Foto sekadar hiasan
Kasih Tanpa Restu
Assalamualaikum dan salam sejahtera semua.
Aku tergerak hati nak tulis confession ni lepas terbaca confession “Bukan kerana Budi” (klik link dibawah) yang bagi pendapat aku agak sama dengan kisah aku.
Ok aku kenalkan diri dulu, nama Lan. Usia awal 30an. Aku dah kahwin dan Alhamdulillah dikurniakan seorang isteri yang cantik, baik dan solehah.
Lepas aku terbaca confession Maryam, aku rasa kisah dia sedikit sebanyak ada persamaan dengan kisah aku dan aku nak bagi pandangan dari perspektif seorang lelaki macam aku.
Aku pernah ada teman wanita sejak di bangku sekolah lagi. Namanya Ain. Bezanya dengan kisah Maryam, aku dan dia sama sama masuk universiti. Cuma dia lagi pandai dari aku, bukan pandai sikit, memang best student.
Dia sambung dalam jurusan perubatan sampai ke Royal College of Surgeons di Ireland. Aku pulak rezeki cuma di Malaysia. Dan aku tak ambik perubatan.
Hubungan kami masih utuh walaupun berlainan benua. Kami masih berhubung walaupun jarak memisahkan. Aku grad lebih awal dari dia.
Lepas grad, aku kerja di syarikat swasta. Alhamdulillah gaji ok. Walaupun tak semahal gaji doktor yang bakal Ain terima bila dia mula berkerja nanti.
Aku memang betul betul sayang dekat dia, memang aku nak jadikan isteri. Bukannya nak main main. Janji aku, bila dia dah habis belajar nanti, aku nak lamar dia. Masa tu memang kami berdua tengah angau bercinta.
Aku sanggup tak beli kereta lagi, cuma pakai motor walaupun ikutkan hati teringin jugak berkereta. Aku dah nekad nak kumpul duit hantaran dulu, ada saving sikit baru nak proceed beli kereta.
Time tu aku betul betul gigih nak kumpul duit kahwin, duit beli rumah dan kereta.
Sebab aku tau, dengan status dia sebagai lulusan Medic luar negara nanti, agak tidak munasabah aku nak bagi duit hantaran rendah. Family dia pun semua doktor. Aku usaha untuk bagi yang selayaknya.
Fast forward, dia pun grad. Parents dia ada buat kenduri doa selamat sekembalinya dia ke Malaysia. Dia jemput aku ke majlis tu. Aku pergi dengan housemate aku.
Hati berbunga bunga nak jumpa kekasih hati. Aku dah pernah ke rumah dia sebelum ni. Tapi dah lama waktu kami sekolah menengah. Pergi ramai ramai dengan classmates untuk beraya. Family dia ok.
Tapi hari tu aku perasan layanan family dia lain. Macam tak mengalu alukan kedatangan aku.
Masa aku sampai dan hulur tangan nak bersalam dengan ayah dia, tangan aku disambut tapi dari riak muka aku faham bila orang tak suka. Mustahil kita tak boleh beza kan? Melainkan kau buta.
Dia langsung tak senyum. Tak pelawa aku masuk, salam laju laju dan terus keluar sambut tetamu lain. Member aku pandang aku, aku pandang member aku. Malu jugak aku. Katanya bakal mertua tapi dingin.
Lagi satu, aku perasan family dia pandang aku lain macam masa aku berborak dengan Ain lepas habis majlis. Sebab dah rasa tak selesa, aku ajak member aku balik.
3 or 4 hari lepas majlis tu, Ain ajak aku keluar makan. Aku sampai dulu. Ain selalunya akan drive kereta ayah dia. Aku macam biasa dengan motor. Hampir sejam aku tunggu, tapi dia tak sampai sampai jugak.
Akhirnya teresak esak dia bagitahu aku, ayah dia tak bagi jumpa aku. Sumpah masa tu, aku mampu senyum je sebab aku dah dapat agak dari awal. Cuma aku tak nak salah anggap.
Aku suruh dia bertenang, tapi makin kuat pulak tangisnya. Hati lelaki aku pun tak kuat nak dengar, rasa sayu dan pilu. Tapi apakan daya aku. Dia anak orang, hak milik parents dia. Aku tak ada hak.
Hari hari Ain merayu dengan aku mintak aku pujuk ayah dia, hari hari menangis.
Akhirnya, aku nekad nak call ayah dia untuk suarakan niat ikhlas aku nak memperisterikan Ain. Masa tu memang aku ketepikan ego dan malu aku. Yang penting, aku dah cuba usaha. Yang selebihnya aku tawakkal pada Allah.
As expected, teruk aku kena hamun. Itu aku masih boleh terima lagi. Tapi keesokkan harinya, ayah, pak cik dengan abang dia datang rumah aku masa aku tengah kerja. Bergaduh teruk dengan parents aku.
Rupanya, family Ain hanya nak bermenantukan doktor. Dan aku bukan doktor.
Disebabkan kes tu, parents aku yang sebelumnya merestui hubungan aku dengan Ain, dah berpaling tadah. Especially mak aku yang memang melarang keras aku berhubung dengan Ain. Family aku memang malu teruk dengan tindakan family dia.
Waktu tu, aku memang tersepit, patah hati dan tawar hati. Rasa macam maruah aku dipijak pijak. Tapi hati aku memang sayangkan Ain. Cuma rasa tawar hati tu dah overwhelming.
Berbulan bulan aku rasa patah hati. Aku tak hiraukan mesej dan call dari Ain. Bukan sebab aku tak rindu or sayang. Lelaki pun ada hati dan perasaan.
Cuma bagi aku, tak berbaloi kerana cinta semua orang disekeliling aku dapat malu. Mak ayah aku tak bersalah, tapi dapat malu hanya kerana hubungan aku.
Hampir setahun aku macam tu, aku ambik keputusan aku nak kahwin. Aku just nak cari wanita yang both dia dan keluarganya dapat terima aku dan keluarga aku.
Lagipun aku dah cukup duit untuk kahwin. Aku buat keputusan untuk lamar isteri aku yang sekarang, Izzati.
Aku PM isteri aku di Facebook, aku terus directly tanya dia, dia dah ada someone or tak waktu tu. Dia agak terkejut diawalnya sebab dia tahu aku dengan Ain dari sekolah lagi.
Aku just jawab yang kami tak ada jodoh, dan aku memang serius tengah cari jodoh. Alhamdulillah, jawapan yang aku terima dari isteri aku positif. Kami langsung tak bercinta. Sebulan kemudian aku hantar rombongan dan selepas 5 bulan kami berkahwin.
Sebelum aku kahwin, berpuluh mesej aku terima dari Ain, dia tuduh aku dah ada hubungan dengan Izzati sebelum kami putus, aku curang di belakang dia dan aku tak ikhlas sayangkan dia.
Dia call aku menangis nangis. Tipu aku cakap kalau aku tak kesian, sedih rasa bersalah. Aku cuma mampu mintak maaf dan nasihatkan dia supaya move on.
Hakikatnya, aku makan hati sampai setahun lepas putus dengan dia. Tapi dia tak tahu dan tak mungkin tahu. Aku nampak normal bila depan orang, tapi setiap kali aku sorang, hampir giila jugak lawan perasaan.
Lelaki mungkin nampak tough sampai ramai perempuan ingat kami tak pernah sedih lepas break up. Hakikatnya kami sahaja yang tahu. Tambahan kes aku sampaikan family aku kena tempias hinaan dari family Ain.
Aku boleh terima lagi kekurangan lain dalam satu hubungan. Tapi kalau family masing masing dah tak suka, sampai nak bergaduh, aku rela lagi korbankan perasaan aku dari bina hubungan yang tak ada restu.
Semua yang jadi mungkin satu asbab je. Yang utamanya, tiada jodoh antara kami.
Aku syukur jugak, walaupun aku kahwin bukan atas dasar cinta pada awalnya, isteri aku memahami. Dia faham situasi aku dengan Ain, even teruk jugak dia kena tuduh dengan Ain lepas kami bertunang.
Aku harap Ain akan jumpa jodoh yang lagi baik dari aku. Aku tak pernah marahkan dia, dia tak salah. Cuma mungkin aku tak seperti hero dalam drama yang berm4ti m4tian berjuang demi cinta.
Bagi aku, selain perasaan aku, masih banyak lagi perasaan orang lain yang perlu aku jaga. Aku doakan yang terbaik buat dia. Dia wanita yang setia, harap jodohnya juga sama. Dan semoga yang datang buatnya nanti yang direstui keluarga.
Bila aku baca kisah Maryam dengan Lutfi. Terasa menusuk betul ke hati. Maryam mungkin terluka, tapi percayalah cakap aku, Lutfi mesti lagi parah.
Aku doakan kalian berdua berjodoh. Sayang kalau dilepaskan lelaki baik macam tu. Yang wanita perlu elak, lelaki yang sejak dari awal pemalas, yang tak nak usaha. Yang banyak alasan.
Tapi andai yang kalian dapat, yang rajin berkerja walaupun gajinya mungkin kecik dari isteri, percayalah dia tak kahwin dengan kalian sebab nak menumpang senang. Seboleh mungkin lelaki nak isterinya senang dengan kudrat seorang suami.
Reaksi Warganet
Wan Mazaziman –
Respect. Lelaki macam ni memang jarang nak jumpa. Mengutamakan keluarga lebih daripada yang lain.
You are going to be a very fine person. Perhaps a very sensible parents in future. Tahniah pada parents tuan juga ada anak yang menjaga hubungan anak ibubapa dengan baik.
Khairiah Muhammad –
Setuju dengan tindakan tt, even melepaskan itu satu tindakan yang kita rasa tersangat perit pada awalnya, tapi restu mak ayah paling penting sebelum memulakan alam perkahwinan.
Dah boleh nampak sebelum kawen both bakal mertua buat macamtu, lepas kawen nanti kalau ada masalah, mesti mertua salahkn TT, yer tak? Hurmmm..dah boleh baca ending dia kalau kalau TT tersilap langkah.
Anyway, semoga berbahagia dengan pasangan tt.. Aameen.. nak tnya sikit, wajib ke jodoh doktor dengan doktor jugak. Nak jaga standard la tuuu.
Haa, mati nanti tanam skali title “dokter” tu nanti yer, bawak masuk lubang kubur…
NuRaz Wan –
Kita hidup di dunia ni, ada landasan yang perlu diikuti. Kalau tersangkut dimana mana, kita patah balik kepangkal jalan.
Hidup di dunia ini, bukanlah sekadar mengikut kemahuan hati sahaja.. Ada yang lebih utama.. Akal yang diberi Tuhan, untuk kita pertimbangkan, apakah yang lebih afdal.
Tak ada guna mengikut rasa cinta, kalau sampai maruah diri tergadai, harga diri ibubapa tercalar dan kemudian hidup suami isteri dan anak anak. Kalau ada pun, caca marba, kerana tiada restu.
Biarlah orang menghina kita sekali. Cukuplah. Asal disisi Tuhan, kita tidak hina pun. Kita tak buat salah apa apa. Waktu akan menunjukkan, satu hari nnti, yang keputusan ini adalah terbaik.. Cinta bukan syarat untuk bahagia..
Norizan Mamat –
Salam, Makcik suka orang yang begini. POSITIF.
Hidup ni bukan nak melara lara nak turut hati ikut nfsu ikut rasa cinta dan sanggup melukakan semua hati hati orang disisi semata mana kerana cinta mati mereka berdua.
Tak kisah la halangan keluarga atau sebab nak kembali kepada kekasih lama atau sebagainya.
Rasa cinta yang menggebu gebu tu hanya ada sebelum dapat bersama. Selepas bersama, rasa tu akan slowly down… tak perlulah lawan mati mati untuk bersama hingga menyakiti hati orang lain.
Ok jer hidup kita bersama sesiapa saja yang baik dan menyayangi kita.
Kan ?
Semoga confessor dan isteri bahagia hingga syurga…
Sumber – Lan (Bukan nama sebenar) via IIUMC