“2 minggu cerrai, dh ada pengganti”. Demi suami, aku resign. 6 thn bertahan. Tp suami nk bebas. Dia nekad

Foto sekadar hiasan

Suami Yang Mahukan Kebebasan

Assalamualaikum dan salam sejahtera..

Hai. Saja nak meluah perasaan. Hari ni hari ke-10 aku bertitle janda. Baru berusia 33 tahun. Aku berkahwin selama 6 tahun dengan bekas suami yang akan aku gelar sebagai Iz.

Seawal perkahwinan, aku sudahpun melalui perkahwinan jarak jauh. Aku bekerja di satu syarikat besar di belah selatan.

Pada mulanya, baik baik sahaja. Iz tiada masalah dalam menyempurnakan nafkah. Kami hidup sebagai pasangan suami isteri yang dimata orang semua nya loving couple.

Setiap tahun akan bercuti ke negara orang. Alhamdulillah hubungan kami macam biasa.

Masuk tahun ke-3, Iz mula ada perempuan lain. Tapi bila kantoi, alasan nya saja suka suka. So, aku maafkan.

Masuk tahun ke 4, Iz kantoi lagi ada perempuan lain. Dan, sebab sayang aku maafkan lagi.

Tapi lama lama, aku dah rasa perubahan Iz. Sangat banyak alasan jika mahu melawat aku di negeri tempat aku bekerja.

Tapi, sebagai seorang isteri, aku cuba faham situasi nya yang sangat sibuk. Maka aku pejam kan mata, pujuk hati. Bergitulah aku lalui hari hari sebagai pasangan jarak jauh.

Semuanya berdikari. Iz pernah tinggalkan aku dihospital sendirian gara gara ada urgent meeting di office dan perlu balik ke Kuantan segera.

Kalau nak di ikutkan banyak sangat perkara yang makan hati, tapi tak apalah. Aku dah terlalu biasa berdikari.

Sampailah pada tahun ke-5 perkahwinan, aku buat keputusan untuk berhenti kerja disebabkan aku nak menunaikan kewajipan seorang isteri untuk suami.

Aku berhenti kerja sedangkan sewaktu itu aku baru sahaja dinaikkan pangkat.

Nak cakap bdoh, memang bdoh. tapi ini kan perjalanan hidup? Aku fikir, tak apalah, buat untuk suami, insyaallah Allah bantu.

Pada mulanya, semuanya okay. Sampai lah satu hari ketika kami bercuti di Indonesia, Iz kantoi curang lagi.

Allah maha kaya. Dia tunjuk depan mata aku. IZ sedang video call dengan girlfriend dia pukul 3 pagi.

Long short stories, semenjak dari insiden tu, kami kerap bergaduh. Trust issue mula timbul. Aku kerap mengungkit. Hati perempuan kan, boleh terima tapi untuk lupa sangat payah kan?

Aku rasa sangat useless. Aku dah berhenti kerja. Aku dah bekorban semuanya untuk suami.

Lagi sedih, rumahtangga makin goyah sewaktu hidup aku betul betul bergantung pada dia. Tapi aku pujuk hati, tak apa ni lah kehidupan. Moga moga Allah bagi kehidupan yang bahagia lepas ni.

Selepas setahun lebih kami hidup berdua, Iz dengan habit berkenalan dengan perempuan masih tak habis lagi.

Iz sangat addiicted dengan aplikasi Bigo. Aku sangat tak suka. Tapi biasalah lelaki, depan isteri pura pura. Bila keluar rumah, Bigo akan jadi peneman setia.

Pasal anak? Kami tak ada anak. banyak kali aku ajak dia pergi clinic untuk check masalah kami. Tapi Iz penuh dengan alasan.

Sampai lah suatu hari dia cakap, dia memang tak nak anak. So, aku pun tak kan nak paksa kan. Nak buat anak perlu 2 orang. Kalau aku je yang beria, tetap tak jadi kan. Haha.

So, pada Oct 2021, sampai lah satu tahap, Iz decide untuk bercerrai. Atas alasan dia tak mahu lagi fikirkan aku as a wife.

Dia tak mahu ada komitmen. Dia tak mahu aku larang dia main Bigo. Kalau dia outstation, dia tak nak fikir aku ada dekat rumah tunggu dia.

Katanya, dia nak bebas lepak sampai pukul berapa yang dia nak. Tanpa fikirkan aku. Senang cakap, dia nak hidup macam single lah.

So, hari ni, kalau suami korang ada Bigo, hati hati lah. Itu aje aku boleh cakap. Banyak yang buruk dari yang baik.

Awal Nov haritu, aku dah sah dicerraikan talak 1. Kalau nak cakap sedih, tipulah tak sedihkan. 6 tahun aku bertahan. Tapi orang dah tak nak, apa yang boleh kita buat, kan?

Sampai ke hari ni, aku still belajar untuk terima kenyataan. Masih lagi dalam tempoh pujuk hati.

Oh, haritu aku ada jumpa dia sekejap, nak selesaikan beberapa documents. Surprisingly, dia dah tukar gambar perempuan baru dekat wallpaper phone dia!

Aku just, wow, amazing 2 minggu cerrai dah dapat penganti?? Hahaha hebat kan Iz.

Doakan aku cepat cepat move on dan cepat dapat kerja ye korang. Byeee…

Reaksi Warganet

Mmimi Lola –
Kesalahan terbesar TT adalah berhenti kerja. Wahai perempuan, apa apa sekalipun, jangan la berenti kerja.

Jangan depend pada husband. Baik mana pon husband, manusia berubah sekelip mata. So secure yourself first. Resigning should be your last option.

Siti Sariff –
Nak sharing. Tajuk confession ini mengingatkan i beberapa bulan lepas, entah mimpi apatah x bf zaman sekolah dulu (haha) tiba tiba tegur i kat FB.

Excited beritahu i dia baru bercerrai. Tunjuk moto besar, tunjuk muka dia yang handsome tak gemuk atau tua macam kawan kawan sebaya.

Tengah dok bercerita tiba tiba stop sebab dah azan, nak solat. Terus i block. Mutual friend tu pun i block. Puas hati aku. Keciwi baru bercerrai bak kata orang utara. Hahah

Rafieza Ab Hamid –
Setiap kali baca suami curang, masih bertahan bertahun tahun lamanya. Tapi kalau suami kata nak p0ligami boleh terus mintak cerai time tu jugak.

Suami curang, suami tak solat, suami buat perkara salah still boleh pertahankan perkahwinan tapi Bila bab p0ligami memang tak de kompromi…

Norazlina Hazim –
Jangan sedih sedih sis. Bukti kan laki macam tu tak layak untuk keluar air mata. Enjoy your life, bina kerjaya..

InsyaAllah sis akan dapat yang lebih baik berganda dari ex tak guna tu. Percaya arrr kifarah tu sentiasa ada. Cepat atau lambat je. Sekali pun dia melutut nak bersama balik tolong arrr move on untuk lelaki lain yang lebih layak..

Cik Puan Ria –
Its okey TT.. aku faham sangat keputusan ko berhenti sebab nak redha suami dan usaha untuk jadi isteri baik baik..

Jangan menyesal berhenti kerja.. Memang orang kata bdoh tapi niat kita biar Allah yang adilkan…

Kita buat baik, apatahlagi mahu berbakti untuk suami ganjaran pahala Allah beri. Jangan risau.. tak apa… Yang dah hilang biar ja.

Pelan pelan bina hidup sendiri semula. Allah dah tentukan walau dah usaha pun bekas suami masih tak hargai pengorbanan…in syaa Allah, jalan di hadapan lebih baik…

Jangan putus harapan untuk terus maju dalam hidup ya. Kalau dulu boleh berdikari, sekarang mesti lagi boleh…

Mohon pada Allah, moga nanti Allah bantu segalanya dan buka pintu rezeki seluasnya selepas ni.. aamiin ya Allah…

Jangan sedih lama lama ya… Awak seorang wanita yang kuat! Semoga TT dalam perlindungan Allah selalu… Aamiin ya Allah..

Sumber – Nadia (Bukan nama sebenar) via IIUMC

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *