Aku gertak utk sebarkn aib suami. Bila minta cerrai, muka aku diludah. Leherku dicekik. Anak2 jd saksi. Malah turut jd mngsa

Foto sekadar hiasan

Assalamualaikum dan salam sejahtera..

Hai, saya Bunga Tanjung (nama samaran) terpanggil untuk meluahkan rasa yang terpendam sekian lama.

Tiada lain, hanya inginkan pendapat rakan dengn jujur dan ikhlas sebelum saya mengambil tindakan selanjutnya.

Biasalah, hati ni Allah yang pegang dan sentiasa berubah ubah dan kerana itulah saya hanya diam di takuk kesedihan yang tiada penghujung.

Sebagai pengenalan, saya seorang penjawat awam dan telah berkahwin selama 18 tahun dan dikurniakan 3 orang cahayamata yang bijak dan kacak serta cantik (sebab ramai yang memuji, alhamdulilah).

Walaubagaimanapun, sepanjang perkahwinan terlalu banyak ranjau dan onak duri telah saya lalui dengan kesabaran kerana memikirkan anak anak yang cemerlang tidak seharusnya membawa title anak kepada seorang janda.

Maaf bukan saya memandang rendah dengan status tersebut, namun pengalaman bergaul dalam masyarakat menjadikan saya berfikir 444 kali untuk bertindak.

Saya telah berkahwin dengan lelaki pilihan hati. Bercinta sejak tahun pertama di universiti di KL, bekerja selama 2 tahun sebelum kami membuat keputusan untuk berkahwin.

Make it short, dari awal perkahwinan saya seorang yang sangat menjaga keluarga baik dari aspek hormatkan suami, mertua, mendidik anak, mengasuh, kebersihan rumah, even makanan sihat pun saya sangat mengambil berat.

Dengan kata lain, saya seorang yang serba boleh dan perfectionist. Bukan nak memuji diri sendiri, tetapi rakan rakan dan saudara keliling sering mengatakan suami saya beruntung mendapat isteri yang cantik, berpelajaran tinggi, berkerjaya, serba boleh.

(Saya boleh menjahit, boleh mengambil tempahan kek dan masakan saya pun selalu dipuji dalam keluarga mertua sebgai sedap).

Okey.. Main point dekat sini bukan saya nak menceritakan tentang diri saya sangat sebenarnya. Namun ingin meminta pendapat rakan rakan dengan jujur dan ikhlas demi kebahgiaan diri saya yang tinggal bersisa di dunia yang sementara ni sebelum Allah panggil pulang ke alam yang abadi.

Untuk pengetahuan pembaca, syukur anak anak saya sejak kecil saya didik dengan mementingkan pelajaran dan didikan agama, mereka tergolong dalam top 3 di sekolah private dan straight A dalam peperiksaan.

Setiap tahun akan mendapat anugerah baik dalam peperiksaan, sukan dan hafazan. Syukur Allah berikan saya nikmat melihat kejayaan anak dan patuh dalam suruhan agama.

Namun disebaliknya, saya selalu sunyi tanpa suami yang ambil berat dan tiada tempat saya nak mengadu perasaan memandangkan saya tidak suka menceritakan hal rumahtangga kepada orang kerana akan membuka aib suami.

Jika kawan kawan bercerita tentang kebaikan dan suami yang romantik saya cuma respon positive yang gembira, walhal dalam hati saya remuk hancur bersepai kerana tiada mendapat perhatian dan kasih sayang dari suami.

Walaubagaimanapun, (mula bab sedih dah ni) saya sedar, sebagai manusia yang dicipta Allah sebagai hambaNya, tidak lengkap iman seseorang itu jika tidak diuji.

Saya diuji dengan suami yang kasar bahasanya, tidak menunjukkan kasih sayang, ego yang sangat tinggi, memandang rendah saya, dan berterus terang kepada saya keluarganya lebih penting dari saya.

Dan jika perlu memilih antara dua, sudah tentu keluarga yang akan dipilih dan saya akan dilepaskan.

Sejak awal perkahwinan, saya hanya dilayan seperti pembantu rumah. Cuma lebih saya ialah waktu malam (setiap hari pulang lewat 1-3 pagi bekerja 7 hari seminggu, ada sedikit keperluan disitu, harap faham).

Mengapa saya kata dilayan seperti pembantu rumah ialah sebagai contoh keperluan rumah seperti bahan memasak dan keperluan anak, saya perlu membelinya sendiri walau dengan menggendong bayi selepas berpantang, memimpin ank kecil even dengan perut 9 bulan mengandung.

Jika saya mengajaknya bercuti berbagai alasan diberi, namun dia akan bercuti dengan kawan kawan dengan alasan bisnes, meninggalkan saya bersama anak anak yang masih kecil.

Saya masih ingat, suatu hari kami bercadang berjalan di mall, bila turun dari kereta saya memintanya keluarkan stroller kerana saya sedang mendukung baby.

Jawapannya siapa yang nak jalan tadi?Pergilah keluarkan dengan nada yang tinggi dan muka yang bengis seperti seorang yang sedang membenci.

Saya telan dan buat muka tak malu. Jalan juga buat macam biasa. Namun setiap kata kata kejam yang dikeluarkan, saya ingat sehingga ke hari ini. Adakah saya seorang yang pendendam atau semua manusia begitu?

Pernah juga saya membuat jamuan raya untuk rakan sekeja. Masak berbagai menu dari nasi beriyani, mee, roti jala, puding, kuih bubur, koktail..

Boleh bayangkan tak sesibuk mana saya memasak dalam masa yang sama melayan 3 orang anak kecil dan mengemas rumah (40×80 keluasan rumah 2 tingkat) seorang diri. Tanpa bantuan dari seorang suami sedikit pun.

Namun saya rasa puas dapat menjamu rakan, sebaliknya suami saya tidak menyertai jamuan saya tu. Tetapi membawa ibunya pergi ke rumah makciknya atas urusan keluarga. Walhal saya dah bagitau awal akan tarikh majlis tersebut. Ok.. tak pe.. Sabar lagi.

Ok.. Baru nak mula part kemuncak.

Ketika tahun ke 5 perkahwinan, suami saya kantoi bercinta dengan perempuan vietnam, ok saya maafkan. Kemudian tahun ke 10 kantoi bercinta dengan ex schoolmate. Rindu bagai sampai hp dia saya hempas ke lantai, ok saya maafkan.

Untuk pengetahuan, Suami saya dari awal perkahwinan tidak membenarkan saya membuka handphone nya dan sentiasa lock. Urusan bisnes, saya tak perlu tau katanya.

Ok saya percaya, yela perempuan jujur macam saya mana berburuk sangka dengan suami. Saya katakan takkan la dia nak cari perempuan lain, sedangkan dia takkan jumpa perempuan macam saya dekat luar tu.

Wah.. Confidentnya saya.. Sekali dah terkena, drah dan nanah dari luka tersebut tidak berhenti mengalir walaupun kejadian tersebut sudah 6 tahun berlalu.

Kisah kekejaman memuncak bila perkahwinan telah menjangkau 12 tahun. (Maaf jika tulisan saya terlalu panjang. Saya dah cuba pendekkan untuk pembaca feel sedikit sebanyak perjalanan hidup saya) Suami saya bercinta dengan perempuan indon.

Sebenarnya instinct si isteri sangat kuat dan sememangnya selalu benar. Allah beri kelebihan isteri dapat mengesan perubahan suami walau dia bijak menyusun strategi menyembunyikan bangkai.

Indon ni janda anak 1 dan saya dapat membaca chat cinta rindu dendam mereka apabila anak saya curi curi pandang pasword ayahnya. Saya screensh0t dan hantar ke wasap saya. Saya pernah terjumpa mancis tertulis nama hotel, namun dengan bijaksana dia menepis tuduhan saya..

Disinilah bermula dia memukul, menendang menumbuk, menampar mencaci menghina segala jenis setan dan segala jenis haiwan yang haram semua keluar, walhal haiwan tu juga Allah cipta untuk keseimbangan ekosistem dunia, bukan untuk dijadikan bahan hinaan.

Seorang ego tidak akan mengaku salah, disini lah dia mula bertindak seperti play viictim.. Mengatakan saya salah selalu menuduh dia curang.

Yang paling hina sekali saya juga telah diludah beberapa kali selepas saya meminta cerrai dan saya gertak jika tak cerraikan saya, saya akan beritahu aibnya (saya terjumpa gambar tak senonoh indon tu pakai baju tidur s3xy menampakkan aset atasnya) kepada ibu bapanya.

Oleh kerana bapanya ada sakit jantung, maka dia terpaksa melafazkan cerrai talak 1 ketika itu. Ada ke isteri lain menghadapi situasi penghinaan tahap tertinggi iaitu diludah di muka.. Nauzubillahiminzalik..

Allahuakbar adakah dia dilahirkan dan dididik oleh ibubapanya sebegitu? Wallahualam… Sehingga jasa saya melahirkan zuriatnya dibalas sebegini?

Akibat pergaduhan berkaitan perempuan indon itu, dia juga pernah mencekik leher saya sambil duduk diats saya hingga saya seperti nyawa nyawa ikan tidak dapat bernafas, dan dia katakan saya hanya berlakon sakit. Anak anak menjadi saksi saya menjadi bahan pukul.

Untuk pengetahuan, anak anak saya juga sering dipukul sehingga pernah dia menghempas beg penuh dengan buku ke atas kepala anak yang terbaring setelah dia menyepak, menendang dan memukulnya.

Ketika itu saya katakan jika dia tidak membawa anak saya ke hospital, saya akan report polis. Rupanya dia dan mak mertua saya minta anak saya kata pada doktor jatuh. Allhuakbar, takut pula dah buat salah, ok saya masih bersabar.

Kembali semula pada kes penderaan fizikal mental saya, sepanjang pergaduhan, pukul baik semula, cerrai kali kedua (Allahuakbar tak tau nak kata apa dah, saya bdoh atau saya bersabar fikirkan anak)

Saya mempunyai 11 polis report berkaitan pukul sepak terajang dan dia juga pernah ditahan reman selama 3 hari kerana memukul saya di bulan puasa dan saya menarik semula kes tersebut di mahkamah kerana masih kasihankan dia..

Allahuakbar, saya tak tau datang dari mana belas kasihan itu sedangkan separuh nyawa saya telah dikerjakannya.

Bayangkan lelaki bersaiz XXL pukul isteri bersaiz M, dapat bayangkan tak impact momentum penampar atau sepakan di punggung tu.. mulut berdrah, hidung berdrah tu biasa..

Saya bersumpah di hadapannya cepat atau lambat akhirnya saya tetap akan tuntut percerraian darinya kerana kes saya tidak mendapat pembelaan sewajarnya dan saya diarahkan kembali patuh kepada suami.

Ketika perbicaraan, walaupun saya katakan saya tak boleh kembali bersamanya, hakim telah menutup fail saya dan tidak mendengar apa yang saya katakan.

Sejak itu saya berazam untuk ada rumah sendiri dan menunggu anak besar dan masuk asrama, saya bersumpah akan bertindak membela diri saya.

Namun kini, walau saya telah membeli rumah, suami saya ikut berpindah ke rumah baru dan kami masih tidak mesra seperti suami isteri lain, dan saya tak melayan dia dengan sepenuh hati.

Walaupun dia bercakap dengan saya, saya tidak memandang wajahnya dan tidak membalas kata kata dengan mesra kerana saya benci melihat wajahnya.

Jika saya memandang wajahnya saya akan teringat kata kata penghinaan, sepak terajang dan ternampak nampak dia meludah di muka saya.

Saya tahu saya berdosa, namun saya sendiri tak mampu nak membawa diri saya yang separuh nyawa seperti telah tiada kerana walaupun telah 6 tahun berlalu. Setiap kali saya berseorang diri saya akan menangis sekuat hati seperti isteri kematian suami.

Suami saya tidak pernah meminta maaf atas kesalahannya yang lalu, kami hanya tidak bercakap tentang itu. Mungkin dia fikir saya telah melupakan kezaliman tu.

Hanya sejadah dan kereta tempat saya melepaskan kesedihan. Saya tidak pernah menunjukkan kesedihan di hadapan anak mahupun rakan.

Terkini saya ada berjumpa lawyer untuk failkan percerraian kerana seperti masanya telah tiba dan kedudukan saya telah stabil dan anak anak juga telah dewasa.

Jika suami mahukan anak, silakan. Tidak lagi seperti dulu saya ditakut takutkan dia akan mengambil anak saya jika saya failkan percerraian.

Saya mula mencari kebahagiaan lain, selain bercuti dengan anak atau rakan, saya juga pergi hiking bersama rakan yang jauh lebih menggembirakan hati saya. Saya juga gembira sekiranya dia tiada di rumah kerana saya boleh ada agenda saya dengan anak anak.

Saya rasa telah tiba masanya saya melepaskan sejarah pahit rumahtangga saya, dengan mencipta life line saya sendiri.

Tiada istilah cinta baru bagi saya kerana dialah cinta pertama saya dan dia jugalah yang terakhir kerana saya terlalu serik dengan lelaki yang nampak tinggi agama, dipandang tinggi oleh saudara dan rakan, berjaya dalam kerjaya, namun dipandang hina oleh isteri kerana tangan dan mulutnya sendiri.

Persoalan saya, mengapa saya seperti tak sampai hati dan kasihan jika saya failkan percerraian… tidak tergamak untuk meluahkan apa terbuku dalam jiwa..

Jika saya teruskan diri saya dalam ikatan ni, maka terus berdosalah saya kerana tiada cinta kasih mahupun sekelumit sayang.

Atau ini adalah satu proses yang saya perlu lalui sebagai jalan keluar untuk membina bahagia sendiri dan menghabiskan sisa hidup dengan beribadah tanpa ada rasa sakit hati sesama manusia..

Adakah saya seorang pendendam kerana menghabiskn sisa hayat saya mengenang kezaliman yang telah dilalui..

Maafkan saya jika saya mengambil masa rakan, saya betul betul inginkan nasihat dan kata kata semangat untuk menjadi manusia yang sentiasa bersyukur dengan kelebihan yang diberi Oleh Allah dan redha dengan ujian yang telah dilalui..

Sekian.

Reaksi Warganet

Nia Addin –
Tinggalkanlah. Seumur hidup itu terlalu lama puan. Suami puan terlalu jauh dari agama. Mana ada orang yang punya agama bersifat sebegini?. Agama untuk dipraktikkan, bukan untuk disimpan.

Kesian anak anak puan. Kerana risaukan title janda, anak anak terpaksa melalui hidup yang tak bahagia kerana berdepan dengan si ayah yang giila.

Shikin Ilyyas –
Takut sangat anak yang cantik, kacak, cemerlang tu dapat title anak janda, teruskan la bertahan.

Biar orang tengok segala galanya sempurna. Rumah besar, suami beragama, berkerjaya, pandai masak. Tak payah cerrai, kesian suami tu kan.

Siapa nak jaga dia, nak masakkan dia, nak layan batin dia, nak jadi punching bag dia nanti. Mesti tak sampai hati kan.

Cukup masa, anak anak yang serba serbi baik tu akan dapat tittle anak yatim dan anak pembnuh. Contoh dah banyak depan mata. Teruskan la bertahan untuk jadi sebahagian daripada statistik tu

Nur Hajarul Musa –
Satu je boleh fikir. Anak anak membesar dengan keadaan keluarga toxic. Jadi saksi mak kena pukul. Diri sendiri kena pukul siap kena hempas beg atas kepala.

Mungkin bagi anak, belajar sungguh sungguh dapat A untuk gembirakan mak sebab kesian tengok mak kena dera dengan ayah tak berguna.

Keluarlah dari keadaan menyakitkan tu. Untuk apa kasihan pada dia yang tak layak? Dia layan puan macam sampah. Minta maaf pun tak. Mak dia pun sanggup bersekongkol dengan anak suruh cucu beritahu doktor yang cucu tu terjatuh. Sangat kejam.

Kejarlah bahagia sendiri puan. Berbahagialah! Usah toleh ke belakang. Untuk apa lagi hidup terluka? Tak bahagia langsung. Usahalah untuk pergi. Lepaskan segala derita. Jaga diri.

Nur Cahaya –
Puan, kesilapan wanita ialah kerana menyangka agama melarang bercerita penderaan suami kerana ia termasuk membuka aib suami.

Kebdohan wanita bila terlalu lama dituba syurga perempuan pada suami. Kebebalan perempuan kerana menyangka berdosa meminta cerrai kerana arasy akan bergegar.

Perempuan dipasung dengan kata kata sedemikian sekian lama sehingga ramai didera fizikal dan mental tapi tidak berusaha keluar daripadanya. Mereka disuruh bersabar dan hanya berdoa kepada Tuhan.

Tahu apa Tuhan kata? Dia takkan membantu hamba yang tidak berusaha keluar dari kemelut (Arrad:11). Doa bukan lampu Aladdin, doa tidak membuat keajaiban turun dari langit. Tuhan menyuruh umat Nabi Muhammad berusaha di samping berdoa.

Tuhan juga melarang manusia menganiaya diri sendiri.

Bercerita kezaliman suami adalah dituntut agar suami berhenti dari melakukan kezaliman akibat dikritik, diberi kesedaran dan sebagainya. Jika diam maka kezaliman menjadi makanan ruji suami.

Sepatutnya dari awal kepincangan Puan keluar dari perkahwinan tersebut kerana Puan mempunyai pekerjaan, bukan suri rumah yang tiada tempat pergantungan.

Tapi itulah, wanita sering bdoh dengan pujuk rayu, meski penyeksaan terus berulang.

Berhentilah menderita. Puan boleh memilih putih atau hitam. Bahagia atau derita. Semuanya di tangan Puan.

Semoga Allah ketemukan jalan.

Sumber – Bunga Tanjung (Bukan nama sebenar) viaa IIUMC

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *