Krn aib, aku serahkan anak. 12 thn berlalu, kami bertemu. Tp anakku rs jijik. Digelarnya aku placur

Foto sekadar hiasan

Kisah Lalu Jadikan Aku Seorang Pesalah Untuk Selamanya

Assalamualaikum dan salam sejahtera..

Nama aku, Hana. Dilahirkan dan dibesarkan di selatan tanah air.

12 tahun lalu, aku ada buat satu kesilapan yang besar. Semestinya aib yang paling dimurka Allah tapi jadikanlah ceritaku sebagai pengajaran untuk adik adik di luar sana.

Ibu bapa harus peka dengan siapa anak berkawan. Harap apa yang terjadi padaku tak berulang lagi pada adik adik dan anak anak sekalian.

13 tahun lalu, aku baru berusia 18 tahum disahkan mengandung anak tak sah taraf. Lelaki yang suka sama suka itu adalah seseorang yang dikenali oleh keluargaku, malah orang yang amat dipercayai untuk melindungi aku.

Disaat aku disahkan positif, maka disitulah aku mula tahu perangai sebenar lelaki itu. Aku suruh dia bertanggungjawab tapi dia enggan.

Akhirnya, aku buat keputusan untuk teruskan kandungan tanpa dia. Aku sayangkan kandungan itu walaupun aku tahu risiko yang bakal aku hadapi.

Aku ingin dia membesar seperti kanak kanak lain. Tapi sebaliknya bagi lelaki itu. Dia tak mahu kan anak yang tak berdosa. Dia paksa aku gugurkan kandungan. Dia bawa aku jumpa doktor.

Dia suruh aku makan pelbagai jenis makanan yang membolehkan aku gugur. Nenas muda, nenas tua, macam macam yang dia usahakan. Tapi aku tetap dengan kata putus. Aku inginkan baby ini.

Allah perkenan doa aku. Aku tak mahu jadi pembnuh. Cukuplah dosaku yang lampau. Genap 9bulan 10hari, aku melahirkan seorang baby yang cukup comey. Oh ya terlupa untuk aku ceritakan.

Seminggu sebelum aku bersalin, aku pergi ke sebuah hospital kerajaan di pantai timur ditemani si lelaki ini, yang berpura pura sebagai waris terdekat aku.

Keluarga aku belum tahu hal sebenar. Mungkin kerana badan aku kecil, jadi keluargaku tak perasan apa yang berlaku.

Aku bahagia jadi seorang ibu walaupun si anak berbinti salah satu nama Allah. Tapi disaat itu juga aku sedih kerana terpaksa lepaskan anakku pada satu keluarga yang tak mempunyai zuriat.

Bagaimana aku boleh lepaskan? Ketika aku menunggu masa di dalam hospital, pihak JKM ada menemui aku untuk siasat hal sebenar.

Menurut perundangan, andai kata aku bagi anak pada pihak JKM.. disaat itu maka terputuslah hubunganku dengan si kecil itu. Aku ingin jaga sendiri si kecil tu. Tapi keadaan aku masa tu belum stabil.

Kebetulan aku dapat sambung belajar di sebuah institusi. Akhirnya, aku menerima nasihat seorang salah seorang jururawat disitu untuk bagi dekat keluarga yang inginkan anak. Aku pasrah walaupun terpaksa.

Malam pertama selepas bergelar ibu, aku tatap sepuas puasnya muka anak kecil itu. Comel, sangat comel. Malam tu, dia meragam.

Menangis sampai aku sendiri menangis. Terasa pedih bila bersalin dengan keadaan macam ni. Tanpa ibu ada disisi, tanpa ayah yang cuba berzikir untuk cucu.

Hati aku menyesal sangat. Alangkah untungnya andai disaat itu aku adalah seorang ibu, yang melahirkan seorang anak yang sah taraf.

Tapi aku tetap sayangkan si kecil itu. Alhamdulillah ada seorang makcik yang anggap opah, datang menolongku. Dekat subuh barulah si kecil itu tidor lena.

Malam kedua, si anak kecil itu meragam dan jaundice tinggi. Maka dia diletakkan di bawah lampu. Perit. Melihat keadaan dia yang meniarap, mata tertutup dengan kapas. Hanya pakai pampers sahaja.

Malam ketiga sehinggalah cukup seminggu, aku menumpang berteduh di sebuah rumah saudara yang akan ambil anak aku.

Dihari terakhir, hari aku akan berpisah dengan si kecil, aku menangis sekuat hati. Hati aku sedih, perit hanya Allah saje yang tahu. Dan aku tetap melawat dia. Sampailah satu saat, aku lost contact dengan keluarga angkat anakku.

Sekarang, aku rindu dia. Alhamdulillah, baru baru ni aku pergi melawat dia. Aku bahagia dia membesar dengan baik sekali. Tapi aku sedih bila dia tak boleh menerima siapa aku, malah dia membenci aku.

Kata-katanya buat aku sentap teramat. Dia jiijik dengan drah yang mengalir dalam badan dia, adalah dari drah aku. Ayat dia umpama pedang. Sekarang, semua dihujung jari. Dia terlalu matang untuk luahkan ayat sebegitu.

Dia ibaratkan aku seperti perempuan placur. Aku sayangkan dia. Aku sanggup hadapi untuk pertahankan dia dalam kandungan. Aku akui, aku buat salah. Dan inilah pembalasan untukku.

Adik adik, anak anak. Janganlah ulangi kesilapan acik. Jangan gadaikan maruah demi lelaki. Andai ada yang terlanjur, janganlah letakkan kesalahan pada anak. Jangan bnuh anak. Jangan buang anak.

Andai untuk teruskan, berbincanglah dengan keluarga. Kalau boleh, jagalah si anak, besarkan si anak dengan kasih sayang. Insha Allah, takkan menyesal seperti yang aku alami sekarang ni.

Setiap malam, aku mimpikan dia. Mengharap sebuah kemaafan dari si kecil. Untuk aku perkenalkan dia pada keluargaku. Kerana dia tetap anakku, sampai ke syurga.

Dan kerana kehilangan si kecil, aku alami kemurungan.

Ibu sayang kamu, sayang.

Reaksi Warganet

Atifa Zuhayra –
Mula mula dulu pun saya tak berapa faham kenapa mak tinggalkan saya. Cuma mak saya tak mampu jaga. Bila dh besar panjang baru nak sayang memang rasa kekok.

Aku tak pernah hidup dengan kau, tak tahu sape kau. Tetiba nak kena react like respect, lovely dan sebegainya eyuewwwww.

Yup thats me. Slowly but surely, aku terima je mak aku. Sayang dia macam mak aku yang lain. Sayang mak kandung ni tak sama macam mak angkat. Rasa dia lain…

Rindu tapi ego. Nak peluk mama, tapi aku marah. Macamtulah budak budak. Slowly dia akan terima dan sayang.

MarFaa BaiFaa –
Buat anak TT ni, siapa pun dia, Dialah yang mengandungkn kamu 9bulan 10hari. Tahan sakit bersalinkn kamu, tahan sakit lepas bersalin dan jaga kamu.

Walaupun sekadar 7 hari, dia tetap ibu, mama, emak kamu. Saya komen sebab sy dah alami.

Dari umur 2hari saya dah diberi pada keluarga angkat. Selepas 20 tahun baru tahu mama kandung saya ada lagi. Saya terima dan bersyukur Sebab Allah masih beri saya kesempatan untuk berjumpa dengan mama saya.

Emelda Rosman –
Betul.. anak anak sekarang semua di hujung jari. Begini la yang kami lalui sekarang..

Aruwah mak mengambil anak angkat dari kalangan keluarga. Sewaktu dia di lahirkan maknya baru berusia 15 tahun.

Apa yang kami kesalkan aruwah mak lambat bagi tahu yang dia bukan anak kandungnya. Dia dah remaja dan mengetahui dari mulut orang lain.

Sekarang dia memberontak dan terlibat dengan gejala social. Macam macam yang kami lakukan supaya dia kembali seperti dulu. Siang malam kami sekeluarga berdoa semoga Allah buka kan pintu hatinya kembali seperti dulu.

NZ Kasih –
Tak salah tt nak sayang anak tu. Buat la apa cara yang patut. Jangan putus asa whatsup tanya khabar selalu di samping berdoa moga Allah lembutkan hatinya….

Cuma satu ja saya nak minta dari confessor. Jangan jadikan nasib anak itu seperti adik Amir yang viral tak berapa lama dulu. Sungguh menyayat hati.aafkan saya kalau kata kata ni menyinggong perasaan..

Semoga tt redo dengan takdir Allah…. Jangan putus asa.

Fadzilah Musa –
Anak tu sendiri pasti terluka sangat sangat, tekanan dorang maha hebat lagi. Dengan tak ada nama bapa sebagai nasab..

Cuba baca psych0logy anak anak senasib dengan dia. Mereka memikul satu beban sepanjang hayat di sebabkan dosa orangtua.

Tu kita tak tahu lagi kesedihan dan kepedihan yang mereka hadap sepanjang tempoh membesar. Dari segi ejek mengejek, penolakan dan stigma orang yang di sekeliling mereka.

Sebagai ibu awak kena fahami benda ni, cari dulu ilmu pasal psych0logy anak anak yang senasib. Dan cari cara terbaik bagaimana untuk mendekati dia.

Tunjukkan kasih sayang sepenuhnya. Ada macam macam cara boleh buat. Hantar hadiah dulu contohnya. Hantar whatsapp luahkan kasih sayang awak. Lama lama pasti hatinya lembut juga.

Di usia macamtu, anak anak tengah sangat dahagakan kasih sayang dan belaian dari orang tua.

Sabar dan berdoa.. kerana dia telah banyak terluka.

Sumber – Hana (Bukan nama sebenar) via IIUMC

Leave a Reply

Your email address will not be published.