Abg ‘heret’ bini dia beraya rumah bkl madu. Ksian aku tgk. Mak ada skali. Menggeletar tgn kak ipar menahan

Foto sekadar hiasan

Assalamualaikum bdan salam sejahtera.

Aku nak share kisah abang aku dan kakak ipar aku. Aku bukan nak masuk campur hal rumah tangga diorang, sekadar nak share kisah diorang saje.

Abang (Paih, 26) dan kakak ipar (Yaya, 22). Diorang baru setahun berkahwin, tapi kahwin bukan atas dasar cinta. Kahwin sebab mak aku atas sebab tertentu.

Yaya ni student degree dekat USM. Paih pulak baru dua tiga tahun kerja. Yaya ni anak tunggal, dan yatim piatu. Parents dia meninggal 4 bulan lepas sebab accident.

Paih ni alim alim sikit, kire geng geng masjid. Muka boleh tahan hensem. Yaya pulak tak se”alim” Paih. Hanya budak perempuan biase je. Pakai tudung biase je, tak labuh pon. Tapi yaya ni manja, putih, gebu, muka manis.

Dalam family aku, Paih seorang je yang dah kawin. Kakak kakak aku masih bujang. Paih satu satunya anak lelaki, ayah kami dah meninggal 6 tahun sudah. Dalam rumah semua perempuan.

Paih ni jenis tak membantah, ikut je cakap mak. Mak suruh kahwin, dia kahwin. Aku mula mula ingat Paih betul betul terima Yaya.

Tapi Paih tak ambil tahu langsung pasal Yaya. Lepas nikah dia keluar jumpa member, kenduri pon kawan kawan Paih tak datang, mungkin tak di jemput.

Seingat aku, Paih tak pernah tidur dalam bilik kalau Yaya ada dekat rumah. Selalunya Paih akan tengok tv smpai terlena depan tv.

Baru baru ni, minggu kedua bulan puasa. Yaya kan sekarang tengah cuti sem, Yaya kalau cuti akan balik rumah kami.

Malam tu dalam pukul 10 macam tu, Paih balik rumah dia nampak Yaya. As his wife, Yaya hulur tangan nak salam kan. Tapi Paih tak sambut pon salam Yaya. Dia buat tak tahu je. Dia terus blah pegi dapur.

Masa kami dok tengah layan cerita dekat tv, Paih datang depan pastu dia sound Yaya sebab tak jaga aurat. Gara gara Yaya pakai baju putih, jarang dan tak cukup kain katanya, pastu tak pakai tudung.

Kami time tu bengang je rase. Kakak aku (kak Mila, 29) sound terus Paih. Back up Yaya, bdoh ape Paih ni, tu kan isteri dia. Aurat tang mana, kejadah apa nak pakai tudung dalam rumah. Lagipon rumah tu tak ada lelaki lain, hanya Paih satu satunya. Kakak no 2 (kak Fatin, 27) lagi s3ksi kalau diikutkan.

Mungkin Paih sengaja kot nak cari pasai dengan Yaya. Tapi Yaya diam je, tak ade pulak nak melawan ke nak marah marah ke.

Dia buat tak tahu je sambil makan kudap kudap. Yaya pon tahu Paih memang tak berkenan dekat dia, serba serbi tak kena.

Esoknya Yaya siap siap, pakai lawa lawa, pakai baju macam nak keluar. Siap tudung belit belit lagi. Mak tanya Yaya nk pergi mana mana ke.

Yaya cakap tak, saja je nak melawa dekat rumah. Padahal kami boleh agak yang Yaya sentap dengan Paih pasal malam tadi.

Sejak dari tu, Yaya memang pakai baju tutup aurat. Tak pakai tshirt lengan pendek dah, siap pakai tudung dalam rumah.

Kami rasa rimas pulak. Kak Mila selalu cakap, bukak je lah tudung tu, Bukan ade siape pon. Tapi Yaya selalu cakap takpe, takpe, takpe.

Paih memang selalu cari pasal dengan Yaya, selalu sangat lah sakitkn hati Yaya. Aku tak pasti sama ada Yaya ni jenis penyabar atau memang jenis tak peduli kalau Paih kondem dia. Rilek je aku tengok. Takde pulak nak melenting, ke dah tawar hati ke ape aku tak tahu.

Ada satu hari awal pagi lagi, Paih ada inform mak, yang malam ni ada kawan Paih nak berbuka dekat rumah. Mak pon cakap okay ja, mak on ja.

Hari tu kami pon masak laa lebih sikit. Yelah, ada orang nak datang kan, semua berjalan lancar. Dekat pukul 6.30 macam tu, Paih balik rumah, dengan “kawan” dia.

Kami ingtkan lelaki, rupanya kawan perempuan. Bertudung labuh, berpurdah, satu uni dengan Paih dulu. Kalau sekali tengok, kira secocok lah.

Kak Mila dengan kak Fatin pergi dapur, tengok tengok kan Yaya. Muka Yaya cool giila. Rilek macam biasa, tapi hati siapa tahu kan. Mak pulak dah buat muka tak berapa nak mesra. Tapi kami sembang ja dengan kawan abang tu. Atikah namanya, 24 tahun. Sebaya dengan aku.

Kira dalm family aku, Yaya paling muda. Yaya ni kalau dengan mak memang manja. Lebih manja dari kami adik beradik. Yaya ni jenis yang tunjukkan kasih sayang. Yaya tak segan nak peluk mak. Cakap iloveyou dekat mak, cium pipi.

Kami adik beradik pon tak manja macam Yaya, mungkin sebab Yaya anak tunggal kot. Kami ni segan sikit, hehe. Tapi kami sayang mak, sayang giila giila.

Lepas berbuka, kami solat siap siap. Paih jadi imam. Lepas tu kami pon sembang sembang lah kan, sambil sembang duduk depan tv. Yaya pon sembang je dengan Atikah.

Kak Fatin memang dah bagi hint macam nak suruh Atikah ni balik. Dok tanya pkul berapa Paih nak hantar balik apa semua.

Lepas hantar Atikah balik, Paih duduk sekali dengan kami. Tanya pendapat mak pasal Atikah tu, mak cakap oke je. Tapi cara mak macam malas nak layan, sebab kalau boleh tak nak cakap hal macam ni depan Yaya.

Tapi Paih ni bdoh, pentingkan diri. Dia terus cakap, “lepas raya kita hantar rombongan meminang ye mak”.

Mak terus terdiam. Kak Fatin terus cakap, “kau ni memang tak pandai jaga hati orang lain ke”.

Kak Fatin sound direct Paih sampai Paih cakap, nada rilek, “kalau tak nak pinangkan tak ape. Tak payah melenting”. Paih terus keluar rumah.

Yaya cakap mengantuk, terus masuk bilik. Mak pon masuk bilik. Kak fatin dan aku masuk bilik kak Mila. Kami cerita dekat kak Mila, kak Mila cakap dia dah agak dah Atikah tu ada apa apa dengan paih.

Kak Mila cakap, geram dengan Paih ni. Alim tapi takkan tak tahu adab adab rumah tangga. Kami sembang sembang smpai pukul 3 macam tu.

Dengar kereta Paih masuk parking. Dalam 10 minit macam tu dengar Paih panggil mak. Mak pon bangun, kami pon pergi dekat mak. Mak masuk bilik Paih, tengok Yaya tengah mengigau ke apa aku tak pasti.

Tapi dalam tidur dia menangis. Mulut panggil mama dia, “mama mana mama. Nak mama, nak mama”. Mak kejut Yaya, tapi Yaya tak bangun bangun. Paih masih ego, Paih cakap Yaya pura pura tagih simpati, entah lah.

Paih ni bengong pon ada. Mak cakap Yaya demam, mak marah Paih dekat depan. Apa yang kami dengar, Paih cakap elok elok dengan mak, paih tak pernah sentuh Yaya. Paih siap cakap Yaya tu dara lagi, Yaya tak rugi apa pon. Paih rasa Paih tak sesuai dengan Yaya, mak mengucap panjang.

Mak tanya kenapa tak bagi tahu awal awal tak suka Yaya. Paih cakap, dulu tak nak bangkang cakap mak. Paih tak ada pon tinggi suara dengan mak. Tapi paih cakap, antara sebab Paih tak suka Yaya, sebab yaya tak macam Atikah.

Nak sembang bab ilmu agama pon Yaya tak pandai. Nak sembang bab hadis pon Yaya tak reti, masak pon tak pandai, kemas rumah tak pandai.

Tapi bagi aku Paih tak boleh salah kan Yaya sebab benda macam tu. Benda tu semua boleh belajar, boleh dididik diasuh. Pendapat aku Yaya ni pembersih, tak berkira, pemurah, tak memilih, Paih pon bukan sempurna.

Aku kesian dekat Yaya. Paih maca jahat sangat. Yang paling aku sedih, Yaya ada tweet, “first time jadi makmum awak”, “nak salam, tapi takut”, lepas tu ada tweet2 lain, “cantiknye pilihan hati awak”, “saya sudi berkongsi, tapi awak jangan tinggal saya ye. Saya dah tak ada siapa”, “tiba tiba rindu mama” dan sebagainya.

Lepas Yaya baik demam kami yang perempuan banyak keluar pergi jalan. Berbuke di luar, masa dalam kereta mak tanya Yaya, takde nak berbuka dengan kawan kawan ke. Yaya cakap, ada, tapi Paih pesan jangan pergi mana mana selain dengan keluarga.

Remuk hati mak. Mak cakap, pergi je, nanti mak cakap dengan Paih. Tapi Yaya cakap, takpe, takpe, takpe. Paih pulak berbuka sorang sorang dekat rumah.

Mak pernah bukak purse Yaya. Mak tanya ade RM2 je ke Yaya?. Yaya cakap, “alaaa malu lah mak bukak purse kite. Duit kite dah habis bayar yuran, malu lah kite”. Mak tanya Paih tak bagi duit ke. Yaya gelak gelak, lambat lambat baru cakap bagi.

Walaupon aruwah mak dan ayah Yaya tinggal duit dekat Yaya, tapi dia bukan jenis membazir. Masa kami pergi cari baju raya pon Yaya macam tak minat. Yaya cakap baju dia dah banyak.

Ada satu hari, mak belikan Yaya gelang. Tapi mak suruh Paih bagi dekat Yaya. Konon macam Paih yang belikan gelang tu. Tapi paih cakap, “tak payah bagi lah mak, bazir je. Abang simpan bagi dekat bakal menantu mak nanti je lah”.

Aku tak tahu lah Paih ni perangai macam ape je lagi. Orang luar dok nampak dia baik sangat, padahal dengan isteri sendiri, layanan macam apa je lagi. Aku malas nak masuk campur. Tapi sepanjang yang aku nampak dengan mata aku ni, Paih ni kejam, kesian Yaya.

Bahagian 2

Hi korang, terima kasih admin sebab sudi approve kisah tentang abang dan kakak ipar aku dulu. Kepada yang share, comment dan like tu, terimaksih ye. Sebab nye Paih dah baca confession aku. One of his friends, mention his name dekat komen, and he replied but denied it.

Pada mulanya kecut perut jugak bile nampak Paih komen dekat post tu, tapi buat buat cool. Kak Mila dan kak Fatin cakap biar Paih tu sedar apa yang dia buat tu salah. Biar dia sedar diri. Bile family nasihat dia merajuk keluar rumah. So sekarang kita tengok kalau orang ramai kritik, Paih nak berubah ke tak.

Ikut kan hati aku nak stop setakat ni je, biar si Paih fikir sikit. Tapi aku tetap tulis Part 2 ni sebab nak cita pasal hari ni (pergi rumah Atikah) dan sikap Paih yang dah baik sikit ni.

Sejak Paih baca dan comment dekat post sebelum ni, aku rasa dia macam dah sedar diri sikit. Bukan sepenuhnya, tapi macam dah baik sikit aku rasa. Terus terang aku cakap, layanan dia dah lain sikit. Nampak macam malu dengan sikap dia sebelum ni.

Misalnya, dia dah jarang cari pasal dengan Yaya. Bila tengok tv pon dia boleh duduk sebelah Yaya (sebelum ni Yaya kena halau kalau duduk satu sofa dengan dia). Dia dah boleh kongsi kerepek dengan Yaya, kongsi cawan. Tapi.. masih lagi panggil aku kau aku kau, tak ade pulak nak tersasul abang ke ape ke.

Paling obvious sekali bila Paih suruh Yaya yang drive masa nak pergi raya dan masa nak pergi rumah Atikah. FYI Yaya ni tak cekap sangat bawak kereta. Paih gigih paksa Yaya bawak kereta. Alasannya dia penat drive. Padahal, kak Mila, kak Fatin, aku dan mak semua cekap drive. Yaya yang tak cekap tu jugak di suruhnya.

Macam macam lah adegan jadi. Paih tak ade marah marah, dia cakap elok elok. Tekan brek, tekan minyak, laju sikit, okey tengok kereta belakang dulu, okey lepas kereta ni boleh potong.

Mak cakap Paih nak sembang dengan Yaya. Mak cakap Paih nak Yaya duduk sebelah dia. Sebab kalau Paih drive, mak akan duduk sebelah paih dan Yaya duduk belakang sekali.

Tapi kalau Yaya drive, paih duduk sebelah yaya dan mak duduk belakang. Walaupon alasan yang mak bagi macam tak kukuh, tapi kami iyekan aje. Masa ni memang nampak lah Paih tolerate sikit dengan Yaya.

Tapi masa otw pergi rumah Atikah tu, Paih nampak lah tangan Yaya menggeletar. Paih tanya kenapa, Yaya jawab lapar. Mak cakap orang badan kecik macam Yaya memang macam tu, tak boleh makan benda merapu, kena makan nasik ontime, kalau lewat sikit memang badan menggeletar.

Pernah sekali, Yaya lapar sampai menggeletar badan. Lepas makan nasik okey lah. Betul ke? Tapi, dalam hati aku kuat mengatakan yang Yaya bukan lapar, tapi sebab dia gelabah, kan kami otw pegi rumah Atikah (raya ketiga)

Mak mulanya tak mau ikut, tapi lepas Paih pujuk cakap pergi raya semata, mak ikut, sekeluarga ikut. Masa ni kami masuk je rumah Atikah, memang ramai sedara mara dia.

Ayah dia sambut mesra, mak dia pon. Atikah pon ada, aku dengar atikah cakap, “ni lah kawan yang kakak cerita tu” lebih kurang macam tu. Sembang punya sembang, entah macam mana, Paih boleh cakap, orang rumah saya pon study USM jugak. Jeng jeng jeng.

Masa tu mak Atikah muka pelik, kami pon tak sangka Paih nak cakap macam tu, indirectly dia maksudkan yang dia dah kahwin.

Mak Atikah tanya, yang mana satu. Paih pandang Yaya. Masa ni mak Atikah terkejut kot. Mak dia cakap Yaya nmpak macam adik Paih, macam budak tingkatan 3. Cara mak Atikah cakap memang sangat sangat nampak tak selesa.

Masa ni lah si Atikah tuh dok puji puji Yaya. Cakap Yaya ni baik lah, lawa lah, bagus lah.

Masa tu jugak, makcik Atikah tanya Yaya, dengan gaya gaya orang tua, dia tanya tak berisi lagi ke? Yaya macam terkesima dapat soalan macam tu, dia geleng geleng.

Mak aku jawabkan, baru setahun kahwin, muda lagi. Tapiiiiii, makcik tu boleh pulak cakap yang dia dulu kahwin muda, setahun kahwin dah ada anak. Pastu dia macam kondem Yaya.

Cara dia cakap macam Yaya ni ade masalah kesuburan pulak. Siap suruh pergi check dekat klinik. Masa tu semua pon terdiam, hanya mampu senyum kambing je. Kami pon malas nak cakap benda benda gitu.

Tapi tiba tiba Paih cakap, “belum ada rezeki lagi makcik. Lagipon nak orang rumah fokus belajar dulu. Masa ni kak Mila dengan kak Fatin dah gelak gelak. Gelak mengejek gitu.

Serius, cara Paih layan Yaya macam diorang ni pasangan yang tak ada masalah. Depan orang macam pasangan lain. Pelik, serius pelik.

Mak Atikah pulak macam menyiasat si Yaya ni. Macam macam dia tanya. Mak dia macam nak tahu sangat pasal Yaya. Yaya ni sensitif sikit bila orang cakap pasal aruwah mama ayah dia.

Yang si mak Atikah ni pergi tanya, mama ayah kerja apa, duduk dekat mana. Mak yang tolong jawabkan, Yaya ni yatim piatu, anak tunggal.

Tapi mak Atikah boleh pulak tanye. Meninggal kenape, dah lama ke meninggal, haishhh. Yaya sedih, dia berhenti makan. Dia pegang je lengan mak, macam peluk macam tu. Nampak muka dia macam dah tak ada mood. Yaya cakap, nak balik, terus si Paih mintak izin nak balik.

Masa dalam kereta ni memang Yaya dah monyokk je muka. Dia naik paling awal, duduk paling belakang. Bila Paih suruh drive, dia cakap malas je. Terang terang kami tahu dia sedih.

Masa otw balik tu dah terdengar orang menangis, teresak esak. Yaya menangis. Kak Fatin peluk Yaya, makin kuat dia nangis. Mak cakap sabar lah Yaya. Nanti kite pergi kubur mama dan ayah Yaya ye.

Aku rasa Paih pon tak smpai hati. Dia berhenti tepi jalan, suruh kak mila drive. Dia pon pergi duduk belakang sekali dekat sebelah Yaya.

Aku tak tahu apa yang jadi dekat seat belakang sebab aku duduk seat tengah dengan kak Fatin, mak duduk sebelah kak Mila, sebelah driver. Tapi lepas tu Yaya stop menangis. Bila aku pandang belakang dia dah tertidur.

Masa malam, Yaya baring dekat riba mak. Mak usap usap kepala sambil tengok tv. Masa ni Paih dekat pintu dah, nak keluar. Tapi dia patah balik masuk rumah. Dia pergi dekat mak, dia letak tangan dekat dahi Yaya. Yaya of course terkejut, dia tepis kan. Pastu dia betulkan tudung, Paih terkejut jugak. Dia terus blah.

Lepas Paih keluar tu, mak tiba tiba cakap, Yaya malam ni tido bilik Paih ye (sejak seminggu last puasa Yaya tidur bilik mak, sebab Paih cakap sakit badan tidur dekat sofa.

Kira macam Paih halau Yaya dari bilik tu lah. Tambah pulak sebab Yaya *bocor*, Paih jadikan alasan). Selalunya kalau Yaya tidur dalam bilik Paih, paih akan tidur dekat ruang tamu.

Tapi mak cakap, paih pon lelaki. Lelaki dewasa lagi, umur dah banyak, mak pulak bagi hint dia dah tua lah apa lah. Tahu je lah mak mak ni macam mana kan.

Tapi, aku risau kalau Paih marah marah Yaya. Sebab, Paih tak sembang pon dengan Yaya. Dia tunjuk baik sikit je, cakap benda penting je. Selain tu, tak pernah cakap aku rasa.

Part 2, klik link dibawah

Kereta prempuan lain, abg byar 500 sbulan. Sdgkn bini dia xde kereta. Bila bgtahu mak, dgn tenang mak bgtahu ssuatu

Sumber – Adik Kau via IIUMC

Leave a Reply

Your email address will not be published.