“Krn aku kain buruk mak”. Mlm lps maghrib, br aku balik. Tiada yg tegur. Mlm tu kakak berjanji. Tp ada syaratnya

Foto sekadar hiasan

Kerana aku kain buruk mak – final part

Salam, readers. Ini Shuya. Terima kasih di atas nasihat dan sokongan semua tu. Menangis aku baca komen korang yanng baik baik tu. Kepada yang senasib, tabahkan hati ye.

Part 1, klik link dibawah;

“Krn aku kain buruk mak”. Kulit aku hitam. Semua krn mak. Tp mak lyn aku mcm kuli. Aku cium tgn bapak, terus aku kluar

Ada yang siap offer carikan kerja lagi. Sumpah terharu. Tapi janganlah sampai sumpah seranah mak. Semua manusia buat silap kan. Silap dia cuma satu, dia terlepas pandang pasal hati dan perasaan aku. Maybe aku kebal dengan kerenah adik beradik yang lain so dia assume aku ni sentiasa okay je. Silap aku jugak sebab aku lemah tak membantah atau melawan sebab aku sayang mak. Sayaaaang sangat. Memang normal lah bila jadi anak tengah kan.

Ini last post daripada aku memandangkan ramai nak tahu sambungannya. Tapi mana ada endingnya kan melainkan aku mati. Aku pun taktau dugaan apa lagi nak datang. So aku pilih apa yang terbaik je untuk masa sekarang ni.

Semalam lepas maghrib aku balik rumah. Tu pun sebab taktau nak kemana. Kalau ada kawan boleh jugak menumpang. Sampai je dekat rumah semua tak berani tegur aku. Aku terus masuk bilik pikir nak blah ke tak. Minggu depan sume dah start kerja balik, nanti sapa nak jaga bapak dan bawak dia pergi hospital.

Lagipun hal rawatan dia tu sume aku je yang tau. Selalunya bila aku dekat UIA, nurse dekat klinik yang berdekatan akan datang ke rumah check apa yang patut. Nasib baik dulu tergerak hati nak tanya dekat klinik ada tak bantuan klinik bergerak macamni and yes nasib baik ada.

Kalau aku cuti ke balik ke, aku yang kena bawak bapak pergi hospital unttuk further check up. So any perkembangan daripada klinik aku kena inform dekat hospital pulak.

Hari tu adik bawak bapak pergi hospital sebab aku dmam. Abih sume date untuk temujanji clash dengan tarikh temujanji dekat unit lain. Aku suruh tukar ubat dia kata malas nak menunggu sebab orang ramai sangat. The hell hal ubat ubat dia buat main camtu??? Satu apa pun tak boleh diharap.

Aku jugak yang kena tebalkan muka pergi settle semua tu. Kena marah dengan nurse plak . Allah.. nak lari rumah pun kena amik kira semua ni jugak. Bukan senang tau nak jaga orang tua. Tapi aku ikhlas jaga bapak. Dapat peluang potong kuku dia pun aku rasa happy weh. Tidur dekat sebelah dia pun boleh rasa tenang. Tah kenapa. Peluang buat pahala katakan. Kalaulah bapak sihat macam dulu . Takpelah. Lepas bapak sakit lah aku betul betul belajar berdikari. Itulah hikmahnya kut.

Tengah dok termenung tu, anak anak sedara masuk bilik tanya kenapa aku keluar lama sangat? Diorang tak suka cara sedara sedara aku tu layan diorang. Kasar tak bertempat. Diorang request nak makan nasi goreng pun kena marah. Amboi. Tinggal kejap dh besar kepala pulak setan2 tu.

Aku cakap aku pergi jumpa kawan jap. Diorang peluk aku, suruuh aku janji jangan keluar lama sangat lagi dah. Alahai manja sungguh. aku layan je kerenah diorang. Budak budak biasalah. Sampai dua dua tertidur dekat tepi aku.

Tengah malam baru aku ke dapur nak masak sebab aku tak makan langsung semalam. Then kakak datang dekat aku. Dia tak marah aku. Dia cuma kata tindakan aku tu betul tapi mak bapak memang terkejut. Ye lah selama 20 tahun lebih tak pernah memberontak tup tup mengamuk abih keluar semua yang terpendam sapa tak terkejut kan.

Tapi kakak tak bagi aku balik Gombak. Dia suruh aku kerja dekat mana manaa dan akan carikan bilik sewa tuk aku tapi dengan syarat aku kena selalu balik jenguk mak bapak. Kakak jugak janji akan tolong aku buat rawatan. Hal ubat ke apa kakak akan ikhtiarkan.

Kakak aku ni baik sangat tapi dia ni jenis workaholic so dia taktau cerita pasal aku. Biarlah aku pun taknak kacau dia. Bila mak mengadu dekat dia baru dia tahu aku ni happy dekat depan dia je tapi hati rentung terbakar dengan sikap pilih kasih mak.

Aku tak pikir panjang pun. Aku terus counter- offer cakap boleh tapi syaratnya, aku taknak sesiapa pandai pandai atur urusan hidup aku lagi dah.

Pasal tunang tu, aku mintak kakak je pegi rumah lelaki tu pagi ni dan mintak putus elok elok.

Nak kawin apenye, macam bertunang dengan tunggul kayu. Tak pernah tanya khabar pasal aku. Tapi pelik. Mak dia sayang giila dekat aku. Mak je baik tapi anak, hati dingin tak guna gak. Tah tah lepas kawen. Aku jadi kain buruk dia pulak.

Eh tolong lah. Aku pun nak upgrade diri jadi kain baru pulak. Kain chiffon ke, sutera ke.. Haha.. Mesti dia stress kan kena bertunang dengan aku. Dahlah tak cantik. Tak moden plak tuh. Muslimah sejati jauhhhhh sekali. Hahaha

Adik beradik lelaki semua tak kata apa. Nasib baik jugak. Kalau tak haru biru jadinya. Tapi aku harap bila aku keluar dari rumah ni nanti diorang tak buat mak macam kuli. Kesian mak nanti.

Pagi ni pun aku tak ke dapur. Aku dengar suara mak bising itu belum buat ini belum buat tapi aku tawar hati nak masuk ke dapur. Lepas mandikan bapak, bagi dia makan ubat tu sume aku terus keluar pusing pusing kampung, beli sarapan then ke pantai pulak.

Hari ni nak baca novel dekat tepi pantai je. Hehe.. Dah lama tak rehat camni. Rasa kekok pulak sebab tak kalut dengan kerja rumah. Mesti kesian mak. Tapi ada baiknya aku ajar sikit family aku tu. Mak still taknak bercakap dengan aku. Ego tinggi lagi.

Tiga ekor setan tu pun belum tunjuk tanda tanda nak berambus lagi. Berbulu bijik mata betul aku tengok kerenah diorang. Ikutkan hati nak je tabur serbuk lada dekat tempat tido diorang tapi sia sia je. Tak pasal pulak mak sumpah aku macam macam.

Aku dah buat keputusan nanti aku nak mintak maaf dengan mak elok elok tapi aku nak tunggu bila semua dah takde so nanti takde iblis penyibuk yang jadi pihak ketiga antara kami.

Aku nak luah semua yang terbuku tapi aku kalau boleh nak elakkan dari salahkan mak sepenuhnya.

Paling penting, aku nak tau kenapa dia buat aku camtu? Kenapa aku sorang je yang dia layan teruk? Kenapa dia tak pernah peluk aku macam dia buat dekat yang lain?

Lastly, aku nak dia izinkan aku ikut haluan sendiri dan dia tak boleh harapkan aku sepenuhnya. Lambat laun aku memang tinggalkan rumah jugak kan.

Semoga Allah lembutkan hati mak. Sayang mak. Shuya takkan derhaka ngan mak. Cuma shuya nak mak tau Shuya juga ada hati dan perasaan.

Sekian.

Sumber – Shuya via IIUMC

Leave a Reply

Your email address will not be published.