“10 Tahun Tak Pernah Mandi”. Risau hilang isteri, aku nekad. Ptg tu lps balik terus aku tarik tgn isteri

Foto sekadar hiasan

10 Tahun Tak Pernah Mandi

Assalammualaikum dan salam sejahtera sahabat pembaca.

Saya ni seperti kebanyakan kaum suami dalam page ni, selalunya hanya berani jadi pemerhati atau silent reader saja. Kadang hati rasa nak sharing comment pun segan. Malu.

Tetiba hari ni pulak terlintas nak kongsi juga sesuatu yang baru saja berlaku pada saya dan hubungan saya dengan isteri.

Mungkin biasa saja bagi orang lain atau kedengaran kelakar tapi bagi saya istimewa sangat sangat.

Kalau baca dari tajuk pun dah seram, 10 tahun tak mandi? Mesti terbayang segala macam bau dan kerak kan.

Bukan macam tu. Tapi sebenarnya 10 tahun tu adalah usia perkahwinan saya dan selama tu juga saya dan isteri tak pernah langsung mandi bersama.

Dan selama berkahwin ni saya pun tak pernah mengajak dan dia pun tak pernah suarakan. Kehidupan kami ni Alhamdulillah cukup serba serbi. Sederhana saja.

Dikurniakan anugerah 3 cahaya mata, isteri saya yang muda 5 tahun dari saya merupakan suri rumah sepenuh masa dan hanya saya yang bekerja.

Kira macam typical suami suami yang lahir tahun 80an. Habis degree terus bekerja dan berumahtangga. Jadi saya ni fokus mencari nafkah dan isteri fokus menjaga dan mendidik anak anak.

Lumrah bila dah 10 tahun berumahtangga ni, saya rasa hubungan kami ni mendatar saja. Macam missing something. Bukan boring, tapi macam hambar.

Sikit pun saya tak salahkan isteri saya. Dia dah bertungkus lumus uruskan rumahtangga, penat uruskan anak dan jaga makan pakai saya.

Saya pulak walaupun agak mewahkan dia dari segi kewangan tapi saya rasa agak bersalah sebab saya tak pernah langsung ada usaha nak “spice up” hubungan kami.

Jadi tanpa sedar kami pun kurang berhubungan intim. Dah macam exam dekat sekolah. Satu penggal maybe sekali.

Tambah lagi isteri saya masih menyusu badan anak saya yang paling bongsu. Jadi lagi lah menjarakkan hubungan intim kami.

Tapi bagus nya isteri saya ni dia suka teman saya makan, teman saya sembang sambil saya pakai kasut nak pergi kerja dan layan saya call.

Cuma spark atau something new saja takde dalam hubungan kami. Jadi nak dijadikan cerita satu hari tu lalu di FB saya satu posting dari seorang ustaz yang mana beliau menceritakan punca punca dan kisah pasangan yang bercerrai.

Salah satu yang menarik perhatian saya ialah ustaz ni dapati dari pengalaman dia handle kes kes pencerraian, ialah suami sangat jarang atau tak pernah mengajak isteri mandi bersama.

Hanya dengan membaca post dari ustaz tersebut timbul rasa bersalah teramat dalam diri saya sebagai suami.

Dan turut rasa risau. Risau hilang isteri saya. Memang patut tugas saya lah untuk lead terutama dalam usaha usaha nak membahagiakan lagi rumahtangga.

Entah macam mana datang keberanian pada petang tu juga, balik kerja saya terus tarik tangan isteri dan ajak mandi bersama. Malu betul.

Tapi saya tak banyak cakap. Terus tarik saja. Dia tergelak kemain. Tapi ajaibnya dia menurut saja. Masyaallah.

Selepas dari kali pertama mandi bersama tu hubungan kami bertukar terus macam baru bercinta. Isteri call, message dekat tempat kerja macam seolah kami ni baru berkenalan! Haha.

Sekarang pantang ada peluang memang mandi sama sama. Kadang saja saja dia tak mandi petang sebab nak tunggu saya balik. Memang macam feeling baru berkahwin. Hangat bak hang.

Hubungan kami memang sangat jauh berubah. Memang Alhamdulillah. Syukur banyak banyak.

Jadi pada sahabat sahabat suami luar sana, jom lah kita kena ambil langkah berani, buang malu buang ego demi nak bahagiakan rumahtangga kita. Cuba lah apa apa untuk hangatkan hubungan kita.

Usia kita pun semakin bertambah, kalau tak dengan isteri kita siapa lagi kita nak harapkan untuk cari redha Allah dan bersedia untuk akhirat.

Hanya dengan satu benda baru yang simple pun dah boleh mengubah dan menyegarkan hubungan kita.

Kalau dapat kerapkan berjemaah atau berdating Insyaallah akan tambah hangat. Saya memang personally rasa macam baru bercinta. Rindu saja manjang aje dekat isteri.

Ok tu saja dari saya. Kalau ada yang tak suka saya mohon maaf.

Reaksi Warganet

Rara –
Mandi sama sama, makan sama sama, tidur sama sama, solat sama sama, main dengan anak sama sama, kemas rumah sama sama. Banyak la boleh guna dengan perkataan sama sama tu.

Nampak macam eleh mende remeh tapi percayalah benda tu boleh buatkan kita bahagia..

Normah Alias –
Orang tua dulu dulu pernah pesan. Kalau mandi sama sama, nanti macam belangkas. Cuba tengok mak dengan anak kecik mandi sama sama. Anak tu melekap je dekat mak dia.

Sama jugak lah suami isteri. Makcik amal kan petua ni. Dah nak sambut ulang tahun perkahwinan yang ke 41… heeeee

Ummi Habiba –
Bagusnya, makcik dah kawen lebih 30 tahun abang k wehhh. Tak pernahnya mandi bersama.. huhuhu.

Dato fadhilah kamsah dam us Dato kazim alias pun pernah mnyarankan agar suami isteri mandi bersama. Tapi makcik maluu. Hihi
Terimakasih TT ats perkongsian..

Aimiey Nadia Zaimi –
Suka perkongsian dari TT. Berusaha nak spice up hubungan walau dah lama berkahwin. Jarang laki nak beromantik lepas kawin. Selalunya baca kisah laki bosan dengan pasangan dan nak cari lain. Tahniah TT semoga berbahagia hingga ke syurga.

Hani Fani Othman –
Ada jugak beberapa komen picisan yang negatif. Serius la?? Mandi bersama katanya tak wajib pun. Lain orang lain ber4hi dan stupid pulak, katanya. Bitter kan manusia yg perangai begini.

Kurang kasih sayang? Atau konon konon nk tunjuk bagus? Aku baca berita ni pun santai dan faham maksud yang nak disampaikan.

Kalau ko dah kawen dan rasa hubungan agak hambar, carilah sesuatu perkara yang boleh kembalikan hubungan suami isteri ke arah yang lebih baik atau bahagia.

Sheila Shahilla –
Sebenarnya ni betul, terutama pasangan yang hari hari jumpa. Kita macam out of topics. Dah tak tau nk sembang apa.

Pasal kawan kawan pun dah semua kenal. Pasal keja semua dah faham. Dah jdi nothing to share. Jadi kurang komunikasi. Bukan tak cinta tapi hambar.

So kena buat sesuatu yang baru. Bila kita ubah sesuatu tabiat tu, kita dalam level lain dalam percintaan gitu. Baru boleh pegang tangan sampai ke tua…

Sumber – Abang K (Bukan nama sebenar) via IIUMC

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *