“Suami isteri atas kertas”. Pelik suami xnk layan. Dgn ofismate, gelak sakan. Dgn aku, bisu. Ajak cerrai, dimarah pula

Foto sekadar hiasan

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua.

Tujuan saya menulis di sini sebab saya harap saya dapat pandangan dan nasihat yang bijak dan matang. Sebab rata rata pembaca IIUM Confession lebih berpengalaman daripada saya.

Nama saya Bunga, berumur lewat 20-an. Sudah berkahwin 5 tahun dan mempunyai seorang anak. Saya terperangkap dalam perkahwinan yang hambar.

Walaupun berkahwin, tapi saya rasa sangat sunyi. Saya tak pernah rasa kebersamaan dengan suami. Dan daripada awal saya sentiasa memikirkan soal cerrai.

Dulu saya selalu tak faham bila orang cakap nak bertahan sebab anak. Sekarang saya juga mengambil keputusan bertahan demi anak selagi suami saya tak kantoi curang.

Dia ayah yang baik, memang anak saya rapat dengan dia. Dan disebabkan inilah hati saya sebak kalau kami bercerrai, anak saya tidak dapat membesar dengan ibu dan ayah di bawah satu bumbung.

Antara saya dan suami, hubungan kami bermasalah kerana masalah komunikasi. Saya seronok tengok pasangan suami isteri boleh berborak, bergurau, bergelak ketawa sepanjang perjalanan balik kampung. Saya?

Saya tak ingat bila kami saling meluahkan perasaan atau bergelak ketawa bersama. Kalau kami makan berdua, masing masing tengok phone.

Berborak tentang perkara superficial Barang dapur ada lagi? Baju sekolah anak dah basuh Nak pegi mana lepas ni? Janggal sekali. Dan suami saya bukan seorang yang pendiam. Dia kaki sembang.

Saya banyak kali cuba ajak dia berborak, tapi dia nampak tak berminat. Keserasian memang tak ada. Saya sejenis suka berbincang dan berterus terang.

Banyak kali saya ajak dia berbincang, tetapi dia memang sangat sukar diajak berbincang. Akhir sekali, dia akan tinggi suara dan cakap, nak bincang apa lagi.

Pernah saya menangis dan ajak dia bercerrai. Tiba tiba dia naik angin dan cakap dia pantang kalau sebut pasal cerrai.

Dia bekerja daripada rumah. Pekerjaan dia memerlukan dia banyak zoom meeting dengan rakan sekerja.

Sebagai seorang isteri, hati saya pedih bila saya dengar dia berborak rancak ceria dan ketawa dengan teman sekerja perempuan.

Saya sebagai isteri kena paksa dia untuk berborak dengan saya, sedangkan dengan perempuan yang haram galak betul dia bercakap.

Dia pernah cakap dia tak nak bercerrai sebab dia sayangkan saya. Sayang? Saya menangis tepi dia pun, dia langsung tak amik kisah. Seolah seperti saya tak wujud. Pujuk apatah lagi. Bila artis berkemban dekat instagram, prihatin pulak stalk. Kesian katenya.

Saya hilang keyakinan diri dan saya rasa mungkin saya orang yang sukar untuk dicintai.

Saya ambil keputusan berjumpa dengan psyhiatrist sebab saya sedar yang saya mempunyai DASS score yang agak tinggi. Saya tertekan dengan suami. Tapi saya nak sihat demi anak saya.

Mulanya suami melarang saya berjumpa psychiatrist, katanya apa orang kata nanti kalau orang tau saya berjumpa psychiatrist.

Satu lagi yang buat saya tertekan, adalah dia terlalu memikirkan apa orang kata. Banyak kali keinginan saya terhalang kerana ‘apa orang kata’’.

Mesti pembaca pelik macam mana kami boleh berkahwin. Kami rakan sekelas sewaktu sekolah menengah. Berhubung semula di facebook pada tahun akhir pengajian di universiti.

Saya yang sedang patah hati putus cinta, terus menerima lamaran dia. Ya, dia yang melamar saya.

Silap saya kerana tak ambil masa bercinta dahulu. Saya jujur ceritakan semua kisah lalu pada dia sebelum berkahwin. Sebaliknya dia kata dia single masa tu.

Selepas kami sah bernikah, baru saya tau, adik angkat yang katanya menaruh perasaan pada dia, rupanya kekasih dia selama 7 tahun. Dia tinggalkan kekasih dia sebab nak berkahwin dengan saya.

Saya tau pun, sebab saya terjumpa satu folder gambar penuh gambar mereka berdua. Malah ada gambar yang sangat menghiris hati seorang isteri.

Tak apa, saya maafkan semuanya. Walaupun ketika dia kantoi, dia marah saya. Sehari kemudian baru mintak maaf.

Dia suami yang baik. Dia bagi saya nafkah, dia meraikan keluarga saya bila keluarga saya datang, dan dia boleh diharap buat kerja rumah.

Cuma antara kami, kosong. Adakah ini normal? Adakah saya ini mengada dan tak bersyukur bila saya fikir tentang cerrai? Harap pembaca boleh bagi pandangan yang bernas.

Reaksi Warganet

Fatin Alfia –
Saya boleh faham sangat SUNYI yang puan maksudkan. Dan saya boleh faham perasaan puan bilamana pasangan lebih meriah bersembang dengan kawan kawan berbanding isteri, seolah puan ni tak layak nak bersembang dan kongsi cerita dengan pasangan.

Saya rasa, puan dah boleh ignore semua perasaan tu, dan puan carilah bahagia sendiri. Tak semestinya harus berpisah, tidak berpisah pun, puan terus cari bahagia sendiri selagi mampu.

Tiada siapa yang boleh bahagiakan kita melainkan diri sendiri. Dia taknak cakap dengan puan, itsokeh, puan cari orang lain untuk puan bergelak ketawa. Anggap juga dia hanya suami atas kertas dan dia pun tak wujud.

Jalankan tanggungjawab macam biasa, tapi jangan disorong pipi. Nak hidup dengan puan, silakan, taknak hidup dengan puan pun, silakan. Kat akhirat nanti pandai pandai lah dia jawab depan Allah.

Linda Norman –
Dalam hidup ini tidak semua keinginan kita terpenuhi. Terutama berumah tangga dan bersama suami. Kita adalah watak yang berbeza.

Di office saya ada rakan sekerja yg hidup bermadu. Mewah. Duit tiada masalah. Dia kata rela hidup susah asalkan suami dia tidak menduakanya. Hati dia sakit. Pergi jumpa Doktor ambil ubat penenang.

Manakala rakan sekerja lain, yang hidup susah pula merungut suami bergaji kecil terpaksa bekerja lebih masa. Namun hidupnya tetap tak berubah. Tidak seperti org lain boleh makan sedap dan bercuti. Suami tidak menduakanya. Tetapi dia juga kemurungan.

Itulah ujian Allah .

Hafiz Aiman –
Saya abang kepada bekas pesakit mental. Bermula usia saya 26 tahun Allah mula kurniakan saya seorang adik perempuan yang hidap penyakit Body Dysm0rphic Dis0rder (BDD).

Selepas saya menyokong dan mendokong hidupnya supaya kembali sembuh Alhamdulillah masuk usia saya 30 tahun Allah mula beri kesembuhan sepenuhnya untuk adik saya.

Masuk usia saya 33 tahun bila saya ingin mula mendirikan rumahtangga. Saya memilih calon isteri yang berada dalam circle yang sama dengan saya. Sebelum saya masuk berjumpa dengan ayah isteri saya di kampung dulu.

Semasa kami bertaaruf isteri saya beritahu yang dirinya menghidap penyakit mental seperti Major D3pressive Dis0rder(MDD), B0rderline Personality Dis0rder(BPD) dan High Function D3pression (HFD).

Alhamdulillah selepas saya menyokong dan mendokong hidupnya supaya kembali sembuh. Masuk usia perkahwinan kami 4 tahun. Allah mula beri kesembuhan sepenuhnya untuk isteri saya selepas berbelas tahun dia berjuang untuk sembuhkan dirinya.

Bagaimana cara saya jemput kekuatan dalam hidup saya sepanjang berada dalam persekitaran pesakit mental sebelum ini.

Kekuatan yang datang dalam hidup saya asbab dari usaha saya dalam melakukan 5 amalan seperti berikut.

1. al Quran

Setiap sebelum subuh dan selepas isyak. Saya akan mengambil masa 1 jam untuk membaca al Quran secara tadabbur. Selepas saya habis baca saya akan berdoa kepada Allah supaya setiap apa yang saya baca, fahami dan hayati. Dapat diberikan kekuatan dan kasih sayang dalam hidup saya.

2. Zikir

Setiap hari sebelum saya mulakan rutin harian. Saya akan basahkan lidah dengan zikir pagi dan petang sebanyak seikhlas hati.

رضيت بالله ربا وبالاسلام دينا
وبمحمد صلى الله عليه وسلم نبيا ورسولا

3. Meditasi

Setiap kali saya rasa apa yang saya lalui dalam hidup ini adalah suatu bebanan yang amat berat yang perlu dipikul oleh saya.

Saya akan hadiahkan naluri saya dengan kata – kata motivasi.

Caranya saya tutup mata, saya letak kedua – dua tangan dekat dada dan saya positifkan minda.

Lalu saya akan mulakan berbicara dengan diri sendiri.

Wahai jiwa yang tenang jika kamu berasa penat berehatlah dan bukan berputus asa.

Saat kamu hadapi kesusahan pandanglah Allah dan hari akhirat. Sesungguhnya apa yang kamu lalui ini bukanlah bersifat selama – lamanya dan bukan perkara yang sia – sia. Kerana disebalik usaha dan kesabaran kamu ini sedang terbinanya sebuah gudang emas untuk kamu di hari mendatang.

Justeru, gantunglah azam kamu setinggi bintang di langit dan rendahkan hati kamu serendah mutiara di lautan.

Ingatlah setiap kemahuan kamu pada hari ini adalah kejayaan kamu pada hari esok.

Qowiy Lillahi Ta’ala

Akhir sekali sebelum saya buka mata saya akan beritahu Hafiz Aiman kuat.

4. Senaman

Setiap petang saya akan buat senaman ringan. Ketika senaman itu dilakukan saya akan layan nasyid yang berunsurkan ketuhanan, lagu patriotik dan muzik instrumental.

5. Riadah

Bila saya ada masa lapang saya akan ambil kekuatan dari alam. Contoh bila saya buat aktiviti hiking saya akan nampak monyet.

Lalu saya berbicara dengan diri sendiri lihat mereka walaupun tempat mereka makin hari makin musnah tapi sehingga ke hari ini mereka masih hidup seperti sediakala.

Bila saya mula lihat tumbuhan menghijau.

Saya akan berbicara dengan diri sendiri lihat mereka walaupun sejak dari dulu ada manusia sering mengkhianati mereka. Tapi sehingga ke hari ini mereka masih memberi manfaat untuk setiap diri manusia.

Alhamdulillah dengan cara ini Allah hadirkan sumber kekuatan dalam hidup.

Sumber – Bunga (Bukan nama sebenar) via IIUMC

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *