Foto sekadar hiasan
Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Part ni aku nak cerita tentang Atikah. Bukan nak memburukkan sesiapa, tapi alang alang aku dah mulakan, aku gigih kan jugak nak bercerita tentang siapa sebenarnya Atikah?
Part 1, klik link dibawah
Okey, menurut tunang aku (Apik,26), 4-5 bulan sebelum Paih nikah dengan Yaya, paih pernah suruh orang tanya tanya Atikah ni dah berpunya ke belum (Apik cakap macam merisik kononnye).
Tapi Atikah juai mahai, or dalam kata lain menolak (Apik cakap, Paih ibarat kena rijek). So mungkin sebab ni Paih terima je Yaya dulu. Tapi dalam masa yang sama Paih tetap kawan jugak dengan Atikah (kalau aku kena rijek, aku block terus dia dari hidup aku, LOL).
Atikah ni dulu okay ja. Tapi lepas Atikah dapat tahu Paih dah nikah, dia mungkin rasa tergugat. “Bajet muslimah” dia makin menjadi jadi. Seolah olah menggoda Paih.
Apik cakap, Atikah selalu ajak diorang lunch sama sama. Selalu ajak diorang teman dia beli barang. Alasannya sebab Atikah dah anggap diorang ni macam abang sendiri (serious?).
Paih kan memang dah suka Atikah sejak dulu lagi. So bila Atikah kasi perhatian lebih sikit, memang menjadi lah. Bagi aku tepuk sebelah tangan tak berbunyi. Dua dua gatai sebab tu boleh cintan cintun tu. Jahat.
Oh yer, Apik ni tunang aku. Member se-universiti Paih dan Atikah. Atikah ni junior diorang. Apik dan Paih memang rapat since sekolah lagi, sekarang kerja pon dekat firm yang sama. Apik ni hari hari tadah telinga dengar suka duka kisah Paih. “Konon”
Apik cakap Atikah ni selalu cakap dia teringin nak kawen. Macam nak suruh Paih kawen dengan dia. Bagi hint yang dia nak berkeluarga lah, konon nak dapat pahala berkeluarga pulak. Nak lahirkan pejuang agama lah.
Lepas tu bile sembang selalu je keluar ayat ayat yang related dengan kawen ni. Konon sembang sembang tentang agama tapi bersulamkan cinta Islamik, isu halal p0ligami. Puih.
Bagi aku benda benda macam ni sangat tak proper untuk kite cakap dengan orang yang berlainan jantina.
Bagi aku, kalau nak dapat pahala, buat lah baik dengann ibu bapa dan adik beradik, dapat pahala jugak bagi yang single tu.
Apik cakap, dia dah nasihat Paih. Tapi Paih sekadar masuk telinga kanan keluar telinga kiri. Iyelah, Paih kan memang suke Atikah, gadis idaman dia dari dulu. Tambahan pulak Yaya belajar, bukan jumpa hari hari.
Aku cakap dekat Apik, Paih tak bagi duit dekat Yaya. Apik terkejut, sebab Paih selalu bayarkan barang Atikah. Bukan sikit sikit tau, sekali bayar beratus jugak.
Dan bukan sekali tau, banyak kali dah. Paih pernah belikan jam harga RM1k lebih untuk Atikah. Bagi aku, harga tu terlalu mahal untuk sebuah jam je.
Aku memang bengang dengan Paih. Tapi lagi bengang dengan Atikah. Mungkin jugak Paih suka rela belanja Atikah. Tapi, Atikah tu takkan tak reti menolak? melampau wei, serius melampau.
Sedangkan Yaya tu bayar yuran guna duit sendiri okay. Bukan ke tu tanggungjawab Paih? Eeeee geram.
Aku marah Apik, sebab dia tak pernah cerita benda benda ni semua dekat aku dulu. But dia cakap, takkan benda benda macamni pon nak cerita. Paih tu kawan dia kan, nanti marah pulak Paih dekat dia.
Aku cakap, apa bezanya. Sekarang boleh je cerita dekat aku. Apik cakap, sekarang lain, sekarang Paih suka Yaya. Jeng jeng jeng. Suka?
Apik cakap, dia rasa Paih dah suka dekat Yaya. Sebab sejak dua menjak ni, Paih asik sebut Yaya, Yaya, Yaya je. Sikit sikit Yaya, ada ape ape pon Yaya.
Dalam group whatsapp sekolah pon Paih ada mention pasal Yaya. Dah tak malu, dah tak ade rahsia rahsia macam dulu.
Tapi bagi aku, Paih tak layak untuk orang macam Yaya ni, jauh sangat beza nye. Kalau aku ni Yaya, aku tinggal je Paih ni.
Jujur ye aku cakap, Paih dengan Yaya macam langit dengan bumi. Paih buat kerja laju, pantas, kerja keras, sekali ajar terus paham, tak mudah mengalah, buat kerja sempurna. Puas hati lah kalau suruh dia buat apa apa.
Tapi Yaya tak macam Paih. Yaya ni pelupa, ajar banyak kali guna mesin basuh pon dia lupa. Padahal mesin basuh automatik, dan tiap kali nak buat air teh pon dia akan tanya ‘mak, gula nak bubuh bape sudu’. Padahal hari hari dia buat air.
Mak cakap Yaya ni suka bertanya. Benda dah tahu pon dia akan tanya. Lagi satu, dia ni cemerkap, selalu sangat barang dia jatuh, dia pon selalu jugak jatuh.
Tengah jalan tiba tiba langgar meja lah, langgar sofa lah, jatuh tangga lah, memang jenis macam tu. Mak cakap dia ni lembik. Lepastu kalau tolong masak, selalunya tolong potong potong sayur, mesti akan luka sikit terkena pisau. Dia ni serba serbi kurang cekap.
Mak cakap Yaya professional bab mengemas dan ambil hati orang tua je. Haha. Sebab tu mak sayang dia. Kadang kadang jeles jugak sebab mak selalu utama kan Yaya.
Tapi bila pikir pikir balik, xpe lah. Yaya kan yatim piatu. Kalau bukan dekat mak tempat dia manja, dekat sape lagi kan.
Okey, berbalik pada Atikah tadi. Menurut Apik, masa raya hari tu, budak budak group whatsapp (Group Usrah, Apik cakap kebanyakan diorang ni tak tahu Paih dah kahwin) bincang bincang nak pergi beraya dekat Johor, sambil tu boleh pergi kenduri kawen one of kawan diorang.
Tengah dok bincang bincang, tiba tiba ada yang cakap tak sabar nak makan nasik kenduri Paih.
Paih reply, tahun depan jemput makan kenduri akikah lah. Lepastu siap hantar gambar nikah dia dengan Yaya. Wowww. Bold giila.
Lepastu macam macam lah orabg dok tanya, ada yang dok membahan, ada yang dok alhamdulillah bagai. Kalau lah IIUM confession ni boleh attach gambar, aku masukkan sekali screensh0t yang Apik bagi dekat aku tu. Haha
Haaaa, malam lepas Paih hantar gambar nikah dekat group tu, Atikah whatsapp Apik. Cakap sedih Paih buat dia macam ni (sebab Paih bagi harapan kot).
Kawan kawan ada yang tanya Atikah pasal Paih dah nikah, ramai yang tak sangka sebab tahu Paih rapat dengan Atikah. Atikah whatsapp Apik cakap dia malu. Tapi Apik kan tak layan benda benda gini.
Apik siap cakap lagi, tak baik buat macam ni, lagi pon Atikah kan tahu awal awal lagi yang Paih dah kawen, sepatutnya Atikah jauhkan diri.
Aku baca whatsapp Atikah tu pon aku rasa bengang. Aku cakap dekat Apik, ape lah yg perempuan ni harapkan. Dengan tenang Apik balas, duit dan lelaki.
Yelah dah bertahun tahun dia rapat dengan Paih, tambah pulak Paih ni pakej lengkap. Ada rupa, ada harta, konon “alim”. Kalau Paih tak layan dia dah, terkontang kanting lah hidup Atikah, sapa nak support dia lagi.
Masa ni Apik terlepas cakap yang kereta Atikah naik tu, beli guna nama Paih. Paih bayar bulan bulan.
Time ni aku memang tak boleh tahan marah. Weyh, walaupon myvi je, tapi bulan bulan RM500 lebih jugak wei. Bagi aku itu pelaburan yang sia sia. Membara hati aku rasa.
Aku cerita benda ni dekat mak. Mak tenang, mak cakap mak tahu. Mak tahu? Mak cakap, masa Paih nak beli kereta tu dulu, Paih pernah bagi tahu mak, ada orang bank akan telefon mak, masa ni lah mak tahu. Aku pon tak berapa jelas tentang ni, tapi aku serius bengang.
Aku ada cakap dekat Paih pasal kereta tu, korang tahu Paih cakap ape? Kalau adik nak guna kereta tu adik pergi mintak dekat Atikah sendiri.
Hurm, entah lah wei, tak tahu nak buat macam mana, benda jadi depan mata aku. Tapi aku tak tahu macam mana nak respon.
Walaupun hidup kami ni macam drama, tapi inilah realiti. Kesian Yaya, hak dia selalu dinafikan. Aku dapat rasa, suatu hari kalau Yaya tak baik jugak dengan Paih, dia sendiri akan bawak haluan dia.
Banyak lagi aku nak cerita pasal paih dan Yaya yang dh baik ni. Tapi nanti nanti lah sebab sekarang mood aku nak meluahkan rasa marah aku ni. Grrrrrr.
Sumber – Adik Kau via IIUMC