“Disebalik BMW, ustaz dan nandek”. Abg long beria tunangkan aku. Akhirnya abg long nangis bila tahu siapa dia sbnarnya

Foto sekadar hiasan

He Too, Clipped My Wings

Assalamualaikum dan salan sejahtera semua . Bila baca kisah Huda (Klik link dibawah), aku terdetik nak berkongsi kisah yang hampir sama, cuma jalan cerita berbeza sedikit.

Sblm ni aku tadah bila kene. Aku tkut dgn Amrin. Hari ayah meninggal, dia hina2 aruwah. Aku histeria, sebakul aku bg. Dia terdiam

Tapi ni cerita lama, dah jadi sejarah. Aku pun dah berkahwin dengan orang yang aku sayang dan dikurniakan cahaya mata. Alhamdulillah. Panjang tau cerita ni, kalau bosan, korang skip lah ye. Hahah

10 tahun lalu, masa tu umur aku 25 tahun, aku ditakdirkan untuk menjadi yatim piatu selepas aruwah abah meninggal asbab sakit tua. Aruwah mama memang dah lama meninggal masa aku kecik lagi.

Aku anak bongsu dari 9 adik beradik. Dan ketika aruwah abah meninggal dunia, semua adik beradik aku dah berkahwin kecuali aku.

Time tu aku baru habis master dan bekerja sebagai seorang pensyarah muda di sebuah IPT. Bermulalah kehidupan aku hidup sendiri di rumah peninggalan, tanpa aruwah abah.

Yelah, adik beradik dah kahwin. Mereka duduk sendiri. Aku bersyukur, aruwah abah mama ajar kami adik beradik hidup berdikari sejak kecik. So, aku tak kekok sangat hidup sendiri.

Masalah bermula bila abang sulung (abang long) risaukan aku. Aku faham lah, sebagai abang sulung dia rasa bertanggungjawab dekat adik perempuan bongsu dia ni.

Nak pula, dia sorang saja anak lelaki dalam adik beradik. Dia pula tak boleh nak jaga aku sangat, sebab dia duduk jauh dekat utara sana. Rumah aruwah abah mama di lembah Klang.

Satu hari, abang long call aku. Dia kata dia risau aku duduk rumah sorang, ke hulu hilir sorang. Dia nak aku kahwin. Aku cakap dengan abang long, nak kahwin dengan siapa, BF pun takde. Aku ingat masa tu dia macam membebel, belajar tinggi tinggi, BF pun takde.

Kehkeh bongoklah abang long. Takde kena mengena langsung belajar tinggi dengan takde BF. Satu hari abang long kata dia ada calon. Jeng jeng jeng. Dekat sini lah bermula kehidupan neraka aku.

Abang Long kata dia berkenan dengan mamat ni, aku panggil Y. Maka mulalah sesi perjumpaan aku dengan Y ditemani abang long. First impression aku, erm not bad lah. Ada dua nandek hitam dekat dahi (ala yang biasa jumpa dekat orang alim tu katanya).

Ada rupa lah juga. And dia drive kereta BMW. Merecikkk koooo. Yang aku agak impress time tu, dia muda juga, cuma beza 2 tahun tua dengan aku. Dan sepanjang perbualan kami, tak lepas dari mulut dia nama Allah, MasyaAllah, Subhanallah.

Oh lupa, orang panggil Y ni ustaz, sebab karakter dan ilmu agama dia. Bukan sebab diiktiraf dari mana mana professional body.

Lepas perjumpaan tu, abang long tanya, okay tak Y tu. Walaupun first impression aku rasa okay, tapi aku takde perasaan dekat Y. But, did I have a choice?.

Abang long dah desak desak suruh kahwin. Aku rimas. So, aku cakap okay jelah. Dengan harapan, aku dapat sayangkan Y lepas nikah. Cinta lepas nikah katanya, gittewwww.

Bermula lah perancangan kami untuk bertunang, dan bernikah. Kami ada masa masa sebulan lebih untuk bertunang dan 6 bulan, untuk bernikah.

Y kata, benda baik tak elok bertangguh katanya. Wak lu lah. Dalam tempoh sebulan sebelum bertunang, layanan Y terhadap aku tersangatlah baik. Sangat gentleman.

Sampai aku rasa, aku tak silap untuk terima Y. Kau bayang, keluar makan dia bukakan pintu kereta. Duduk meja makan, dia tarikkan kerusi.

Ya ampun, aku rasa akulah perempuan terbahagia di dunia. Hehe rupanya, Y buka cerita, lama dah dia berkenan dekat aku. Love at first sight katanya. Jimbetttt lah ko. Dia jumpa aku time kenduri kahwin kawan kami.

Dia cari aku dekat FB, tapi dia tak add aku. Dia approach abang aku dulu. Dekat sini aku rasa, bagus juga lah cara dia ni.

Sehinggalah aku sah jadi tunangan dia. Time ni lah dia buka topeng sebenar di sebalik title ustaz yang orang panggil dia tu. Dia jadi sangat sangat mengongkong, panas baran dan kuat mencarut. Meh aku senaraikan perangai cel4ka dia:

1. Setiap kali sebelum kerja dia akan suruh video call untuk tengok aku pakai baju apa. Dia kata kena pakai baju patuh syariah dalam usaha jadi isteri yang baik. Kalau dia tak approve, aku kena tukar baju. Kepala bana dia. Mula mula okaylah kot nak terima.

Tapi lama lama, aku rimas. Aku tak ikut, Kadang kadang, saje aku provoke dia. Bila dia suruh labuhkan tudung, aku makin singkatkan. Hehe saje cari pasal sebab geram.

Tapi, bila keluar aku turunkan balik tudung tu. Aku takdelah baik mana, tapi aku tahu juga hukum hakam okay. Sebab tak dengar cakap dia, aku kena maki lah.

2. Dia pernah minta aku buat permohonan pada pengurusan tempat aku kerja, untuk minta mengajar pelajar perempuan sahaja. Tak boleh mengajar pelajar lelaki untuk menjaga ikhtilat. Dia rasa atuk aku ada share kot dekat tempat kerja aku, sesuka hati nak request macam tu.

Level khinzir terpaling tinggi dia capai.

3. Ada masa tu kami keluar cari barang kahwin, student lelaki aku call, tanya pasal satu event, dia terus rampas phone aku dan marah student aku, katanya tak menjaga adab dan ikhtilat. Aku malu weii dengan student aku. Kekhinziran diternak ternak namanya.

4. Dia memang rajin sebut nama Allah. Tapi tak kurang juga rajin mencarut tu. Setiap hari bab1, bangs4t, lahabau, lanc4u, cincau cancau dah jadi makanan aku.

5. Ada satu hari kami bergaduh, dia kata dia nak ride laju laju biar accident. Kalau dia accident, dia nak bagitau semua orang yang aku lah punca dia accident. Eh hangguk dia, blah lah lu. Bukan aku yang paksa kau ride sampai accident, giila.

6. Setiap kali jumpa, dia wajib check hp aku. Dan dia akan delete semua mesej dari lelaki dan no lelaki. Katanya, training menjadi isteri solehah untuk tak melayan ajnabi. Weh no sepupu aku pun dia delete. Kawan lelaki kat social media semua dia unfriend / unfollow / block.

Tapi bila aku nak check hp dia, tak boleh. Katanya, haram hukum bagi seorang isteri nanti selongkar barang kepunyaan suami. Training training training jadi isteri yang baik, macam syaitonnirrajim

7. Dia tak izinkan aku sambung PhD, katanya tiada keperluan seorang perempuan sambung belajar tinggi tinggi. Jadi suri rumah lebih banyak pahala. Katanya nak aku jadi ketua bidadari dekat syurga nanti. Hatukkk dia. Kau layan aku macam iblis, tapi nak aku jadi bidadari. Wat de.

8. Dia suka call sukahati atuk jiran dia semata mata nak nak check aku buat apa, dengan siapa. Kadang kadang time kelas memang aku tak angkat phone. Dia pernah call sampai 187 kali sebab aku tak angkat phone. Lepas tu, ingat aku lepas macam tu saja, hehehe memang tak lah.

Confirm lah gaduh. Kalau gaduh, confirm lah kena carut. Mak ko hijo, bapak ko pink.

9. Dia pernah pertikaikan fizikal aku, katanya buatlah something dekat breast aku, nampak macam dah jatuh sikit. Ini paling tak boleh blah.

Kan aku suka melawan, so aku jawab, eh kalau breast aku nak jatuh sampai ke lutut pun, aku susahkan hidup dia ke. Ustaz ke macam tu weii. Scaryyyy weii

10. Dia tak bagi aku keluar ke mana mana, tanpa dia. Nak hangout dengan BFF girls aku pun tak boleh. Tapi kau ingat, aku ikut ke? Hehehe memang tak lah. Aku nak keluar, aku keluar saja. Tapi lepas tu memang berbakul kena bab1. Macam lah takde binatang lain wujud.

Lemahhhh…

11. Kalau gaduh, dia suka menjaja cerita pada adik beradik aku. Dan kebanyakan cerita adalah plot twist untuk menampakkan dia tak salah. Kau bayang, kalau kahwin, setiap kali gaduh kena bagitau orang. Tak malu ke weiii.

12. Dan dengan perwatakan yang macam ustaz dan selalu sebut nama Allah tu, kau rasa takde cubaan dari dia untuk sentuh sentuh tangan aku ke? Hehehehe lu fikir lah sendiri. Ustaz taik wuff wuff.

Apa beza aku dengan Huda, dia tak melawan. Aku melawan dan takde sikit pun aku menangis bila gaduh dengan dia.

Dan aku bersyukur, aku ada drah naga yang membuatkan aku berani melawan dia. Hehehehhehe setiap kali dia cakap aku b4bi, aku cakap dia jin ifrit.

Dia menjerit, aku melalak. Sampai dia pernah kata, aku ni bukan calon isteri yang baik. Akan jadi isteri yang nusyuz. Tapi aku minta putus, taknak pula. Bakal isteri yang nusyuz ni jugalah yang kau kejar kejar. Hatukk lu

Mesti korang pelik kan, aku tak bagitau abang long ke? Aku dah bagitau, tapi malangnya. Abang Long tak percaya aku, dia lebih percaya kata kata ustaz oink oink tu.

Apalah yang Y racun abang aku. Tapi bukan salah abang long, semua orang takkan percaya cerita aku, kalau tengok perwatakan Y tu. Macam ustaz madi lah juga kan. Aku mula mula pun tertipu juga.

Tapi jujur bila abang long tak percaya dekat aku, aku rasa terkilan sangat. Sampai hati abang long lebih percayakan orang luar dari adik kandung dia sendiri. Abang long siap cakap, aku made up stories untuk sengaja cancel kahwin dengan Y, aka ustaz madi versi oink oink.

Sebak bila abang long cakap macam tu. Macam lah aku ni jahat sangat. Kakak kakak aku pula semua ikut keputusan abang long. Dahlah aku takde mak bapak, abang long, satu satu lelaki yang aku ada sebagai tempat perlindungan aku time tu, tak percaya aku. Sedih weii.

Aku menangis tulis ni. Tapi kak long (isteri abang long) back up aku kaw kawa. Tapi nak buat macam mana, kak long pun tertakluk dengan keputusan abang long. Hehehe kak long, terima kasih back up dan percaya acu. Acu sayang sangat kak long.

Kemuncak cerita, masa tu aku basuh kereta. Hp tinggal dalam dashbox. Y called aku, of course lah aku tak angkat. Startlah mencarut. Dia cakap betina sundal keluar dengan jantan mana sial. Hehehe psik0 gila wei.

Sebab dah biasa dapat missed call beratus dari dia, aku takdelah rasa cuak sangat time tu. Lepas habis basuh kereta aku terus pergi makan.

Tak layan pun mesej dia ke apa. Tenang tenang saje. Hehehe nak takut apa, dia bukan suami aku kot. Tunang saja wei.

Petang tu, baru aku jawab phone dia. Layankan saja lah maki hamun dia. Hehe. Then dia ajak jumpa untuk bincang further tentang our relationship.

Aku setuju jumpa, dengan harapan dia akan cakap nak putus. Dari awal memang takde hati dekat dia, dia buat perangai lagi lah tertutup terus pintu hati.

Dah jumpa tu, mestilah gaduh dan aku kena maki. Aku syak, dia ada allergic. Kalau tak maki, boleh tumbuh kurap agaknya. Aku fed-up. Aku minta dia berhenti tengah jalan. Biar aku balik sendiri. Rimas kena maki. Aku ugut, kalau dia tak berhenti kereta, aku terjun.

Dan dia berhenti. Pun tak habis lagi. Sambung gaduh tepi jalan. Kereta lalu lalang nampak lah kan. Yang ni dia dah start naik tangan. Aku melawan. Tapi apalah daya kudrat aku sebagai seorang perempuan nak lawan jantan macam tu.

Dia tumbuk aku, sampai lebam mata aku. Dan dia renggut kolar baju aku sampai terangkat juga lah aku. Nak jadikan cerita, doa aku untuk abang long sendiri nampak Y ni buli aku termakbul. Abang long aku lalu dan dia nampak semua kejadian.

Dia keluar dan mengamuk dekat Y. Ayat abang long aku tak boleh lupa, “berpuluh tahun aku jaga dia, jentik pun tak pernah. Kau siapa nak pukul adik aku”. Aku nangis weiiii. Sayang juga abang long dekat aku. Taip ni pun aku nangis.

Pendekkan cerita, abang long setuju putus tunang. Alhamdulillah. Tapi lepas putus tunang, dekat 3 bulan aku tak jawab call dan mesej abang long. Sebab aku merajuk sangat dia tak ada percaya aku bila aku perlukan sangat sangat pertolongan dari dia.

Apa apa aku mesej kak long dengan anak anak abang long saja. Sampailah raya, kami berkumpul. Abang long peluk aku, menangis dan minta maaf cakap dia bersalah dengan aruwah abah mama sebab tak mampu protect aku, dan paling bersalah sebab dia tak percaya aku.

Dan dia sempat cakap, dia takkan pasang gigi palsu (masa bergelut dengan Y dulu, dia terpatah gigi 1), sebagai simbolik dia sayang aku.

Setiap kali nampak gigi rompong, dia ingat dekat aku. Hehehehe bongoklah abang long. Dan, abang long janji takkan paksa aku kahwin lagi dengan pilihan dia. Acu sayang abang long.

Apa yang aku nak cakap, selagi mana kita ni perempuan ada kekuatan, melawanlah. Jangan biar kena buli.

Kita ada hak untuk rasa selamat dan dihargai. Keluarlah dari hubungan yang toxic. Jangan buarkan perasaan sayang membunuh dan menyeksa diri sendiri. Kita mampu mengubahnya.

To Y, aku tak tau kau hidup lagi ke tak. Kalau kau terbaca ni, treat people the way you want to be treated. Kifarah itu ada. Aku ampunkan kau.

Sekian, Salam sayang.

Sumber – Acu (Bukan nama sebenar) via IIUMC

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *