu masih lagi tinggal dalam bilik belakang ke. Dia cakap masih lagi ada.

Aku tawakal saja la. Aku pun bangun dan ajak sekali anak anak ke bilik no.3 tu dan minta budak budak ni tunjuk ‘orang’ tu dekat mana. Si abang dan adik sama sama tunjuk penjuru bilik sebelah kiri.

Dan macam biasa aku masih tak nampak apa apa. Aku pun ajak la budak budak ni lepak dekat ruang tamu balik sambil kata dekat si abang yang kita biarkan saja ‘orang’ tu. Sebab dia tak kacau kita.

Si abang dan adik pun macam biasa lah, angguk pastu sambung main dekat ruang tamu. Dan macam biasa malam tu dengar la macam macam bunyi sampai ke pagi.

Bunyi bunyi ni berlarutan sehinggalah rumah rumah di sekeliling termasuk bawah berpenghuni. Lama kelamaan bunyi tu terus tak ada dan anak anak pun tidak pernah lagi mengadu ada ‘orang’ dalam bilik no 3 tu.

Kalau dulu keliling rumah memang sunyi kecuali bunyi bunyi aneh atas bumbung tu tetapi sekarang keliling rumah dah mula bising dengan suara suara anak anak jiran atau aktiviti memasak. Kiranya dah meriah la kawasan rumah aku ni.

Alhamdulillah juga sepanjang aku dan keluarga aku tinggal di rumah ni, tak ada gangguan yang terjadi ke atas kami semua. Anak anak sekarang pun dah 5 orang. Si abang dan si adik pun dah tak pernah mengadu ternampak benda benda yang pelik lagi.

Mungkin kerana mereka dah membesar, jadi hijab mereka mungkin dah tertutup. Dan sehingga sekarang aku dan keluarga aku masih tinggal di rumah ni lagi. Sebab barang banyak sangat jadi malas nak pindah hehehe..

Anak anak kalau ternampak sesuatu jangan di ambil mudah kerana kita tak tahu samada benda benda ni akan memudaratkan kita atau tidak.

Anak anak boleh nampak dan risau kalau benda ni memudaratkan, jadi memang aku dah siap siap kumpul nombor telepon ustaz ustaz yang pakar dalam bab bab menghalau ni.

Takut oooiiii…

Reaksi Warganet

Lan Dan Nur Jiha –
Aaaa Sama macam anak sulung saya masa umur tiga tahun. Tengah dia lompat menari depan TV, tiba tiba dia terdiam dan tanya, “eh ummi kenapa upin ipin ada dekat dapur rumah Kita????!!!”

Agaknya nak sebut toyol tak reti. Botak macam upin ipin so dia ingat Tu upin ipin
Menggigil ummi engko ni nak.

Jurina Abd Hamid –
Samala dekat rumah saya ni … Selalu time Maghrib memang dia start bunyi. Paling geram bunyi macam hentak dumbell dekat lantai …

Ada 1 Hari sebab da tak tahan, husband naik atas rumah nak jumpa jiran sebab tak tahan bunyi bising, rupa rupanya rumah tu kosong takde penghuni.

Zie Sakura –
Saya ada tertengok 1 video yang sorang akak ni duk apartment sorang sorang. Dia balik keje ada kesan tapak kaki yang pelik dalam umah dia.

Memangmg jelas tapak kaki tu saiz berbeza. Rupa pun sedikit pelik panjang, runcing dan bentuk jari dia macam buluh runcing.

Yang hairannya dia kata dia je yg duduk level tu dan tapak kaki tu menghala ke hujung rumah. Kesian akak tu duk level 15 ke 15 ntah dah lupa

Sumber – Rian (Bukan nama sebenar) via IIUMC

Leave a Reply

Your email address will not be published.