“Makkk, tunggu”. Dkt pasar mlm, aku jerit. Mak tak dengar. Tiba2 ada lelaki halang. Sambil tersengih, tgn nya dh pegang

Foto sekadar hiasan

Kejadian Hitam Berulang Kali

Assalamualaikum dan salam sejahtera para pembaca semua.

Saya terbaca kisah, mangsa ped0 dan kisahnya hampir dengan kisah saya.

Saya masih ingat kejadian hitam ni. Berlaku di Pasar Malam berhampiran dengan rumah saya.

Saya semasa kecil memang suka teman mak pergi pasar malam sebab boleh beli mainan, makanan dan macam macam lagi.

Situasi pertama : Alam kanak kanak

Pada hari Jumaat, hari yang mulia. Penghulu segala hari, tapi kejadian hitam dan pedih terjadi kepada saya.

Masa tu, ramai orang dan bersesak sesak. Tapi mak dah jauh ke depan sikit. Saya kejar mak, saya jerit “makkk tunggu !!”. Tapi mak tak dengar.

Mungkin sebab bunyi generator agak kuat. Saya kejar mak, tapi saya terhenti sebab ada lelaki halang jalan saya. Sambil mata pandang mak, saya rasa ada tangan yang pegang ‘bawah’ saya.

Saya terkejut, saya nak jerit tapi suara tak terkeluar.

Saya pandang muka lelaki tu, kulitnya agak gelap ada misai dan berbadan gempal. Dia senyum sengih kepada saya. Saya takut !! Saya terus lari pergi kepada mak.

Situasi ke dua : Alam remaja

Saya ada seorang pakcik, bekerja dalam unit beruniform. Saya bagi clue astro pernah buat cerita tentang badan beruniform ni. I love u ……… (korang cari sendiri)

Saya sambung semula, Pakcik saya selalu datang ke rumah. Alasan nak melawat ayah. Sebab ayah jaga dia masa kecil.

Tapi setiap kali datang, pakcik akan peluk saya dari belakang. Saya ingat benda tu perkara biasa, kasih sayang pakcik kepada anak buah.

Tapi semenjak dua tiga menjak ni, peluk semakin kuat. Dan ada sekali tangan merayap ke bahgian depan badan saya.

Saya terus lari masuk bilik dan kunci!!

Saya trauma dengan situasi ni.

Setiap kali pakcik saya datang, saya akan lari masuk bilik atau akan lari duduk sebelah ayah. Jadi dia tak berani buat apa apa kepada saya.

Situasi ke tiga : Alam pekerjaan

Almdulilah selepas habis belajar saya dapat kerja yang bagus. Kejadian ni berlaku di kampung saya.

Kebetulan pada hari kejadian, jiran depan rumah buat majlis perkahwinan. Semua ahli keluar pergi. Tapi saya tak sihat jadi saya baring depan tv.

Rumah kosong pada hari kejadian, saya tinggal seorang. Lepas makan ubat saya pon terlelap. Dalam mamai mamai saya rasa ada orang selak baju saya.

Saya tarik tutup. Selepas tu dia selak lagi, saya terus jerkah. Rupa rupanya adik lelaki saudara saya yang masih bersekolah menengah berani cbul kakak saudara sendiri.

Saya terus lari keluar. Kejadian hitam tidak habis di situ. Malam tu, saya masuk tandas untuk mandi. Tapi saya dengar ada orang di luar. Macam tarik kerusi.

Tiba tiba kain yang saya tutup lubang lubang kecil jatuh.

Tandas kampung saya jenis lama, yang ada bunga lubang lubang untuk angin masuk.

Saya tolak kain tu masuk ke lubang, tapi tak lama lepas tu kain tu jatuh balik. Saya tak sedap hati, saya terus keluar dari tandas dan terus pergi ke belakang.

Saya nampak adik saudara saya keluar dari kegelapan malam. Jadi memang dia ada niat tak baik dengan saya. Saya cerita kepada ahli keluarga tapi seorang pon tak percaya.

Mereke tak percaya sebab adik saudara pelajar sekolah pondok. Saya stress sangat masa tu, dan alami d3press. Saya ponteng kerja, berkurung, tak makan. Tak lama selepas itu saya berhenti kerja.

Sehingga sekarang saya masih trauma. Saya takut dengan lelaki. Dewasa atau kanak kanak semua saya takut !!

Wahai kaum ibu, ayah, dan saudara sesama Islam. Tolonglah ambil berat.

Ped0 ni bukan masalah remeh temeh. Ia boleh membuatkan mangsa depress seperti saya. Saya hampir ikat kain di leher untuk gntung diri di sebabkan kejadian hitam ini.

Syukur alhamdulilah Allah masih sayangkan saya. Saya hidup sehingga sekarang.

Nasihat saya buat kamu semua :

1) Jangan lah bawa anak kecil ke tempat yang ramai orang dan bersesak sesak. Kita tak tahu apa yang boleh berlaku dalam 2 saat.

2) Jangan terlalu percaya dengan saudara lelaki dan biar anak gadis berdua dua dalam satu rumah.

3) Awasi anak bujang, ambil tahu apa sahaja yang dia tonton dalam handphone. Apa yang kawan kawan bercerita.

4) Buat ahli keluarga, tolong siasat kalau adik atau kakak mengadu tentang kejadian begini.

Doakan saya sihat dan dapat lupakan kejadian hitam ini ye warga pembaca semua. Assalamualaikum…

Reaksi Warganet

Ma Ha –
Masa saya remaja, masa tu bulan puasa. Di Bazaar ramadhan. Ada mamat ni r4ba punggong saya.

Masa tu kebetulan saya bawa helmet. Saya hentak kepala dia. Semua orang terkejut masa tu. Mamat tu buat dek dan blah..

Izan Mel –
Teringat dulu masa zaman remaja, saya ikut mak pegi pasar Jumaat. Kena kejar dengan orang indon.

Jenuh berlari kejar mak yang dah jalan menonong ke depan. Nasib tak kena calit. Sebab nampak macam orang tu pegang botol ubat dengan mulut terkumat kamit.

Kalauu kena tu mau tak jumpa jalan balik. Nauzubillah.

TT take care. Semoge sentiasa dalam lindungan Allah.

Fuwato Kairun –
Faham sangat sangat. Sampai sekarang saya tak pernah cerita dekat family apa cousin saya buat dekat saya masa kecik kecik dulu.

Terpaksa pura pura tak ingat untuk keselamatan diri dan maruah keluarga dan diri. Tapi siksanya pura pura OK tu Allah je tau.

Mawar Nur –
Masa dulu sekolah menengah. Geng aku suka naik bas pergi rumah kawan kawan kawan dari bus stop seget.

Satu hari bas macam biasa sesak. Tengah bas meluncur melepasi flat lumba kuda tu. Kawan aku menjerit “arhhhhhh…. dia pegang b0ntot”…

Jeritan histeria kawan aku langsung didengari pemandu bas. Terus pemamdu bas berhenti tepi jalan. Keluar dari seat pemamdu masuk ke pintu depan penumpang.

Dia tanya kawan aku “Apa kau cakap???” Kawan aku jawab kuat kuat sambil jari dia tunjuk lelaki miang depan dia yang termangu tu. “Dia pegang b0ntot aku!!!”.

Satu bas la tatap muka bengkak lelaki tu. “Kurang ajar, keluar kau dari bas
aku!!!”… Selesai je lelaki tu keluar. Bas pon menyambung perjalanan.

Semoga abang driver tu ditambah Iman Dan dimurahkan rezeki. Amin.

Atifah Syahira –
Dekat mana mana pun perlu hati hati. Saya pernah pergi beraya dengan family ke rumah sepupu ayah.

Dalam rumah tu tinggal anak bongsu dia je masa tu yang lain semua keluar beraya. Anak bongsu tu sekolah tahfiz 16 tahun masa tu. Saya pun remaja lagi.

Saya tumpang toilet diorang. Masa nak membuang tu tetiba nampak macam ada cahaya silau silau.

Dongak atas nampak camera nak shoot (dia lupa off flash tapi dia tak perasan sebab dia hulur tangan dan camera je. Tinggi).

Saya terus keluar ke ruang tamu pergi cakap apa yang berlaku pada semua orang. Family saya semua kalut suruh panggil budak tu. Mak dia rileks je sambil lenggang lenggang pi ketuk bilik anak dia dekat area dapor tu.

Lama dalam 15 minit baru diorang ke depan kata dah cek tak ada gambar tu. Bawa keluar kamera tu tunjuk 0 tak de gambar pun.

Mak dia macam dah biasa kejadian tu, minta maaf dan cakap anak dia ni budak tahfiz bla bla bla. Bekap la kan. Bapak dia muka kecewa malu tapi jenis diam je. Si mak ni haaa anak buat salah pun sorok.

Kitorang terus balik, semua tak pergi lagi beraya rumah dia sejak dari tu

Sumber – Mrs Flower Bee (Bukan nama sebenar) via IIUMC

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *