Aku mkn hati. Gj suami lbh 15k sebulan. Mertua di kasi 4k. Aku dpt 500. Duit belanja rumah, semua aku byar

Foto sekadar hiasan

Isteri Makan Hati

Assalamulaikum dan salam sejahtera.

Tujuan saya menulis di sini hanyalah untuk meluahkan perasaan saya kerana saya tiada tempat untuk mengadu.

Saya seorang isteri sepenuh masa. Mempunyai seorang anak lelaki 4 tahun dan sekarang sedang mengandung 2 bulan. Sebelum ini saya bekerja tetapi diberhentikan atas alasan syarikat telah rugi. Nasib baik suami saya masih mampu menampung.

Sebelum ini saya duduk berjauhan dengan suami tetapi selepas diberhentikan saya berpindah untuk duduk bersama dengan suami saya. Saya ingatkan selepas duduk dengan suami kurang la sikit bebanan saya. Rupanya tidak.

Dari mengemas rumah, basuh baju, masak, urus anak, buang sampah, beli barang dapur dan sekecil kecil hal pun semua saya yang uruskan sendirian.

Pendek kata tak ada beza pun ketika saya duduk sendirian dengan anak saya. Lebih baik saya duduk sendiri dengan anak saya.

Saya penat tapi saya malas nak cakap dengan suami saya. Sebabnya suami saya bila balik dari kerja mata dia tak lekang dari fon. Cakap pun kena ulang banyak kali. Jadi saya malas nak buang tenaga saya. Saya kesian dekat anak saya.

Bila ayah dia balik dia akan buat macam macam untuk tarik perhatian ayah dia tapi ayah dia masih matanya dekat fon. Budak bila tak dapat perhatian, dia akan menangis ataupun akan memberontak.

Tau pula suami saya mengamuk bila anak saya menangis. Dia kata dia penat. Saya faham dia pun penat tapi saya pun penat sama.

Saya buat kerja rumah dari pagi sampai ke malam sendirian. Suami saya selalunya akan pulang sampai lewat malam setiap hari dan dia tak ada off day.

Jadi bayangkan saya terpaksa gagahkan diri buat semua benda dari isnin sampai ahad seorang diri.

Kalau lauk habis saya terpaksa bawa sekali anak saya pergi beli barang dapur. Sebelah pegang tangan dia sebelah lagi pegang beg barang.

Satu hari saya mengadu dengan suami saya yang saya penat dengan anak anak jiran yang setiap hari akan datang bermain di rumah saya.

Budak biasalah main sepahkan mainan berebut mainan. Kalau saya tidak mengandung mungkin saya larat untuk kemas rumah setiap hari.

Saya harapkan untuk suami saya sabarkan saya atau cakap la apa apa bagi penat saya hilang. Tapi tak. Dia suruh saya berfikir balik. Mungkin mak budak budak tu nak berehat jadi dia hantar anak anak dia bermain di rumah saya.

Dia suruh saya fahamkan situasi jiran saya. Saya jadi terkedu. Suami jiran saya tu 24/7 wfh. Saya malas nak gaduh jadi saya diamkan diri dan bawa diri tidur walaupun saya sedih sangat.

Saya jadi lagi sedih bila saya ternampak whatsapp suami saya dengan mak dia.

Rupanya selama ni setiap bulan dia bagi allowance dekat mak dia 3-4k sebulan sedangkan saya cuma 500 sebulan. Itupun saya kena berjimat cermat sebab saya kena berkongsi duit tu dengan mak ayah saya.

Dulu waktu saya bekerja bolehla juga saya tolong lebih sikit mak ayah saya.

Suami saya adik beradik dia semua dah bekerja dan belum berkahwin dan mereka masih tinggal bersama dengan mak ayah mertua saya. Setiap bulan mereka akan bagi duit belanja kepada mak ayah mertua saya juga.

Saya faham suami saya nak balas jasa tapi kenapa dia tak adil. Kadang kadang duit 500 tu saya guna juga untuk beli barang rumah ataupun anak saya. Suami saya gaji nya melebihi 15k sebulan dan saya tau dia memang lebih dari mampu.

Soal hospital bersalin pula, musim c0vid ni saya nak bersalin di swasta sebab saya nak suami saya masuk sekali dalam LR tengok macam mana siksanya untuk keluarkan seorang zuriat.

Tapi suami saya taknak. Dia suruh saya bersalin di government sahaja. Dulu waktu saya bersalinkan anak sulung saya pun suami saya tak ada temankan atas urusan kerja. Dan mak mertua saya pesan dekat saya jangan kacau anak dia bekerja.

Saya menahan sakit contraction seorang diri sambil menangis. Saya keseorangan di LR ditemani nurses dan doc. Anak saya pun orang lain yang azankan.

Dah 4 tahun berlalu tapi setiap kali terkenangkan detik tu mesti saya menangis. Saya dah pernah ceritakan hal ni kepada suami saya.

Kalau dah orang lain pun dia suruh saya utamakan dulu apetah lagi mak dia. Dia cuma cakap mak dia taknak bagi dia risau.

Saya yang bersalin sorang tapi suami saya pula yang orang suruh jangan risau. Kadang kadang saya penat dengan semua ni.

Tolong doakan urusan bersalin anak kedua saya dipermudahkan. Biar la ayah dia tak nak temankan. Saya akan sentiasa temani anak anak saya.

Dan tolong doakan saya dapat kerja secepat mungkin supaya saya dapat hidup bertiga dengan anak anak saya sahaja. Sebab saya sebenarnya dah terlalu banyak makan hati dengan suami saya dan keluarga dia.

Kepada suami di luar sana, tolong hargai isteri anda. Kalau anda penat, isteri anda lagi penat tapi kami masih tetap gagah untuk uruskan keluarga.

Kami tak minta gelang emas kereta porsche dan sebagainya tapi cukupla dengan membantu kami di rumah. Tanya apa yang perlu ditolong. Tanya bagaimana hari kami. Letakkan fon bila kami bercakap dengan anda.

Hargai isteri anda. Mungkin hari ini isteri anda masih lagi mampu untuk bertahan tapi esok lusa tak tahu.

Jangan tunggu sampai isteri anda sudah tidak mahu ambil kisah tentang diri anda. Jangan tunggu sehingga isteri anda merasakan dirinya sebagai pembantu rumah sahaja dan bukan sebagai teman sehidup anda.

Tolong doakan saya kuat. Terima kasih…

Reaksi Warganet

Syahirah Mohamad –
Mana tadi confession si makcik Rara yang suruh berkahwin dengan lelaki berduit tu? Ni ha gaji suami RM15k, tapi bagi RM500 je dekat isteri? Kat mak sendiri boleh pulak bagi sampai 4k sebulan. Hmm

Sebab tu la cari suami yang bertanggungjawab. Gaji RM1k ke, RM100k ke tapi bila tau tanggungjawab, insyaAllah harmoni rumahtangga. Money can’t buy happiness, love and attention do.

Saya kahwin dengan suami masa masing masing cuma ada sekeping sijil degree. Tapi selepas 6 tahun, alhamdulillah kami ada semua yang diimpikan. Allah izinkan kami bina keluarga dari kosong. Tak perlu duit berjuta.

Aza Yati –
Sis.. berbaki beberapa minggu sebelum bersalin.. my advice..

1) bagitau kk/hosp nak masukkan iucd selepas keluar uri untuk merancang 3 tahun.. Takyah pening pasal merancang pasni..

2) keep calm and prepare mentally and physically untuk bersalin. Lupakan yang negatif. Suami takde tapi Allah dan malaikat ada temankan sis sepanjang sis berjihad melahirkan..

3) take time for yourself.. kalau anak anak jiran tuh tambah serabut takyah bukak pintu bila diorang datang.. kata pening kepala..

4) kalau sis penat rehat jer, biar rumah bersepah takpe jangan mental and fizikal sis penat. Yang penting anak and sis cukup makan..

5) back to your family or close friend for backup if anything happen in your marriage.. mintak tolong diorang untuk tengok tengok sis and anak once sis had enough or after deliver..

Lastly, i think maybe ur husband have someone else. Banyak banyakkan berdoa sesungguhnya doa orang yang dizalimi itu makbul.. hugs and stay strong..

Farizah Mohd Ramli –
Semoga puan dapat kerja cepat dan dipermudahkan urusan bersalin. Lepas anak 2 ni mohon jangan pregnant lagi. Tapi saya lebih suka tt keluar daripada perkahwinan toksik. Dah pernah rasa bersuamikan lelaki gaji 5 digit tapi kedekut dengan anak bini. Bagi nafkah sangat berkira.

Bukan tak pernah bincang tapi ex husband memang tak nak bagi dan jenis kedekut. Lebih suka belanja untuk diri sendiri dan entah apa lagi yang saya tak tahu.

Akhirnya saya pilih jalan sendiri dan hidup tenang dengan anak yang kian meningkat remaja. Moral of the story, kalau dari awal suami memang kedekut, culas bab tanggungjawab tak mudah mereka nak berubah. Pilihlah jalan untuk bahagia dengan anak anak.

Suami macamtu tak sayang isteri dan anak sekalipun mulut cakap sayang. Jangan buang masa hidup dengan lelaki yang tak tau hargai kita. Keep your head up, keep your heart strong.

Atikah Jamaluddin –
Next time duit beli makan, minum, barang dapo semua mintak dekat suami. Duit untuk beli pampers susu anak pun mintak dengan suami jugak sebab tu kewajipan suami dan dia pun memang mampu. Duit rm500 dia bagi tu simpan kemas kemas untuk masa depan.

Ada masa bodek bodek la suami tu mintak gelang ke, cincin ke, boleh jugak buat simpanan di masa depan. Untuk mak ayah awak, bagi bila yang awak mampu sahaja melainkn mak ayah takde pendapatan.

Awak dan suami sebenarnya terlalu penat. Awak penat di rumah, suami pula penat di tempat kerja jadi dia harapkan di rumah takde gangguan dan boleh baring melepaskan lelah saja.

Pujuk suami ambil cuti sehari dua dalam seminggu untuk spend time dengan keluarga. Masa cuti boleh keluar jalan jalan makan sama sma.

Lepas anak kedua lahir nanti buat family planning untuk jarakkan kehamilan andai suami tak mampu nak bagi perhatian kepada anak.

Akhir skali semoga dipermudahkan urusan awak TT. Kalau menangis tu boleh redakan emosi awak, menangislah sekejap lepas tu bangkit semula dengan semangat baru.

Sumber – Anon (Bukan nama sebenar) via IIUMC

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *